Iklan

Rabu, 5 Februari 2014

TV Series: Chozen (Season 1)

Hello!!!

Aku sedikit terkejut melihat jumlah page views yang tiba-tiba naik mendadak. Bila check traffic sources, ramai yang datang dari blog Shark. Terima kasih Bro sebab tolong promote novel 'Forbidden Love'. Bahagian 4 akan menyusul pada malam esok. Hopefully. 

Semalam aku download satu cerita animasi bersiri yang bertajuk 'Chozen'. Baru ada 4 episod. Siri animasi ini ditayangkan di channel FX di USA. Rasanya aku belum pernah tengok lagi cerita kartun yang berunsur gay seperti siri ini, 


Siri kartun ini mengisahkan seorang rapper, Chozen yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan ingin membalas dendam kepada bekas ahli krewnya yang kini menjadi seorang rapper yang berjaya iaitu, Phantasm. 

Phantasm telah memerangkap Chozen dengan tuduhan memiliki dadah dan menjalinkan hubungan seks dengan gadis di bawah umur. Jadi selepas bebas dari penjara, Chozen mencari dua lagi ahli krewnya yang kini berkerja sebagai performer di parti hari jadi kanak-kanak iaitu Crisco & Ricky. 

Chozen, Crisco & Ricky

Mereka bertiga bergabung kembali dan cuba untuk mengembalikan zaman gemilang mereka dalam industri muzik rap dan hip hop. Watak utama dalam cerita ini iaitu Chozen adalah gay. So banyak unsur gay dari siri ini datang daripada Chozen. 

Chozen & Troy

Siri tv ini agak menarik tetapi dialognya agak kasar sedikit. Tetapi memang kelakar. Babak rapping pun banyak yang kelakar. Aku baru saja tengok sampai episod 2. Antara watak-watak lain yang ada dalam siri ini ialah Tracy (adik kepada Chozen), Jimmy (jurugambar laman web porno, yang membantu Chozen mendapatkan gig) dan Troy (pelajar kolej yang nerd dan terhutang budi pada Chozen yang menyelamatkannya dari dibuli). 

Truly
F.I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan