Iklan

Rabu, 26 Februari 2014

Forbidden Love - Part 7

Bab 7

Aku mengambil buku rujukan dan memasukkannya ke dalam beg sambil cuba mengingati jadual kelas pada hari ini. Abang Tarmizi masih lagi tidur. Aku masih lagi terbayang-bayang kejadian yang berlaku antara kami tiga hari yang lepas. Buat pertama kalinya aku dicium.

Selepas kejadian itu, kami berdua hanya berlagak biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun aku sebenarnya ingin membincangkan perkara ini dengan abang Tarmizi. Lebih elok aku mendiamkan diri sahaja. Tambahan pula aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan mengenai kejadian itu. 

Sedang aku mengambil buku-buku dari atas meja, tanpa sengaja aku terlanggar botol deodoran yang terletak di atas meja yang sama. Bunyi botol deodoran yang jatuh ke lantai mengejutkan abang Tarmizi. 

"Siapa jatuh? Siapa mati? Jangan mati!" Abang Tarmizi melihat ke arahku yang terkedu melihat reaksinya.

"Deodoran je jatuh. Sorry abang Mizi." Aku cepat-cepat mengangkat botol deodoran dan meletakkannya kembali di atas meja. 

Abang Tarmizi masih lagi melihat ke arahku. Pandangannya agak berlainan. Aku kehairanan dengan sikapnya pada pagi ini. 

"Abang Mizi okay ke?" tanyaku perlahan. 

"Huh... Okay.. Ya... Okay," balas abang Tarmizi sambil melabuhkan kembali tubuhnya di atas katil. 

Aku yang masih lagi kehairanan cepat-cepat mengambil beg dan menuju ke arah pintu. Bimbang lewat pula ke kelas nanti. Mungkin abang Tarmizi tengah mengigau. Selesai mengikat tali kasut aku membuka pintu.

"Sayang balik awal ya," terpacul keluar ayat yang agak memeranjatkan aku. Aku berpaling melihat ke arah katil abang Tarmizi. Matanya masih lagi tertutup rapat. Memang sahlah dia sedang mengigau. 

xxx

Selesai sahaja kelas, aku dan Veronica berjalan menuju ke arah perpustakaan. Sudah hampir dua bulan kami belajar di sini. Ujian pertengahan semester pula akan bermula dua minggu lagi. Jadi kami membuat keputusan untuk menghabiskan waktu terluang kami dengan mengulangkaji topik-topik terdahulu. 

"Fi, aku dengan Safuan dah declare," ujar Veronica sambil tersenyum. 

"Eh! Cepatnya. Baru tiga hari kot jumpa. Dah declare. Cinta maut nampaknya," usikku sambil tergelak kecil. 

"Tiga hari tu baru jumpa. Kalau mesej, sudah tujuh hari. So kami kenal sudah tujuh hari bah" Veronica membetulkan kenyataanku sebentar tadi. 

"Up to you lah, V. Cuma berhati-hatilah ya bah." Aku mengusik cara Veronica bertutur yang selalu menggunakan 'bah' di dalam ayatnya. 

"Kau pula? Takkan tak ada yang istimewa? Mungkin Zain?" tanya Veronica sambil tersengih. 

Aku terkejut. Di dalam hati tertanya-tanya samada Veronica hanya sekadar bergurau atau dia memang mengesyaki yang aku adalah gay.

"Mengarutlah kau, V. Aku nak pergi toilet jap. Tolong simpankan beg aku dalam locker sekali ya." Mujurlah kami sudah sampai di perpustakaan. Aku masih lagi belum selesa untuk membincangkan perkara ini bersama Veronica. 

Aku menghulurkan beg ke arah Veronica dan menuju ke arah tandas yang berdekatan. Aku masuk ke dalam tandas. Aku mencari-cari bilik kecil yang kosong. Tiada. Semuanya sedang digunakan. Oleh kerana tidak tahan sangat, aku bergerak ke arah urinal yang ada. Kosong. Bagus juga. Aku memang tidak selesa untuk melepaskan hajat kecil di tempat yang terbuka. 

Aku memilih mangkuk yang berada di hujung sekali. Sedang aku melepaskan hajat, aku sedar kemunculan seorang lelaki, selang satu mangkuk urinal dari tempat aku berdiri. Aku menoleh lalu tergamam. Dalam masa yang sama dia turut menoleh ke arahku. Zain. Dia juga terperanjat lalu cepat-cepat memusingkan badannya seolah-olah cuba menghalang aku dari melihatnya.

Aku cepat-cepat menarik zip. Dengan segera aku menuju ke arah sinki untuk mencuci tangan. Zain muncul di belakangku sambil berbisik perlahan.

"Kau intai aku ya tadi?" tanya Zain. 

Aku hanya menjeling lalu keluar dari tandas. Zain mengikuti aku dari belakang. Aku berhenti.

"Kenapa kau ikut aku ni?" tanyaku sambil merenung tajam ke arahnya. 

"Siapa ikut kau. Aku nak pergi library juga lah. Safuan nak jumpa Veronica kat library," jawab Zain. 

Dengan perasaan yang malu, aku cepat-cepat berjalan ke arah perpustakaan. 

xxx

Aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah hampir pukul 11 malam tetapi abang Tarmizi masih lagi belum pulang. Peristiwa petang tadi pula masih lagi terbayang-bayang di dalam benak fikiranku. 

Bunyi mesej dari telefon mengejutkan aku dari lamunan. Mesej dari Razi yang memberitahu bahawa kelas untuk esok dibatalkan. Aku sedikit lega. Kebelakangan ini, aku sangat letih dengan jadual kelas yang agak padat. Teringat cerita abang Tarmizi mengenai kesibukan pelajar-pelajar semester satu. 

Aku terdengar bunyi pintu dibuka. Abang Tarmizi masuk dan meletakkan bukunya di atas katil. 

"Baru balik dari kelas ke?" tanyaku yang cuba untuk memulakan perbualan. 

"Ya. Lepas habis kelas ada study group. Tu yang lewat sikit." abang Tarmizi membuka butang bajunya satu persatu. 

"Fi... Abang nak cakap pasal malam tu ya. Sorry. Otak abang kusut sikit malam tu. Tak ada niat nak ambil kesempatan pun." Abang Tarmizi duduk di sebelahku. 

"Tak apa. Fi faham. Fi tak ambil hati pun" balasku sambil hanya tersenyum. 

"Thank you. So boleh cium lagi lah ni?" usik abang Tarmizi. 

"Cubalah. Kali ni Fi wrestling terus abang," jawabku sambil tergelak kecil. 

"Amboi! Baru pergi gym dua kali dah nak lawan abang. Jom kita wrestling sekarang?" ajak abang Tarmizi yang masih lagi tidak berbaju. Dia bangun. 

