Iklan

Khamis, 6 Februari 2014

Forbidden Love - Part 4

Bab 4

Jam sudah menunjukkan 9.15 minit. Aku sudah lewat 45 minit untuk kelas aku yang pertama di universiti. Permulaan yang agak tidak baik untuk aku. Maklumlah zaman sekolah menengah dulu, ada ibu untuk mengejutkan aku setiap pagi. 

Sambil menaiki tangga, otak aku ligat memikirkan peristiwa sebentar tadi. Aku mati-mati ingat tiada orang di dalam tandas. Si sombong pun boleh dipersalahkan juga. Dia sendiri tidak mengunci pintu tandas dengan betul. Tak pasal-pasal bagi 'free show' untuk aku. Jujurnya, aku hanya terpandang sekilas lalu sahaja kerana terlampau terkejut bila melihat si sombong ada di hadapan aku. Tapi 'not bad' juga. Aku tersenyum sendirian. 

Aku sampai di hadapan bilik kuliah. Suasana agak riuh-rendah sedikit. Aku masuk dan melihat sekeliling. Tiada bayang pensyarah di dalam bilik kuliah. Syukur. 

"Firdaus!!" panggil Razi. Ramai juga pelajar yang akan mengambil jurusan perakaunan kali ini. Lebih kurang 60 orang semuanya. Aku menuju ke arah Razi dan Khairul Amin lalu duduk di kerusi kosong yang ada di situ. 

"Aku lewat bangunlah. Tak sedar pun bunyi jam pagi tadi." jelasku sambil meletakkan beg di tepi. 

"Takpe Bro. Lecturer pun tak masuk lagi." balas Razi. Aku melihat sekeliling. Si sombong masih belum sampai lagi. Mataku tertumpu pada lambaian daripada Veronica. Aku membalasnya kembali. 

"Hebat kau Firdaus. Dah dapat awek nampaknya." usik Razi. Khairul Amin hanya tergelak kecil. 

"Kawanlah." balas aku sambil tersenyum dengan usikan dari Razi. 

Zain masuk ke kelas. Aku dapat melihat reaksi pelajar-pelajar perempuan terhadap Zain. Ya, Zain memang kacak tapi sayangnya mereka semua belum kenal lagi dengan perangai sombong Zain. 

Zain mengambil beg aku yang berada di tepi dan meletakkannya di bawah. Dia duduk di tepi aku dan terus berbual dengan pelajar-pelajar lelaki yang lain. Aku cuba mengelak untuk memandangnya dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi hatiku masih lagi berdegup kencang. 

xxx

Aku keluar dari bilik kuliah bersama sekumpulan pelajar yang lain. Masih lagi cuba mengingati nama-nama pelajar yang baru aku kenali sebentar tadi. 

"Firdaus, jom pergi breakfast?" Veronica mencuit bahuku sambil tersenyum.

"Boleh juga. Korang nak ikut tak?" tanyaku kepada Razi dan Khairul Amin. 

"Takpelah, Firdaus. Kami nak pergi blok pentadbiran. Ada urusan sikit." jawab Razi. 

"Okay. Jumpa petang nanti."

Aku dan Veronica berlalu menuju ke kafetaria. Petang nanti ada perjumpaan bersama dengan ketua program. Kami akan dipecahkan kepada empat kelas. 

xxx

Aku dan Veronica menuju ke arah Razi dan beberapa pelajar lain. Ketua program baru sahaja mengedarkan empat helai kertas kepada empat wakil pelajar. Razi merupakan salah seorang wakil pelajar dan akan menjadi ketua kelas. 

"Razi, kelas kau kosong lagi tak. Dua orang?" tanyaku kepada Razi yang sedang memerhatikan Zain menulis namanya di atas kertas. 

"Kosong lagi. Kejap ya. Kertas ada dengan Zain." jawab Razi. Zain berhenti menulis.

"Takpalah Razi, aku cari kelas lain. Macam dah pack je kelas ni" Zain memotong namanya dengan satu garisan. 

"Okay lagi ni. Boleh join tiga orang lagi. Kau, Firdaus dengan kawan dia. Cukuplah." jelas Razi. 

"It's okay. Thank you Bro" Zain menepuk bahu Razi sambil berlalu pergi. Razi menghulurkan kertas senarai nama kepada aku. Aku menulis namaku di bawah nama Zain yang sudah digaris tadi. Mesti sebab aku, dia memotong namanya dari senarai kelas ini. 

Aku menghulurkan kertas kepada Veronica. Bagus juga Zain memotong namanya dari senarai ini. Jadi bolehlah aku mengelakkan diri daripada Zain. Namun, hatiku masih berasa sedikit terkilan. 

xxx

Aku meletakkan telefon di atas meja. Ibuku baru sahaja menelefon dan akan datang melawat pada hujung minggu ini untuk menghantar komputer riba milikku. 

Aku sengaja meninggalkan komputer riba di rumah kerana bimbang  ianya akan hilang semasa sesi orientasi. Oleh kerana sesi orientasi sudah selesai dan kelas pun akan bermula, aku amat memerlukan komputer riba itu untuk tugasan yang bakal diberikan nanti. 

Abang Tarmizi masuk ke dalam bilik. Dia baru sahaja selesai mandi. Walaupun sudah hampir dua minggu aku berkongsi bilik dengan abang Tarmizi, aku masih lagi tidak keruan bila melihat abang Tarmizi di dalam keadaan begini. Aku sempat menjeling ke arah abang Tarmizi. Bentuk tubuh abang Tarmizi agak sasa. Hasil dari senaman yang sering dilakukan olehnya pada setiap petang. Pernah juga abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium di universiti. Tetapi masih banyak lagi perkara yang perlu aku uruskan. 

