Iklan

Isnin, 17 Mac 2014

Forbidden Love - Part 9

Bab 9

"Fi! Kau okay ke ni?" tanya Veronica. Aku sedikit terkejut bila Veronica meletakkan tangannya di bahuku. 

"Okay. Kenapa?" tanyaku kembali kepada Veronica. 

"Kau asyik mengelamun je. Dari kelas pagi tadi lagi. Aku ingat ke kau ada masalah," balas Veronica.

"Ish, tak adalah. Jangan bimbang. Aku mengantuk je ni. Semalam tak boleh tidur," jelasku kepada Veronica. 

"Okaylah. Tak nak ganggu kau. Tidurlah. Nanti aku kejut. Aku nak pergi ambil buku yang aku baca semalam." Veronica berlalu dari meja kami. 

Suasana di perpustakaan pada hari ini agak lengang. Aku meletakkan kepala di atas meja. Cuba untuk memejamkan mata. Peristiwa semalam mula kembali bermain di fikiranku. Aku sama sekali tidak menduga yang aku akan mencium abang Tarmizi. Aku yakin, abang Tarmizi sendiri terkejut dengan keberanianku. 

Aku memegang bibirku. Masih lagi terasa kehangatan ciuman abang Tarmizi. Aku tersenyum sendirian memikirkan peristiwa semalam. Hampir lima minit, kami 'mencerobohi' mulut masing-masing. Selepas kejadian itu kami hanya diam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Abang Tarmizi juga hanya tersenyum dan mungkin terkejut dengan tindakan aku. Tapi aku yakin dia gembira kerana aku membalas cintanya. 

Apa yang kau dah buat ni, Fi?

xxx

Aku memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Bermakna abang Tarmizi sudah ada di dalam bilik. Aku menolak pintu perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan abang Tarmizi yang mungkin sedang tidur. Selesai sahaja menanggalkan kasut dan stokin, aku menutup kembali pintu bilik kami. 

Abang Tarmizi ada di atas katilnya sambil membaca surat khabar. Aku hanya melihat ke arahnya. Bila abang Tarmizi memandang ke arahku kembali, aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain. 

"Fi dah makan?" tanya abang Tarmizi. Cuba untuk memulakan perbualan. 

"Dah. Lepas kelas tadi pergi makan dengan classmates," jawabku sambil meletakkan beg di atas kerusi. Aku duduk di atas katil lalu mengeluarkan telefon dari poket seluar. 

"Fi, nak pisang?" tanya abang Tarmizi lagi.

"Hah! Pisang?" Aku tersentak dengan soalan daripada abang Tarmizi. Otakku mula bertukar menjadi kuning. 

"Pisang goreng ni." Abang Tarmizi menunjukkan plastik yang ada di sisinya.

"Oh, pisang goreng. Tak apa. Fi kenyang lagi," jawabku sambil tersenyum kecil. 

"Kenapa? Ooo.. Fi dah pandai ya. Sejak bila jadi gatal ni," usik abang Tarmizi sambil turut tersenyum.

"Mana ada. Fi tak perasan lah ada plastik pisang goreng kat tepi abang. So Fi ingat abang bergurau lah tadi." Aku cuba menyorokkan rasa malu. 

"Fi, datanglah sini. Duduk tepi abang. Abang rindu sangat tau," ujar abang Tarmizi. Aku sedikit terkejut. 

"Tak apa lah. Fi berpeluh lagi ni." Aku cuba memberi alasan untuk menolak pelawaan abang Tarmizi. Abang Tarmizi bangun dari katilnya dan menuju ke arah katilku. Aku sedikit panik tetapi cuba berlagak selamba. Abang Tarmizi naik ke atas katil dan meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku terkejut dengan kelakuan abang Tarmizi tetapi cuba berlagak selamba. 

Dia memandang wajahku sambil melemparkan sebuah senyuman. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Abang Tarmizi mengambil tanganku lalu meletakkannya di atas kepalanya. Abang Tarmizi seolah-olah ingin bermanja denganku. Jari-jemariku mula bermain-main dengan rambut abang Tarmizi.