"Tak nak lah. Abang tak pakai baju. Berpeluh." Aku berpura-pura ingin menjauhkan diri. 

"Tak pakai baju lah bagus. Intimate sikit," balas abang Tarmizi. 

"Hehe. Dahlah. Pergi mandi," arahku kepada abang Tarmizi yang masih lagi berdiri di hadapanku. 

"Nak lagi intim, kena mandi bersama-sama. Hehe." Abang Tarmizi ketawa sambil mengambil tualanya yang tersidai rapi di atas tingkap. 

Aku hanya tersenyum. Sejujurnya aku lega kerana kami masih lagi boleh bergurau di antara satu sama lain. Aku sendiri tidak pasti akan hubungan kami sekarang. Aku memang menyukai abang Tarmizi sejak dari bangku sekolah lagi. Tetapi adakah aku cukup berani untuk mengorak langkah seterusnya. 

xxx

Oleh kerana kelas pada petang Jumaat telah dibatalkan, aku hanya menghabiskan masa di hadapan laptop sahaja. Abang Tarmizi pula masih lagi belum pulang dari kelasnya. Jadi aku hanya keseorangan di dalam bilik. 

Pintu bilikku diketuk. Aku menuju ke muka pintu lalu membukanya perlahan. Safuan ada di muka pintu bersama beg pakaiannya. 

"Fi, aku nak balik kampung ni. Nak minta tolong kau sikit," ujar Safuan. 

"Minta tolong apa ya?" tanyaku kepada Safuan. 

"Tolong tengokkan Zain. Dia demam tu. Aku suruh makan ubat tak nak. Bimbang pula aku tengok dia. Dari pagi tadi lagi belum makan. So nak minta kau tolong beli makanan dan tengok-tengokkan dia ya." beritahu Safuan. Dari riak mukanya, nampak seperti dia sangat bimbang akan kesihatan Zain. 

"Boleh. Takde masalah. Nanti aku tengok-tengokkan dia. Jangan bimbang," jawabku. 

"Thanks Fi. Ni kunci bilik aku," hulur Safuan. Aku mengambil kunci bilik dari Safuan. 

"Jumpa nanti." Kami bersalaman. Safuan mengangkat begnya dan berlalu pergi. 

xxx

Aku berjalan menuju ke arah bilik Zain sambil membawa makanan yang dibungkus dari dewan makan. Sup ayam bersama nasi putih. Hidangan ini merupakan hidangan kegemaranku bila aku jatuh sakit. 

Aku membuka pintu bilik. Suasana agak gelap. Aku membuka lampu. Zain sedang tidur. Mukanya nampak agak pucat. Plastik yang mengandungi ubat-ubatan ada di lantai. 

"Zain, aku ni Fi. Aku ada beli nasi. Kau nak makan tak?" tanyaku sambil mengangkat plastik yang mengandungi ubat dan meletakkannya di atas meja. 

Zain membuka matanya. Dia melihat ke arahku. Pandangan matanya agak lemah. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

"Kalau tak nak makan nasi, minum sup je pun takpa. Safuan cakap kau tak makan dari pagi tadi lagi," tambahku lagi. 

"Tak ada selera," jawab Zain ringkas. 

"Try lah dulu. Mana tau nanti ada selera." Aku mengangkat kepala Zain dan mengambil bantal untuk disandarkan di kepala katil. 

"Duduk," arahku. Zain hanya mengikut sahaja arahanku. Aku meletakkan sup ayam yang dibeli ke dalam mangkuk. Zain kelihatan sangat lemah. Aku duduk di sebelah Zain dan menyuapkannya sup. Zain agak keberatan pada mulanya tetapi akhirnya dia membuka mulut. 

Setelah selesai, aku mengambil plastik ubat dan mengeluarkan 2 biji panadol. 

"Tak nak." Zain menggelengkan kepalanya. Rupa-rupanya si sombong ni takut dengan ubat. Aku menuju ke arah meja Zain lalu mengambil pisau yang ada di dalam bekas sudu dan garpu. Aku memotong dua biji panadol tadi sekecil yang boleh. 

"Jom makan ubat. Aku dah potong kecil-kecil," jelasku sambil menghulurkan gelas kepada Zain. Zain mengambil kepingan ubat dari tanganku dan menelannya dengan secepat mungkin. 

Zain membetulkan bantalnya dan kembali berbaring di atas katil. Aku dapat merasa bahang kepanasan tubuh Zain bila berada berdekatan dengannya

"Aku ada beli ais. Kau nak aku tuamkan tak?" tanyaku sambil memegang plastik yang berisi ais. Zain menanggalkan bajunya. Aku sedikit terkejut kerana rancangan aku hanyalah untuk menuamkan ais di kepalanya sahaja.

Aku mengisi tuala kecil kepunyaan Zain dengan ketulan ais. Aku bermula dari muka dan turun perlahan-lahan ke badannya. Aku menjadi malu secara tiba-tiba. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. 

Tanpa disedari seketul ais keluar dari celahan tuala kecil dan bergolek di atas tubuh Zain dan berhenti tepat di tengah-tengah seluarnya. Aku terkejut. 

Zain membuka matanya dan mengambil ais itu. 

"Biar aku buat sendiri." Aku menghulurkan tuala itu kepadanya lalu mengambil mangkuk sup yang digunakan tadi dan segera menuju ke pintu. 

"Aku pergi basuh mangkuk dulu," kataku kepada Zain sambil keluar dengan serta merta. 

Fi, kau kena kuat!

xxx

Aku masih lagi berada di dalam bilik Zain. Melihat-lihat sekeliling. Agak kemas juga bilik Zain dan Safuan. Aku melihat gambar yang berada di atas meja Zain. Zain kelihatan sangat ceria di dalam gambar. Dia bersama seorang wanita yang usianya dalam lingkungan 40-an. Muka mereka seakan sama. Mungkin ini ibunya. 

Aku melihat jam. Sudah hampir jam sebelas malam. Aku membuat keputusan untuk kembali ke bilikku. Aku melihat ke arah Zain. Dia sedang menggigil kesejukan. Kasihan pula melihatnya yang sedang menggigil. Aku duduk di sebelahnya lalu membetulkan selimut yang sedang melitupi tubuhnya. 

Dia masih lagi menggigil. Aku mengambil telefon bimbitku. 

"Hello V, si Zain ni terketar-ketar lah. Takut aku."

"Ya ke? Selimut dia tebal-tebal. Bagi dia rasa panas," balas Veronica. 

"Dah. Aku siap pergi ambil selimut aku lagi." Aku mula risau dengan keadaan Zain. Bimbang jika dia menghidapi demam denggi.

"Ataupun kau peluk je dia, bah. Bagi haba kau meloncat kepada dia," cadang Veronica.

"Meloncat! Pandailah kau. Seganlah aku." Aku terkejut mendengar cadangan dari Veronica. 

