Iklan

Jumaat, 7 Februari 2014

Movie: Hawaii

Hello!!!

Aku baru sahaja menonton filem ini dalam minggu lepas. Filem Hawaii adalah filem dari negara Argentina. Aku pernah menonton satu gay movie dari Argentina iaitu Plan B dan filem ini dihasilkan oleh pengarah yang sama iaitu Marco Berger. Filem Plan B merupakan salah satu gay movie yang menjadi favorite aku so aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini. 


Hawaii mengisahkan Eugenio (Manuel Vignau) seorang penulis yang baru berpindah ke rumah milik pakciknya pada cuti musim panas. Tiada orang tinggal di sana jadi Eugenio mengambil peluang ini untuk berehat dan mencari ilham untuk novel terbarunya. Eugenio bertemu dengan Martin (Mateo Chiarino) seorang lelaki yang sedang mencari kerja. Martin merupakan seorang yang miskin dan hidup secara gelandangan.

Martin (Mateo Chiarino) & Eugenio (Manuel Vignau) 

Eugenio dan Martin pernah bermain bersama-sama semasa kecil jadi Eugenio menerima Martin untuk bekerja di rumah pakciknya dengan menolong membersihkan kawasan sekeliling rumah dan juga membaikpulih pagar dan atap. Martin tidak memberitahu tentang kedaifan hidupnya kepada Eugenio sehinggalah Eugenio mendapat tahu mengenai perkara ini dan mengajak Martin untuk tinggal di rumahnya. Lama kelamaan mereka saling menyenangi antara satu sama lain tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan. 

Martin & Eugenio

I really love this movie. Penamat cerita ini agak sempurna. Aku paling suka dengan kedua-dua aktor utama yang banyak menghidupkan watak masing-masing. Cerita ini tidak mempunyai banyak dialog, tetapi penyampaiannya berjaya kerana emosi dan mimik muka pelakonnya yang mantap. Chemistry antara dua pelakon utama memang kuat. Sexual tension di antara mereka sangat seksi dan tegang. Sangat berbaloi untuk ditonton.

Rating: 

2 ulasan:

  1. hi..nak tanya boleh?
    mana nak beli movie gay mcm ni?

    BalasPadam
  2. Rasanya tak jual kat sini. So memang kena download

    BalasPadam