Iklan

Isnin, 14 April 2014

Forbidden Love - Part 12

Bab 12

Aku melihat selimut dan seluar pendek Zain ada di kaki katil. Zain masih lagi lena. Baik aku segera mengambil selimut dan menutupi badan Zain yang terdedah. 

Sedaya upaya aku cuba untuk tidak memandang tubuh Zain yang terdedah tanpa seurat benang pun, tetapi sedaya upaya itu jugalah mataku cuba untuk mencuri pandang. 

Setelah berjaya mengambil selimut Zain, aku bergerak perlahan-lahan ke arah katil Zain. Berhati-hati agar dia tidak sedar dengan apa yang berlaku pada waktu ini. Sedang aku cuba untuk menebarkan selimut, mata Zain terbuka. Dia melihat sekeliling. Raut wajahnya menunjukkan yang dia kehairanan. Apatah lagi melihat aku yang sedang memegang selimutnya. 

Zain memandang ke arah bahagian tubuhnya. Dengan segera, Zain menarik selimut dari tanganku dan melindungi tubuhnya. Aku yang terkejut cepat-cepat mengambil tuala dan menuju ke bilik air. 

xxx

Sesi temuramah bersama pemilik dan pekerja-pekerja resort berjalan dengan lancar. Tetapi hanya kami bertiga sahaja yang rancak bertanya soalan semasa sesi temuramah sedangkan Zain pula hanya diam membisu. 

"Terima kasih Aunty sebab bagi kebenaran untuk kami buat assignment di sini." Aku mengucapkan terima kasih kepada makcik Yaya yang telah banyak membantu kami sepanjang berada di sini. Segala informasi yang diperlukan oleh kami berjaya dipenuhi oleh pihak pengurusan. 

"Sama-sama. Nanti belajar rajin-rajin tahu. Okay, Aunty kena masuk office kejap. Alia, nanti sebelum balik pagi esok jumpa Aunty dulu ya," pesan makcik Yaya kepada Yaya sebelum meninggalkan kami berempat. 

"Yay.. Siap.. Tinggal nak taip jer. Nanti balik sana kita bahagikan tugas ya," beritahu Yaya kepada kami semua dengan nada gembira. 

"Jom, pergi jalan-jalan dan mandi pantai. Aku tak sabar ni," ujar Veronica pula. 

"Aku tak nak ikut. Korang pergilah. Mengantuk." Zain berlalu pergi meninggalkan kami bertiga. Kami semua hanya tergamam dengan tindakan Zain. 

"Fi, kenapa dengan Zain tu. Emo je. Dari pagi tadi lagi. Korang gaduh ke?" tanya Veronica. 

"Takdelah. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia." Aku menidakkan soalan daripada Veronica. Memang kami tidak bergaduh. Mungkin dia malu dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Tapi kenapa perlu segan. Bukan dia yang selalu suka mengusik aku sebelum ini. 

"Moody sungguh si Zain ni. Mengalahkan perempuan," rungut Veronica. 

"Tak apalah. Kita pergi bertiga sahaja pun dah okay. Jom." Yaya mengajak aku dan Veronica ke arah pantai. Aku menganggukkan kepala dan segera berlari ke arah pantai. 

"Siapa last kena tanam bawah pasir," laungku sambil berlari. Dengan pantas, Veronica dan Yaya turut berlari ke arah pantai. 

xxx

Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar. Mencari nama Abang Tarmizi. 

"Hello..." Kedengaran suara seorang lelaki di talian. Aku sedikit terkejut kerana suara itu kerana ianya bukan milik Abang Tarmizi. Dengan segera, aku melihat ke arah skrin. Memang nombor Abang Tarmizi tetapi siapa pula yang menjawab panggilan telefon. 

"Hello. Tarmizi ke ni?" tanyaku yang masih lagi ragu-ragu dengan suara tersebut. 

"Tarmizi pergi bilik air. Tengah mandi. Nanti saya suruh dia call awak balik," jelas lelaki yang menjawab panggilan telefon milik Abang Tarmizi. 

"Oh.. Okay. Terima kasih." Aku menamatkan panggilan dengan seribu persoalan. Siapa lelaki itu? Kenapa dia menjawab telefon Abang Tarmizi? Mesrakah hubungan mereka? Mereka berada di dalam bilik kami ke? 

Aku terkejut dengan percikan air daripada Veronica. 

"Fi, jomlah." Veronica mengajakku masuk ke dalam air. 

"Kejap, aku buka seluar jeans ni dulu," balasku sambil membuka dan menanggalkan seluar jeans. Aku meletakkan seluar jeans di atas tikar yang dibentangkan oleh Yaya sebentar tadi. 

Aku segera masuk ke dalam air.

xxx

Kami bertiga masih lagi berada di dalam air. Walaupun air di sini agak sejuk, ia sekalipun tidak menghalang kami untuk berseronok. Sambil berbual dan menikmati keindahan pantai, kami bergurau senda di antara satu sama lain dengan memercikkan air ke arah masing-masing.

"Eh! Zain." Yaya menunjukkan ke arah Zain yang berada di tepi pantai. Dia berada berhampiran dengan tikar yang dibentangkan untuk meletakkan barang-barang kami. Zain membuka bajunya. 

"Wow, sasanya badan Zain. Seksi." Terpacul keluar dari mulut Veronica mengenai tubuh Zain. 

"Amboi, V. Awak tu dah ada boyfriend," balas Yaya. 

"So kau boleh lah tackle Zain, Yaya. Untung..." Veronica mengusik Yaya kembali. 

"V!!! Segan lah. Firdaus ada ni." Yaya mencubit lengan Veronica. Timbul rasa cemburu dalam diriku apabila Veronica cuba untuk memadankan Yaya bersama Zain. 

Zain berenang menuju ke arah kami. Dia berhenti di sebelahku. 

"Dah hilang rasa mengantuk?" tanya Veronica kepada Zain dalam nada memerli.  

Zain menganggukkan kepala lalu memercikkan air ke arah Veronica dan Yaya. Veronica dan Yaya segera membalas serangan dan memercikkan air kembali ke arah kami. Dan kami terus bergurau senda di antara satu sama lain. Buat sementara waktu, aku terlupa segala persoalan yang membelenggu fikiran aku. Tentang Abang Tarmizi dan juga Zain. 

xxx

Malam ini kami berempat hanya memesan makanan dari dalam bilik. Penat bermain-main dengan air pada petang tadi. Aku dan Zain kembali diam dan tidak bercakap di antara satu sama lain. 

Aku mengambil telefon dari poket seluar. 23 missed calls. Aku tergamam. 22 panggilan adalah daripada Abang Tarmizi. Kenapa? Sebab panggilan aku petang tadi ke? Aku sendiri terlupa akan pesanan yang ditinggalkan kepada lelaki yang mengangkat panggilan telefon pada petang tadi. 

Aku keluar dari bilik dan terus menghubungi Abang Tarmizi. 

"Fi!!! Kenapa tak jawab panggilan?" Nada suara Abang Tarmizi agak tinggi. 

"Sorry.. Tadi pergi pantai. Fi tak sedar bunyi telefon," jawabku tenang. 

"Fi marah kat abang ke? tanya Abang Tarmizi. Kembali lembut suara Abang Tarmizi di talian. 

"Marah? Kenapa nak marah?" tanyaku kembali. Cuba berlagak seolah-olah aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Abang Tarmizi. 

"Petang tadi tu, classmate Abang yang angkat telefon. Kami nak keluar. Dia datang awal dan abang belum mandi lagi. So abang suruh dia tunggu dalam bilik kita dulu," jelas Abang Tarmizi. 

"Oh pasal tu ke? Takdelah. Kenapa nak marah. Fi bukan jenis yang senang cemburu. Don't worrylah," balasku yang sebenarnya lega dengan penjelasan daripada Abang Tarmizi. 

"Bila Fi tak angkat telefon, abang panik sangat. Keluar makan pun tak tenang. Berapa kali kot abang cuba call Fi," tambah Abang Tarmizi lagi. 

"22 kali. Huhu. Sorry. Fi betul-betul tak dengar. Kesian abang." Aku cuba menenangkan hati Abang Tarmizi yang runsing. 

"Memang pun. Abang rasa macam nak pergi Pangkor je tadi. Oleh kerana Fi dah buat abang bimbang, abang akan denda Fi bila Fi balik nanti." Nada suara Abang Tarmizi tiba-tiba bertukar menjadi nakal. 

"Aik.. Bukan Fi sengaja pun tak angkat telefon" Aku cuba untuk mempertahankan diri dari kenakalan Abang Tarmizi. 

"Tak kira. Fi still akan kena denda. Siap Fi abang kerjakan," ugut Abang Tarmizi lagi. 

"Takutnya... Huhu.." Aku tergelak dengan ugutan nakal daripada Abang Tarmizi. 

"Okay fine. Fi ejek abang ya. Kita tengok malam esok apa yang berlaku." Abang Tarmizi tergelak kecil. 

"Tak sabar nak tengok apa hukumannya esok. Okaylah. Good night. I love you," Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Tarmizi. 

"Love you too. Bye."

Aku tersenyum. Sia-sia saja aku berfikir mengenai perkara ini petang tadi. Berbagai-bagai teori yang bermain di dalam fikiran aku. Abang Tarmizi, selesai. Mungkin aku patut selesaikan sahaja masalah aku dengan Zain pula. Mungkin itu yang terbaik. 

xxx

Zain membetulkan bantalnya. Nampaknya dia sudah bersedia untuk tidur. Ini peluang aku yang terakhir untuk membetulkan keadaan. Aku memberanikan diri. 

"Zain, pasal pagi tadi tu.. Relakslah. Tak payah nak malu. Aku faham. Biasalah pagi-pagi. Sejuk." Aku cuba berlagak selamba dan cool. Seolah-olah kejadian pagi tadi hanyalah perkara kecil. 

Zain tidak mengendahkan kata-kata daripada aku. Dia hanya duduk bersandar di kepala katil. 

"Selimut kau jatuh bawah tadi. So aku cuba nak selimutkan kau balik pagi tadi. Tapi tak sempat," sambungku lagi

"Diam." Aku terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Zain. 

"Aku cuma nak tolong jer.." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Zain menyampuk. 

"Diamlah..." Kali ini nadanya lebih tinggi. 

"Aku cuba untuk selesaikan masalah ni. Tak perlulah nak malu sampai tak nak bercakap dengan aku. Apa pula Veronica dengan Yaya fikir nanti. Kau terangsang di waktu pagi, aku pun pernah terangsang di waktu pagi. Normallah tu" Di saat itu juga, aku menyesal dengan perumpamaan yang digunakan olehku. 

"Aku cakap diam kan?" Makin keras nada suara Zain. 

"Suka hati aku lah. Mulut aku." Aku sendiri terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut aku sendiri. 

"Kau ni memang sengaja cari pasal..." Zain bangun dari katil dan menuju ke arah ku. Aku hanya tergamam dan tidak bergerak dari tempat aku berdiri. Aku yakin dengan hanya sekali tumbukan di perut sahaja aku akan tewas kepada Zain. 

Namun, bukan kaki atau tangan Zain yang memulakan serangan. Sebaliknya bibir Zain yang mengasak bibirku. Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Terkejut, terperanjat dan tergamam adalah tiga perkataan utama yang dapat menggambarkan reaksi aku apabila Zain mengucup bibirku. 

Aku membalas kucupan Zain. Tindakan refleks dan berlaku tanpaku sedari. Mata Zain yang terpejam tadi kini terbuka. Kami memandang antara satu sama lain sambil terus berkucupan.

Zain menarik bibirnya daripada bibirku. Dia menuju ke arah katilnya kembali. Sambil berjalan, Zain sempat memberikan amaran kepadaku. 

"Kau buka mulut pasal ni lagi, aku cium mulut kau lagi!" Zain berbaring di atas katil dan terus menarik selimutnya. 

Fuck!

To be continued

F.I

P.S. ~ Terima kasih kerana sudi membaca. Bahagian selepas ni akan ditangguhkan dulu untuk memberi laluan kepada satu edisi khas iaitu 'Forbidden Love - Diari Zain'. Penceritaan untuk edisi khas ini adalah dari persepsi Zain saat dia terjumpa dengan Firdaus (Fi) hinggalah kepada saat dia mencium Fi. 

8 ulasan:

  1. Ala... sambg la dulu kasik abis..

    BalasPadam
  2. aigoo~ daebak abang fi! :3 kalau boleh janganlah fi or abang tarmizi curang, x beat lah :(

    BalasPadam
  3. Fi .. I frefer you couple dengan Zain .
    so cute. Anyway keep on writing.

    BalasPadam
  4. Waaaaaaaa. Seronoknya crita niiiiiiiiii. Tak sabar nak baca diari zain. Ah. Zain. U r so romantic!

    BalasPadam
  5. hahhhhh,, sweetnyeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~~

    BalasPadam