Iklan

Isnin, 30 Jun 2014

Forbidden Love - Part 17 (Finale)

Bab 17

Aku memejamkan mata. Cuba mengosongkan fikiran yang agak bercelaru. Tanganku dipegang perlahan dan aku kembali membuka mata. Tangan Abang Tarmizi yang panas berjaya menenangkan hatiku yang gundah-gelana. 

"Fi okay ke?" tanya Abang Tarmizi lalu duduk di sebelahku. 

Aku hanya mengangguk. 

"Janganlah stress sangat. Anggap ini ujian dari tuhan. Lagipun carry mark Fi ni takdelah teruk sangat. Boleh lulus lagi ni," pujuk Abang Tarmizi lagi. Cuba menenangkan diri aku. 

"Fi tahu. Cuma nak score A dah payahlah sikit. Fi tak faham kenapa markah Fi banyak ni jer.." Aku masih lagi tidak puas hati dengan markah yang diperolehi daripada pensyarah. Tambahan lagi rakan sekumpulan aku yang lain seperti Veronica, Alia dan juga Zain mendapat carry mark yang agak tinggi. Malahan, tugasan di Pulau Pangkor banyak disiapkan oleh aku. Jadi aku sedikit terkilan dengan markah yang diterima berbanding dengan markah mereka. 

"Dah jangan runsing-runsing lagi. Esok lepas Abang habis presentation, kita pergi makan soto yang Fi suka kat Seksyen 8. Okay tak?"

"Abang belanja? Hehe. Tapi Fi kena pergi Seksyen 2 dulu. Nak print something. Nanti Abang ambil Fi kat sanalah." Hatiku mula gembira. Betul kata Abang Tarmizi. Sekarang aku hanya perlu fokus pada peperiksaan akhir. 

"Okay, sayang. Sekarang Fi tolong Abang pula. Tengok macam mana Abang present. Bagus ke tak?" Abang Tarmizi tersenyum kepadaku. 

Aku gembira...

xxx

Aku tersentak dari lamunan saat bahuku dipegang oleh seseorang. Aku yang sedang duduk di bangku hospital mendongak. 

Zain.

Sebaik sahaja melihat Zain, airmata aku terus mencurah-curah keluar. 

"Abang Tarmizi dah takde dah..." Sambil teresak-esak aku membiarkan sahaja Zain membawaku ke dalam pelukannya. 

"Sabar Fi.. Sabar..." Zain mengusap-usap bahuku untuk menenangkan aku menangis sebak.

"Ni semua salah aku, Zain.. Salah aku.." Aku meluahkan rasa bersalah yang membelenggu aku sejak dari tadi lagi, tatkala aku melihat tubuh kaku Abang Tarmizi di atas jalan raya tengahari tadi. 

"Jangan cakap macam tu, Fi. Ni semua dah takdir," pujuk Zain. Masih lagi cuba untuk menenangkan aku. 

Namun semuanya sudah terlambat. Abang Tarmizi telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. 

xxx

"Fi, minum air dulu ya." Veronica menghulurkan air tin kepadaku lalu duduk di sebelahku. Suasana di dalam hospital agak lengang. Dari tengahari tadi hinggalah ke malam, aku masih lagi bertapak di hospital. Dengan longlai, aku mengambil air tin dari tangan Veronica. 

Aku melihat Zain dan Safuan yang sedang berbincang dengan kakitangan hospital. Mungkin bertanyakan status jenazah Abang Tarmizi. 

"Firdaus..." 

Aku berpaling saat mendengar namaku dipanggil. Ibu dan adik perempuan Firdaus ada di hadapan aku dan Veronica. Veronica bangun untuk bersalam dengan mereka berdua. 

"Terima kasih ya, Firdaus kerana beritahu makcik. Pihak hospital dah bagi kebenaran untuk kami bawa jenazah Mizi pulang ke Kelantan," ujar ibu kepada Abang Tarmizi. 

"Sekarang ke? Boleh ke kalau saya nak tengok dia dulu?" tanyaku yang teringin untuk melihat Abang Tarmizi buat kali terakhir. 

"Maaflah Firdaus. Pihak hospital dah simpan jenazah di dalam van. Makcik tak boleh buat apa-apa." Ibu Abang Tarmizi menyeka airmata yang keluar dari pipinya. Dia pasti lagi sedih kerana anak yang dikandung dan dijaganya sejak dari kecil telah pergi dahulu. 

"Takpelah kalau macam tu. Nanti saya kemaskan barang Abang Mizi kat bilik." Aku cuba menahan airmata daripada keluar lagi.

"Terima kasih, Firdaus. Kami pergi dulu ya." Setelah bersalam dengan kami, ibu dan adik perempuan Abang Tarmizi berlalu menuju ke arah pintu keluar.

Saat mereka melangkah keluar dari hospital, aku terduduk. Aku sedar yang kini aku telah kehilangan Abang Tarmizi untuk selama-lamanya dan aku tidak akan berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

xxx

Zain membuka pintu bilik aku sambil tangannya yang satu lagi merangkul pinggangku agar aku tidak jatuh. Aku yang masih lagi belum menyentuh sesuap makanan agak lemah. Zain memimpinku menuju ke katil dengan berhati-hati. Aku hanya melihat katil Abang Tarmizi yang kosong dengan pandangan yang berkaca. Bagaimana aku hendak meneruskan hidup ini tanpa dia. 

Setelah meletakkan aku di atas katil, Zain membuka plastik makanan dan minuman. 

"Fi, jom makan dulu. V dah pesan kat aku untuk jaga kau. Nanti kau jatuh sakit, aku yang kena marah."

"Aku takde selera" Perlahan saja suara yang keluar dari mulutku. 

"Mana boleh takde selera. Jap." Zain mencari-cari sudu di atas meja tetapi tidak berjaya menjumpainya. 

"Takpelah aku suap pakai tangan." Zain duduk di sebelahku. Aku hanya menurut sahaja setiap arahan daripada Zain. Fikiran aku buntu dan kusut. 

Tidak sampai separuh pun nasi goreng berjaya dihabiskan, aku memberitahu Zain yang aku sudahpun kenyang. Zain menghulurkan air kepadaku tanpa banyak soal. Selesai sahaja minum, aku terus berbaring. Sekali lagi aku teringat kepada Abang Tarmizi. Teringat pada kenangan-kenangan kami sejak dari sekolah sehinggalah ke saat ini. 

Aku cuba untuk memejamkan mata. 

xxx

Sinar pagi membuatkan aku membuka mata perlahan-lahan. Saat itu juga aku terkejut apabila melihat sekujur tubuh ada di atas katil Abang Tarmizi. Aku menggosokkan mata seolah-olah tidak percaya yang Abang Tarmizi ada di hadapan aku. Dengan segera aku naik ke atas katil Abang Tarmizi lalu memeluknya dari belakang. 

"Abang..." 

"Fi..." Aku tersentak mendengar suara Zain. Rupa-rupanya, Zain yang tidur di atas katil Abang Tarmizi. Aku segera melepaskan pelukan dan bangun dari katil. 

"Apa kau buat atas katil Abang Tarmizi. Turun." Entah mengapa aku sakit hati apabila melihat Zain ada di atas katil Abang Tarmizi. 

"Maaf. Aku terlelap semalam." Zain bangun dari katil Abang Tarmizi dan membetulkan bajunya. 

"Aku nak kemas barang Abang Tarmizi ni. Kalau boleh aku nak bersendirian," ujarku kepada Zain. 

"Kau tak nak aku tolong ke?" tanya Zain. 

"Takpelah. Kau pergilah study dulu. Esok kan final," jawabku. 

"Okay, aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa, call aku ya." Dengan berat hati, Zain berlalu meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik. 

xxx

Aku masih lagi mengemas barang-barang milik Abang Tarmizi. Mengikut kata ibu Abang Tarmizi, bapa saudara Abang Tarmizi akan singgah sebentar di kolej untuk mengambil barang-barang yang penting dan akan berangkat pulang ke Kelantan selepas itu. 

Aku melihat jam di dinding. Ingin sahaja aku menumpang bapa saudara Abang Tarmizi untuk pulang ke Kelantan. Tapi, bagaimana dengan peperiksaan akhir, esok. Aku termenung seketika. Cukup. Tidak perlu berfikir panjang lagi. Aku nekad. Aku akan pulang ke Kelantan. 

Aku mengambil telefon bimbit dan mencari nombor Veronica untuk memberitahu hajat aku kepadanya. 

xxx

Saat aku mengemas pakaian ke dalam beg, pintu bilikku diketuk. Mungkin pakcik Abang Tarmizi sudah sampai. Aku membuka pintu namun Zain yang ada di hadapan aku. 

"V cakap kau nak balik Kelantan. Esok kan final paper. Tunggulah sampai habis dulu," ujar Zain. 

"Takpelah. Aku repeat je paper semester depan." Aku masih lagi sibuk mengemas pakaian. 

"Rugilah Fi.. Dahlah tugasan untuk paper tu banyak," pujuk Zain lagi. 

"Kau tak faham Zain..."

"Memang aku tak faham... Kita dah berusaha kuat untuk project paper kita. Sampai pergi Pangkor. Takkanlah nak sia-siakan itu semua. Kalau Abang Tarmizi tahu pun dia tak setuju dengan tindakan kau ni," tambah Zain lagi. 

"Kau jangan nak sebut nama Abang Tarmizi. Kau tak faham apa yang aku rasa. Bukan kau yang kehilangan dia." Aku meninggikan suara. 

"Fi.."

"Sudahlah Zain. Kau mesti gembira kan Abang Tarmizi dah takde. Lenyaplah saingan kau. Kau jangan harap nak gantikan Abang Tarmizi dalam hidup aku. Kau tak layak," tambah aku lagi. 

"Fi... Sanggup kau tuduh aku sampai macam tu sekali. Kau ingat aku suka ke tengok kau macam ni. Kau nampak ke aku gembira sekarang ni? Tak pernah terlintas langsung dalam hati aku untuk ganti tempat Tarmizi. Kau kawan aku, Fi. Kalau boleh tukar, aku lebih rela biar aku yang mati. Biar kau hidup gembira dengan Tarmizi." Zain meninggikan suaranya pula. Airmata mula keluar dari matanya. 

"Kita dah kenal lama. Tapi kau masih belum kenal aku dengan sepenuhnya, Fi. Hati aku sakit Fi bila lihat kau sedih. Aku tak sanggup tengok kau dalam keadaan macam ni." Nada suara Zain yang keras tadi bertukar menjadi lembut.

"Takpelah. Kalau itu keputusan kau. Aku pergi dulu" Zain berlalu keluar meninggalkan aku sendirian.

Apa yang telah aku lakukan. Aku melepaskan rasa marahku kepada seseorang yang sentiasa berada bersamaku di saat suka dan duka. Aku tidak berniat untuk menyakiti hati Zain. Aku tahu betapa terlukanya hati Zain saat dia melihat aku yang tidak berdaya di hospital semalam. Namun seperti biasa, dia mencekalkan hatinya untuk diriku. Dan kini aku melemparkan pelbagai tuduhan ke atasnya. Terus aku terduduk di atas lantai mengenangkan yang aku telah melukakan hati Zain.

xxx

Aku bergegas menuju ke dewan peperiksaan. Semalam, aku membuat keputusan untuk tidak pulang ke Kelantan. Aku tahu kalau Abang Tarmizi masih ada dia pasti akan menyokong keputusan aku ini. 

Aku masuk ke dalam dewan peperiksaan sambil memerhati sekeliling. Aku sedar ada yang memandangku dengan rasa simpati. Namun tumpuanku hanya pada seseorang. Mataku melilau mencari Zain. Aku berjaya menjumpai Zain. Zain yang tunduk memandang meja masih lagi belum sedar akan kehadiran aku di dalam dewan peperiksaan. 

Saat aku berjalan ke arah Zain, pengawas peperiksaan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Terbantut tujuan aku untuk menegur Zain namun di saat itu juga, Zain mengangkat kepalanya dan mata kami bertentangan. Riak wajahnya yang risau sebelum ini bertukar menjadi lega. Dia melemparkan senyuman ke arahku dan aku hanya mampu menutur perlahan "I'm sorry..."

xxx

Aku bersyukur kerana berjaya menjawab setiap soalan dengan penuh yakin. Sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapanku, aku menoleh ke belakang untuk melihat Zain. Namun dia sudah tiada. Mungkin dia keluar dari dewan peperiksaan lebih awal.

Aku keluar dari dewan peperiksaan dan ternampak Veronica dan Safuan yang sedang berbual. 

