Iklan

Selasa, 13 Mei 2014

Forbidden Love - Part 13

Bab 13

Dari pagi tadi lagi, aku dan Zain tidak banyak bercakap. Sekadar perbualan kecil yang tidak membawa sebarang makna. Mujurlah Veronica dan Alia tidak menyedari ketegangan yang wujud di antara kami berdua. Aku melihat ke belakang. Veronica masih lagi nyenyak tidur manakala Alia pula khusyuk membaca novel yang dibawanya. Sesekali aku menjeling ke arah Zain. Dan bila Zain melihat ke arahku kembali, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. 

Apa yang berlaku di antara kami semalam? Aku sendiri masih lagi tertanya-tanya kepada diri sendiri. Apakah itu hanya mimpi? Jika apa yang berlaku di antara kami adalah realiti, maknanya Zain juga memiliki nafsu yang serong seperti aku dan juga Abang Tarmizi. Mana mungkin, lelaki lurus sanggup mencium lelaki lain semata-mata untuk mendiamkan lelaki tersebut. Dan pelbagai lagi spekulasi yang timbul di dalam fikiranku sambil kereta yang dipandu oleh Zain terus memecut laju. 

xxx

Aku mengambil beg pakaian milikku dari bonet kereta. Zain pula sedang berbual dengan Alia sambil menyerahkan kunci kereta kepadanya. 

"V, aku balik dulu ya. Letihlah." Aku memberitahu Veronica yang sedang mengeluarkan beg dan barang-barang yang dibeli olehnya di Pulau Pangkor. 

"Tak balik dengan Zain ke?" tanya Veronica sambil menutup bonet kereta dengan berhati-hati. Aku menggelengkan kepala. 

"Tak apalah. Payah nak berangkut dengan motor. Barang aku ni pun banyak jugak. Night.. Jumpa esok." Aku terus berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Zain dan Alia yang masih lagi rancak berbual. 

xxx

Aku berhenti seketika di wakaf disebabkan penat berjalan. Agak jauh juga rupanya jarak di antara kolej pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Aku melihat barang-barang yang dibeli olehku sepanjang di sana. Makanan-makanan laut, baju t-shirt dan juga cenderahati-cenderahati lain yang telah dikirim oleh ibuku dan juga Abang Tarmizi. 

Sedang aku berehat, Zain tiba lalu memberhentikan motornya di tepi wakaf. 

"Kenapa tak tunggu aku?" Muka Zain agak serius. Takkanlah bengang sebab aku balik dulu tadi. 

"Tak apalah. Barang aku ni pun macam banyak. Payah pula nak bawa atas motor nanti," jawabku sambil membetulkan plastik-plastik yang dibawa olehku. 

"Dah. Tak payah nak mengada. Naik." Zain mengambil plastik-plastik milikku yang baru sahaja diletakkan di kerusi wakaf. Aku hanya diam.

"Cepatlah!!!" Gesa Zain yang sudah menghidupkan motornya. Aku masih lagi tidak berganjak dari kerusi wakaf. 

"Takpelah Zain. Kau balik dulu," sambungku semula. 

"Kau nak aku cium kau macam semalam ke? Tak payah nak berdrama kat sini. Naik cepat." Aku mengambil beg dan menyandangnya di belakang. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah motor Zain. 

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas motor, Zain terus membuat pusingan semula. 

"Eh.. Nak pergi mana pula ni?" Aku terkejut bila melihat Zain tidak menuju ke arah kolej kediaman. 

"Aku lapar. Teman aku makan." Ringkas sahaja jawapan Zain namun sudah cukup untuk membuatkan aku tidak membalas kembali kata-katanya. 

xxx

Aku hanya memesan teh tarik bersama air kosong sahaja. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku terus mengambil telefon dari dalam poket. Tertera mesej dari Abang Tarmizi yang bertanya adakah aku sudah sampai di kolej. 

Aku segera membalas mesej dari Abang Tarmizi. 

Dah sampai. Pergi makan dulu. Dalam setengah jam, Fi sampai.

Aku meletakkan kembali telefon di dalam poket sambil melihat jam. Zain sedang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sambil mata tertumpu ke arah televisyen. Dahlah 'culik' aku, tetapi dia buat hal sendiri pula. 

Aku sedikit bosan lalu mengalihkan pandangan ke arah jalan raya. Zain yang mungkin mendengar keluhanku, meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. 

"Fi..." Zain memanggil namaku perlahan. Nada suaranya kali ini agak lembut dan romantik. Secara automatik, hatiku berdebar dengan kencang. 

Aku memandang Zain. Mata kami bertentangan di antara satu sama lain. 

"Pasal semalam, aku minta maaf. Aku tak patut buat macam tu," ujar Zain sambil menghirup air di dalam gelasnya. 

"Tak apa. Aku tak kisah pun... Eh bukan tak kisah tapi tak marah pun," balas kembali. 

"Ermm... Dah lama ke jadi macam tu?" sambungku kembali dengan soalan yang agak berani. 

"Jadi macam tu? Macam apa?" tanya Zain kembali. Apa soalan aku ni. 

"Tak apa.. Lupakan saja. Soalan bodoh je." Aku tersenyum malu.

"Kalau kau maksudkan jadi gay, aku sendiri pun tak tahu sejak bila. Yang aku ingat, aku memang suka lelaki sejak dari sekolah lagi." Aku sedikit terkejut dengan pengakuan Zain walaupun aku memang sudah mengesyakinya selepas peristiwa semalam. 

"Kau?" tanya Zain pula kepadaku. 

"Aku.. Hmm. Aku straight..." Zain sedikit tersentak dengan jawapan selamba yang keluar dari mulutku. Melihat reaksi Zain yang terkejut dengan jawapanku, aku tergelak kecil. 

"Takdelah. Gurau jer. Samalah. Dari sekolah lagi." Aku memberikan jawapan yang sebenar kepada Zain. Zain menarik nafas lega. 

"Kau ni... Bukan senang tau tak aku nak come out ni. Mujur kau cakap benda sebenar. Kalau tak aku tinggal kau kat sini." Zain melemparkan senyumannya kepadaku. 

Dengan begitu sahaja, segala kekusutan di antara kami terlerai. Masing-masing lega kerana tidak perlu lagi berpura-pura bila berhadapan di antara satu sama lain. 

xxx

Kami dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman. Aku cuba untuk menstabilkan diri di atas motor. Entah kenapa aku memang sukar untuk mengimbangi tubuhku tak kira di mana saja aku berada. 

"Kenapa?" tanya Zain. 

"Perlahan sikit. Aku tak selesa ni." balasku sambil cuba membetulkan beg pakaian yang disandang di bahu. 

"Cakap je lah kau nak peluk aku." Zain mengambil tanganku lalu meletakkan di pinggangnya. 

"Pegang kuat-kuat. Aku nak pecut ni. Pintu pagar besar dah nak tutup," laung Zain. Makin laju pula Zain menunggang motorsikalnya. Dengan segera aku mengeratkan pelukan. Tak pasal-pasal jatuh pula aku dari motor si Zain ni. 

xxx

Aku mengambil plastik-plastik milikku dari tangan Zain. Kami berjaya masuk ke kampus sebelum pengawal keselamatan menutup pintu pagar utama. 

"Dah. Ni last time aku naik motor dengan kau. Tak payah nak paksa aku naik lain kali. Laju gila." Aku merungut kepada Zain. 

"Relax lah. Aku pro... Tu baru tahap kelajuan biasa-biasa je.." Zain ketawa melihat reaksi wajahku yang sedikit pucat. 

Aku hanya menjeling sambil menuju ke arah tangga.

"Fi, kejap." Zain mengikutku dari belakang. Aku memperlahankan langkah semasa menaiki tangga.

"Macam sedap je, Nak?" ujar Zain dari belakang semasa kami sedang menaiki tangga. 

Aku mengangkat plastik makanan-makanan laut yang dibeli. Aku tidak pasti yang mana satu yang diminta oleh Zain.

"Yang mana satu? Ambillah kalau nak," tawarku kepada Zain.

"Bukan makanan tu. Tapi punggung kau. Macam sedap je." Zain tergelak kecil. 

"Bodohlah kau Zain. Nanti orang dengar.." Aku menaiki tangga dengan pantas. Malas nak melayan kerenah Zain. 

