Iklan

Khamis, 27 Mac 2014

Forbidden Love - Part 10

Bab 10

Aku membuka mata perlahan-lahan. Tangan abang Tarmizi masih lagi memeluk erat tubuhku. Aku melihat ke arah Abang Tarmizi yang masih lagi tidur. Dengkuran kecil kedengaran keluar dari hidung Abang Tarmizi. Mungkin terlampau letih agaknya. 

Aku memegang tangan Abang Tarmizi dan mengangkatnya perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan dia dari tidurnya. Tambahan pula hari ini adalah hari Sabtu. Setelah berjaya melepaskan diri dari pelukan Abang Tarmizi, aku bangun dan cuba mencari-cari telefon bimbitku. 

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Cuaca pada pagi ini agak mendung. Aku kembali ke katil abang Tarmizi dan hanya duduk di tepi katil. Bingung. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Mandi? Terlalu sejuk. Sarapan? Tiada selera. 

"Fi, pukul berapa dah?" Aku tersentak mendengar suara Abang Tarmizi dari belakang.

"Sepuluh. Okay tak tidur? Mesti tak selesa kan?" tanyaku sambil memusingkan tubuhku menghadap Abang Tarmizi. 

"Abang okay jer. Lagi selesa adalah. Ada bantal peluk kat sisi," kata Abang Tarmizi sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Rambutnya yang kusut masai tidak sekali pun menjejaskan ketampanan wajah Abang Tarmizi. Aku membalas kenyitan mata Abang Tarmizi dengan sebuah senyuman. 

"Fi, marilah rapat sikit. Sejuklah pagi-pagi ni." Abang Tarmizi memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. 

"Pakailah baju." Aku mencapai baju yang ada di lantai lalu menghulurkannya kepada Abang Tarmizi. Namun, Abang Tarmizi menarik pula tanganku ke arahnya. 

Aku kembali melabuhkan tubuhku di sisi Abang Tarmizi. Abang Tarmizi mula memelukku dengan erat. Tangannya yang berada tepat di pinggang membuatkan aku menjadi tidak keruan. Abang Tarmizi mengangkat kepalanya dan bibirnya mula mencari bibirku. 

Aku cepat-cepat mengelak. 

"Tak gosok gigi lagi lah." Aku memberi alasan yang sememangnya agak munasabah. 

"It's okay. Dua-dua tak gosok gigi tak apa," balas Abang Tarmizi sambil mencium bibirku dengan lembut. 

"Busuklah." Aku tergelak sambil menolak muka Abang Tarmizi. 

"Kalau mulut tak boleh, yang lain mesti boleh kan?" Bibir Abang Tarmizi hinggap pula di leherku. Aku cuba mengelak tetapi gagal. Abang Tarmizi mencium leherku dengan nakal. Aku hanya mampu tergelak kerana aku agak sensitif dan geli di bahagian leher. Abang Tarmizi menghentikan ciumannya. 

"Fi ni spoil kan mood sungguh lah. Cium sikit dah geli." Aku hanya tersenyum. 

"Dah, Fi nak mandi." Aku meleraikan tangan Abang Tarmizi dari tubuhku dan segera bangun.

"Kita mandi sama-sama nak?" tanya Abang Tarmizi yang masih lagi nakal. 

"Nak buat apa kalau mandi sama-sama?" tanyaku kembali dengan tona suara yang nakal. 

"Abang nak ajar Fi mandi wajib," jawab Abang Tarmizi selamba. Aku ketawa terbahak-bahak dengan jawapan Abang Tarmizi. 

"Fi tahulah macam mana nak mandi wajib." Aku mengangkat bakul kecil berwarna kuning yang sentiasa menjadi peneman setiaku bila ingin ke bilik air. 

xxx

Aku menggosok-gosok tubuhku dengan lembut. Belaian dari Abang Tarmizi semalam masih lagi menghantui mindaku. Aku berasa sangat bahagia tetapi dalam masa yang sama aku takut dan bimbang. 

Aku mengambil syampu dari bakul dan menuangkannya ke atas tapak tanganku. Paip di bilik mandi sebelah terbuka. 

"Awal kau bangun hari ni." Kedengaran suara Zain di bilik mandi sebelah. Aku hanya diam dan menyambung kembali membasuh rambutku yang dipenuhi dengan buih syampu. 

"Kau tengah melancap ya?" Aku tersentap dengan soalan Zain. Bimbang jika ada pelajar-pelajar lain yang dengar dan salah sangka terhadapku. Tetapi aku masih lagi diam dan cepat-cepat membersihkan tubuh. 

Aku menutup paip dan mengelap-ngelap tubuhku dengan tuala 'Iron Man'. Mungkin disebabkan tuala ini, Zain begitu yakin yang aku berada di bilik mandi sebelahnya. 

Tiba-tiba kakiku digenggam dari bawah. Aku terkejut apabila melihat tangan Zain yang dihulurkan dari bilik air sebelah mencengkam pergelangan kakiku. 

"Bodohlah kau Zain. Terkejut aku." Zain menarik balik tangannya. 

