Iklan

Ahad, 6 April 2014

Forbidden Love - Part 11

Bab 11

Aku menoleh ke belakang. Veronica dan Yaya masih lagi lena dibuai mimpi. Sebentar tadi aku cuba untuk melelapkan mata, tetapi gagal. Memang sudah menjadi tabiatku yang sukar untuk melelapkan mata apabila berada di dalam kereta. Mungkin kerana tidak selesa dengan kereta yang bergerak atau mungkin juga kerana tidak percaya dengan kebolehan pemandu. Aku melihat ke arah Zain. Dia kelihatan sungguh tenang. Dan mungkin sedikit macho dengan kaca mata Rayban yang dipakainya. 

"Kenapa tak tidur?" tanya Zain bila menyedari aku sedang melihat ke arahnya. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. 

"Tak selesa. Lagi pun takut kau mengantuk drive sorang-sorang," jawabku sambil membetulkan posisi tubuhku. 

"Eleh. Aku mana mengantuk. Dah minum coffee pagi tadi. Tidurlah." Zain kembali menumpukan perhatiannya pada jalan raya. 

Aku melihat jam. Lebih kurang 2 jam lagi, kami akan sampai ke jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. 

"Zain, tolong berhenti R&R kejap. Nak pergi toilet lah," ujarku kepada Zain. 

"Nah, botol." Zain menghulurkan botol air mineral yang kosong kepadaku. Aku menumbuk bahu Zain. 

"Seriuslah. Dari tadi lagi aku tahan," tegas aku sambil cuba mengawal diri agar tidak terkencing di dalam kereta

"Sabar. 2 kilometer lagi nak sampai R&R," jelas Zain sambil tersenyum melihatku yang cuba menahan diri dari terkencing. 

xxx

Aku keluar dari tandas dan bergegas menuju ke kereta. Hanya Zain sahaja yang berada di dalam kereta. Seorang diri.  

"Mana mereka?" tanyaku kepada Zain yang sedang bersandar di kerusi pemandu. 

"Toilet," jawab Zain ringkas. Matanya masih lagi terpejam rapat. 

"Kau larat lagi ke nak drive ni?" tanyaku dengan nada yang agak bimbang dengan keselamatan kami jika Zain masih terus memandu dalam keadaan mengantuk.  

"Yaya akan drive kejap lagi. So aku boleh tidur kat belakang." 

Zain membuka pintu kereta dan keluar. Veronica dan Yaya yang baru sahaja keluar dari tandas wanita datang menghampiri kami. 

"Kau duduk belakang dengan Zain ya?" ujar Veronica sambil membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu. Aku hanya diam dan menurut perintah Veronica. 

Sebaik sahaja kereta bergerak, Zain dengan selamba meletakkan kepalanya di atas pahaku. 

"Pinjam paha kejap. Mengantuk." Aku tergamam dengan tindakan Zain. Namun, aku hanya membiarkan sahaja Zain meletakkan kepalanya di atas pahaku. Veronica melihat ke arah kami.

"Amboi. Sweet couple," usik Veronica sambil disambut dengan gelak tawa Yaya. Aku cuba mengangkat kepala Zain tetapi tanganku ditepis oleh Zain. Mengada-ngada sungguh. 

Aku cuba untuk memejamkan mata. Malas melayan kerenah Zain. Namun, cubaan aku untuk mengosongkan fikiran, gagal. Semuanya kerana Zain. 

xxx

"Fi, Zain.. Bangun. Dah sampai jeti." Aku membuka mata apabila terdengar suara Veronica. Tidak sedar pula bila masa aku tertidur. Tanganku pula sedang memeluk tubuh Zain. Aku cepat-cepat mengalihkan tangan dari tubuh Zain. 

"Zain, dah sampai." Aku menggoyangkan tubuh Zain. Zain bangun sambil menggosok-gosok matanya. Kami berdua keluar dari kereta. Kelihatan Yaya dan Veronica sedang mengeluarkan beg-beg kami dari bonet kereta. 

"Amboi, lena korang tidur. Siap berbalas dengkur lagi," ujar Yaya kepada kami berdua. Kami berdua hanya tersenyum.

"Penat sangat," balas Zain sambil membantu Yaya yang cuba mengangkat beg Veronica yang agak besar.

"So, kereta tinggal kat sini ke?" tanyaku sambil melihat deretan kedai-kedai yang ada di hadapan kami. 

"Yup, kejap lagi cousin Yaya datang ambil," jawab Yaya sambil membetulkan tudungnya. Sungguh ayu sekali wajah Yaya. Sesuai dengan Zain. Tiba-tiba terbit rasa cemburu bila melihat Zain yang sedang berdiri di sebelah Yaya. 

"Jom ke jeti," ujar Yaya. 

Kami bertiga hanya mengikut sahaja di belakang Yaya kerana Yaya memang sudah arif dengan kawasan ini. Dia selalu bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarganya sambil melawat makciknya semasa musim cuti. 

xxx

Sepanjang di dalam feri, aku hanya diam. Manakala, Yaya dan Veronica pula sedang rancak berbual. Zain seperti biasa, jika ada masa terluang pasti akan lena dibuai mimpi.

Sejak dari pagi tadi lagi, hati aku agak berdebar-debar. Terutama sekali bila berdekatan dengan Zain. Bila berjauhan pula wajah Zain akan bermain-main di dalam fikiranku. Aku cuba untuk memikirkan perkara-perkara lain yang lebih penting tetapi gagal. 

Tiba-tiba, Zain melentokkan kepalanya ke bahuku. Makin berdebar hatiku bila kepalanya kini berada di bahuku. Aku cuba untuk menegakkan kembali kepalanya, namun dengkuran kecil yang kedengaran telah membatalkan niat aku. Tidak sampai hati untuk mengejutkan dirinya yang penat. 

Aku hanya membiarkan sahaja Zain menyandarkan kepalanya di bahuku. Angin yang berhembus ke arah kami berdua seolah-olah turut menghembus segala kerunsingan yang ada di dalam hatiku. 

xxx

Setelah mengucapkan terima kasih kepada makcik Yaya, kami menuju ke arah bilik yang telah disediakan. Yaya menghulurkan kunci bilik kepada kami.

"Terima kasih. Kita jumpa dalam pukul lapan di kafe ya." Aku mengambil kunci daripada Yaya. Veronica dan Yaya masuk ke dalam bilik mereka.

Kami sampai di hadapan bilik kami. Tertulis perkataan 'Honeymoon C' di pintu bilik kami. Aku cepat-cepat membuka pintu bilik. Agak segan juga bila terpaksa berkongsi bilik dengan seorang lelaki lain di bilik yang dikhaskan untuk pasangan sedang berbulan madu. 

Suasana di dalam bilik kami agak cantik. Aku melihat dekorasi yang ada di dalam bilik ini. Memang sesuai untuk pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Aku melihat ke arah katil yang agak besar. Jadi bolehlah kami berdua tidur jauh di antara satu sama lain. 

Aku meletakkan beg sambil melabuhkan punggung di atas tilam yang agak empuk. Zain pula sudah pun membuka bajunya tanpa aku sedari. Dia sedang mencari-cari tualanya di dalam beg. 

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tiba-tiba teringat pula dengan pesanan Abang Tarmizi yang menyuruhku untuk memberitahunya apabila aku selamat sampai di Pulau Pangkor. Aku segera mengambil telefon dan menghantar mesej ringkas yang bertulis 'Dah sampai. Miss u already :( '.

Zain pula sudah berada di ruang sebelah yang dipisahkan dengan dinding. Cuma ada satu laluan kecil yang menghubungkan bilik tidur dengan ruang tersebut. Aku tertanya-tanya apa yang ada di ruang sebelah. Mungkin dapur kecil dan juga tandas. Setelah meletakkan telefon, aku menuju ke ruang sebelah untuk melihat apa yang ada di situ. 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang itu, aku terperanjat apabila melihat Zain yang sedang mandi. Tiada sebarang pintu yang menghadangi ruang itu dengan tandas. Yang ada hanya sebuah tub mandi, mangkuk tandas dan juga tempat pancuran air mandi yang sedang digunakan oleh Zain sekarang. Aku terkejut. 

"Eh!! Sorry. Tak ada pintu ke?" Aku terkejut dan segera berundur ke belakang dan kembali ke ruang utama.

"Kau ni memang suka mengintai aku, kan?" jerit Zain dari dalam. 

"Manalah aku tahu kat situ tandas terus. Tak ada pintu pulak tu." Aku memberikan alasan yang agak logik. Tandas sepatutnya mempunyai sebuah pintu.

"Honeymoon suite memang lah macam ni. Kalau nak join, cakap je lah Fi.. Mari mandi kat tepi aku ni," balas Zain dengan nada mengusik. 

"Tak inginlah aku Zain," balasku sambil menampar pipiku sendiri. Kenapalah jadi macam ini. Sebentar tadi aku dapat melihat dengan jelas Zain yang sedang membelakangi aku. Dari atas sampai ke kaki. Punggung Zain agak montok. Aku menampar pipiku sekali lagi untuk menyedarkan diri. 

Jangan fikir yang bukan-bukan, Fi. 

xxx

Zain keluar dari ruang sebelah hanya dengan sehelai tuala di pinggangnya. 

"Manalah aku tahu kat situ ada bilik mandi." Aku masih lagi cuba mempertahankan diri. 

"Kau telah mencabuli aku dengan mata kau, Fi!" Zain tergelak kecil. 

"Aku tak nampak apa pun lah. Siapa suruh kau mandi tak pakai seluar? Dah tahu tiada pintu" balasku kembali.

"Cakap tak nampak apa pun. Habis tu macam mana kau tahu, aku tak pakai seluar?" Hujah Zain pula sambil menyarungkan pakaiannya. 

"Sebagai balasannya, kau kena urut tubuh aku yang penat sekarang. Kalau tak aku intai kau mandi.. Haha" Zain mengugut aku. 

"Intai lah. Aku mandi pakai seluar pendek. Bukan macam kau." Aku mencebikkan mulutku kepada Zain. 

"Oh.. Kau lawan cakap aku ya. Tak apa... Kau akan menyesal Fi... Kalau tak malam ni, malam esok. Baik kau berjaga-jaga Fi." Zain hanya tersenyum sambil naik ke atas katil. 

"Takutnya..." Aku membalas dengan nada mengejek. 

"Okay kita tengok. Dah, aku nak tidur. Jangan nak memekak." Zain menarik selimut. 

Aku tersenyum sendirian. Beberapa bulan yang lalu, jika diberitahu yang aku akan bergurau senda dengan Zain seperti ini, tidak mungkin aku akan percaya. Zain yang pernah berlagak sombong pada masa dahulu dengan Zain yang sudah pandai tersenyum dan berlawak jenaka memang berbeza. 

Aku sendiri tidak sedar bila kami menjadi semakin rapat dan selesa di antara satu sama lain. Aku melihat ke arah Zain yang sudah memejamkan matanya dengan rapat. 

xxx 

Veronica & Yaya tergelak besar mendengar cerita daripada Zain. Aku sendiri terkejut bila Zain menceritakan peristiwa yang berlaku pada petang tadi kepada mereka berdua. 

"Mana lah aku tahu. Kau jangan nak lebih-lebih. Aku tak nampak apa pun ya," balasku sambil tersenyum kecil. 

"Kami pun terkejut tadi bila tengok bilik mandi terbuka macam tu. Takpalah. Bila lagi nak merasa honeymoon suite kan?" ujar Yaya. 

Telefonku berbunyi. Panggilan daripada Abang Tarmizi. Aku segera bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari kafe. Aku menekan butang hijau untuk menerima panggilan. 

"Hello" sapaku ringkas. 

"Hello sayang. Sorry tak balas mesej petang tadi. Abang pergi gym. Tak bawa telefon," ujar Abang Tarmizi. 

"It's okay. Tengah buat apa tu?" tanyaku.

"Tengah rindukan Fi lah... Macam mana kat sana?" tanya Abang Tarmizi kembali. 

"Okay sahaja. Sekarang tengah dinner dengan kawan-kawan." Aku melihat ke arah mereka bertiga. Yaya dan Veronica sedang berbual manakala Zain memandang ke arahku. Entah mengapa aku berasa sangat tidak selesa dengan pandangan daripada Zain. 

"Oh ya ke. Takpalah. Abang tak nak kacau Fi. Pergi sambung dinner. I miss you," ucap Abang Tarmizi dengan nada yang agak romantik. 

"Miss you too. Okay. Jaga diri. Bye." Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Tarmizi lalu meletakkan panggilan. Aku berpusing dan masuk kembali ke dalam kafe. 

xxx

Kami kembali ke bilik masing-masing pada pukul 11 malam. Agak lama juga kami berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan pada keesokan hari. 

"Siapa call tadi?" Aku terkejut dengan soalan Zain. 

"Oh tadi.. Ibu aku.." Aku sendiri tidak tahu kenapa aku mesti menipu. 

Zain hanya diam membisu. Adakah jawapan aku tidak meyakinkan dia? Zain menanggalkan baju dan juga seluarnya lalu menyangkutnya di tempat yang disediakan. Dia naik ke atas katil dengan hanya memakai seluar pendeknya. 

"Pagi esok kejut aku," pesan Zain lalu masuk ke dalam selimut. 

"Okay." Aku mengambil berus gigi dan menuju ke arah tandas yang 'tidak berpintu' itu. Sambil menggosok gigi, aku tertanya-tanya kepada diri, mengapakah bayangan Zain asyik bermain-main di fikiranku. Adakah aku suka Zain lebih dari seorang kawan. 

Walau apapun perasaan aku terhadap Zain, aku pasti Zain tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapku. Dia seorang yang suka bergurau. Mungkin aku telah menyalahtafsirkan gurauannya dan ini menimbulkan perasaan yang bukan-bukan dalam diriku. Hanya kawan. Hanya kawan. Hanya kawan. Berkali-kali aku mengulang ungkapan yang sama di dalam mindaku. 

xxx

Bunyi telefon menyedarkan aku dari tidur. Panggilan daripada Veronica.

"Fi, kau kat mana? Kami dah ada kat kafe ni. Tengah breakfast," ujar Veronica. 

"Sorry V, Aku baru bangun. Kejap kami siap." Aku meletakkan panggilan daripada Veronica dan bangun dari katil. 

"Zain, bangun! Kita dah lewat." Aku menutup mulutku yang sedang menguap. Tiada sebarang reaksi daripada Zain. 

Aku mengalihkan pandangan ke arah Zain. Terkedu seketika. Aku yakin semalam Zain tidur dengan memakai seluar pendek. Tetapi kenapa sekarang dia sedang berbaring tanpa seurat benang pun. 

Aku cuba mengelakkan diri dari terus memandang ke arah Zain. Tetapi malangnya, gagal. Tubuh Zain ibarat satu magnet yang berjaya menarik perhatianku. 

Aku buntu....

To be continued

F.I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan