Iklan

Isnin, 2 Jun 2014

Forbidden Love - Part 14

Bab 14

"Fi, aku sukakan kau"

Aku tergamam seketika. Tangan Zain masih lagi merangkul kemas pinggangku. Aku cuba menstabilkan diri. 

"Haha. Tak payah nak buat lawaklah Zain." Aku memalingkan tubuhku daripada Zain. Hatiku berdegup dengan kencang. 

"Aku serius, Fi," bisik Zain perlahan. Terpancar sinar ikhlas dari pandangan matanya yang sedang merenung lantai. Dengan tiba-tiba perasaan bersalah meresap ke dalam jiwaku. Ingin sahaja aku memberitahu Zain yang aku sudah berpunya. Tetapi aku tidak sanggup untuk mengecewakan hatinya. Dan juga hatiku. 

"Petang nanti kita bincang." Tanpa melengahkan masa, perlahan-lahan aku keluar dari situ. Mujur tiada siapa yang berada di luar bilik mandi itu. 

xxx

Aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas pada pagi ini. Banyak perkara yang sedang bermain di dalam fikiranku. 

"Fi, kenapa?" tanya Veronica yang berada di sebelahku. 

"Hah.. Hmmm" Aku gagal memberikan jawapan kepada soalan Veronica.

"Kenapa ni? Kau ada masalah ke?" tanya Veronica lembut. 

Aku mengangguk perlahan. Ingin sahaja aku meluahkan rasa serba salah yang membelenggu fikiranku tetapi aku bimbang akan reaksi Veronica. Bolehkah dia menerima siapa diri aku yang sebenar. 

"Takpe Fi. Kau tak perlu bagi tahu aku kalau kau belum bersedia. Aku just nak kau tahu yang aku akan sentiasa ada di samping kau untuk sokong kau. Sampai bila-bila." Ucapan yang keluar dari mulut Veronica hampir sahaja menitiskan air mataku. Alangkah baiknya kalau aku dapat berterus-terang saja dengan Veronica. Tetapi masanya belum tiba. 

xxx

Aku dan Veronica berjalan memasuki kafetaria yang sedikit lengang. Safuan yang sedang duduk di salah satu meja makan, mengangkat tangan ke arah kami. Aku melihat-lihat di sekeliling kafetaria. Tiada pula bayangan Zain. 

"Seorang jer ke sayang?" tanya Veronica sambil meletakkan bukunya di atas meja.

"Well, tadi ada lima orang gadis cuba pikat I tapi I tolak. Sebab I sayang you," usik Safuan. 

"Perasan. Mana roommate kesayangan you?" tanya Veronica lagi. 

"Dia balik kolej. Macam tak sihat jer. Murung sangat," jawab Safuan sambil menyuapkan mee ke dalam mulutnya. 

Zain murung? Kenapa? Dia sakit ke? Dan pelbagai lagi soalan yang muncul di dalam fikiranku.

"Dia sakit ke?" tanya Veronica lagi seolah-olah mengerti apa yang bermain di dalam fikiranku. 

"Takdelah. Sihat jer. Cuma dia macam tak keruan sikit. Macam orang yang tengah bimbang," jelas Safuan. 

"Oh okay... Fi, jom pergi ambil makanan." Veronica mengajakku ke kaunter makanan. Aku menganggukkan kepala sahaja. 

"Eh, kau pun dah dijangkiti dengan virus yang sama seperti Zain juga ke?" tanya Safuan sambil tersenyum. 

Ya... Virus cinta...

xxx

Aku menguatkan diri. Perkara ini tidak boleh berlarutan lagi. Aku bukan sahaja menyakiti Zain, tetapi turut menyakiti diri sendiri. Aku harus memberitahu Zain mengenai perkara yang sebenarnya. Walaupun agak pahit untuk ditelan, aku harus tabah. 

Aku keluar dari bilikku dan melangkah ke arah bilik Zain dengan penuh keyakinan. Aku nekad. Tidak lagi mahu berdolak-dalih. Aku dan Zain tidak mungkin akan bersama. 

Aku mengetuk pintu bilik Zain perlahan sambil menarik nafas. Beberapa saat kemudian, pintu dibuka. Zain ada di hadapanku dengan hanya berseluar pendek. 

"Masuklah," ujar Zain ringkas. 

Aku masuk ke dalam bilik Zain lalu menutup pintu. Rasa nekad dan yakin sebentar tadi lebur begitu sahaja. 

"Hi." Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutku. 

"Hi," balas Zain kembali. 

"Pakailah baju..." Aku mendongakkan kepala sambil melihat kipas yang sedang berputar-putar. 

"Kenapa? Bukan ada orang pun," Zain tersenyum. Sedikit lega melihat senyuman yang keluar dari wajah Zain yang sebelum ini agak runsing dan begitu serius. 

Aku duduk di atas katil Zain. Sementara Zain pula menarik keluar kerusi dari meja belajarnya lalu duduk sambil melihat ke arahku. 

"Macam mana?" tanya Zain. 

"Hah?" Aku berpura-pura tidak faham akan soalan yang telah ditanya oleh Zain. 

"Fi, aku actually dah letih nak fikir pasal ni lagi. Enough is enough. Aku sukakan kau, Fi. Kau pula? Just jawab ya atau tidak, Fi. Tolonglah." Zain menundukkan kepalanya ke lantai. 

