Iklan

Rabu, 12 Februari 2014

Forbidden Love - Part 5

Bab 5

Aku meletakkan pinggan yang berisi mee goreng di atas meja. Veronica masih lagi sibuk membalas mesej di telefonnya. 

"V, kau tak nak makan ke?" tanya aku sambil membetulkan kedudukan kerusi. 

"Belum lapar lagi. Kau makan dulu lah" jawab Veronica. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon miliknya.

"Kau tengah mesej dengan siapa? Khusyuk je aku tengok. Dari dalam kelas lagi aku perasan." Aku memandang ke arah Veronica. Veronica tersenyum lalu meletakkan telefonnya di atas meja. 

"Kau ingat tak pelajar lelaki yang pakai kereta Honda Jazz merah tu. Dialah yang sedang mesej aku sekarang" balas Veronica. Aku cuba mengingati wajah lelaki yang dimaksudkan oleh Veronica. 

"Oh budak tu. Dia tinggal blok yang sama dengan aku. Aku pernah juga nampak dia di toilet. Tapi tak sure pula dia tinggal di bilik mana." ujarku sambil menyuap mee goreng yang agak masin sedikit. 

"Ya ke! Nanti dia ajak aku keluar date. Kau teman aku ya, Fi? Aku takut lah. Boleh kan Fi?" pujuk Veronica. 

"Ish, seganlah aku V. Tak nak lah ganggu korang dating" balasku kembali. 

"Tak apa. Aku dah beritahu dia. Lagi pun dia datang dengan roommate dia. Bolehlah Fi?" Veronica masih belum berputus asa nampaknya. 

"Oklah. Nah, ambil mee goreng ni. Masin sangat. Tak larat aku nak habiskan." Aku menghulurkan pinggan mee goreng kepada Veronica. Veronica menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. 

"Masinnya. Makcik ni memang sengaja nak bunuh kita ke?" Aku tertawa melihat mimik muka Veronica menahan rasa masin. Sudah lebih sebulan aku berada di universiti. Hubungan aku dan Veronica semakin rapat. Walaupun ramai yang mengusik kami berdua sebagai pasangan kekasih, aku tahu tiada perasaan cinta di antara kami berdua. 

Veronica merupakan satu-satunya pelajar Sabah di dalam kelasku dan pelajar-pelajar perempuan lain tidak begitu rapat dengan Veronica. Jadi dia lebih banyak menghabiskan masa bersama aku dan juga pelajar-pelajar lelaki yang lain. 

Aku melihat kelibat Zain di kafetaria bersama pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Terdapat 4 kelas atau kumpulan untuk jurusan perakaunan pada semester ini. Aku berada di dalam kumpulan A manakala Zain berada di dalam kumpulan C. 

Zain memandang ke arahku. Aku masih lagi teringat peristiwa aku menepis kelangkang Zain dua minggu yang lalu. Selepas itu, kami tidak pernah bercakap lagi. Aku lega dia memotong namanya dari senarai kumpulan A. Hanya satu kali seminggu sahaja, kumpulan A dan C bergabung di dalam kelas yang sama. 

xxx

Aku menutup laptop. Internet kampus sedikit lembap hari ini. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Abang Tarmizi masih belum pulang dari kelasnya. Sedang aku termenung di atas katil, telefonku berbunyi. 

Abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium. Semalam kami pergi ke gimnasium di universiti tetapi terlampau ramai pelajar di sana. Jadi kami pulang semula ke bilik. Hari ini abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium milik persendirian yang berada di luar kampus. Bayarannya hanyalah RM 15 untuk sekali masuk.

"Okay. Fi nak mandi kejap. Then Fi turun bawah" jelasku menerusi telefon. 

"Jangan lupa bawa turun beg gim abang sekali. Dalam sepuluh minit lagi abang sampai." Abang Tarmizi meletakkan panggilan telefon. 

Aku meletakkan telefon lalu mencari beg gim kepunyaan abang Tarmizi. Setelah menjumpai beg itu di bawah katil, aku menariknya keluar dan mengangkatnya untuk diletakkan di atas meja. Ada benda terjatuh keluar dari beg itu. Aku mengambilnya. Sekotak kondom. Aku tergamam lalu memasukkannya kembali ke dalam beg. Abang Tarmizi dan kondom. Banyak perkara bermain-main di fikiranku sekarang. Dan semuanya adalah nakal. 

xxx

Tidak begitu ramai orang yang berada di gimnasium ini. Suasana agak lengang jadi kami tidak perlu berebut-rebut untuk menggunakan alat senaman di sini. 

Setelah agak lama berlari di atas treadmill, aku berhenti kepenatan. Sudah hampir dua jam kami berada di sini. Abang Tarmizi masih lagi bersemangat. Aku pula sudah pancit. Aku meneguk air mineral yang dibawa dari kolej. 

"Abang, Fi dah tak larat. Pancit dah ni. Nak mandi dulu ya. Nanti Fi tunggu abang dekat depan kaunter masuk." ujarku kepada abang Tarmizi. Abang Tarmizi berhenti berlari. 

"Abang pun kejap lagi dah nak siap dah. Fi pergi mandi dulu." balas abang Tarmizi. Aku menuju ke arah locker. Aku mengeluarkan tuala, baju dan seluar yang bersih sambil menuju ke arah bilik air. Sampai sahaja di bilik air, aku terkedu seketika. Open shower!

Aku melihat sekeliling. Hanya ada seorang lelaki yang sedang mandi. Lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an sedang membersihkan diri dalam keadaan tanpa seurat benang. Pertama kali, aku melihat seorang lelaki bertelanjang bulat di hadapanku. 

Aku menanggalkan baju yang dibasahi dengan peluh dan menyidainya di tempat yang disediakan. Aku membuat keputusan untuk mandi dengan memakai seluar pendek yang dipakai semasa bersenam tadi. Tidak selesa untuk berbogel di hadapan orang lain. 

Aku membuka pancuran air mandi dan mula membersihkan diri. Sedang aku membersihkan diri, abang Tarmizi muncul di sebelah aku. Dia hanya memakai tuala di pinggang. Aku sedikit gugup. Abang Tarmizi membuka balutan tuala lalu menyidai tualanya itu. Abang Tarmizi kini berada di sebelahku tanpa seurat benang. 

"Macam mana? Best tak gim kat sini? Sini tak ramai orang sangat so senang sikit. Tak payah berebut." ujar abang Tarmizi. Aku masih lagi berdebar-debar. 

"Ar.. Ya.. Okay kat sini." aku tergugup-gugup sambil cuba membuka botol gel mandian tetapi gagal.

"Bukan macam tu. Mari abang tolong." abang Tarmizi mengambil botol dari tanganku dan membukanya dengan begitu senang sekali. Dia menghulurkan botol itu kembali.

"Relax lah Fi. Fi nampak gugup sangat. Kenapa kepala asyik pandang atas je. Fi segan tengok abang bogel ya?" bisik abang Tarmizi perlahan. Aku hanya menganggukkan kepala. Abang Tarmizi tersenyum memandangku.

"Kenapa Fi pula yang nak segan. Abang yang tengah bogel ni tapi tak malu pun. Fi nak tengok pun abang tak kisah. Tak luak pun." usik abang Tarmizi lagi. Aku yakin mukaku agak merah menahan rasa malu. 

Abang Tarmizi kembali membersihkan badannya. Mengusap-usap tubuhnya yang sasa dengan air dan sabun. Aku curi-curi menjeling ke arah abang Tarmizi. Tubuhnya begitu sempurna. Markah penuh dari atas hinggalah ke bawah. Abang Tarmizi sedar yang aku sedang merenung tubuhnya. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah dinding. Dia hanya tersenyum. 

xxx

Walaupun tubuhku agak penat ekoran dari senaman di gim pada petang tadi, aku cuba menguatkan diri untuk bangun dan bersiap. Aku sudah berjanji untuk menemani Veronica berjumpa dengan pelajar lelaki yang disukainya. 

Abang Tarmizi masih lagi tidur. Selepas pulang dari gimnasium petang tadi, dia terus tidur. Aku memandang ke arah katil abang Tarmizi. Teringat peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Aku tidak menyangka abang Tarmizi merupakan seorang yang begitu terbuka. Dia begitu yakin dengan tubuh badannya. Mungkin kalau aku mempunyai bentuk tubuh badan seperti abang Tarmizi, aku pun tidak akan segan untuk menayangkannya kepada orang lain. 

Aku bergegas menuju ke pintu. Hampir terlupa yang aku terpaksa menemani Veronica malam ini. 

xxx

Veronica kelihatan sangat cantik malam ini. Jarang sekali aku melihat dia mengenakan alat solek di mukanya. Aku melihat jam tangan yang dipakai. 

"V, mana bakal teman lelaki kau ni? Dah lima minit kita tunggu kat sini. Betul ke dia suruh tunggu kat sini?" tanyaku kepada Veronica. 

"On the way. Kejap lagi sampailah. Eh! tu kereta dia. Jom." Veronica menarik tanganku. Kami menuju ke arah kereta Honda Jazz milik pelajar lelaki itu. Dia keluar dari pintu tempat duduk pemandu dan menuju ke arah kami. Rakannya keluar dari pintu sebelah lagi. 

"Hi. Sorry lambat. Aku Safuan." Safuan menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Aku menyambutnya. 

"Itu roommate aku, Zain." Aku melihat ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Safuan. Si sombong. Dia pun kelihatan sedikit terkejut melihatku. Aku mengangkat tangan. Dia hanya menangguk.

"Jom, kita bertolak. Nanti lewat pula." ujar Veronica. Kami bergerak ke arah kereta. 

"Awak duduk kat depan lah ya" Zain membuka pintu kereta untuk Veronica. 

"Thanks." Veronica masuk ke dalam kereta. Aku pula masuk menerusi pintu di belakang tempat duduk Veronica. Zain juga ingin masuk dari arah yang sama. Dia memang sengaja. Aku terpaksa bergerak ke tepi sambil memandang tajam ke arah Zain. Zain mengenyitkan matanya kepadaku.

To be continued

F.I

xxx

Ini pula inspirasi aku untuk watak Tarmizi. 


Tarmizi merupakan senior dan teman sebilik kepada Firdaus. Firdaus mengenali Tarmizi semenjak di bangku sekolah lagi dan menaruh hati kepadanya dari dulu lagi. Tarmizi seorang yang kacak dan mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Dia merupakan seorang yang peramah, suka mengusik tetapi baik hati. 

10 ulasan:

  1. ishhh..buat la panjang skit..haha.layan wehh.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Thank you. Teruskan membaca

      Padam
    2. sentiasa menanti huhu

      masa lapang jmput lo0r melwat bel0g si sufi sama yerk >.<
      org baru ktanyerrrr

      Padam
  3. Pendek2 cerita kt blog nih....buat la panjang sket

    BalasPadam
  4. Tumpang tnya, ni kisah bnar ke or just rekaan? Btw, seronok bc..

    BalasPadam
  5. Best sgt..first time jumpa melalui blog shark.

    BalasPadam