"Kenapa segan. Kau berdua kan lelaki. Cara tu bagus tau. Kalau dia mati sebab kesejukan, kau yang kena tanggung tau." Semakin dalam imaginasi Veronica. 

"Ish! Kau ni. Okaylah..." Aku semakin buntu. 

"Okay. Jaga roommate boyfriend aku baik-baik." Veronica meletakkan panggilan. 

Aku bergerak ke arah katil. Perlahan-lahan cuba untuk baring. Betul-betul muat untuk tubuh kami berdua. 

"Zain, aku nak peluk kau ni. So haba aku meloncat, eh berpindah pada tubuh kau." Sunyi. Tiada sebarang reaksi dari Zain. Zain sedang tidur secara mengiring dan tubuhnya menghadap dinding. Aku mengangkat tangan perlahan-lahan. Masih lagi tidak pasti samada aku patut memeluknya. 

Tiba-tiba tangan Zain menarik tanganku lalu meletakkan tanganku di pinggangnya. Aku mengeratkan pelukan. 

"Thanks," bisik Zain perlahan. Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Aku dan Zain sedang berpelukan!!!

To be continued

F.I

Ahad, 23 Februari 2014

Movie: G.B.F

Hello

Petang tadi aku sempat surf internet mencari movie apa yang sesuai untuk tengok di petang ahad. Ada satu movie plu yang agak baru juga bertajuk G.B.F yang bermaksud 'Gay Best Friend'. 


G.B.F mengisahkan persahabatan di antara dua sahabat Tanner (Michael J. Willet) dan Brent (Paul Iacano). Kedua-dua mereka adalah gay tetapi masih lagi menyorokkan identiti mereka daripada orang ramai. Hanya dua orang lagi rakan mereka iaitu Sophie (Molly Tarlov) dan Glenn (Derek Mio) yang mengetahui orientasi seksual mereka yang sebenar. 

Main Cast
Apabila sebuah majalah wanita terkenal menyiarkan satu artikel yang menyatakan 'G.B.F' atau Gay Best Friend adalah 'aksesori' yang mesti ada pada setiap wanita, tiga gadis popular Fawcett (Sasha Pieterse), 'Shley (Andrea Bowen) & Caprice (Xosha Roquemore) berusaha untuk mencari lelaki gay di sekolah mereka untuk dijadikan kawan baik. Manakala, seorang pelajar Soledad (JoJo) obses untuk menubuhkan kelab 'Gay Straight Alliance' dan berjaya mengesan kewujudan pelajar gay di sekolah mereka iaitu Tanner. Tiba-tiba, Tanner menjadi buruan kepada tiga gadis popular yang kepingin untuk mempunyai G.B.F di samping meningkatkan peluang mereka untuk memenangi Prom Queen. 

From Left: Fawcett, 'Shley, Tanner & Caprice
Cerita ini agak ringan, santai dan kelakar. Best juga tengok filem yang lain dari yang lain. Biasanya cerita gay banyak memaparkan plot sex dan banyak yang agak dark & moody, tetapi cerita ni agak berbeza. Filem ini banyak mengingatkan aku kepada filem 'Mean Girls' tetapi diolah sedikit berbeza. Keseluruhannya, aku rasa filem ini sangat menarik untuk ditonton. Banyak pelakon-pelakon yang aku memang dah kenal seperti Sasha Pieterse (Pretty Little Liars), Andrea Bowen (Desperate Housewives), Megan Mulally (Will & Grace), Molly Tarlov (Awkward) dan juga penyanyi yang agak popular iaitu JoJo. 

Rating: 

Khamis, 20 Februari 2014

Forbidden Love - Part 6

Bab 6

Veronica dan Safuan masih lagi rancak berbual. Ada saja topik yang menjadi tajuk perbualan mereka. Sekali-sekala aku menyampuk. Zain pula hanya diam membisu. 

"Kita pergi tengok wayang nak?" ajak Safuan sambil memandang ke arah kami. 

"I boleh saja" jawab Veronica. 

"Aku tak kisah" balas Zain pula. 

"Sempat ke?" aku sedikit bimbang. Pintu pagar utama akan ditutup pada jam 12.00 tengah malam. 

"Sempat. Cerita tu pukul 9. Dalam jam 11 lebih tamatlah." jelas Safuan. 

"Jomlah. Fi. Ala kalau lambat, kita tidur lah di hotel" Veronica tersenyum. 

"Banyaklah duit aku nak tidur di hotel. Okaylah. Aku habiskan minuman." Aku cepat-cepat menghirup minuman yang ada di hadapan aku. Kami meninggalkan restoren dan menuju ke arah panggung wayang.

xxx

Safuan dan Zain menuju ke arah kami yang sedang berbual sambil memegang tiket wayang. 

"Tak ada seat yang sama row lah. Kena duduk asing-asing. Dua orang duduk di baris K. Dua lagi kena duduk di Baris M." Safuan menunjukkan tiket wayang kepada kami. 

"It's okay. Fi boleh duduk dengan Zain" cadang Veronica. Aku tergamam seketika dengan cadangan Veronica. Gatal juga si Veronica ni. 

Safuan menghulurkan dua tiket kepada Zain. 

"Jom pergi beli popcorn dulu" ajak Safuan. Kami berempat menuju ke kaunter makanan. Nasib aku agak tidak baik malam ni. Si sombong masih lagi menghantui hidupku nampaknya. 

xxx

Aku tidak dapat memberi perhatian kepada cerita yang ditayangkan. Entah kenapa hati aku berdebar-debar dari saat kami masuk ke dalam panggung wayang lagi. Kami hanya diam. Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kami sejak masuk ke dalam panggung wayang. 

"Nak popcorn tak?" Aku menghulurkan bertih jagung yang dibeli kepada Zain. Tiada respons dari Zain. Kenapalah mulut aku gatal sangat nak menegur si sombong ni. Sedikit malu apabila Zain mengendahkan pertanyaan aku. 

Tanpa diduga, Zain menghulurkan tangannya ke arah bekas popcorn yang dipegang olehku. Dia mengambil beberapa biji popcorn. Mataku kembali melihat ke arah skrin di hadapanku. 

Sambil menonton, tangan kami semakin rancak mengambil popcorn dan menyuapkan ke dalam mulut masing-masing. Tiba-tiba tangan kami bersentuhan di dalam bekas popcorn. Aku berasa seperti ada kejutan elektrik yang mengalir di dalam tubuhku semasa tangan kami bersentuhan. 

Aku cepat-cepat menarik tanganku. Zain pula hanya berlagak selamba. Aku kembali menumpukan perhatian kepada cerita yang ditayangkan. 

xxx

Kami berjaya pulang sebelum waktu pintu pagar ditutup. Aku lega. Kami sampai di kolej kediaman Veronica. Veronica mengucapkan selamat malam dan keluar dari kereta. Sambil berlalu pergi, dia melambai-lambaikan tangannya ke arah kami bertiga. Zain keluar dari kereta dan masuk semula ke tempat duduk sebelah pemandu. 

Safuan kembali memandu menuju ke arah kolej kami. 

"Siapa roommate kau ya, Fi?" tanya Safuan cuba memecahkan suasana yang hening. 

"Tarmizi. Dia facilitator untuk minggu orientasi. Kenal tak?" tanyaku semula kepada Safuan. 

"Oh abang faci yang handsome tu. Kenal. Dia gay kan?" balas Safuan kembali. 

Aku tersedak. Tidak menyangka soalan itu yang keluar dari mulutnya. Aku diam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. 

"Kau ni pandai-pandai je buat spekulasi. Jangan layan soalan bodoh dia" celah Zain. 

"Aku ni boleh detect tau. Tengok luaran je aku tahu samada orang itu straight atau gay. Contohnya macam abang faci tu. Macam kau juga. Gay." Safuan tergelak. 

Zain menumbuk bahu Safuan yang berada di sebelahnya. 

"Cibai lah kau" rungut Zain. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. 

"Siapa makan cili dia lah yang terasa pedas. Tengok aku tanya Fi. Kau gay ke?" Safuan memandang ke arah ku. 

Aku hanya menggelengkan kepala. 

"Tengok Fi. Relaks je bila aku tanya soalan tu." sambung Safuan kembali. 

"Cibai lah kau. Malas aku nak layan." Zain menumbuk bahu Safuan sekali lagi. 

"Aduh! Sakitlah. Sorry, sorry. Okaylah kau straight." Safuan masih lagi tergelak. Aku turut tergelak sama tetapi dalam masa yang sama, fikiranku melayang-layang memikirkan gurauan Safuan sebentar tadi. Si sombong ni gay. Takkanlah. 

xxx

Aku masuk ke dalam bilik. Gelap gelita. Aku membuka lampu. Abang Tarmizi sedang berselimut litup. Awal pula dia tidur pada malam ni. Aku menuju ke arah almari dan mencari baju yang ingin dipakai untuk tidur. 

"Cepat sikit boleh tak? Nanti tutup lampu. Aku nak tidur."

Aku terkejut dengan suara abang Tarmizi. Agak kasar sedikit. Belum pernah lagi dia menggunakan kata panggilan 'aku' bila bercakap denganku. 

Aku cepat-cepat mengambil bakul kecil yang mengandungi alat-alat mandian lalu keluar sambil tanganku kembali menutup lampu. 

xxx

Tubuhku berasa sangat segar. Aku memang suka mandi di waktu malam. Terutama sebelum tidur. Badan akan menjadi lebih segar dan tidur akan menjadi lebih lena. 

Aku menyarung baju dan membetulkan ikatan tuala. Aku keluar dari bilik mandi dan menuju ke sinki. Zain sedang mencuci muka di salah satu sinki. Dia hanya memakai boxer. Agak seksi. 

Aku cuba untuk tidak mempedulikan Zain. Selesai memberus gigi, aku terus menuju ke arah pintu. 

"Terima kasih" ucap Zain perlahan. 

"Hah?" aku kehairanan sedikit. 

"Popcorn. Thank you." mata Zain masih lagi melihat ke arah cermin. 

"Oh. Okay. Sama-sama" balasku sambil berjalan keluar menuju ke arah bilikku. Pandai pula si sombong ni mengucapkan terima kasih. 

Aku membuka pintu perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan abang Tarmizi lagi. Tanpa membuka lampu, aku bergerak ke arah meja untuk meletakkan bakul. 

Selesai menggantung tuala aku menuju ke arah katil. Malang tidak berbau apabila aku tersepak bucu katil semasa berjalan ke arah katil. Lampu bilik dibuka. 

"Kenapa Fi" abang Tarmizi terkejut mendengar bunyi aku tersepak bucu katil agaknya. 

"Sorry. Fi tersepak bucu katil tadi" aku menggosok-gosok kakiku. Agak pedih juga. 

Abang Tarmizi duduk di sebelahku. 

"Kuat juga bunyi tadi. Sakit tak. Mari abang tengok" abang Tarmizi memeriksa kakiku.

"Biru ni. Kejap abang ambil minyak angin. Kalau biarkan boleh bengkak ni." Aku terharu dengan sikap prihatin abang Tarmizi. Sudahlah aku mengejutkan dia dari tidur.

"Maaf ya abang. Bising pula malam-malam ni." tuturku perlahan. Abang Tarmizi kembali dengan minyak angin di tangannya. 

"Boleh bangun tak? Takpa abang angkat." 

Dengan selamba abang Tarmizi mengangkat tubuhku. Aku berpaut pada leher abang Tarmizi. Abang Tarmizi meletakkan aku di atas katil perlahan-lahan lalu duduk di hujung katil. 

Abang Tarmizi menyapu minyak angin sambil mengurut-urut kakiku yang agak sakit juga. 

"Abang minta maaf ya pasal tadi. Penat sikit hari ni. Tak sengaja tinggikan suara kat Fi" jelas abang Tarmizi. 

"Eh takpa. Fi tak ambil hati pun. Fi faham abang tengah stress." aku tersenyum sambil memandang ke arah abang Tarmizi. Abang Tarmizi mengalihkan pandangannya ke arahku. Mata kami saling memandang satu sama lain. 

Abang Tarmizi menghampiri ku. Tanpa diduga, bibirnya dengan selamba mengucup bibirku. Aku kelu. Terkedu. Tergamam. Abang Tarmizi menghentikan kucupannya. 

"Sorry. Tak sengaja." Abang Tarmizi bangun dari katil dan menutup suis lampu. Bilik kembali menjadi gelap gelita. Aku masih lagi tergamam. Dari bangku sekolah lagi, aku sudah menyukai abang Tarmizi. Dan buat pertama kalinya, aku sedar yang dia mungkin juga menyukai aku. 

Aku memejamkan mata. 

To be continued

F.I

Maaf kalau novel bersiri ni masih pendek. Bukan tak nak tulis panjang-panjang tapi aku nak make sure idea aku berkembang dengan betul-betul. Lagipun aku suka tamatkan setiap bahagian novel bersiri ni dengan babak yang membuatkan korang tak sabar-sabar untuk membaca bahagian seterusnya. 

Bahagian seterusnya akan dipublish samada hari Ahad atau Isnin. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Isnin, 17 Februari 2014

Pasangan Gay Kegemaran Di Dalam Siri TV

Hello

Post ni agak lama juga aku tangguh. Sepatutnya publish pada 14 Februari tetapi terlupa pula disebabkan oleh sibuk yang teramat sangat. 

Aku banyak menonton siri tv dari luar negara terutama dari Amerika. Siri tv mereka lebih menarik dari siri tv yang dikeluarkan di dalam negara kita. Tambahan pula, mereka lebih bebas untuk berkarya. So hari ni aku nak senaraikan pasangan gay kegemaran aku di dalam siri tv. 

1. Blaine & Kurt (Glee)


Aku suka menonton siri tv Glee. Di Malaysia, banyak babak antara Blaine dan Kurt dipotong. So aku lebih suka download. Lagi cepat dan tiada babak yang dipotong. Chemisty antara Blaine & Kurt sangat kuat. Babak kegemaran aku sudah tentulah saat pertama kali mereka berjumpa then Blaine menyanyikan lagu 'Teenage Dream'. 


2. Agron & Nasir (Spartacus)


Walaupun siri tv Spartacus sudah ditamatkan, aku masih lagi mengulang tayang babak-babak di antara Agron & Nasir. Agron nampak kasar orangnya tetapi dia merupakan seorang yang romantik. Babak romantik antara mereka memang nampak real. 


3. Brian & Justin (Queer As Folk)


Walaupun pada mulanya Brian tidak begitu serius dengan Justin, tetapi lama kelamaan dia mengakui perasaannya terhadap Justin juga. Aku paling suka babak Brian melamar Justin pada musim kelima. 


4. Kevin & Scotty (Brothers & Sisters)


Chemistry antara Kevin dan Scotty begitu kuat. Watak Scotty sebenarnya hanya untuk beberapa episod sahaja tetapi oleh kerana penerimaan peminat yang memberansangkan hubungan antara Kevin & Scotty semakin berkembang sehinggalah mereka berkahwin pada musim kedua. Siri Brothers & Sisters merupakan siri tv kekeluargaan yang sangat bagus. 


5. Nolan & Patrick (Revenge)


Revenge merupakan antara drama kegemaran aku pada masa sekarang. Patrick merupakan anak kepada Victoria yang merupakan musuh kepada kawan Nolan, Emily. Jadi hubungan antara Patrick dan Nolan agak tegang. Tetapi chemistry antara mereka sangat kuat.


6. Walt & Bennett (The Carrie Diaries)


Walt merupakan kawan kepada Carrie dan Bennett banyak membantu Walt untuk menerima kenyataan yang dia adalah gay. Walaupun Bennett tidak mahu sebarang komitmen, dia akhirnya akur yang dia juga menyukai Walt. 


7. Mitchell & Cam (Modern Family)


Pasangan yang paling kelakar. Aku suka sangat dengan telatah mereka berdua terutamanya Cam yang memang kelakar. Anak mereka, Lily juga sangat comel dan bijak. 


8. Ian & Mickey (Shameless)


Mickey masih lagi belum dapat menerima kenyataan yang dia menyintai Ian. Hubungan mereka berantakan bila Mickey bersetuju untuk mengahwini seorang pelacur dan Ian membawa diri dengan menyertai latihan untuk menjadi askar. Aku suka melihat telatah mereka berdua terutama Mickey yang agak kasar luarannya tetapi dia sebenarnya mengambil berat terhadap Ian. 


9. David & Brian (The New Normal)


Antara siri tv kegemaran aku, tetapi malangnya ia telah dibatalkan selepas satu musim sahaja. David & Brian merupakan dua individu yang berbeza tetapi mereka masih lagi nampak serasi bersama. 


10. Justin & Austin (Ugly Betty)


Mereka berdua masih lagi di bangku sekolah. Mereka bermula sebagai pesaing untuk watak utama pementasan sekolah sehinggalah Austin mencium Justin semasa latihan pementasan. Semenjak dari itu hubungan mereka terus berkembang sehinggalah siri tv Ugly Betty ditamatkan. 

Aku & Membaca

Hello

Beberapa hari ni, aku agak sibuk sedikit. Jadi tak sempat nak update blog. Novel bersiri 'Forbidden Love' part 6 akan dipublish bila-bila masa sahaja. Aku tengah check ejaan dan nak tambah apa-apa yang patut. 

Aku actually lebih suka membaca dan menulis. Seingat aku, hanya ada satu novel yang pernah aku tulis. Itu pun masa zaman sekolah menengah lagi. Cousins aku memang suka sangat dengan novel yang aku tulis. Aku tulis dalam buku latihan sahaja. Buku itu dah pun hilang so agak sedih juga. Jadi novel 'Forbidden Love' ni kira karya aku yang kedua lah. 

Aku mula membaca sejak dari aku berumur 5 tahun lagi. Aku tak pernah sekolah tadika. Jadi aku tanya parents aku, macam mana aku boleh pandai membaca. Mereka cakap aku pandai membaca secara sendiri. Memang pelik. Dari kecil lagi aku suka dengan buku. Parents aku pula memang suka beli surat khabar dan majalah. So pengaruh dari situ kot. Oleh kerana aku dah pandai membaca, parents aku buat keputusan untuk tidak memasukkan aku ke tadika. 

So bila masuk tahun satu, aku agak kekok dan tak nak pergi sekolah. Masih ingat lagi, nenek aku terpaksa tunggu di luar kelas. Tragis juga lah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku suka sekolah iaitu perpustakaan. Seriously, aku suka sangat dengan perpustakaan. 

Koleksi buku aku pula dari hari ke hari semakin bertambah. Kalau masa kecil dulu aku suka baca buku cerita penyiasatan seperti The Famous Five, Nancy Drew, Hardy Boys dan juga siri Pelajar iaitu di Sekolah Seri Melur. 

Semasa aku di sekolah menengah pula, aku mula gemar membaca majalah. Antaranya majalah Mangga, URTV dan yang paling aku obses sekali adalah Galaxie. Jaranglah aku terlepas majalah Galaxie. Aku juga masih membaca novel. Tapi novel cinta pula keluaran Alaf 21 dan Creative. Novel yang aku baca tu milik Mak Saudara aku, yang juga memang obses dengan novel. 

Bila dah masuk universiti, baru lah aku mula berjinak-jinak dengan novel dalam Bahasa Inggeris. Antaranya novel dari Francine Pascal (Sweet Valley High), Harry Potter dan juga novel-novel adaptasi dari siri tv seperti Roswell, Dawson's Creek dan banyak lagi. 

Sehinggalah sekarang koleksi novel dan majalah aku memang banyak. Di kampung pun ada. Sampaikan ibu aku selalu membebel sebab ruang stor yang semakin sempit. Padahal dia pun sama juga. Koleksi majalah dia dari tahun 80-an masih lagi ada. 

Bagi aku hobi membaca ni memang bagus. Sebab dia menolong otak kita untuk sentiasa aktif dengan imaginasi yang wujud semasa membaca sesuatu buku. Walaupun ada lagi novel yang aku masih belum habis baca, aku still akan tetap membeli novel-novel yang baru. 

Khamis, 13 Februari 2014

Movie: North Sea Texas aka Nordzee, Texas

Hello!!!

Review gay movie yang seterusnya adalah untuk sebuah filem dari Belgium. Ini adalah kali pertama aku menonton filem dari Belgium dan bagi aku filem ini sangat menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog aku. 


North Sea Texas dihasilkan pada tahun 2011 dan ia mengisahkan tentang kehidupan Pim (Jelle Florizoone), seorang remaja berusia 15 tahun. Pim tinggal bersama ibunya. Tetapi dia kurang mendapat perhatian ibunya yang lebih gemar bersama teman lelakinya. 

Pim (Jelle Florizoone) & Gino (Mathias Vergels)

Di dalam khemah
Pim banyak menghabiskan masa di rumah kawan baiknya, Gino (Mathias Vergels) yang tinggal bersama ibunya yang sakit dan adik perempuannya. Pim menyukai sahabatnya walaupun dia tahu rakannya merupakan seorang lelaki straight. Sehinggalah pada suatu hari mereka terlanjur. Pim menganggapnya sebagai cinta namun Gino hanya ingin berseronok sehingga dia menjumpai gadis yang sesuai. Konflik timbul bila Gino mempunyai teman wanita. 

Gino & Pim
Keseluruhannya, cerita ini banyak membawa mesej yang sangat indah seperti kasih sayang di antara keluarga, sayang antara dua sahabat dan juga pengorbanan. Pelakon utamanya, Jelle Florizoone baru berusia 16 tahun semasa penggambaran filem ini tetapi penghayatan wataknya sangat bagus. Watak-watak lain juga banyak menarik perhatian aku seperti adik perempuan kepada Gino yang jatuh hati kepada Pim. Babak akhir dalam filem ini membuat aku tersenyum. Chemisty antara watak Pim dan Gino sangat kuat. Penamatan yang sangat bagus bagi aku. 

Rating: 

Rabu, 12 Februari 2014

Forbidden Love - Part 5

Bab 5

Aku meletakkan pinggan yang berisi mee goreng di atas meja. Veronica masih lagi sibuk membalas mesej di telefonnya. 

"V, kau tak nak makan ke?" tanya aku sambil membetulkan kedudukan kerusi. 

"Belum lapar lagi. Kau makan dulu lah" jawab Veronica. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon miliknya.

"Kau tengah mesej dengan siapa? Khusyuk je aku tengok. Dari dalam kelas lagi aku perasan." Aku memandang ke arah Veronica. Veronica tersenyum lalu meletakkan telefonnya di atas meja. 

"Kau ingat tak pelajar lelaki yang pakai kereta Honda Jazz merah tu. Dialah yang sedang mesej aku sekarang" balas Veronica. Aku cuba mengingati wajah lelaki yang dimaksudkan oleh Veronica. 

"Oh budak tu. Dia tinggal blok yang sama dengan aku. Aku pernah juga nampak dia di toilet. Tapi tak sure pula dia tinggal di bilik mana." ujarku sambil menyuap mee goreng yang agak masin sedikit. 

"Ya ke! Nanti dia ajak aku keluar date. Kau teman aku ya, Fi? Aku takut lah. Boleh kan Fi?" pujuk Veronica. 

"Ish, seganlah aku V. Tak nak lah ganggu korang dating" balasku kembali. 

"Tak apa. Aku dah beritahu dia. Lagi pun dia datang dengan roommate dia. Bolehlah Fi?" Veronica masih belum berputus asa nampaknya. 

"Oklah. Nah, ambil mee goreng ni. Masin sangat. Tak larat aku nak habiskan." Aku menghulurkan pinggan mee goreng kepada Veronica. Veronica menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. 

"Masinnya. Makcik ni memang sengaja nak bunuh kita ke?" Aku tertawa melihat mimik muka Veronica menahan rasa masin. Sudah lebih sebulan aku berada di universiti. Hubungan aku dan Veronica semakin rapat. Walaupun ramai yang mengusik kami berdua sebagai pasangan kekasih, aku tahu tiada perasaan cinta di antara kami berdua. 

Veronica merupakan satu-satunya pelajar Sabah di dalam kelasku dan pelajar-pelajar perempuan lain tidak begitu rapat dengan Veronica. Jadi dia lebih banyak menghabiskan masa bersama aku dan juga pelajar-pelajar lelaki yang lain. 

Aku melihat kelibat Zain di kafetaria bersama pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Terdapat 4 kelas atau kumpulan untuk jurusan perakaunan pada semester ini. Aku berada di dalam kumpulan A manakala Zain berada di dalam kumpulan C. 

Zain memandang ke arahku. Aku masih lagi teringat peristiwa aku menepis kelangkang Zain dua minggu yang lalu. Selepas itu, kami tidak pernah bercakap lagi. Aku lega dia memotong namanya dari senarai kumpulan A. Hanya satu kali seminggu sahaja, kumpulan A dan C bergabung di dalam kelas yang sama. 

xxx

Aku menutup laptop. Internet kampus sedikit lembap hari ini. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Abang Tarmizi masih belum pulang dari kelasnya. Sedang aku termenung di atas katil, telefonku berbunyi. 

Abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium. Semalam kami pergi ke gimnasium di universiti tetapi terlampau ramai pelajar di sana. Jadi kami pulang semula ke bilik. Hari ini abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium milik persendirian yang berada di luar kampus. Bayarannya hanyalah RM 15 untuk sekali masuk.

"Okay. Fi nak mandi kejap. Then Fi turun bawah" jelasku menerusi telefon. 

"Jangan lupa bawa turun beg gim abang sekali. Dalam sepuluh minit lagi abang sampai." Abang Tarmizi meletakkan panggilan telefon. 

Aku meletakkan telefon lalu mencari beg gim kepunyaan abang Tarmizi. Setelah menjumpai beg itu di bawah katil, aku menariknya keluar dan mengangkatnya untuk diletakkan di atas meja. Ada benda terjatuh keluar dari beg itu. Aku mengambilnya. Sekotak kondom. Aku tergamam lalu memasukkannya kembali ke dalam beg. Abang Tarmizi dan kondom. Banyak perkara bermain-main di fikiranku sekarang. Dan semuanya adalah nakal. 

xxx

Tidak begitu ramai orang yang berada di gimnasium ini. Suasana agak lengang jadi kami tidak perlu berebut-rebut untuk menggunakan alat senaman di sini. 

Setelah agak lama berlari di atas treadmill, aku berhenti kepenatan. Sudah hampir dua jam kami berada di sini. Abang Tarmizi masih lagi bersemangat. Aku pula sudah pancit. Aku meneguk air mineral yang dibawa dari kolej. 

"Abang, Fi dah tak larat. Pancit dah ni. Nak mandi dulu ya. Nanti Fi tunggu abang dekat depan kaunter masuk." ujarku kepada abang Tarmizi. Abang Tarmizi berhenti berlari. 