"Dah kau diam jer. Entah hidup atau mati," balas Zain sambil ketawa terbahak-bahak. Aku keluar dari tandas. Oleh kerana geram, aku menarik tualanya dari luar. 

"Padan muka kau. Aku ambil towel kau ni." Aku memberitahu Zain yang masih lagi berada di dalam bilik air. Niatku hanya untuk menakutkan Zain. Namun, pintu terbuka. Zain hanya menutup bahagian sulitnya dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi cuba mencapai tualanya yang masih lagi dipegangku. 

Zain berjaya merampas kembali tualanya. Aku hanya mampu tergamam. Tidak sangka dengan tindakan yang telah diambil oleh Zain. Aku berlalu dari situ. Mujurlah tiada orang lain di dalam bilik air pada waktu ini. 

xxx

Aku menyidai tuala di tepi tingkap. Abang Tarmizi yang masih lagi berada di atas katil, sedang meneliti telefon bimbitnya. 

"Pergilah mandi," kataku ringkas. 

"Okay. Demi Fi, Abang sanggup mandi walaupun sejuk." Abang Tarmizi bangun dari katil dan mengambil tualanya. 

Tanpa segan silu Abang Tarmizi menanggalkan seluar pendeknya di hadapanku. 

"Abang ni memang jenis tak malu ya?" tanyaku sambil tersenyum. 

"Rilekslah. Lagipun Fi dah jadi boyfriend Abang." Abang Tarmizi mengambil tualanya yang disidai di atas kerusi. 

Aku tersenyum bila mendengar perkataan 'boyfriend' yang keluar dari mulut Abang Tarmizi. 

"Fi ingat tak masa kat gim yang kita pergi tu?" tanya Abang Tarmizi tiba-tiba. Aku menganggukkan kepala tanda yang aku masih lagi ingat akan peristiwa di gimnasium. 

"Masa kat bilik air, Fi scanning Abang kan? Actually Abang sengaja mandi bogel kat tepi Fi. Nak tengok reaksi Fi." Abang Tarmizi tergelak perlahan. 

"Dah agak dah." Aku turut ketawa bila mengenangkan balik peristiwa tersebut. Aku sungguh panik dan berdebar-debar pada waktu itu. 

"Abang, boleh Fi nak tanya something?" sambungku pula. 

"Apa dia?" Abang Tarmizi mengetatkan ikatan tualanya di pinggang. 

"Sejak bila ya Abang suka Fi? Maksud Fi suka betul-betul. Lebih dari sebagai seorang kawan," tanyaku sambil memandang wajah Abang Tarmizi. 

"Entahlah. Masa sekolah dulu, Abang suka tengok Fi. Tapi Abang anggap Fi ni macam adik Abang je. Then, bila Fi dapat masuk universiti dan sebilik pula dengan Abang, perasaan Abang tiba-tiba dah jadi lain. Dulu Fi comot jer. Sekarang dah cute. Lagilah Abang suka." Jujur sahaja jawapan yang keluar dari mulut Abang Tarmizi. 

"Oh kalau Fi comot, Abang tak suka lah? Okay Fi comotkan diri sekarang." Aku mengambil bedak dan meletakkan bedak di mukaku secara bertompok-tompok. Niat hatiku sengaja ingin menyakat Abang Tarmizi. 

"Oh Fi nak comotkan muka ya? Nanti Abang tanggalkan tuala ni dan tolong comotkan. Nak?" Abang Tarmizi menyakat aku kembali. 

"Lawak lucahlah. Dah. Pergi mandi," balasku sambil meletakkan botol bedak ke atas meja kembali. Abang Tarmizi tersenyum dan berpaling menuju ke arah pintu bilik. 

Sebaik sahaja Abang Tarmizi keluar. Aku tersenyum sendirian. Bila difikirkan kembali, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi hanya baru sekarang kami berani mengorak langkah. Adakah aku gembira dengan apa yang berlaku di antara kami? Ya, aku gembira tetapi dalam masa yang sama aku bimbang. Bolehkah hubungan kami ini berkekalan? Aku memejamkan mata. Enggan berfikir tentang masa hadapan. Namun, bayangan wajah Zain timbul di dalam benak fikiran. Aku buntu. Mengapa mesti Zain?

xxx

Sebaik sahaja Puan Salmah keluar, aku segera menuju ke arah Veronica. 

"Macam mana plan lusa ni?" Aku bertanyakan Veronica mengenai rancangan kami untuk ke Pulau Pangkor. 

"Okay. Yaya dah confirm dengan makcik dia. Makcik dia bagi kita dua bilik untuk honeymoon tau. Sebab banyak bilik dah ditempah," jawab Veronica sambil memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. 

"Bilik honeymoon?" Aku terkejut mendengar jawapan dari Veronica. 

"Ya. Sebab bilik lain penuh bah. Baik sangat makcik Yaya tu bagi kita merasa honeymoon suite," balas Veronica. 