Sebaik sahaja sampai di tingkat kami, aku berhenti seketika dan berpaling ke arah Zain.  

"Terima kasih sebab tolong hantar dan bayar untuk teh tarik tadi. Aku nak balik tidur dulu." Aku berlalu pergi sambil melambaikan tangan. 

"Okay, sayang," balas Zain. 

Perkataan sayang membuatkan aku tersentak. Tetapi aku cuba berlagak selamba dan terus berjalan menuju ke arah bilikku. Sayang?. Takkanlah si Zain ni betul-betul nak mengorat aku. Mungkin dia hanya mengusik sahaja. 

Tapi, kalau dia benar-benar tengah memikat aku, apa salahnya. Jangan nak perasanlah, Fi. Kau dah ada Abang Tarmizi. Jangan dilayan sangat si Zain tu. Sedang aku bermonolog dengan diri sendiri, aku sampai di muka pintu balik. Aku segera membuka pintu. Tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Abang Tarmizi. 

Suasana di dalam bilik gelap dan sunyi. Aku kehairanan. Tadi Abang Tarmizi beria-ia menghantar mesej bertanyakan bila aku nak balik. Tetapi dia pula yang tiada di dalam balik. Aku meletakkan beg dan plastik-plastik di lantai. 

Selepas menutup pintu, aku meraba-raba dinding cuba mencari suis lampu. Sebaik sahaja suis lampu dipetik, tiba-tiba pinggang aku dirangkul dari belakang. Aku terkejut.

"Jangan bergerak!!!" Kedengaran suara di belakangku. Suara yang amat kukenali. Suara milik Abang Tarmizi. Aku berpaling untuk melihat Abang Tarmizi. Apabila melihat Abang Tarmizi sedang memakai pakaian Kesatria miliknya, aku teringat 'hukuman' dan 'denda' yang dijanjikan oleh Abang Tarmizi semalam. Aku cuba untuk menahan gelak.

"Jangan gelak!!!" Arah Abang Tarmizi. Suaranya begitu tegas. Setegas bila dia memberi arahan kawat kepada pelajar-pelajar semasa waktu latihan kokurikulum. 

Aku menutup mulut. Sedaya upaya cuba untuk mengelak dari ketawa. Tetapi perkara ini agak menggelikan hatiku. 

"Tahu tak apa kesalahan kamu?" tanya Abang Tarmizi dengan wajah serius. Aku sendiri tidak tahu bagaimana Abang Tarmizi dapat mengawal perasaannya. 

Aku menggelengkan kepala.

"Semalam kamu buat boyfriend kamu bimbang. 22 kali dia call, tetapi kamu tak jawab. Kamu tahu tak dia risau sangat?" tanya Abang Tarmizi. 

"Maafkan saya Encik. Saya tak sengaja." Aku mula menjiwai watak sebagai seorang pesalah. 

"Apa maaf-maaf. Hanya ada satu cara je untuk kamu tebus kesalahan kamu." Abang Tarmizi mula menanggalkan butang bajunya. 

"Encik, nak buat apa ni? Tak baik rogol orang, Encik!!!"

Abang Tarmizi hanya tersenyum sinis. Dia menghampiri aku perlahan-lahan. Aku pura-pura cuba untuk melarikan diri namun berjaya dirangkul oleh Abang Tarmizi. Abang Tarmizi memelukku dan membaringkanku ke atas katil. 

"Abang rindu sangat dengan Fi..." bisik Abang Tarmizi ke telingaku. 

"Jangan buat abang risau lagi." Abang Tarmizi mengucup bibirku dengan penuh rasa kasih dan sayang. 

xxx

"Fi, bangun.. Semalam cakap ada kelas pagi ni." Aku membuka mata yang masih lagi mengantuk. Tetapi tidak sanggup pula untuk tidak hadir ke kelas. Tambahan pula ada kuiz yang akan diberi oleh pensyarah pada pagi ini. Abang Tarmizi mula menyentuh hidungku. 

"Janganlah. Geli.." Aku bangun dan melihat jam. Letih sungguh tubuh pada pagi ini. Letih disebabkan perjalanan dari Pulau Pangkor dan juga letih 'dihukum' oleh Abang Tarmizi. Aku menyarungkan baju. 

"Abang ada kelas tak?" tanyaku sambil mencari tuala pula di dalam beg pakaian yang masih belum dikemaskan lagi. 

"Ada. Kelas pagi juga. Fi pergilah mandi dulu. Ke nak abang teman?" Abang Tarmizi tersenyum. 

"Tak payah." Aku mengambil bakul mandian dan keluar dari bilik. Sedang aku menuju ke tandas, Zain pula keluar dari pintu biliknya. Asyik-asyik Zain sahaja yang aku jumpa di tandas. 

"Pagi-pagi lagi dah nampak muka kau. Boring aku." Aku menegur Zain. 

"Ouch.. Pagi-pagi lagi kau dah mengguris hati aku, Fi." balas Zain sambil tersenyum. 

Kami masuk ke tandas. Suasana di dalam tandas agak sunyi. Tetapi masih lagi kedengaran bunyi pancuran air di bilik mandi. 

"Finally, jumpa bilik mandi yang bertamadun. Ada pintu." Aku merujuk kepada pengalaman kami di Pulau Pangkor. Zain hanya tersenyum. Mungkin mengenangkan balik kejadian yang berlaku di sana.

Selesai mencuci muka dan menggosok gigi, aku menuju ke bilik mandi. Masih ada satu lagi bilik mandi yang kosong dan dengan segera aku masuk ke dalam bilik mandi itu. Sedang aku cuba menutup pintu, Zain menahan pintu bilik mandi dari ditutup. Dengan pantas, dia turut masuk ke dalam bilik mandi yang sama bersama-sama dengan aku. Aku hanya tergamam dengan tindakan Zain yang sudah pun menutup pintu bilik air itu. 

Zain meletakkan jari di mulutnya sebagai tanda menyuruhku diam. Tahu pula bimbang jika didengari oleh pelajar yang sedang mandi di bilik air sebelah. 

"Sshhh..." bisik Zain.

"Bodohlah kau, Zain. Dah tepi aku nak keluar" bisikku perlahan. Aku menolak tubuh Zain dan sedang aku cuba membuka pintu, kedengaran suara orang memanggil namaku. 

"Fi, tolong baling ubat gigi. Ubat gigi Abang habislah." Suara Abang Tarmizi yang kedengaran dari luar membantutkan hasratku untuk membuka pintu. Aku menunduk untuk mengambil ubat gigi milikku sambil mataku menjengil ke arah Zain. 

"Thank you." Abang Tarmizi mengambil ubat gigi yang dihulurkan olehku dari atas pintu bilik mandi. Nampaknya, aku sudah terperangkap. 

Tanpa aku sedari, Zain membuka pancuran air lalu memercik mengenai aku yang masih lagi berbaju dan bertuala. Hampir saja aku menjerit memanggil nama Zain. Zain yang kini hanya memakai seluar dalam tersengih melihat aku yang cuba untuk mengelak dari terkena percikan air. 

"Kau ni memang gila seks kan" ujarku kepadanya perlahan sambil mengalih pandangan ke arah lain. Tidak sanggup melihat Zain di dalam keadaan begitu.

"Macamlah kau tak pernah tengok aku naked kan sebelum ni," bisik Zain ke telingaku. Aku yang terkejut bila Zain mendekatkan mulutnya ke telingaku cuba mengelak dan menolak Zain. Tetapi Zain berjaya memegang tanganku dan menarikku ke dalam pelukannya. Sambil memandang mataku, Zain membisikkan satu ungkapan yang membuatkan aku tidak keruan. 

"Fi, aku sukakan kau..." 

To be continued

F.I  

5 ulasan:

  1. Finally ada gak sambungan.. best..

    BalasPadam
  2. mana sambungan diari zain??nak tahu smbgnnya~~

    BalasPadam
  3. Wow finally, best sgt tp cm pendek je x puas la baca

    BalasPadam
  4. hmm, takde perasaan bila baca ni. sebab besok nak bangun awal. apapun, syabas sebab berjaya update. jangan terasa dengan komen ni. cite ni memang best. betul *thumbs up

    BalasPadam
  5. makin best la cerita ni,thumbs up :)

    BalasPadam