"Abang pun kejap lagi dah nak siap dah. Fi pergi mandi dulu." balas abang Tarmizi. Aku menuju ke arah locker. Aku mengeluarkan tuala, baju dan seluar yang bersih sambil menuju ke arah bilik air. Sampai sahaja di bilik air, aku terkedu seketika. Open shower!

Aku melihat sekeliling. Hanya ada seorang lelaki yang sedang mandi. Lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an sedang membersihkan diri dalam keadaan tanpa seurat benang. Pertama kali, aku melihat seorang lelaki bertelanjang bulat di hadapanku. 

Aku menanggalkan baju yang dibasahi dengan peluh dan menyidainya di tempat yang disediakan. Aku membuat keputusan untuk mandi dengan memakai seluar pendek yang dipakai semasa bersenam tadi. Tidak selesa untuk berbogel di hadapan orang lain. 

Aku membuka pancuran air mandi dan mula membersihkan diri. Sedang aku membersihkan diri, abang Tarmizi muncul di sebelah aku. Dia hanya memakai tuala di pinggang. Aku sedikit gugup. Abang Tarmizi membuka balutan tuala lalu menyidai tualanya itu. Abang Tarmizi kini berada di sebelahku tanpa seurat benang. 

"Macam mana? Best tak gim kat sini? Sini tak ramai orang sangat so senang sikit. Tak payah berebut." ujar abang Tarmizi. Aku masih lagi berdebar-debar. 

"Ar.. Ya.. Okay kat sini." aku tergugup-gugup sambil cuba membuka botol gel mandian tetapi gagal.

"Bukan macam tu. Mari abang tolong." abang Tarmizi mengambil botol dari tanganku dan membukanya dengan begitu senang sekali. Dia menghulurkan botol itu kembali.

"Relax lah Fi. Fi nampak gugup sangat. Kenapa kepala asyik pandang atas je. Fi segan tengok abang bogel ya?" bisik abang Tarmizi perlahan. Aku hanya menganggukkan kepala. Abang Tarmizi tersenyum memandangku.

"Kenapa Fi pula yang nak segan. Abang yang tengah bogel ni tapi tak malu pun. Fi nak tengok pun abang tak kisah. Tak luak pun." usik abang Tarmizi lagi. Aku yakin mukaku agak merah menahan rasa malu. 

Abang Tarmizi kembali membersihkan badannya. Mengusap-usap tubuhnya yang sasa dengan air dan sabun. Aku curi-curi menjeling ke arah abang Tarmizi. Tubuhnya begitu sempurna. Markah penuh dari atas hinggalah ke bawah. Abang Tarmizi sedar yang aku sedang merenung tubuhnya. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah dinding. Dia hanya tersenyum. 

xxx

Walaupun tubuhku agak penat ekoran dari senaman di gim pada petang tadi, aku cuba menguatkan diri untuk bangun dan bersiap. Aku sudah berjanji untuk menemani Veronica berjumpa dengan pelajar lelaki yang disukainya. 

Abang Tarmizi masih lagi tidur. Selepas pulang dari gimnasium petang tadi, dia terus tidur. Aku memandang ke arah katil abang Tarmizi. Teringat peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Aku tidak menyangka abang Tarmizi merupakan seorang yang begitu terbuka. Dia begitu yakin dengan tubuh badannya. Mungkin kalau aku mempunyai bentuk tubuh badan seperti abang Tarmizi, aku pun tidak akan segan untuk menayangkannya kepada orang lain. 

Aku bergegas menuju ke pintu. Hampir terlupa yang aku terpaksa menemani Veronica malam ini. 

xxx

Veronica kelihatan sangat cantik malam ini. Jarang sekali aku melihat dia mengenakan alat solek di mukanya. Aku melihat jam tangan yang dipakai. 

"V, mana bakal teman lelaki kau ni? Dah lima minit kita tunggu kat sini. Betul ke dia suruh tunggu kat sini?" tanyaku kepada Veronica. 

"On the way. Kejap lagi sampailah. Eh! tu kereta dia. Jom." Veronica menarik tanganku. Kami menuju ke arah kereta Honda Jazz milik pelajar lelaki itu. Dia keluar dari pintu tempat duduk pemandu dan menuju ke arah kami. Rakannya keluar dari pintu sebelah lagi. 

"Hi. Sorry lambat. Aku Safuan." Safuan menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Aku menyambutnya. 

"Itu roommate aku, Zain." Aku melihat ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Safuan. Si sombong. Dia pun kelihatan sedikit terkejut melihatku. Aku mengangkat tangan. Dia hanya menangguk.

"Jom, kita bertolak. Nanti lewat pula." ujar Veronica. Kami bergerak ke arah kereta. 

"Awak duduk kat depan lah ya" Zain membuka pintu kereta untuk Veronica. 

"Thanks." Veronica masuk ke dalam kereta. Aku pula masuk menerusi pintu di belakang tempat duduk Veronica. Zain juga ingin masuk dari arah yang sama. Dia memang sengaja. Aku terpaksa bergerak ke tepi sambil memandang tajam ke arah Zain. Zain mengenyitkan matanya kepadaku.

To be continued

F.I

xxx

Ini pula inspirasi aku untuk watak Tarmizi. 


Tarmizi merupakan senior dan teman sebilik kepada Firdaus. Firdaus mengenali Tarmizi semenjak di bangku sekolah lagi dan menaruh hati kepadanya dari dulu lagi. Tarmizi seorang yang kacak dan mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Dia merupakan seorang yang peramah, suka mengusik tetapi baik hati. 

Ahad, 9 Februari 2014

Aku & Cinta

Hello!!!

Terima kasih untuk sesiapa yang membaca karya 'Forbidden Love'. Bahagian yang seterusnya akan dipublish dalam masa 3 hari lagi. Aku tengah edit sesetengah part. Tengah tambah apa-apa yang patut dan cut apa-apa yang tak sesuai. 

Jadi sambil menanti 'Forbidden Love Part 5', aku nak berkongsi cerita dengan korang pasal kisah cinta aku. Sepanjang 28 tahun aku hidup di muka bumi ni, aku hanya betul-betul jatuh cinta pada 3 orang sahaja. Yang lain setakat crush biasa dan nafsu sahaja. Hehe. So, aku nak berkongsi dengan korang kisah cinta aku dengan 3 lelaki ini. 

AA (2006-2007)

Orang pertama ni aku kenalkan dia sebagai AA sahaja. Selepas habis STPM, aku ditawarkan masuk ke satu IPTA di pantai timur. AA ni berasal dari Pulau Pinang. AA ni memang handsome dan manis orangnya. Aku pula bukanlah naif sangat. Dulu aku bersekolah di sekolah lelaki so adalah pengalaman sendiri. Tetapi aku memang tak dapat detect langsung pasal AA ni. Dia sangat normal dan quite flirty dengan pelajar-pelajar wanita. 

Dua bulan berkenalan, aku macam syak something terutama cara dia reply message aku. Kami mula flirt dalam sms sehinggalah dia ajak aku tidur dalam bilik dia. Aku ada problem dengan senior dalam bilik aku so aku pun setuju lah. Walaupun ada teman sebilik dia dalam bilik tu, kami still terbabas. 

Dia ada warning aku, jangan jatuh cinta kat dia. So kami gelarkan hubungan kami sebagai 'Friends with Benefits'. Tetapi ada sekali tu aku keluar date dengan seorang mamat ni. Dia jealous dan cakap dia dah jatuh cinta kat aku. So kami start couple sehinggalah putus di awal semester kedua. Kami ada salah masing-masing. Aku macam mengongkong sikit dan dia pula curang. So dia couple dengan budak tu dan walaupun payah aku nak terima, aku redha jugak akhirnya. Walaupun putus, kami masih lagi terbabas. Habis sahaja semester kedua, aku berjanji dengan diri sendiri nak move on sepenuhnya. 

Semester ketiga, entah macam mana aku dan dia kena tinggal sebilik. Kalau dah tak tinggal sebilik pun dah terbabas, apa lagi kalau tinggal sebilik. Dia pula baru putus dengan boyfriend dia. Belum apa-apa, kami gaduh lagi. Sehinggalah semester keempat. Kami sepatutnya tinggal dalam rumah yang sama tetapi dia decide untuk tinggal di rumah lain. Bagus juga actually. Kami masih berkawan sehinggalah ke hari ni. Aku baru jer keluar karaoke dengan dia recently dan dia antara kawan baik aku sekarang. 


FR (2007)

Aku kenal mamat ni masa aku di semester ketiga. Aku tinggal sebilik dengan ex aku yang atas tadi tetapi dalam masa yang sama, aku mula start chat online. Dia sangat handsome. Berasal dari KL. Lepas aku putus dengan AA aku plan nak cari boyfriend yang kurang handsome tetapi jumpa pula yang lagi handsome. Aku ni jenis cepat cemburu. So kalau boyfriend handsome, aku akan jadi psiko sikit. Hehe.

Kami berjumpa dan chemistry antara kami memang kuat. Kami declare tetapi dalam masa yang sama aku masih lagi terbabas dengan ex/teman sebilik. Dia agak tua dari aku. Enam tahun beza umur kami. Dia agak underground. Aku pula nak menunjuk-nunjuk boyfriend aku ni dekat kawan-kawan especially ex aku tu, AA. Aku siap plan nak stay dekat rumah dia nanti. Tetapi kami bergaduh. Memang gaduh besar sangat. Aku agak kebudak-budakkan sangat pada masa tu. Dia minta putus dan block number aku. 

Kami terserempak balik setahun kemudian di Myspace. Dia accept friend invitation dari aku tetapi kami tak pernah bercakap sehinggalah lost contact sampai sekarang. 


YO (2011-Sekarang)

Selepas putus dengan FR, aku memang tak bercinta dah. Fokus pada study sehinggalah aku ditawarkan scholarship untuk ambil Master. Aku letak ketepi pasal cinta dan fokus 100% kepada pelajaran. Pada pertengahan 2011, aku berjaya dapatkan Master dan aku juga ditawarkan kerja part time sebagai seorang guru. 

Aku berjumpa dengan YO ni di tempat kerja. Dia dari negeri yang sama dengan aku, Kelantan tetapi parent dia memang dah berhijrah ke KL pun. Aku actually tak suka pun si YO ni. Suka sangat bercerita pasal politik. Tetapi aku terpaksa layan juga dia sebab aku selalu berurusan dengan dia pasal kerja sehinggalah dia ajak aku tengok wayang. So tengok wayang ni lebih kurang first date kami lah. Cerita Contagion. Selepas dari malam tu, kami start rapat dan couple sehinggalah sekarang.

Kami ada bergaduh (sekarang pun tengah gaduh) tetapi sekarang aku lebih matang. Aku lebih suka mengalah. Tambahan pula YO pun anak sulung (semua ex aku adalah anak sulung). Sama macam aku, so ego kami pun besar. Tetapi kami tak suka panjangkan konflik. Yang paling best, kami berkongsi minat yang sama (movies). Tetapi tu je lah kot persamaan kami sebab kami totally different from each other. He's into politic, rock & alternative music dan bersosial. Aku pula suka tidur, into pop music dan baca novel cinta/young adult/fantasy. Bagus juga kami berbeza. Takde lah boring je hidup ni. 

So itu sajalah yang dapat aku kongsi pasal kisah cinta aku. 

Jumaat, 7 Februari 2014

Movie: Hawaii

Hello!!!

Aku baru sahaja menonton filem ini dalam minggu lepas. Filem Hawaii adalah filem dari negara Argentina. Aku pernah menonton satu gay movie dari Argentina iaitu Plan B dan filem ini dihasilkan oleh pengarah yang sama iaitu Marco Berger. Filem Plan B merupakan salah satu gay movie yang menjadi favorite aku so aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini. 


Hawaii mengisahkan Eugenio (Manuel Vignau) seorang penulis yang baru berpindah ke rumah milik pakciknya pada cuti musim panas. Tiada orang tinggal di sana jadi Eugenio mengambil peluang ini untuk berehat dan mencari ilham untuk novel terbarunya. Eugenio bertemu dengan Martin (Mateo Chiarino) seorang lelaki yang sedang mencari kerja. Martin merupakan seorang yang miskin dan hidup secara gelandangan.

Martin (Mateo Chiarino) & Eugenio (Manuel Vignau) 

Eugenio dan Martin pernah bermain bersama-sama semasa kecil jadi Eugenio menerima Martin untuk bekerja di rumah pakciknya dengan menolong membersihkan kawasan sekeliling rumah dan juga membaikpulih pagar dan atap. Martin tidak memberitahu tentang kedaifan hidupnya kepada Eugenio sehinggalah Eugenio mendapat tahu mengenai perkara ini dan mengajak Martin untuk tinggal di rumahnya. Lama kelamaan mereka saling menyenangi antara satu sama lain tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan. 

Martin & Eugenio

I really love this movie. Penamat cerita ini agak sempurna. Aku paling suka dengan kedua-dua aktor utama yang banyak menghidupkan watak masing-masing. Cerita ini tidak mempunyai banyak dialog, tetapi penyampaiannya berjaya kerana emosi dan mimik muka pelakonnya yang mantap. Chemistry antara dua pelakon utama memang kuat. Sexual tension di antara mereka sangat seksi dan tegang. Sangat berbaloi untuk ditonton.

Rating: