Iklan

Khamis, 13 Februari 2014

Movie: North Sea Texas aka Nordzee, Texas

Hello!!!

Review gay movie yang seterusnya adalah untuk sebuah filem dari Belgium. Ini adalah kali pertama aku menonton filem dari Belgium dan bagi aku filem ini sangat menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog aku. 


North Sea Texas dihasilkan pada tahun 2011 dan ia mengisahkan tentang kehidupan Pim (Jelle Florizoone), seorang remaja berusia 15 tahun. Pim tinggal bersama ibunya. Tetapi dia kurang mendapat perhatian ibunya yang lebih gemar bersama teman lelakinya. 

Pim (Jelle Florizoone) & Gino (Mathias Vergels)

Di dalam khemah
Pim banyak menghabiskan masa di rumah kawan baiknya, Gino (Mathias Vergels) yang tinggal bersama ibunya yang sakit dan adik perempuannya. Pim menyukai sahabatnya walaupun dia tahu rakannya merupakan seorang lelaki straight. Sehinggalah pada suatu hari mereka terlanjur. Pim menganggapnya sebagai cinta namun Gino hanya ingin berseronok sehingga dia menjumpai gadis yang sesuai. Konflik timbul bila Gino mempunyai teman wanita. 

Gino & Pim
Keseluruhannya, cerita ini banyak membawa mesej yang sangat indah seperti kasih sayang di antara keluarga, sayang antara dua sahabat dan juga pengorbanan. Pelakon utamanya, Jelle Florizoone baru berusia 16 tahun semasa penggambaran filem ini tetapi penghayatan wataknya sangat bagus. Watak-watak lain juga banyak menarik perhatian aku seperti adik perempuan kepada Gino yang jatuh hati kepada Pim. Babak akhir dalam filem ini membuat aku tersenyum. Chemisty antara watak Pim dan Gino sangat kuat. Penamatan yang sangat bagus bagi aku. 

Rating: 

1 ulasan: