Iklan

Ahad, 25 Mei 2014

TV Series: Please Like Me (Season 1)

Hello!!!

Aku honestly memang tak pernah dengar pasal siri tv ini. Sehinggalah, ada orang suggestkan aku untuk tengok siri tv ini. Cuba cari untuk download tapi agak sukar juga. Mungkin sebab siri ini dari Australia so agak payah untuk cari link download. But, aku berjaya jumpa orang yang jual cerita ini so apa lagi, terus order. 



Please Like Me mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Josh. Selepas memutuskan hubungan dengan girlfriendnya, Josh akhirnya sedar yang dia adalah gay. Bekas kekasihnya, Claire dan juga rakan karibnya, Tom banyak memberi sokongan untuk Josh dalam menangani isu seksualitinya. Josh berkenalan dengan rakan sepejabat Tom iaitu, Geoffrey dan mereka mula menjalinkan hubungan. Selain itu, Josh juga terpaksa membantu ibunya yang mengalami depresi dan cuba untuk membunuh diri. 

4 Watak Utama; Dari kiri, Tom, Josh, Claire & Geoffrey

Bagi aku siri tv ini memang menghiburkan. Banyak babak yang kelakar dan mencuit hati, tetapi dalam masa yang sama masih berjaya menyentuh hati terutama sekali, untuk babak-babak yang sedih. Season 1 hanya mempunyai 6 episod dan setiap episod hanya mengambil masa selama 30 minit. So aku memang tengok the whole siri back to back. 

Josh & Geoffrey

Siri tv ini telah memenangi anugerah Best Television Comedy Series di Australia. Season 2 masih belum ditayangkan lagi. Rasanya bulan August ni Season 2 akan disiarkan. I can't wait to watch the new season nanti. 


So untuk siapa yang berminat bolehlah menghubungi Encik Adri. Satu season RM 10 je rasanya. Tak sure pulak aku. Rasanya hanya RM10. Cubalah email dia di adab1911@gmail.com. Siri tv ini memang berbaloi untuk ditonton. 

Rating: 


4 ulasan:

  1. Klu nk beli harga die mmg 10 rggt jeke.... kita dpt cerita tu mcm mne.... dlm bntuk CD ker?? Atau dlm bntuk laen.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. RM10. Dia bagi dlm bentuk DVD. Aku tak sure if boleh tgk pakai DVD player. Aku just guna laptop.

      Padam
  2. aku memang adore dengan cara penulisan kau...tersusun kemas, dan storyline menarik dan sweet...keep it up...boleh tak buat blog subscription...haha...so that tak payah nak jenguk everytime, just to check whether new post ady been updated ke tak...harap2 this suggestion akan dipertimbangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for suggestion. Jap aku check macam mana nak tambah fungsi ni.

      Padam