Iklan

Rabu, 26 Februari 2014

Forbidden Love - Part 7

Bab 7

Aku mengambil buku rujukan dan memasukkannya ke dalam beg sambil cuba mengingati jadual kelas pada hari ini. Abang Tarmizi masih lagi tidur. Aku masih lagi terbayang-bayang kejadian yang berlaku antara kami tiga hari yang lepas. Buat pertama kalinya aku dicium.

Selepas kejadian itu, kami berdua hanya berlagak biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun aku sebenarnya ingin membincangkan perkara ini dengan abang Tarmizi. Lebih elok aku mendiamkan diri sahaja. Tambahan pula aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan mengenai kejadian itu. 

Sedang aku mengambil buku-buku dari atas meja, tanpa sengaja aku terlanggar botol deodoran yang terletak di atas meja yang sama. Bunyi botol deodoran yang jatuh ke lantai mengejutkan abang Tarmizi. 

"Siapa jatuh? Siapa mati? Jangan mati!" Abang Tarmizi melihat ke arahku yang terkedu melihat reaksinya.

"Deodoran je jatuh. Sorry abang Mizi." Aku cepat-cepat mengangkat botol deodoran dan meletakkannya kembali di atas meja. 

Abang Tarmizi masih lagi melihat ke arahku. Pandangannya agak berlainan. Aku kehairanan dengan sikapnya pada pagi ini. 

"Abang Mizi okay ke?" tanyaku perlahan. 

"Huh... Okay.. Ya... Okay," balas abang Tarmizi sambil melabuhkan kembali tubuhnya di atas katil. 

Aku yang masih lagi kehairanan cepat-cepat mengambil beg dan menuju ke arah pintu. Bimbang lewat pula ke kelas nanti. Mungkin abang Tarmizi tengah mengigau. Selesai mengikat tali kasut aku membuka pintu.

"Sayang balik awal ya," terpacul keluar ayat yang agak memeranjatkan aku. Aku berpaling melihat ke arah katil abang Tarmizi. Matanya masih lagi tertutup rapat. Memang sahlah dia sedang mengigau. 

xxx

Selesai sahaja kelas, aku dan Veronica berjalan menuju ke arah perpustakaan. Sudah hampir dua bulan kami belajar di sini. Ujian pertengahan semester pula akan bermula dua minggu lagi. Jadi kami membuat keputusan untuk menghabiskan waktu terluang kami dengan mengulangkaji topik-topik terdahulu. 

"Fi, aku dengan Safuan dah declare," ujar Veronica sambil tersenyum. 

"Eh! Cepatnya. Baru tiga hari kot jumpa. Dah declare. Cinta maut nampaknya," usikku sambil tergelak kecil. 

"Tiga hari tu baru jumpa. Kalau mesej, sudah tujuh hari. So kami kenal sudah tujuh hari bah" Veronica membetulkan kenyataanku sebentar tadi. 

"Up to you lah, V. Cuma berhati-hatilah ya bah." Aku mengusik cara Veronica bertutur yang selalu menggunakan 'bah' di dalam ayatnya. 

"Kau pula? Takkan tak ada yang istimewa? Mungkin Zain?" tanya Veronica sambil tersengih. 

Aku terkejut. Di dalam hati tertanya-tanya samada Veronica hanya sekadar bergurau atau dia memang mengesyaki yang aku adalah gay.

"Mengarutlah kau, V. Aku nak pergi toilet jap. Tolong simpankan beg aku dalam locker sekali ya." Mujurlah kami sudah sampai di perpustakaan. Aku masih lagi belum selesa untuk membincangkan perkara ini bersama Veronica. 

Aku menghulurkan beg ke arah Veronica dan menuju ke arah tandas yang berdekatan. Aku masuk ke dalam tandas. Aku mencari-cari bilik kecil yang kosong. Tiada. Semuanya sedang digunakan. Oleh kerana tidak tahan sangat, aku bergerak ke arah urinal yang ada. Kosong. Bagus juga. Aku memang tidak selesa untuk melepaskan hajat kecil di tempat yang terbuka. 

Aku memilih mangkuk yang berada di hujung sekali. Sedang aku melepaskan hajat, aku sedar kemunculan seorang lelaki, selang satu mangkuk urinal dari tempat aku berdiri. Aku menoleh lalu tergamam. Dalam masa yang sama dia turut menoleh ke arahku. Zain. Dia juga terperanjat lalu cepat-cepat memusingkan badannya seolah-olah cuba menghalang aku dari melihatnya.

Aku cepat-cepat menarik zip. Dengan segera aku menuju ke arah sinki untuk mencuci tangan. Zain muncul di belakangku sambil berbisik perlahan.

"Kau intai aku ya tadi?" tanya Zain. 

Aku hanya menjeling lalu keluar dari tandas. Zain mengikuti aku dari belakang. Aku berhenti.

"Kenapa kau ikut aku ni?" tanyaku sambil merenung tajam ke arahnya. 

"Siapa ikut kau. Aku nak pergi library juga lah. Safuan nak jumpa Veronica kat library," jawab Zain. 

Dengan perasaan yang malu, aku cepat-cepat berjalan ke arah perpustakaan. 

xxx

Aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah hampir pukul 11 malam tetapi abang Tarmizi masih lagi belum pulang. Peristiwa petang tadi pula masih lagi terbayang-bayang di dalam benak fikiranku. 

Bunyi mesej dari telefon mengejutkan aku dari lamunan. Mesej dari Razi yang memberitahu bahawa kelas untuk esok dibatalkan. Aku sedikit lega. Kebelakangan ini, aku sangat letih dengan jadual kelas yang agak padat. Teringat cerita abang Tarmizi mengenai kesibukan pelajar-pelajar semester satu. 

Aku terdengar bunyi pintu dibuka. Abang Tarmizi masuk dan meletakkan bukunya di atas katil. 

"Baru balik dari kelas ke?" tanyaku yang cuba untuk memulakan perbualan. 

"Ya. Lepas habis kelas ada study group. Tu yang lewat sikit." abang Tarmizi membuka butang bajunya satu persatu. 

"Fi... Abang nak cakap pasal malam tu ya. Sorry. Otak abang kusut sikit malam tu. Tak ada niat nak ambil kesempatan pun." Abang Tarmizi duduk di sebelahku. 

"Tak apa. Fi faham. Fi tak ambil hati pun" balasku sambil hanya tersenyum. 

"Thank you. So boleh cium lagi lah ni?" usik abang Tarmizi. 

"Cubalah. Kali ni Fi wrestling terus abang," jawabku sambil tergelak kecil. 

"Amboi! Baru pergi gym dua kali dah nak lawan abang. Jom kita wrestling sekarang?" ajak abang Tarmizi yang masih lagi tidak berbaju. Dia bangun. 

"Tak nak lah. Abang tak pakai baju. Berpeluh." Aku berpura-pura ingin menjauhkan diri. 

"Tak pakai baju lah bagus. Intimate sikit," balas abang Tarmizi. 

"Hehe. Dahlah. Pergi mandi," arahku kepada abang Tarmizi yang masih lagi berdiri di hadapanku. 

"Nak lagi intim, kena mandi bersama-sama. Hehe." Abang Tarmizi ketawa sambil mengambil tualanya yang tersidai rapi di atas tingkap. 

Aku hanya tersenyum. Sejujurnya aku lega kerana kami masih lagi boleh bergurau di antara satu sama lain. Aku sendiri tidak pasti akan hubungan kami sekarang. Aku memang menyukai abang Tarmizi sejak dari bangku sekolah lagi. Tetapi adakah aku cukup berani untuk mengorak langkah seterusnya. 

xxx

Oleh kerana kelas pada petang Jumaat telah dibatalkan, aku hanya menghabiskan masa di hadapan laptop sahaja. Abang Tarmizi pula masih lagi belum pulang dari kelasnya. Jadi aku hanya keseorangan di dalam bilik. 

Pintu bilikku diketuk. Aku menuju ke muka pintu lalu membukanya perlahan. Safuan ada di muka pintu bersama beg pakaiannya. 

"Fi, aku nak balik kampung ni. Nak minta tolong kau sikit," ujar Safuan. 

"Minta tolong apa ya?" tanyaku kepada Safuan. 

"Tolong tengokkan Zain. Dia demam tu. Aku suruh makan ubat tak nak. Bimbang pula aku tengok dia. Dari pagi tadi lagi belum makan. So nak minta kau tolong beli makanan dan tengok-tengokkan dia ya." beritahu Safuan. Dari riak mukanya, nampak seperti dia sangat bimbang akan kesihatan Zain. 

"Boleh. Takde masalah. Nanti aku tengok-tengokkan dia. Jangan bimbang," jawabku. 

"Thanks Fi. Ni kunci bilik aku," hulur Safuan. Aku mengambil kunci bilik dari Safuan. 

"Jumpa nanti." Kami bersalaman. Safuan mengangkat begnya dan berlalu pergi. 

xxx

Aku berjalan menuju ke arah bilik Zain sambil membawa makanan yang dibungkus dari dewan makan. Sup ayam bersama nasi putih. Hidangan ini merupakan hidangan kegemaranku bila aku jatuh sakit. 

Aku membuka pintu bilik. Suasana agak gelap. Aku membuka lampu. Zain sedang tidur. Mukanya nampak agak pucat. Plastik yang mengandungi ubat-ubatan ada di lantai. 

"Zain, aku ni Fi. Aku ada beli nasi. Kau nak makan tak?" tanyaku sambil mengangkat plastik yang mengandungi ubat dan meletakkannya di atas meja. 

Zain membuka matanya. Dia melihat ke arahku. Pandangan matanya agak lemah. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

"Kalau tak nak makan nasi, minum sup je pun takpa. Safuan cakap kau tak makan dari pagi tadi lagi," tambahku lagi. 

"Tak ada selera," jawab Zain ringkas. 

"Try lah dulu. Mana tau nanti ada selera." Aku mengangkat kepala Zain dan mengambil bantal untuk disandarkan di kepala katil. 

"Duduk," arahku. Zain hanya mengikut sahaja arahanku. Aku meletakkan sup ayam yang dibeli ke dalam mangkuk. Zain kelihatan sangat lemah. Aku duduk di sebelah Zain dan menyuapkannya sup. Zain agak keberatan pada mulanya tetapi akhirnya dia membuka mulut. 

Setelah selesai, aku mengambil plastik ubat dan mengeluarkan 2 biji panadol. 

"Tak nak." Zain menggelengkan kepalanya. Rupa-rupanya si sombong ni takut dengan ubat. Aku menuju ke arah meja Zain lalu mengambil pisau yang ada di dalam bekas sudu dan garpu. Aku memotong dua biji panadol tadi sekecil yang boleh. 

"Jom makan ubat. Aku dah potong kecil-kecil," jelasku sambil menghulurkan gelas kepada Zain. Zain mengambil kepingan ubat dari tanganku dan menelannya dengan secepat mungkin. 

Zain membetulkan bantalnya dan kembali berbaring di atas katil. Aku dapat merasa bahang kepanasan tubuh Zain bila berada berdekatan dengannya

"Aku ada beli ais. Kau nak aku tuamkan tak?" tanyaku sambil memegang plastik yang berisi ais. Zain menanggalkan bajunya. Aku sedikit terkejut kerana rancangan aku hanyalah untuk menuamkan ais di kepalanya sahaja.

Aku mengisi tuala kecil kepunyaan Zain dengan ketulan ais. Aku bermula dari muka dan turun perlahan-lahan ke badannya. Aku menjadi malu secara tiba-tiba. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. 

Tanpa disedari seketul ais keluar dari celahan tuala kecil dan bergolek di atas tubuh Zain dan berhenti tepat di tengah-tengah seluarnya. Aku terkejut. 

Zain membuka matanya dan mengambil ais itu. 

"Biar aku buat sendiri." Aku menghulurkan tuala itu kepadanya lalu mengambil mangkuk sup yang digunakan tadi dan segera menuju ke pintu. 

"Aku pergi basuh mangkuk dulu," kataku kepada Zain sambil keluar dengan serta merta. 

Fi, kau kena kuat!

xxx

Aku masih lagi berada di dalam bilik Zain. Melihat-lihat sekeliling. Agak kemas juga bilik Zain dan Safuan. Aku melihat gambar yang berada di atas meja Zain. Zain kelihatan sangat ceria di dalam gambar. Dia bersama seorang wanita yang usianya dalam lingkungan 40-an. Muka mereka seakan sama. Mungkin ini ibunya. 

Aku melihat jam. Sudah hampir jam sebelas malam. Aku membuat keputusan untuk kembali ke bilikku. Aku melihat ke arah Zain. Dia sedang menggigil kesejukan. Kasihan pula melihatnya yang sedang menggigil. Aku duduk di sebelahnya lalu membetulkan selimut yang sedang melitupi tubuhnya. 

Dia masih lagi menggigil. Aku mengambil telefon bimbitku. 

"Hello V, si Zain ni terketar-ketar lah. Takut aku."

"Ya ke? Selimut dia tebal-tebal. Bagi dia rasa panas," balas Veronica. 

"Dah. Aku siap pergi ambil selimut aku lagi." Aku mula risau dengan keadaan Zain. Bimbang jika dia menghidapi demam denggi.

"Ataupun kau peluk je dia, bah. Bagi haba kau meloncat kepada dia," cadang Veronica.

"Meloncat! Pandailah kau. Seganlah aku." Aku terkejut mendengar cadangan dari Veronica. 

"Kenapa segan. Kau berdua kan lelaki. Cara tu bagus tau. Kalau dia mati sebab kesejukan, kau yang kena tanggung tau." Semakin dalam imaginasi Veronica. 

"Ish! Kau ni. Okaylah..." Aku semakin buntu. 

"Okay. Jaga roommate boyfriend aku baik-baik." Veronica meletakkan panggilan. 

Aku bergerak ke arah katil. Perlahan-lahan cuba untuk baring. Betul-betul muat untuk tubuh kami berdua. 

"Zain, aku nak peluk kau ni. So haba aku meloncat, eh berpindah pada tubuh kau." Sunyi. Tiada sebarang reaksi dari Zain. Zain sedang tidur secara mengiring dan tubuhnya menghadap dinding. Aku mengangkat tangan perlahan-lahan. Masih lagi tidak pasti samada aku patut memeluknya. 

Tiba-tiba tangan Zain menarik tanganku lalu meletakkan tanganku di pinggangnya. Aku mengeratkan pelukan. 

"Thanks," bisik Zain perlahan. Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Aku dan Zain sedang berpelukan!!!

To be continued

F.I

10 ulasan:

  1. OMK..haha.watak zain sgt cool!vote for zain..>_<

    BalasPadam
  2. double thumbs up.... x sabar nak baca sambungannya...

    BalasPadam
  3. ish....potong stim lak bila ada to be continue hahaha.....

    BalasPadam
  4. Update la panjang panjang! >.<

    BalasPadam
  5. hhahhahahaa. aku still tak tidur bila baca cerita ni. KAH KAH KAH! lawak babi punya. best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko nye cite bila nk sambg lak. Aku rindu kot kat haikal n zahid

      Padam
  6. cutenye cite ni! so sweet :3

    BalasPadam