"Fi!!! Aku lega sangat tengok kau masuk dewan peperiksaan. Kenapa tak balas mesej aku?" tanya Veronica. 

"Sorry V. Aku off kan phone semalam." 

"It's okay. Kau macam mana? Okay ke?" tanya Veronica lagi. 

"Okay. Ada nampak Zain tak?" tanyaku pula kepada Veronica dan Safuan.

"Eh, dia tak bagitahu kau ke. Semalam dia cakap kat kami, lepas exam dia nak balik kampung terus,"  kata Veronica. Aku terkejut mendengar penjelasan dari Veronica. 

"So, dia tengah kemas lah ni. Takpalah. Aku balik kolej dulu." Dengan tiba-tiba aku menjadi panik. 

"Tapi pagi tadi dia dah bawa terus barang-barang dia. Dia letak kat luar dewan," sampuk Safuan pula. Aku melihat ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Safuan. Kosong. 

Tanpa berlengah, aku terus berlari menuju ke tempat parkir motorsikal yang selalu digunakan oleh Zain. Aku melihat di sekeliling. Tiada bayangan motorsikal Zain. Tidak... Zain sudah pergi. Mataku yang sudah kering dek menangisi pemergian Abang Tarmizi kembali basah. Pelajar-pelajar lain mula melihat ke arahku dengan hairan. 

Dengan segera aku berlari menuju ke arah tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja melangkah masuk, aku terus menangis dan memanggil nama Zain. 

"Fi..."

Aku terkejut melihat Zain ada di dalam tandas yang sama. Dengan segera aku memeluk Zain.

"Zain!!! Aku minta maaf pasal semalam. Aku tak berniat nak lepaskan rasa marah aku kepada kau."

"Aku tak ambil hati pun. Dahlah. Jangan nangis lagi. Nanti orang masuk." Zain mengelap airmataku yang membasahi pipi. 

"Aku ingat kau dah balik. Aku cari motor kau takde." Aku melepaskan Zain dari pelukanku. 

"Aku parking tempat lain. Tadi penuh kat tempat biasa." Zain tersenyum melihat telatahku. 

Aku melihat beg sandang yang ada di bahu Zain. 

"Nak balik dah ke?" tanyaku sayu. 

Zain hanya mengangguk. 

"Tunggulah dulu. Baliklah esok."

"Kalau boleh, aku memang nak balik esok. Tapi malam ni aku dengan family akan ke London. Bercuti di sana," jelas Zain. 

Aku hanya diam. 

"Fi, kau kena kuat ya. Jangan nangis-nangis dah. Aku sendiri pun tak tahu bila kita akan berjumpa lagi. Tapi aku gembira sebab dapat jumpa kau lagi untuk kali terakhir. Dalam tandas pula tu. Tempat kegemaran kita." Kami berdua tergelak kecil. 

"Jangan lupakan aku," ucapku perlahan. 

"Mana mungkin aku lupakan kau Fi. Kau dah tersemat dalam hati aku untuk selama-lamanya," balas Zain.

Aku memandang ke arah Zain buat kali terakhir. Dengan pantas Zain memeluk aku. 

"Aku tak nak kau tengok aku menangis. Terima kasih Fi.. For everything. Kau banyak mengajar aku tentang erti kasih dan sayang. Aku pergi dulu." Zain melepaskan pelukannya. Sambil mengesat airmatanya, dia terus berlalu pergi. Aku hanya mampu melihat dia keluar dari tandas dan meninggalkan aku sendirian. Aku hanya redha. 

xxx

Hari demi hari silih berganti. Dan kini, sudah hampir tiga bulan, Abang Tarmizi meninggalkanku. Kekadang, aku masih lagi teringatkan Abang Tarmizi. Namun aku rela akan pemergiannya. Dan Zain.. Aku amat merinduinya. Tetapi dalam masa yang sama aku sedar yang aku harus melupakannya. Tambahan lagi dia telah menukar kampus. Aku sendiri pun tidak pasti adakah kami akan bertemu lagi suatu hari nanti. 

Kini, aku kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian di semester kedua. Aku memeluk ibu bapa dan adik-adikku. Sepanjang cuti semester, aku banyak menghabiskan masa bersama mereka. Setelah mengucapkan selamat tinggal, keluargaku berlalu dan meninggalkanku di hadapan pejabat kolej. 

Dengan segera aku mendaftar masuk dan diberikan kunci bilik. Aku melihat nombor yang ada di kunci. Blok yang sama tetapi bilik berlainan dan juga tingkat yang lain dari semester lepas. Bagus juga. Aku tidak mahu memori silam menganggu pembelajaran aku pada semester ini. 

Aku menarik beg dan bergerak menuju ke bilik baruku. Agak susah juga untuk aku mengangkat beg satu persatu menaiki tangga. Mungkin aku patut menerima pelawaan keluarga aku yang ingin membantu aku sebentar tadi. Tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka pula. 

Akhirnya aku berjaya sampai di hadapan bilik yang baru. Aku mengeluarkan kunci dan cuba untuk membuka bilik itu. Namun bilik itu memang tidak berkunci. Aku membuka pintu.

Terkejutnya aku tatkala melihat Zain ada di hadapan aku dengan hanya berseluar pendek. Zain yang sedang menyangkut baju ke dalam almari turut tergamam melihat aku yang ada di muka pintu. 

"Fi..."

"Zain, kau cakap nak tukar kampus." Aku menutup pintu bilik lalu meletakkan beg di tepi katil. 

"Aku memang dah hantar borang pertukaran, tapi kena reject. Borang tak lengkap," jelas Zain. Raut wajahnya begitu gembira.

"Oh.. Habis tu kenapa tak bagitahu aku awal-awal." Aku masih lagi terkejut. Tidak percaya Zain ada di hadapan aku. 

"Aku tak nak kacau kau. Lagipun aku baru je tahu semalam pasal request aku yang kena reject," sambung Zain lagi. 

"Okay..." Aku kelu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. 

"Oh ya, aku ada beli keychain dari London untuk kau." Zain menghulurkan sebungkus plastik kepadaku. 

Aku menyambutnya namun sempat pula Zain memegang tanganku. Aku hanya tersenyum. 

"Halus. Pakai sabun apa?" tanya Zain bergurau. 