"Dua bilik je ke?" tanyaku. Aku sudah boleh mengagak yang aku akan berkongsi bilik dengan Zain tetapi bilik untuk pasangan berbulan madu? 

"Dua je lah. Kenapa? Kau tak nak memadu asmara dengan Zain ke?" usik Veronica sambil tergelak kecil. 

"Mengarutlah kau. Aku annoyed sangat dengan si Zain tu. Selalu je nak cari pasal dengan aku." Aku dan Veronica berjalan keluar dari bilik kuliah. 

"Kau tak payahlah layan dia sangat. Takkan nak kongsi bilik dengan aku pulak. Nanti kena tangkap khalwat macam mana? Tak pasal-pasal kena kahwin free." Aku tergelak mendengar ngomelan Veronica.

"Okay juga tu," balasku sambil menuruni tangga dengan berhati-hati. Abang Tarmizi pula sedang menaiki tangga bersama rakan-rakannya. 

"Habis kelas dah ke?" tanya Abang Tarmizi sewaktu kami berselisih. Sempat juga jari jemarinya menyentuh tanganku. 

"Dah." Aku mengangguk sambil tersenyum. Kami meneruskan perjalanan masing-masing. 

"Siapa tu?" tanya Veronica. 

"Itulah roommate aku. Abang faci masa minggu orientasi," jawabku. 

"Tak berapa ingat sangatlah. Handsome jugak. Kenapa kau tak cakap awal-awal." Veronica mencuit lenganku. 

"Siapa suruh kau declare dengan Safuan awal sangat. Rugilah. Tu boyfriend kau dah tunggu." Aku menunjukkan jari ke arah Safuan yang sedang menunggu di salah satu meja di kafetaria. 

"Okay. Nanti apa-apa call aku. Tolong beritahu Zain sekali, pukul berapa kita nak jumpa nanti." Kami berpisah. Veronica sudah mempunyai rancangan bersama teman lelakinya. 

xxx

Aku sibuk mengemas barang-barang keperluan ke dalam beg. Bimbang jika tertinggal apa-apa barang yang penting kerana aku akan tinggal di sana selama tiga hari dua malam. 

"Sunyilah Abang bila Fi takde nanti." Abang Tarmizi memuncungkan mulutnya. 

"Alah, tiga hari jer." Aku cuba memujuk Abang Tarmizi sambil melipat baju-baju dengan kemas. 

"Siapa lagi pergi. Budak kelas Fi semua ker?" tanya Abang Tarmizi. 

"Group Fi sahaja. Empat orang. Fi dengan Veronica bersama dua budak kelas lain," jawabku tenang. 

"Budak yang hantar Fi tu pergi sekali ke?" Aku terkejut mendengar pertanyaan daripada Abang Tarmizi. Takkanlah dia masih cemburu dengan Zain. Apa yang patut aku jawab?

"Pergi." Ringkas sahaja jawapan dariku. Aku sedikit menyesal kerana berterus terang dengan Abang Tarmizi. Mungkin aku patut tidak memberitahu Abang Tarmizi yang Zain akan turut serta ke Pulau Pangkor. Abang Tarmizi hanya diam. 

"Dia dan girlfriend dia ikut sekali. Mereka berdua sekelas. So empat orang semuanya." Idea untuk memberitahu Abang Tarmizi bahawa Zain dan Yaya adalah pasangan kekasih timbul secara tiba-tiba. 

"Oh! Dia dah ada girlfriend." Abang Tarmizi seolah-olah lega mendengar apa yang diberitahu olehku. 

"Kenapa? Mesti Abang dah fikir yang bukan-bukan kan?" Aku merenung ke arah Abang Tarmizi. 

"Ya lah. Fi nampak rapat sangat dengan dia. Abang sedar, dia lagi kacak dari Abang," keluh Abang Tarmizi. 

"Takdelah. Bagi Fi, Abang lagi kacak dari budak tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Abang tidurlah dulu. Fi ada sikit lagi barang nak kemas. 

"Okay. Nanti tidur tepi Abang ya?" Abang Tarmizi mencium pipiku lalu naik ke atas katilnya. 

"Okay. Good night." Aku menyambung kembali mengemas barang-barang. Sedikit kesal kerana menipu Abang Tarmizi. Tetapi aku tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Abang Tarmizi untuk menghilangkan rasa cemburunya. Lagipun, aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Zain. Tiada apa-apa perasaan? Entahlah aku sendiri ragu pada diri sendiri. Apatah lagi Abang Tarmizi. 

To be continued

F.I

5 ulasan:

  1. ok..... terbaekkk.... nowadays.... mood xbrape nk baek..... tp ble dah bace nie asyik sengeh jer..... cute larr.... hahahaha......

    BalasPadam
  2. cerita ni buat fikiran ni blur..

    BalasPadam
  3. best giler !!!! x sabar nk thu sambungnya.....nak thu !!!

    BalasPadam
  4. nak lagii...bila nak update?

    BalasPadam
  5. bile nak update ni fi? rindu dengan abang tarmizi, haha, please show your kindly support to my blog : 101boyfriends.blogspot.com

    BalasPadam