Iklan

Ahad, 2 Mac 2014

Aku & Langkah Bendul

Hello!!!

Cepat sungguh masa berlalu. Sudah bulan Mac. Aku agak berdebar sedikit menanti bulan Mac ni. Sebabnya adik lelaki aku akan berkahwin. Aku ni anak sulung dari empat beradik. Semuanya lelaki. So adik aku yang nombor dua ni bakal berkahwin tak lama lagi. Langkah bendul lah jawabnya. 

Biasanya orang perempuan je yang jadi isu pasal langkah bendul ni. Aku tak kisah pun. Langkahlah kalau nak langkah. Tetapi yang menjadi isu ialah mulut sanak saudara. Mesti aku kena sound ni. Tak banyak pun mesti adalah sikit. Tu yang berdebar tu. Menanti hukuman kerana tidak berkahwin. 

Sekarang ni tengah fikir alasan. Nak cakap takde duit, tak boleh, sebab gaji aku jauh lebih banyak dari adik aku. Nak cakap takde calon, kan dicari calon pula oleh aunty-aunty aku ni. So sekarang tengah blur. Kalau sesiapa ada alasan yang bagus, tolonglah komen di bawah ya. 

Bf aku lagi kena teruk. Dia juga anak sulung dari empat beradik. Sekarang ni, adik lelaki dia (nombor 2) dan adik perempuan dia (nombor 3) dah kahwin dan adik lelaki bongsu dia bakal berkahwin hujung tahun ni. Aku pergilah kenduri untuk kedua-dua adiknya yang dah berkahwin tu. Kesian jugak tengok dia kena sindir dengan makcik dan pakcik dia. 

So sekarang ni aku kena berguru dengan dia, macam mana nak tebalkan telinga!!!

P.S: Forbidden Love yang seterusnya tak sure lagi bila boleh post. Aku target this Monday or Tuesday or maybe Wednesday. :p

2 ulasan:

  1. kita senasib...cakap je belum sampai seru

    tp luck jugalah sbb ritu adik aku kahwin, disebabkan muka aku nmpak muda sikit, maka tak ramai yg tnya aku bila nk kahwin..alih2 ada yg terkejut sbb dpt tau aku sbnarnya abg si pengantin tu...haha...

    kena jaga awet muda kot, biar owg tak tahu kita nih dah tua

    sbb tu aku slalu happy, tak mau tensen2 nnti cepat reput..haha

    BalasPadam
  2. Klu dieorg tnye.... wat tunjuk gigi jer... pastu klu dieorg nk bg calon..... soh dieorg wat PRU cari menntu..... ang tebal kn jer telinga wat2 bz ckit.... tips die jgn msuk umah sbb makcik2 ni ske dok dlm umah.... lg2 tmpt singhsana pengantin.... hehehehe

    BalasPadam