Aku hanya tergelak kecil. Tanpa disedari, airmata kegembiraan menitis di atas pipiku. Aku cepat-cepat mengelap. Nanti dijadikan modal oleh Zain untuk menyakat aku. 

"So macam mana ni? Cantumkan katil?" Zain yang nakal kembali lagi. 

"Banyak cantik!!! Dah sambung balik kemas." Aku tersenyum dan gembira kerana seseorang yang sangat bermakna di dalam hidupku masih lagi ada di sisi aku. Ya, Abang Tarmizi akan sentiasa berada di dalam hatiku tetapi aku sudah bersedia untuk memulakan bab baru di dalam hidupku. 

"Fi....," panggil Zain.

"Ya, Si Sombong..." 

The End

F.I

xxx

Selesai sudah novel pertama karya aku. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca novel yang tak seberapa ini. Happy sangat bila tengok view yang mencecah ribuan untuk setiap bahagian. Terima kasih. 

Banyak lagi kekurangan yang perlu aku baiki. Tambahan pula aku ni background Matematik/Akaun. So menulis tu agak kurang sikit. Hehe. 

Ada yang bertanya samada aku ada plan untuk bukukan ke tak novel ni? Aku ada plan untuk print novel ni dan jual bersama button badge dan mungkin cd yang mengandungi lagu-lagu yang sesuai dengan tema cerita ni. Tapi mungkin dalam sepuluh copy je lah. Untuk peminat-peminat yang memang minat. Limited edition. Hehe. Dan aku juga akan tambah dengan babak-babak bonus. Yang memang takde dalam blog ni. So, tunggu jelah. Ya.

Novel baru, masih lagi belum ada tajuk. So siapa-siapa yang ada cadangan silalah usulkan ya. Aku memang plan untuk continue Forbidden Love 2. Mungkin lepas habis novel baru ni. Okay. That's all. Thank you. 

Khamis, 26 Jun 2014

Forbidden Love Akhir & Novel Baru

Hello!!!

Sekarang ni masih lagi sibuk untuk menyiapkan Forbidden Love bahagian akhir. Yup, bahagian akhir. Aku memang dah fikir masak-masak. Tak nak drag citer ni terlampau panjang. So bahagian 17 akan menjadi bahagian penutup untuk Forbidden Love. Tetapi aku ada terfikir untuk menyambung Forbidden Love 2 pada suatu hari nanti. Bukan dalam masa yang terdekat lah sebab aku dah mula menulis untuk cerita baru. 

Cerita baru ni masih belum ada tajuk lagi. Aku masih cuba mencari tajuk yang sesuai tapi oleh kerana hari ni aku bermurah hati, aku bagi korang sedikit teaser novel ni. 

xxx

Afizi melangkah keluar dari lif. Matanya melilau-lilau mencari apartmen yang bernombor 305. Dalam pada masa yang sama, matanya sempat lagi melihat ke arah jam yang ada di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dia sudah terlewat selama 15 minit. Akhirnya, Afizi berjaya menjumpai apartmen yang dicarinya. Dengan segera, Afizi mengeluarkan kunci dari begnya dan masuk ke dalam apartmen itu. 

Sebaik sahaja masuk, Afizi terpukau seketika melihat dekorasi di dalam rumah ini. Warna hitam dan putih menjadi teraju utama menghiasi apartmen yang indah ini. Afizi ternampak sebuah rak yang dipenuhi dengan piala-piala yang telah dimenangi oleh Irham. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini, Irham memang merupakan seorang pelumba motorsikal yang bagus. Sayangnya, kemalangan yang menimpa Irham akan meyebabkannya tidak dapat berlumba lagi. 

"Woi!"

Afizi tersentak mendengar jeritan suara dari belakangnya. Dengan segera Afizi memusingkan kepalanya. Irham berada di atas kerusi rodanya dan wajahnya agak bengis. 

"Pukul berapa dah ni? Kau tak pandai tengok jam ke? Bodoh? Tak sekolah? Aku upah kau untuk kerja dari jam 8.30 pagi sampai 6 petang kan? Sekarang dah pukul berapa? Atau kau miskin sangat sampai tak boleh beli jam?" Bertubi-tubi serangan yang berbentuk soalan maut datang menimpa Afizi. 

"Maaf Encik. Jalan sesak tadi," jawab Afizi perlahan. Takut? Ya memang dia takut kerana belum pernah lagi dia berhadapan dengan pesakit yang sungguh garang. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini daripada rakan sekerjanya yang Irham merupakan seorang yang pemarah. Patutlah tiada siapapun yang sanggup untuk bekerja menjaga Irham setelah Irham dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 bulan berada di hospital. 

Dia terpaksa menerima tawaran untuk bekerja di sini kerana tawaran elaun dan bonus yang sangat lumayan dari pihak pengurusan hospital. Afizi benar-benar memerlukan duit yang lebih untuk menampung kehidupan keluarganya tambahan pula adik perempuannya bakal melanjutkan pelajaran di luar negara nanti. 

"Kalau dah tahu sesak, geraklah awal sikit. Kau ingat senang untuk aku bangun dari katil dan panjat kerusi roda ni? Kalau aku mampus macam mana? Kau boleh bayar ke kalau family aku saman kau? Hah?" Bengis sekali suara Irham memarahi Afizi. 

"Maaf, Encik. Saya janji takkan lewat lagi," ujar Afizi. Dia hanya mampu tunduk. 

"Dah. Aku nak mandi. Bawa aku ke bilik air," arah Irham. 

"Baik Encik.." Afizi menghampiri kerusi roda dan dalam masa yang sama mencari-cari bilik air. 

"Encik, bilik air kat mana ya?" tanya Afizi. 

"Dalam bilik aku lah. Kau tolak je nanti aku tunjuk jalan. Lembab sungguh..." Irham menjeling ke arah Afizi. 

xxx

Dengan berhati-hati, Afizi menolak kerusi roda masuk ke dalam bilik air. Mujurlah bilik air ini agak luas. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. 

"Kau ni kenapa. Tolonglah aku buang baju dan seluar ni. Lembablah. Kau nak aku report management ker? Baik pecat je nurse lembab macam kau ni." Nampaknya kemarahan Irham masih lagi belum reda. 

Afizi memegang pangkal baju t-shirt yang dipakai oleh Irham dan cuba menanggalkannya. Malangnya, t-shirt itu tersekat di leher Irham. Irham yang panik terus menggelupur dan menepuk tangan Afizi. 

