Iklan

Ahad, 26 Januari 2014

TV Series: Looking (Season 1)

Hello!!!

Amat susah sekali untuk melihat siri tv yang dicipta khusus untuk golongan gay. Selepas siri tv 'Queer As Folk' tamat tayangannya pada tahun 2005, tiada lagi siri tv yang betul-betul menyentuh isu gay. Selepas 'Queer As Folk' ada beberapa lagi siri tv seperti Dante's Cove & The Lair tetapi siri tv ini lebih menumpukan pada aksi seksual dari menyentuh aspek-aspek lain seperti nilai persahabatan, cinta dan kehidupan. 



So, bila aku dapat tahu pasal siri tv 'Looking', aku memang excited sekali. Terutamanya bila watak utama dalam siri tv ini akan dilakonkan oleh Jonathan Groff. 'Looking' mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat yang tinggal di San Francisco. 


Tiga watak utama di dalam siri tv ini adalah;

Patrick (Jonathan Groff)

Jonathan Groff as Patrick
Patrick merupakan seorang lelaki gay yang berjaya dalam kariernya sebagai seorang video game developer. Tetapi dia masih gagal mencari cinta sejati. Aku rasa watak Patrick paling dekat dengan diri aku. Geeky and nerdy, a little bit awkward tetapi merupakan seorang kawan yang baik. 

Agustin (Frankie J. Alvarez)

Frankie J. Alvarez as Agustin
Agustin merupakan kawan baik kepada Patrick dan sudah mempunyai teman lelaki, Frank. Mereka mengamalkan hubungan secara terbuka. 

Dom (Murray Bartlett)

Murray Bartlett as Dom
Dom bekerja sebagai pelayan di sebuah restoren. Dia mengalami krisis pertengahan umur dan tidak mempunyai keyakinan untuk memikat lelaki lain disebabkan oleh umurnya yang meningkat naik.


Siri tv ini hanya disiarkan selama 30 minit di saluran HBO. Jangan harap siri tv ini akan ditayangkan di Malaysia. So aku download sahaja menggunakan Alldebrid. Episod 2 akan ditayangkan esok. So masih sempat lagi kalau nak follow siri tv ini. 

Truly, 
F.I

2 ulasan:

  1. hey,aku da tgok cite ni..serius best jugak.Normally cerita HBO mmg byk best2.Selain dr tu kau try the new normal,die lebih kpd lawak dan family.Yg ni mmg xde aksi seks langsung..i mean yg hardcore.try la..unfortunately die da tmt coz production xnk produce this kind of tv series lg

    BalasPadam
  2. Pernah tengok QaF jer ... suka jalan cerita dia.

    BalasPadam