Iklan

Khamis, 26 Jun 2014

Forbidden Love Akhir & Novel Baru

Hello!!!

Sekarang ni masih lagi sibuk untuk menyiapkan Forbidden Love bahagian akhir. Yup, bahagian akhir. Aku memang dah fikir masak-masak. Tak nak drag citer ni terlampau panjang. So bahagian 17 akan menjadi bahagian penutup untuk Forbidden Love. Tetapi aku ada terfikir untuk menyambung Forbidden Love 2 pada suatu hari nanti. Bukan dalam masa yang terdekat lah sebab aku dah mula menulis untuk cerita baru. 

Cerita baru ni masih belum ada tajuk lagi. Aku masih cuba mencari tajuk yang sesuai tapi oleh kerana hari ni aku bermurah hati, aku bagi korang sedikit teaser novel ni. 

xxx

Afizi melangkah keluar dari lif. Matanya melilau-lilau mencari apartmen yang bernombor 305. Dalam pada masa yang sama, matanya sempat lagi melihat ke arah jam yang ada di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dia sudah terlewat selama 15 minit. Akhirnya, Afizi berjaya menjumpai apartmen yang dicarinya. Dengan segera, Afizi mengeluarkan kunci dari begnya dan masuk ke dalam apartmen itu. 

Sebaik sahaja masuk, Afizi terpukau seketika melihat dekorasi di dalam rumah ini. Warna hitam dan putih menjadi teraju utama menghiasi apartmen yang indah ini. Afizi ternampak sebuah rak yang dipenuhi dengan piala-piala yang telah dimenangi oleh Irham. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini, Irham memang merupakan seorang pelumba motorsikal yang bagus. Sayangnya, kemalangan yang menimpa Irham akan meyebabkannya tidak dapat berlumba lagi. 

"Woi!"

Afizi tersentak mendengar jeritan suara dari belakangnya. Dengan segera Afizi memusingkan kepalanya. Irham berada di atas kerusi rodanya dan wajahnya agak bengis. 

"Pukul berapa dah ni? Kau tak pandai tengok jam ke? Bodoh? Tak sekolah? Aku upah kau untuk kerja dari jam 8.30 pagi sampai 6 petang kan? Sekarang dah pukul berapa? Atau kau miskin sangat sampai tak boleh beli jam?" Bertubi-tubi serangan yang berbentuk soalan maut datang menimpa Afizi. 

"Maaf Encik. Jalan sesak tadi," jawab Afizi perlahan. Takut? Ya memang dia takut kerana belum pernah lagi dia berhadapan dengan pesakit yang sungguh garang. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini daripada rakan sekerjanya yang Irham merupakan seorang yang pemarah. Patutlah tiada siapapun yang sanggup untuk bekerja menjaga Irham setelah Irham dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 bulan berada di hospital. 

Dia terpaksa menerima tawaran untuk bekerja di sini kerana tawaran elaun dan bonus yang sangat lumayan dari pihak pengurusan hospital. Afizi benar-benar memerlukan duit yang lebih untuk menampung kehidupan keluarganya tambahan pula adik perempuannya bakal melanjutkan pelajaran di luar negara nanti. 

"Kalau dah tahu sesak, geraklah awal sikit. Kau ingat senang untuk aku bangun dari katil dan panjat kerusi roda ni? Kalau aku mampus macam mana? Kau boleh bayar ke kalau family aku saman kau? Hah?" Bengis sekali suara Irham memarahi Afizi. 

"Maaf, Encik. Saya janji takkan lewat lagi," ujar Afizi. Dia hanya mampu tunduk. 

"Dah. Aku nak mandi. Bawa aku ke bilik air," arah Irham. 

"Baik Encik.." Afizi menghampiri kerusi roda dan dalam masa yang sama mencari-cari bilik air. 

"Encik, bilik air kat mana ya?" tanya Afizi. 

"Dalam bilik aku lah. Kau tolak je nanti aku tunjuk jalan. Lembab sungguh..." Irham menjeling ke arah Afizi. 

xxx

Dengan berhati-hati, Afizi menolak kerusi roda masuk ke dalam bilik air. Mujurlah bilik air ini agak luas. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. 

"Kau ni kenapa. Tolonglah aku buang baju dan seluar ni. Lembablah. Kau nak aku report management ker? Baik pecat je nurse lembab macam kau ni." Nampaknya kemarahan Irham masih lagi belum reda. 

Afizi memegang pangkal baju t-shirt yang dipakai oleh Irham dan cuba menanggalkannya. Malangnya, t-shirt itu tersekat di leher Irham. Irham yang panik terus menggelupur dan menepuk tangan Afizi. 

"Maaf, maaf.." Afizi membuka butang di kolar t-shirt itu dan akhirnya berjaya menanggalkan baju Irham.

"Kau nak bunuh aku ke?" Irham menyindir Afizi sambil memandang Afizi dengan tajam. 

Afizi membuka seluar Irham dengan berhati-hati. Setelah berjaya, dia menyangkut seluar dan baju itu di tempat sidaian. Irham yang masih lagi berseluar dalam hanya diam. 

Alamak, seluar dalam. Kena buang juga ke? Nanti dia panggil aku lembab lagi. Baik aku tanggalkan je..

Afizi duduk dan cuba untuk menanggalkan seluar dalam yang masih lagi dipakai oleh Irham. Dengan pantas, tangannya ditepis oleh Irham. 

"Woi, kau ni memang sengaja nak ambil kesempatan atas aku kan? Dari tadi lagi, aku dah agak kau ni memang jenis gay. Gila seks." Sekali lagi, Afizi ditengking oleh Irham. 

"Maaf, Encik. Saya ingat Encik nak suruh saya tanggalkan"

"Dah, kau tolak kerusi ni kat bawah shower. Then keluar. Jangan nak mengintai. Tunggu aku panggil baru masuk," arah Irham. 

Setelah menolak kerusi roda berhampiran dengan tempat pancuran air, Afizi bergegas keluar dari bilik air dan menutup pintu. Dia mengeluh. Baru hari pertama, pelbagai makian dan cacian yang diterimanya. Namun dia harus kuat. Tidak boleh sesekali mengalah kerana dia amat memerlukan wang lebih. 

xxx

That's all. So nantikan bahagian akhir Forbidden Love dan bahagian pertama novel baru yang masih belum bertajuk... See ya..


5 ulasan:

  1. baik ko cepat releasekan sebelom aku rogol ko hahahah

    BalasPadam
  2. Misiku kuza...hahaha

    BalasPadam
  3. apa nak kata....mmg jahat. .....teruja sesgttt

    BalasPadam
  4. cepat cepat kuar yer.. nampak best jer

    BalasPadam
  5. macam best je...aummm

    BalasPadam