"Maaf, maaf.." Afizi membuka butang di kolar t-shirt itu dan akhirnya berjaya menanggalkan baju Irham.

"Kau nak bunuh aku ke?" Irham menyindir Afizi sambil memandang Afizi dengan tajam. 

Afizi membuka seluar Irham dengan berhati-hati. Setelah berjaya, dia menyangkut seluar dan baju itu di tempat sidaian. Irham yang masih lagi berseluar dalam hanya diam. 

Alamak, seluar dalam. Kena buang juga ke? Nanti dia panggil aku lembab lagi. Baik aku tanggalkan je..

Afizi duduk dan cuba untuk menanggalkan seluar dalam yang masih lagi dipakai oleh Irham. Dengan pantas, tangannya ditepis oleh Irham. 

"Woi, kau ni memang sengaja nak ambil kesempatan atas aku kan? Dari tadi lagi, aku dah agak kau ni memang jenis gay. Gila seks." Sekali lagi, Afizi ditengking oleh Irham. 

"Maaf, Encik. Saya ingat Encik nak suruh saya tanggalkan"

"Dah, kau tolak kerusi ni kat bawah shower. Then keluar. Jangan nak mengintai. Tunggu aku panggil baru masuk," arah Irham. 

Setelah menolak kerusi roda berhampiran dengan tempat pancuran air, Afizi bergegas keluar dari bilik air dan menutup pintu. Dia mengeluh. Baru hari pertama, pelbagai makian dan cacian yang diterimanya. Namun dia harus kuat. Tidak boleh sesekali mengalah kerana dia amat memerlukan wang lebih. 

xxx

That's all. So nantikan bahagian akhir Forbidden Love dan bahagian pertama novel baru yang masih belum bertajuk... See ya..


Selasa, 24 Jun 2014

Couple in TV & Movie FanVid

Hello

Antara aktiviti aku apabila ada masa lapang adalah menonton fan video (fanvid) yang dicipta oleh peminat-peminat untuk pasangan-pasangan gay samada di dalam filem dan juga siri tv. So hari ni aku nak share beberapa fanvid bagi pasangan-pasangan yang menjadi kegemaran aku. 

Zach & Shaun (Shelter)


If I have to pick a gay movie only, I'll pick Shelter. Zach & Shaun are insanely hot. I love the story between them so much and the songs in this movie are as great as the movie itself. 


Blaine & Kurt (Glee)


One of the power couple in the silver screen. Aku memang suka Blaine & Kurt sejak dari season ke-2 lagi. They are just perfect for each other. 


Agron & Nasir (Spartacus)


The main reason I watched this show. I love the show but the relationship between Agron & Nasir just made the show even better to me. 


Lukas & Fabio (Romeos)


I just watched this recently but I really these two. They are so cute together and this movie alone is one of favorite gay movie ever. 


Josh & Geoffrey (Please Like Me)


These two are so awkward together but at the same time, I love the chemistry between them. They broke up at the end of the season 1 but I believe they'll find each other again in the upcoming season 2. 


Kevin & Scotty (Brothers & Sisters)


I love this show so much and Kevin & Scotty are definitely my favorite couple. Kevin dated several people before but he definitely belongs to Scotty. B&S already ended after 6 seasons but sometime I still watch the fanvid of them. 


Mew & Tong (Love of Siam)


Definitely my favorite couple from Asian gay movie. They looked so great and sweet together. 


Patrick & Richie (Looking)


They are totally different from each other but that's the reason why I loved them together so much. Patrick is more open when he was with Richie. 

Isnin, 23 Jun 2014

Movie: Romeos

Hello!!!


Another movie yang aku baru tengok adalah Romeos. Filem ini adalah dari Germany dan dikeluarkan pada tahun 2011. I actually don't know much about this movie so when I bought Stranger By The Lake from En Adri at his blog Saya Download, Anda Beli, he asked me to pick another movie for free. Aku pula macam blur jer masa tu so I asked him to suggest any movie and he suggested this movie. After that, terus aku google pasal this movie and synopsis movie ni agak interesting. 


Romeos mengisahkan seorang lelaki yang bernama Lukas (Rick Okon) yang dilahirkan sebagai seorang perempuan. Lukas di dalam proses untuk menukar jantinanya daripada perempuan kepada lelaki. Lukas yang menyertai program khidmat negara telah diletakkan di hostel untuk pelajar perempuan. Walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan penempatan tetapi dengan sokongan pelajar-pelajar perempuan lain dan kawan baiknya sejak dari sekolah iaitu Ine (Liv Lisa Fries), Lukas redha untuk tinggal di sana. 

Lukas & Fabio

Suatu hari, Ine telah mengajak Lukas untuk ke sebuah parti. Di sana Lukas berkenalan dengan seorang lelaki gay yang bernama Fabio (Maximilan Befort). Tanpa diduga mereka saling tertarik dengan masing-masing. Mereka menjadi semakin rapat tetapi Lukas berasa sangat serba salah kerana dia masih lagi belum memberitahu rahsianya kepada Fabio yang dia adalah seorang Female to Male Transgender. 

Fabio & Lukas

Sehinggalah suatu hari, Fabio mengetahui rahsianya dan bertindak menjauhkan diri daripada Lukas. Lukas yang berasa sangat kecewa cuba untuk melupakan Fabio namun Fabio mendekati dirinya semula dan bersetuju untuk menjadi kawan. Namun perasaan Fabio terhadap Lukas hanya menjadi semakin kuat. 

Lukas & Fabio

My first reaction after watching this movie was just 'wow' and then I cried lol. This movie really moved me. I don't know why maybe because of the mesej utama di dalam filem ini yang cinta akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Pada mulanya aku ingatkan pelakon yang membawakan watak Lukas adalah transgender sebenar in real life because dalam sesetengah scene, kita boleh nampak breastnya. But after I did some googled, I found out that Rick Okon is a male. I guess untuk babak shirtless mereka guna double dan cantumkan kepala Rick Okon on that female double. Chemistry between Lukas dan Fabio sangat kuat. I just can't help to root for them. The acting was great and the ending was so freaking beautiful. I totally love this movie. Definitely going to be in my Top 5 gay movie of all time. 

Rating: 

Movie: Stranger By The Lake

Hello!!!