"Terima kasih, Fi" ujar abang Tarmizi sambil melelapkan matanya. 

xxx

"Mana Zain ni? rungut Veronica sambil melihat jam tangannya. 

"Tadi lepas kelas, Yaya dah beritahu dia ada discussion tengah hari ni. Kejap ya, Yaya call dia." ujar Alia atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, rakan sekelas Zain. Pensyarah kami, Puan Salmah telah meminta pelajar-pelajar dari kelas kami bergabung dengan pelajar-pelajar dari kelas lain untuk membentuk satu kumpulan. Kami telah ditugaskan untuk membuat satu case study dan perbincangan ini diadakan untuk memilih tempat kajian kami. 

"Itu Zain dah sampai." Zain tergesa-gesa menuju ke arah kami. 

"Sorry ya. Aku kena jumpa En Mahmud tadi. Kena dengan syarahan dan leteran dari dia," jelas Zain. 

"Kenapa?" tanya Veronica. 

"Assignment aku teruk. Markah kuiz pun rendah. So memang kenalah." Zain duduk di sebelah Yaya. 

"Nanti study dengan Fi ni. Pelajar kesayangan Encik Mahmud. Selalu je dapat pujian. Pelajar cemerlang katakan." usik Veronica sambil memandang ke arahku. 

"Tahu. Encik Mahmud pun selalu puji Firdaus dalam kelas kami juga," tambah Yaya.

"Dahlah. Tak payah nak bodek aku. Jom start discussion. Aku nak balik basuh baju pula," balasku sambil mengeluarkan buku nota dari beg. 

"Yaya ada idea tau. Semalam Yaya dan V plan untuk kita pergi resort makcik Yaya di Pulau Pangkor. So kita boleh buat kajian kat resort dia. Senang sikit nak dapat maklumat," cadang Yaya kepada kami bertiga. 

"Betul tu. Senang sikit. Tak payah pening-pening nak hantar surat minta kebenaran dari pihak management," sokong Veronica.

"Aku tak kisah je. Nanti nak pergi macam mana?" tanyaku kembali kepada mereka berdua.

"Kereta Yaya lah. Kita top up minyak sama-sama. Then nanti parking kat tempat yang disediakan. Lepas tu naik feri lah. Kita stay lah kat sana dua malam ke. Okay tak?" tanya Yaya meminta pandanganku dan Zain. 

"Aku no hal," jawab Zain ringkas. 

"Aku pun," jawabku sambil menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. 

"Okay. Kita pergi masa cuti mid-term. Nanti Yaya beritahu makcik Yaya," ujar Yaya kepada kami semua. Perbincangan ringkas kami selesai dan aku memasukkan kembali buku nota ke dalam beg. 

"Fi, aku dan Yaya nak keluar. Nak ikut tak?" ajak Veronica. 

"Takpalah. Aku nak basuh baju. Banyak sangat baju bertimbun kat dalam bilik," balasku sambil menyandang beg. 

"Okay aku balik dulu." Aku berlalu dari situ sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Veronica, Yaya & Zain.

"Kejap. Aku nak balik kolej juga," ujar Zain. Aku menunggu Zain mengemas barang-barangnya. Kemudian kami berdua berlalu meninggalkan Veronica dan Yaya. Sedang kami berjalan melewati kawasan tempat letak motosikal, Zain berhenti.

"Kenapa?" tanyaku kehairanan. Zain menuju ke salah sebuah motosikal. 

"Motor aku dah sampai semalam," jawab Zain ringkas sambil menghulurkan topi keledar kepadaku. 

Zain menarik motosikalnya keluar dari tempat parking. Dengan berhati-hati aku membonceng motosikal baru Zain. 

xxx

Zain menunggang motosikalnya dengan agak laju. Aku menjadi bimbang lalu menepuk bahu Zain.

"Slow sikit. Tergolek aku kat sini kan." Aku menyuarakan kebimbangan aku kepada Zain. 

"Kau ni pengecutlah." Semakin laju pula pecutan motosikal Zain. Aku yang terkejut dengan pecutan motor Zain dengan pantas memeluk Zain dari belakang. 

Zain hanya membiarkan sahaja. Aku cuba untuk melonggarkan pelukan aku tetapi Zain memberi amaran. 

"Peluk kuat-kuat. Kat depan selekoh." Aku menguatkan kembali pelukan sambil motosikal Zain terus memecut laju. 

xxx

Aku turun dan cepat-cepat menanggalkan topi keledar. Tapi entah kenapa tali topi keledar ini sukar untuk ditanggalkan. 

"Mari aku tolong." Zain menarikku dekat dengannya. Aku berdebar-debar kerana jarak antara kami begitu rapat. Zain berjaya menarik tali topi keledar dan menanggalkannya dari kepalaku. 

"Terima kasih," ucapku sambil berlalu pergi. Aku berpaling dan menuju ke arah tangga. Abang Tarmizi ada di hadapanku. Aku terkejut melihat dia yang sedang menungguku. Aku tertanya-tanya samada abang Tarmizi melihat apa yang berlaku antara aku dan Zain sebentar tadi. 

xxx

Abang Tarmizi hanya diam sepanjang kami menaiki tangga. Apabila sampai di muka pintu, dia terus masuk ke bilik tanpa berkata apa pun kepadaku. 

Takkanlah marah pasal aku dan Zain. Cemburu ke?

Aku masuk ke dalam bilik dan melihat ke arah abang Tarmizi yang sudah berbaring di atas katilnya. 

"Abang dah makan ke?" tanyaku yang tidak tahu bagaimana untuk membuka bicara. 

Abang Tarmizi hanya diam. Dia memusingkan badannya membelakangi aku. Mungkin benar telahanku sebentar tadi yang abang Tarmizi cemburukan aku dan Zain. 

Aku duduk di sebelah abang Tarmizi. 

"Kenapa ni?" tanyaku lembut. Masih lagi tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Tarmizi. 

"Fi ada buat salah ke? Pasal tadi ke?" Aku memegang lembut bahu abang Tarmizi. 

Abang Tarmizi memusingkan kembali badannya ke arahku. 

"Ya, abang cemburu tengok Fi dengan budak tu. Siap peluk bukan main rapat lagi," kata abang Tarmizi sambil memandang tajam ke arahku. Entah kenapa bukan rasa takut yang bermain di minda bila melihat renungan tajam abang Tarmizi tetapi rasa gembira bila melihat abang Tarmizi yang cemburu. 

"Bukan macam tu lah. Fi tak leh nak balance tadi naik superbike dia. Dia pula bawa laju. Tu yang terpaksa peluk. Lagi pun dia straight lah." Aku memberanikan diri memegang tangan abang Tarmizi sebagai tanda cuba untuk memujuknya. 

Abang kembali memusingkan badannya menghadap dinding. Aku berbaring di sisi abang Tarmizi dan memeluknya dari belakang.

"Nah, Fi peluk abang. Lagi erat tau." Aku memeluk abang Tarmizi dengan seerat-eratnya. Abang Tarmizi memegang tanganku. 

"Fi, boleh tak abang nak minta tolong?" tanya abang Tarmizi. Nada suaranya sudah bertukar dari cemburu kepada romantik. 

"Tolong apa?" tanyaku kembali kepada abang Tarmizi. 

"Malam ni kita tidur sekatil ya."

Aku tergamam mendengar permintaan abang Tarmizi. Adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk semua ni. 

To be continued

F.I

P.S. - Terima kasih kerana sudi menunggu Part 9 ini dengan penuh kesabaran. Part 10 akan menyusul dengan pantas. Dalam masa 2 hari lagi. 

4 ulasan:

  1. I'm waiting...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Pergh... suka part jealous tu :')

    Aku teringat kata-kata ini -

    Kadang takut, kadang sedan sedu;
    Bila-nya disahut, aku cemburu! -.-'

    Tapi -

    Aku suka kalau aku cemburu,
    Bermakna dia masih dalam qalbu!

    Dan aku suka kalau aku dicemburu,
    Bermakna dalam qalbunya masih ada aku!

    :)

    Maka, kalau cemburu - tolonglah beritahu!

    BalasPadam