"Ha.. Fi tengah scanning abang ya?" aku terkejut dengan sergahan dari abang Tarmizi. 

"Mana ada" aku mengalihkan pandanganku sambil tersenyum malu. Aku membuka buku yang berada di atas meja. 

Abang Tarmizi hanya tergelak dengan kelakuanku. 

"Fi kagum tengok tubuh abang sebenarnya. Suka tengok abang selalu jer bersenam. Tak macam Fi. Fi malas sikit nak bersenam" balasku, cuba mencari alasan atas kelakuanku tadi. 

"Nanti bila Fi dah ada masa terluang nanti, ikut abang pergi gim. Rugilah bayar yuran tapi tak guna gim." ujar abang Tarmizi sambil menggantung tualanya. Abang Tarmizi hanya memakai seluar boxer. Memang itulah uniform abang Tarmizi bila berada dalam bilik. 

Aku membelek-belek buku di hadapanku. Cuba untuk menumpukan perhatian kepada buku. Abang Tarmizi menghampiriku. 

"Fi, baca apa?" tanya abang Tarmizi sambil tunduk untuk melihat buku yang sedang dibaca olehku. Mukanya begitu hampir sangat denganku. Bau shaving cream yang digunakan oleh abang Tarmizi membuatkan aku menjadi semakin berdebar-debar. 

"Buku cerita je" jawabku perlahan. Abang Tarmizi masih belum berganjak. Aku semakin panik. Kenapalah abang Tarmizi masih belum berganjak. 

"Fi nak isi air kat pantri lah. Abang ada nak isi air ke? Fi boleh tolong." aku berjaya mencari alasan yang sesuai. Abang Tarmizi menuju ke mejanya dan mengambil botol airnya dan menghulurkannya kepadaku. 

"Thank you, Fi" abang Tarmizi mengenyitkan matanya kepadaku. 

xxx

Aku berjalan menuju ke arah pantri. Aku terfikirkan kejadian yang berlaku di dalam bilik tadi. Tingkah laku abang Tarmizi agak mesra. Terdetik dalam hatiku yang abang Tarmizi mungkin menyukaiku. Tetapi dalam masa yang sama aku bimbang. Banyak perkara yang membuatkan aku bimbang.

Macam mana kalau aku salah anggap. Mungkin abang Tarmizi hanya bergurau. Orang kacak macam abang Tarmizi tak mungkin suka pada aku. Dan kalau abang Tarmizi betul-betul suka pada aku pun, aku sendiri belum pasti yang aku bersedia untuk menerimanya. Aku belum pernah bercinta atau bersama sesiapa pun baik lelaki atau perempuan. 

Aku masuk ke dalam bilik pantri. Sunyi sahaja. Aku melihat ke arah tangga di hadapan bilik pantri. Si sombong sedang duduk di atas tangga sambil merokok. Aku hanya membiarkannya sahaja tetapi dalam masa yang sama aku ingin meminta maaf kepada dia atas apa yang berlaku pada pagi tadi. 

Selesai mengisi air, aku meletakkan botol air milikku dan abang Tarmizi di atas meja di dalam bilik pantri. Aku keluar dan menuju ke arah tangga. 

"Erm... Zain aku nak cakap sedikit dengan kau." Zain tersentak sedikit. Mungkin terkejut dengan teguran aku. 

"Apa dia?" tanya Zain. Mukanya serius. 

"Pasal pagi tadi. Sorrylah ya. Aku memang tak sengaja. Aku tahu kau tak nak join kelas A sebab tak nak sekelas dengan aku. So aku minta maaf. Kosong-kosong ya." aku merujuk kepada kejadian yang berlaku semasa proses pembahagian kelas petang tadi. 

Zain hanya mendiamkan diri sambil melenyek puntung rokok di anak tangga. Aku sudah meminta maaf malangnya tiada reaksi daripada Zain. Mungkin aku patut membiarkan sahaja perkara ini. Tak guna meminta maaf kepada si sombong di hadapanku ini. 

Aku masuk balik ke dalam bilik pantri lalu mengambil botol-botol yang berada di atas meja. Di saat aku ingin keluar, Zain muncul di muka pintu. 

"Takkan minta maaf je kot. Kau dah tengok aku punya. Kenalah tunjuk yang kau punya. Baru adil." aku tergamam. 

"Aku mana nampak apa-apa." aku berdalih dan cuba mencelah keluar dari bilik pantri. Zain menghalang dan tangannya bergerak ke arah kelangkangku. Aku cuba menepis tangan Zain tetapi Zain sempat mengelak tangannya dari ditepis. Akibatnya bukan tangan Zain yang ditepis tetapi kelangkangnya. Zain tersungkur kesakitan.

"Senak woi.. Aku bergurau je lah. Kau lebih-lebih pulak." rungut Zain. 

"Sorry.. sorry.. " aku terus berlalu pergi. Nampaknya hubungan aku dan Zain akan menjadi lebih teruk. Aku sepatutnya membiarkan dia sahaja. 

To be continued

F.I


4 ulasan:

  1. nak lagi.. nak lagi.. heee :3

    BalasPadam
  2. wow, best x sbr nk tunggu next part huhu

    BalasPadam
  3. kah kah kah!! lawak siottt. i can imagine that!! :)

    BalasPadam
  4. Pls update faster, its getting hotter

    BalasPadam