Hari nak review beberapa filem yang aku baru sahaja aku tengok recently. One of them is Stranger By The Lake yang merupakan sebuah filem dari France dan bergenre thriller. Aku memang jarang tengok cerita bergenre thriller so bila aku baca banyak positive reviews for this movie, I decided to watch it. 


Stranger By The Lake mengisahkan kejadian yang berlaku di sebuah tasik yang merupakan lokasi popular untuk golongan gay mencari pasangan dan melempiaskan nafsu masing-masing. Frank (Pierre Deladonchamps) merupakan salah seorang dari mereka yang selalu ke tasik terpencil itu. Suatu hari Pierre telah berkawan dengan seorang pakcik lelaki yang ke tasik untuk menenangkan fikiran setelah berpisah dengan teman wanitanya. 

Pierre & Pakcik Henri

Hubungan Pierre dan Henri (Patrick d'Assumcao) menjadi rapat dan mereka selalu berkongsi pandangan dan pendapat. Dalam masa yang sama, Pierre tertarik dengan seorang lelaki misteri yang bernama Michel (Christophe Paou). Namun Michel sudahpun mempunyai teman lelaki sehinggalah pada suatu hari Pierre yang masih lagi berada di tasik pada lewat malam ternampak Michel membunuh teman lelakinya. Pierre yang dalam ketakutan tetapi pada masa yang sama masih lagi tertarik dengan Michel sehinggalah Michel menegurnya pada suatu hari. 

Michel & Pierre

I like this movie. I think cerita dia sangat interesting. Cuma terlampau banyak sangat babak frontal. I think 80 percent of this movie revolves around nudity kat tasik itu. Dua pelakon utama memang sangat seksi terutamanya Pierre. Aku paling suka dengan persahabatan di antara Pierre dan Henri yang bukan berlandaskan seks. Watak Michel pula memang sangat creepy. Tetapi dalam masa yang sama aku faham kenapa Pierre tidak dapat menolak godaan dari Michel. Overall it's a very nice and sexy French movie.

Rating: 

Ahad, 22 Jun 2014

Forbidden Love - Part 16

Bab 16

Aku mencari-cari di sekeliling perpustakaan. Tiada pula bayangan Zain. Semalaman aku gelisah kerana bimbang Zain akan terasa hati dengan tindakan Abang Tarmizi dan diriku sendiri. Sedang aku berjalan-jalan aku ternampak kelibat Zain yang sedang bercakap dengan seorang pelajar lelaki di kawasan rak buku. Aku menghampiri mereka berdua. 

"Morning, Fi.. By the way, Aiman ni classmate I, Firdaus." Zain memperkenalkan aku kepada pelajar lelaki yang bernama Aiman itu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aiman. Aiman menyambut tanganku tetapi terpancar raut wajahnya yang tidak selesa dengan kehadiran aku. 

"Okaylah, Zain. I kena pergi dulu. Apa-apa you call lah I ya. Bye." Dengan tidak disangka-sangka Aiman memeluk Zain di hadapan aku. 

"Bye, Firdaus. Nice to meet you." Aiman berlalu pergi meninggalkan kami berdua. 

Aku memandang Zain. Dan Zain memandang aku kembali. 

"Kenapa?" tanya Zain. 

"Kawan baru ke?" tanyaku sambil mengalihkan pandanganku daripada mata Zain.

"Oh ya. Aku kenal kat kedai makan semalam. Ramai sangat orang so dia takde tempat untuk duduk. So, kami kongsi meja lah. Tak sangka pula dia pun pelajar di universiti kita. Pelajar Marketing," jelas Zain sambil mengeluarkan beberapa biji buku dari rak buku. 

Setelah selesai memilih buku, kami berdua menuju ke meja belajar yang masih lagi kosong. 

"Zain, pasal semalam. Sorry ya," aku mengalihkan topik perbualan kami daripada Aiman kepada peristiwa yang berlaku semalam. 

"It's okay Fi. Aku faham. Garang juga bf kau. Untung kau, ada orang yang sayang. Jangan bimbanglah. Aku okay. Lagi pun semalam Aiman ada temankan aku. So terubatlah sikit hati aku. Haha." Zain mengenyit matanya. 

"Aiman tadi? Gedik semacam je aku tengok." Aku mengeluarkan pandanganku terhadap Aiman. 

"Mana ada. Dia okaylah. Cuma dia terlebih manja sikit," balas Zain pula. 

"Sikit kau cakap. Sampai peluk-peluk lagi. Sedangkan baru je kenal semalam," tambahku pula yang tidak puas hati apabila Zain membela Aiman. 

"Kenapa? Kau jealous ke?" tanya Zain sambil tersenyum. 

"Malaslah nak layan kau. Study. Esok exam dah nak start." Aku membuka fail dan mengeluarkan nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah. 

Zain hanya ketawa kecil melihat reaksi aku. 

xxx

Aku meletakkan pen dan kertas di atas meja. Masa yang diberi selama 3 jam terasa begitu cepat berlalu. Aku memandang ke belakang. Veronica melambai-lambai sambil mengangkat ibu jarinya. Mungkin terlalu gembira kerana apa yang kami ulangkaji semalam keluar dalam peperiksaan pada pagi ini. 

Sebaik sahaja dibenarkan keluar, aku menuju ke arah meja Veronica. 

"Fi, thank you sebab suruh baca topik ni. Happy sangat." Veronica menepuk-nepuk tangannya. 

"Itulah. Syukur sangat. So kau kena belanja aku makan lah ni ya?"

"Jom. Ajak Zain sekali," balas Veronica. 

Aku melihat ke arah tempat duduk Zain. Kosong. Ke mana pula Zain pergi. Takkanlah sudah keluar. Aku mengalihkan pandangan ke luar dewan. Zain sedang berbual-bual bersama seseorang yang terlindung di sebilik dinding. Sedang aku berjalan menuju ke arah mereka, aku dapat melihat dengan jelas siapakah yang berada bersama Zain. Dengan sendirinya aku memberhentikan langkahku. Ya, betul kata Zain yang aku cemburu apabila melihat Zain dan Aiman. Tetapi Zain berhak berkawan dengan sesiapa sahaja dan aku pula tidak mempunyai hak untuk berasa cemburu. 

Aku berundur dan berpusing kembali ke arah Veronica. 

"Takpelah V. Kita berdua sahaja. Zain ada hal." 

"Okay." Kami berdua keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke arah kafetaria. Sempat lagi aku menjeling ke arah Zain dan Aiman. Zain kelihatan sangat gembira. 

xxx

Seperti biasa sebelum tidur aku akan mengisi air kosong dari dalam bilik pantri. Sambil menunggu air penuh, aku memandang sekeliling. Bilik pantri yang penuh dengan memori manis. Aku masih lagi ingat saat Zain bergurau yang dia ingin merabaku dan dengan pantas aku cuba menepis tangannya. Namun aku tertepis pula celah kelangkang Zain sehingga menyebabkan Zain menggelupur kesakitan. Aku tergelak kecil bila teringatkan peristiwa yang berlaku itu. 

"Hoi. Gila ke, ketawa seorang-seorang!" 

Aku terperanjat apabila ditegur oleh Zain. Tidak perasan pula bila dia masuk ke dalam bilik pantri ini. 

"Terkejut aku. Takdelah aku teringatkan something," jelasku sambil mengalihkan pandangan kepada botol air yang hampir penuh. 

"Ingatkan boyfriend ke?" tanya Zain. 


"Taklah. Aku teringatkan sorang budak ni. Cuba kacau aku tapi terkena libasan maut daripada aku." Aku ketawa kecil. Zain yang pada mulanya agak kehairanan akhirnya berjaya mengingati peristiwa yang dimaksudkan olehku.


"Oh.. Kau memang keji Fi.. Mari sini." Zain cuba merangkul leherku. Tetapi aku cuba mengelak. Aku berundur ke belakang dan tersandar di dinding. Tiada lagi ruang untukku melarikan diri daripada Zain. Dengan perlahan-lahan Zain mendekatiku. Suasana yang agak santai sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi serius. 


"Zain..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Zain mendekatkan mukanya dengan mukaku. 


"Fi, I want to do lot of things to you now but I know I can't. It's forbidden..." Dengan begitu sahaja Zain menjarakkan diri daripada aku dan terus keluar dari bilik pantri meninggalkanku yang masih lagi berdebar-debar. 


Aku hanya mampu tunduk. 


Aku pun begitu, Zain


xxx


Hari demi hari, satu persatu peperiksaan akhir berjaya aku tempuhi. Aku masih lagi menghabiskan masa di perpustakaan bersama Zain tetapi waktu kami belajar bersama menjadi semakin terhad. Abang Tarmizi makin kerap menemaniku dan Zain pula banyak menghabiskan masa seorang diri. 


Aku mengambil jadual peperiksaan yang ada di dalam fail. Masih ada beberapa hari lagi untuk kertas peperiksaan yang terakhir. Aku sememangnya tidak sabar untuk menghabiskan semester pertamaku di sini dan kembali kepada keluargaku yang berada di kampung tetapi dalam masa yang sama, aku agak sedih untuk berpisah dengan kawan-kawanku di sini terutamanya Veronica dan juga Zain. Mujurlah Abang Tarmizi tinggal di kawasan yang sama denganku jadi bolehlah kami menghabiskan masa bersama-sama nanti. 


Aku melihat ke sebelahku. Abang Tarmizi masih lagi tekun membuat persiapan untuk membentangkan hasil kerjanya. Esok merupakan hari terakhirnya untuk bergelar sebagai seorang pelajar. Aku mencuit paha Abang Tarmizi. Namun tiada respons dari Abang Tarmizi yang masih lagi fokus pada skrin laptopnya. Aku mengusap-usap pahanya. Abang Tarmizi memandangku sambil tersenyum. 


"Fi, jangan... Project paper Abang belum siap lagi ni. Kan tak pasal-pasal terjadi projek di perpustakaan," ujar Abang Tarmizi sambil menguis tanganku dari pahanya. 


Aku tergelak kecil. 


"Rehatlah kejap. Fi tengok Abang stress sangat," balasku. 


"Kejap lagi Abang rehat. Kalau Fi nak pergi lunch dulu pun pergilah," tambah Abang Tarmizi lagi. 


"Takpalah Fi tunggu Abang. Nak pergi jalan-jalan jap." Aku bangun dari kerusi dan terus bergerak ke arah tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke tandas, aku terbau asap rokok. Siapa pulalah yang tiada kesedaran sivik langsung ni merokok di dalam tandas perpustakaan. 


Zain.


xxx


"Kuatlah bau asap rokok kau Zain." Zain segera melenyekkan puntung rokoknya di sinki lalu membuangnya ke dalam tong sampah. 


"Stress ke? Relakslah. Carry mark kau pun dah cukup tinggi kan," ujarku apabila melihat raut wajah Zain yang agak tertekan. Zain hanya diam. Dia membuka sinki dan terus membasuh mukanya. 


"Zain, kenapa ni?" Aku risau kerana Zain tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap apa yang dikatakan olehku sebentar tadi. 


Aku meletakkan tangan di atas bahu Zain. 


"Fi, jangan..." Perlahan saja perkataan yang keluar dari mulut Zain. 


"Kenapa ni? Kau buat aku risaulah. Pasal exam ke?" tanyaku sambil mengusap-usap belakang Zain untuk menenangkannya.


Zain memandang ke arahku. 


"Pasal kau, Fi. Aku dah tak tahan." Akhirnya Zain meluahkan apa yang tersirat di dalam fikirannya. 


"Kenapa ni. Janganlah.. Hari tu kan kita dah bincang pasal ni." Aku mula resah apabila melihat mata Zain mula bergenang dengan airmata. 


"Aku ingat aku kuat, Fi. Aku cuba untuk yakinkan hati aku yang kita boleh berkawan. Aku cuba untuk hapus rasa sayang aku pada kau. Tapi tak boleh Fi. Dan setiap kali aku lihat kau dengan Tarmizi, hati aku terluka sangat. Sakit, Fi." Airmata Zain mula menitik. 


"Zain, aku minta maaf..." Aku mula sedar yang selama ini, aku mementingkan diri sendiri. Tidak pernah aku fikirkan apa yang dirasakan oleh Zain terutama apabila melihat aku bersama Abang Tarmizi. Yang penting bagiku hanyalah untuk tidak kehilangan Zain di dalam hidupku. Tetapi perasaan Zain tidak pernah aku endahkan. 


"Bukan salah kau, Fi. Aku sendiri yang tak dapat nak bendung perasaan aku kepada kau. So that's why aku buat keputusan untuk tukar kampus semester depan," ujar Zain sambil menyeka airmatanya dari jatuh. 


Aku tersentak mendengar keputusan Zain untuk menukar kampus pada semester hadapan. Keputusan yang tidak pernah aku jangkakan.


"Janganlah Zain.. Takkanlah sampai nak tukar kampus," nada suaraku mula berubah apabila memikirkan yang aku akan kehilangan Zain.


"Aku minta maaf Fi. Aku dah cuba untuk kawal perasaan aku... Ya, aku tahu Abang Tarmizi dah tiada kat sini semester depan. Tapi aku dah tak sanggup untuk berada di sisi kau namun tak boleh menyayangi kau lebih dari seorang sahabat. It's killing me, Fi."


Aku tunduk mendengar penjelasan daripada Zain. Walaupun agak berat untuk aku terima, aku harus redha. Mungkin ini yang terbaik untuk kami berdua. 


"Okay Zain. Kalau itu keputusan kau.." Aku gagal untuk menghabiskan ayatku kerana airmataku mula mencurah-curah keluar. Dengan segera aku keluar dari tandas. Tidak sanggup lagi berdepan dengan kenyataan yang Zain akan meninggalkan aku. 


xxx


Aku mengambil duit baki daripada pembantu kedai cetakan yang ada di hadapanku sambil mataku memberi tumpuan terhadap tugasan-tugasan yang baru sahaja selesai dicetak. Bimbang jika ada kesilapan yang akan membuatkan markah aku ditolak oleh pensyarah. 


Peristiwa semalam masih lagi bermain-main di fikiranku. Aku masih lagi cuba untuk meyakinkan diri sendiri yang pemergian Zain adalah untuk kebaikan kami bersama. Jujurnya, aku sendiri tidak pasti berapa lama lagi aku dapat menahan perasaanku terhadap Zain. Jadi mungkin benar kata Zain, inilah yang terbaik untuk kami berdua. 


Aku keluar dari kedai fotostat. Telefonku berbunyi. Dengan segera aku menjawab panggilan daripada Abang Tarmizi. 


"Hello Fi. Kat mana?" tanya Abang Tarmizi. 


"Baru lepas habis print. Abang kat mana?" tanyaku kembali. 


"Abang kat fakulti lagi. Kejap lagi Abang datang ambil Fi. Abang nak jumpa supervisor jap. Tunggu kat bus stop ya."


"Okay." Aku menamatkan panggilan dan terus melangkah keluar dari kedai printing. Sebaik sahaja melewati salah satu kedai makan, aku mendengar namaku dipanggil. 


Zain mengangkat tangannya. Walaupun agak berat, aku masih melangkah masuk ke dalam kedai makan itu dan menuju ke arah meja Zain. Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan Zain. 


"Fuh, semalam emosional giler kita. Membazir airmata jer. Kalah drama Hindustan." Zain tergelak kecil. Aku hanya tersenyum dengan Zain yang masih lagi mampu untuk membuat lawak. 


Aku melihat ada borang di atas meja Zain. Borang yang sudah lengkap diisi. Aku cuba untuk membaca perkataan yang ada di borang walaupun aku sendiri sudah dapat mengagak borang apakah itu. 

"Borang pertukaran kampus ke?" tanyaku.

Zain hanya menganggukkan kepalanya. 

"Sorry. Kejap lagi aku nak pergi HEP untuk hantar borang ni," jelas Zain. 

"It's okay, aku faham. Cuma nanti janganlah lupakan aku terus ya." Aku cuba untuk mengawal perasaanku. 

"Kau pun sama. Terima kasih kerana faham. Dan terima kasih juga kerana sudi berkawan dengan si sombong ni," ucap Zain. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja kerana aku sudah hampir sebak. 

"Okaylah Fi. Aku kena pergi HEP ni untuk hantar borang. Nanti tutup pula office. Jangan sedih-sedih. Maafkan aku, kalau aku banyak mengacau kau selama ini dan tolong halalkan kalau aku ada hutang kau apa-apa saja," tambah Zain lagi.

"Janganlah cakap macam tu. Aku tak pernah pun ambil hati dengan usikan kau. Esok kita study sekali ya?" 

"Okay. Aku pergi bayar jap." Zain bangun dari meja dan menuju ke kaunter untuk membayar. Aku mengikuti Zain dari belakang. Selepas membayar, kami berdua keluar dari kedai makan itu dan menuju ke tempat parking motorsikal milik Zain. 

"Okay Fi. Sorrylah tak boleh tumpangkan kau. Topi ada satu jer." tanya Zain sambil memakai topi keledarnya.

"Takpe. Kejap lagi Abang Tarmizi datang ambil." Aku tunduk. Bimbang jika nama Abang Tarmizi akan melukakan hati Zain.

"Okay Fi. Selamat tinggal," ucap Zain sambil menghidupkan motorsikalnya. Aku melambaikan tangan kepada Zain saat dia berlalu. Masih ada dua hari lagi untukku bersama-sama dengan Zain. Aku mengeluh kerana aku bakal kehilangan seorang teman yang begitu mesra.

xxx

Aku berjalan menuju ke perhentian bas sambil melihat-lihat di sekeliling mencari Abang Tarmizi. Abang Tarmizi masih lagi belum sampai. Belum sempat aku duduk di salah satu tempat duduk yang kosong, aku ternampak kelibat orang ramai yang sedang berkumpul di hujung jalan lebih kurang 300 meter dari perhentian bas ini.

"Kenapa tu ya, dik?" Aku bertanya seorang budak perempuan yang berada berhampiran denganku. 

"Accident, bang. Kereta langgar motorsikal. Dengar kata student UiTM." balas budak perempuan itu. 

Dengan berdebar-debar aku berjalan menuju ke arah tempat kejadian. Entah mengapa aku memberanikan diri untuk ke sana sedangkan aku tidak suka melihat darah. 

Aku cuba untuk menyelit di celah-celah orang ramai untuk melihat dengan jelas. Aku berjaya melihat motorsikal yang agak teruk berkecai. Hatiku menjadi semakin berdebar. Mataku terpandang sekujur tubuh yang ada di bahu jalan. Sekujur tubuh yang cukup aku kenali. Mataku berpinar-pinar seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat. Seorang polis trafik menghampiri tubuh itu lalu menutup tubuh yang kaku itu dengan sehelai kain. Saat itu juga aku jatuh...

To be continued

F.I