Iklan

Sabtu, 7 Jun 2014

Boyfriend Tag

Hello!!!

Dah 6 bulan usia blog aku. Tapi sampai sekarang my boyfriend still tak tahu pasal my blog ni. Aku ada satu lagi blog, tapi blog tu memang general. Ramai friends and family yang tahu pasal that blog but this one, hanya aku dan seorang rakan karib yang tahu. So oleh kerana my boyfriend tak tahu pasal kewujudan blog ini, mari kita mengumpat pasal dia menerusi this 'boyfriend tag' questions.

1) Di mana kami berjumpa?
~ Kat tempat kerja. Dia datang ke tempat kerja aku atas urusan lain but dari situ lah kami mengenali satu sama lain. 

2) Di mana tempat temujanji pertama? 
~ Sunway Pyramid. Typical date. Movie then dinner di Capricciosa. 

3) Apa pandangan pertama dia terhadap aku?
~ Well dia ada beritahu aku before pasal reaksi dia masa first time jumpa aku. My boyfriend is a very confident person. Aku pula agak gugup dan nervous. First time kami jumpa, aku kena present apa yang telah aku ajar pada pelajar-pelajar aku. In English. So tergagap-gagap lah aku. Dahlah muka dia serius jer. Then, lepas habis present, dia minta my phone number. I was like why?... Dia cakap maybe dia dapat tolong aku untuk meningkatkan soft skills aku sebab aku kurang keyakinan untuk bercakap dalam English. Yalah sangat. 

4) Bila jumpa family si dia?
~ Aku memang kenal rapat dengan family dia. Kadang-kadang bimbang juga kalau family dia suspect anything but keluarga dia memang baik sangat. So agak sukar untuk menjauhi family dia. 

5) Tabiat pelik masing-masing? 
~ Dia cukup annoying dengan tabiat aku yang satu ni. Aku suka koyakkan kertas. Then gulung dengan tapak tangan. Sampai jadi macam bentuk lidi. Then masukkan dalam telinga. Syok siot!!! Tapi dia cukup annoyed dengan habit aku yang ini. Aku pula paling tak suka bila dia asyik nak speaking English jer. 

6) Berapa lama sudah bersama? 
~ Sejak dari Oktober 2011. So dua tahun lebih. 

7) Adakah kami mempunyai apa-apa tradisi? 
~ Yeah, Movie on weekends. Kami berdua memang obses dengan movie. Tak kiralah gay-themed or apa-apa jer movie. Semuanya kami layan. Then lepas habis movie, kami akan membuat review masing-masing. 

8) An animal that resembles one another? 
~ Dia zirafah, aku pula gajah. Full stop.  

9) Road trip pertama kami? 
~ Balik raya pada tahun 2012. Kami berdua memang asal Kelantan. So senang. Huhu. Hanya kami berdua. Pasang lagu raya then nyanyi kuat-kuat. 

10) Apa yang selalu membuatkan kami memarahi antara satu sama lain? 
~ Dia selalu marah aku pasal tabiat aku yang selalu kehabisan wang di hujung bulan. Huhu. Aku paling selalu marah dia yang selalu lewat time nak dating. 

11) Bahagian tubuh badan yang paling disukai? 
~ Dia suka tengok mata aku, aku pula suka bibir dia. 

12) Siapa yang berkuasa dalam perhubungan? 
~ Tentunya dia. Dia paling banyak menentukan apa yang kami patut buat seperti tempat dating, movie apa yang nak tengok, nak makan di mana? Almost 90% decisions, dia yang buat.

13) Nama timangan untuk satu sama lain
~ Okay, kami hanya memanggil nama satu sama lain. Takde maknanya aku nak berbaby-sayang.. Huhu. Kami berdua kalau bab romantik ni memang fail. 

14) Restaurant kegemaran kami? 
~ Capricciosa, Sunway Pyramid. Kami memang hantu pasta. 

15) Rancangan TV yang selalu ditonton oleh kami?
~ Bab ni citarasa kami memang berlainan. Selain dari Queer As Folk dan Game of Thrones, kami berdua follow siri tv yang berlainan. My bf loves Dexter, Breaking Bad, The Big Bang Theory, How I Met Your Mother, House of Cards. Aku pula obses dengan reality tv (American Idol, The Voice, Survivor, Big Brother) dan siri tv seperti Revenge, Orphan Black, Orange Is The New Black, Awkward & Devious Maids. 

16) Muzik kegemaran kami di dalam kereta?
~ Citarasa muzik pun agak berlainan. He's into Indie music dan juga rock. Aku pula memang jenis Top 40, Pop dan Country. Oleh kerana kereta yang kami naik adalah kepunyaannya maka redha lah telinga aku mendengar lagu-lagu Indie dari artis-artis seperti Hujan, Liyana Fizi dan lain-lain lagi. 

17) Hadiah paling bermakna dari si dia?
~ Tough one. Sebab banyak sangat yang bermakna. Kalau kena pilih satu jer, I must say, a ring. Hadiah hari jadi pada tahun 2011. 

18) Benda paling bodoh pernah kami buat?
~ Kalau ada sesiapa yang pernah baca Forbidden Love, ada satu babak tu memang insipired by my real life experience. Roleplay one. Haha.. Polis dan Pesalah.. It was so stupid lol. 

19) Memori paling romantik antara kami?
~ Bila kami menyertai satu larian amal last year. Aku memang dah tak larat. Seriously, aku bab bersukan memang fail. Dia pula memang former runner kat sekolah. Tapi sepanjang marathon tu, dia ada di belakang aku. Support dan give me motivation. Then bila sampai garisan penamat dia cakap dia sangat bangga dengan aku. Terpancar sangat rasa bangga kat muka dia tu. So tahap itu jelah keromantikan kami. 

20) Harapan dalam perhubungan?
~ Tiada harapan apa-apa. Just go with the flow. 

That's all. After this (hopefully tomorrow) Forbidden Love Part 15 akan menyusul.

8 ulasan:

  1. kita sama beb & i luv him until now & sudah hampir 4 thn kami bersama :P

    BalasPadam
  2. Wow.... roleplay.... ad pki costume x? Haha.... elok ang blaja english ngn die.... bgus dpt org yg fasih english ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkk.. Tak jumpa costume banduan. Costume polis agak senang.. Lidah Kelantan ni liat sangat lah nak speaking English, Khai.

      Padam
    2. Asalkn belang itam putih tu jd la..... haha.....

      Padam
  3. semoga berbahagia ye bro...:)

    BalasPadam