Iklan

Ahad, 20 April 2014

Movie: Club Friday 2: Ruk Rue Mai Dai Ruk (Choke & Hack)

Hello!!!

Ada beberapa filem yang aku sudah tengok, tapi belum sempat buat review lagi. Antara filem yang aku tengok baru-baru ini adalah Club Friday 2. Aku rasa cerita ini adalah dari siri tv di Thailand. Tapi tidak pasti pula.

Hack & Choke
Club Friday 2 mengisahkan hubungan di antara dua watak utama di dalam cerita ini iaitu Choke (Bom Anuruk) & Hack (Oh Anuchyd). Choke dan Hack berkenalan menerusi laman sosial Facebook dan semenjak itu hubungan mereka menjadi semakin rapat. Walaupun pada mulanya Hack bimbang dan tidak pasti dengan hubungan mereka, kesungguhan Choke telah berjaya membuatkan Hack untuk menerima cinta Choke. Setahun berlalu dan mereka hidup bahagia sehinggalah satu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan Choke hilang ingatan dan lupa akan segala kenangan mereka berdua. 

Hack & Choke
Cerita ini memang menyentuh hati. Permulaan cerita ini sungguh manis terutama bila Choke dan Hack pertama kali bertemu. Aku suka melihat bagaimana kisah cinta mereka berkembang dan setiap babak berjaya menggambarkan kemanisan hubungan di antara Choke dan Hack. Chemistry dua pelakon utama juga berjaya membuatkan aku lupa yang aku sedang menonton satu filem. Aku juga suka dengan dialog di antara dua pelakon utama. Sangat jujur. Ending dia sedih but still beautiful to me. I'm not going to spoil the ending. 


Aku terjumpa link cerita ini di laman Youtube. Boleh klik di link yang disertakan di bawah untuk menonton cerita ini;

http://www.youtube.com/watch?v=ayID9ETnVjg

Keseluruhannya, pada aku cerita ini sangat menghiburkan. 

Rating: 

6 ulasan:

  1. best der cite ni...baru habis tgk haha....

    BalasPadam
  2. Cerita nie brdasarkn kisah benar dri sbuah station radio (club friday) kt sna. Mmg sedih cerita nie :'(. Dorg lakonkan smula watak tuk dijadikan cerita kt tv. Apa ksudahan Hack ngn Choke pun tak tau. Mcm mna lah ngn diorg berdua skrg ni. Cinta terlarang mmg mnyakitkan. Hmmmm.

    BalasPadam
  3. baru habis tengok semalam..cerita ni sedih sangat..sampai boleh menangis..tapi watak hack n choke sangat sweet

    BalasPadam
  4. Scene Hack menangis masa bercakap dengan mak Choke kat telefon tu yg aku rasa mmg mnyentuh perasaan gile..dengan aku sekali nk menangis..

    -moAZ-

    BalasPadam
  5. best siaa cita ni !! bro , post la lgi pasal benda2 romantik (gay) ni .. aq suka review kau .. i look forward to yours !!

    BalasPadam
  6. Prasaan film.ni.nanggung banget.kan sampe ep.2 doang , endingnya bagus.cmn spertinya da kelanjutan nyaaa...

    BalasPadam