"Zain... Aku.. Aku rasa baik kita berkawan saja," tuturku perlahan. Riak wajah Zain mula berubah. Aku dapat melihat kesedihan yang menyelubungi raut wajahnya. 

"Ok. Maaflah kalau aku buat kau tak selesa selama ni. Sekarang aku faham." Mata Zain mula bergenang. Tidak pernah terdetik di dalam hatiku bahawa orang yang pernah kugelar dengan panggilan 'Si Sombong' memperlihatkan sisi ini di dalam dirinya.

"Zain..." Aku bangun dan menuju ke arah Zain yang cuba menyeka air matanya dari keluar. 

"Jangan dekat, Fi... Fi, tolong tinggalkan aku sendirian. Please." Aku membantutkan hasratku dan berundur ke belakang. 

"Sorry, Zain"

xxx

Sejak dari petang lagi, aku melingkar sahaja di atas katil. Aku berasa sungguh teruk. Rasa bersalah yang wujud di dalam diri begitu kuat. Aku telah melukakan hati Zain. Dan hati aku sendiri turut berasa pedih.

Pintu bilikku terbuka. Abang Tarmizi melangkah masuk sambil meletakkan kasutnya di bawah katil. Aku cuba menyorokkan muka aku yang sedikit sembap. 

"Kenapa ni? Fi nangis ke?" tanya Abang Tarmizi.

"Tak adalah. Kurang sihat sikit," nafiku sambil membetul-betulkan selimut. 

"Ya ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Kesian sayang abang." Abang Tarmizi turut berbaring di sebelahku. Dia meletakkan tangannya di atas kepalaku. 

"Dah makan ubat?" tanya Abang Tarmizi sambil mencium dahiku. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Walaupun Abang Tarmizi sudah berada di sebelahku, Zain masih lagi bermain-main di dalam fikiranku. 

"Okay. Abang nak mandi jap. Nanti Abang belikan makanan untuk Fi." Abang Tarmizi bangun dari katilku dan mencapai tuala miliknya. 

Aku hanya mampu melemparkan senyuman kepada Abang Tarmizi kerana Zain sudah membolot seluruh benak akal fikiranku. 

xxx

Aku masuk ke dalam bilik pantri lalu meletakkan termos di atas meja. Aku memandang ke arah bilik Zain. Ingin sahaja aku mengetuk pintu bilik Zain dan berjumpa dengannya. Tetapi aku tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan Zain setelah apa yang berlaku di antara kami. 

Sudah dua hari aku tidak melihat kelibat Zain. Baik di kampus, kolej mahupun bilik air yang selalu menjadi medan untuk kami berperang. Aku tersenyum bila teringatkan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di antara kami di dalam bilik air. Ya, aku amat merindui saat-saat itu. 

Walaupun Abang Tarmizi selalu ada menemani aku sepanjang dua hari ini, aku masih terasa sunyi. Tiada lagi usikan daripada Zain. Tiada lagi pertelingkahan di antara kami. Dan tiada lagi riak wajah sombong yang selalu mengisi hidupku semenjak aku menjejakkan kaki di universiti ini. 

Aku melangkah keluar dari bilik pantri. Sedang aku melintasi bilik Zain, pintu biliknya terbuka. Safuan menjenguk keluar dari dalam bilik. 

"Oh, Fi!!! Kau ni.. Psiko gila aku dengar bunyi tapak kaki malam-malam buta ni," ujar Safuan sambil menarik nafas lega. 

"Penakut juga kau ni. Nanti aku bagitahu V. Hehe." Aku tergelak mendengar pengakuan Safuan sebentar tadi. 

"Kau jangan Fi.. Dahlah aku sorang-sorang dalam bilik ni. Mana tak takutnya. Lepas tu bunyi pula tapak kaki berlegar-legar kat luar," tambah Safuan lagi. 

Seorang diri? Zain tiada di dalam bilik ke?

"Zain pergi mana?" tanyaku kepada Safuan. 

"Zain balik kampung. Masuklah dulu Fi. Lepak bilik aku jap. Aku ada benda nak bagitahu." Agak serius nada suara Safuan. 

"Kejap, aku nak pergi simpan termos dulu. Kejap lagi aku datang balik,"

"Okay." Aku berlalu dari situ. Sepanjang perjalanan balik ke bilikku, aku tertanya-tanya apa yang ingin dibicarakan oleh Safuan.

xxx

Aku melihat ke arah katil Zain. Kosong. Patutlah aku tidak melihat kelibat Zain kebelakangan ini. Rupa-rupanya dia balik ke kampungnya. 

"Fi, sebelum Zain balik kampung, dia ada beritahu aku something." Safuan duduk di sebelahku di atas katil Zain. Aku sedikit gugup mendengar perkataan 'something'. Apa yang diberitahu oleh Zain kepada Safuan. Mengenai kami berdua ke?

"Beritahu apa?" tanyaku pula. 

"Dia cerita pasal family dia. Pasal mak dan ayah dia. Banyaklah juga dia cerita. Mak dan ayah dia tu selalu busy. Mereka jarang spend masa dengan Zain. Even masa Zain mendaftar masuk U hari tu pun, parents dia tak datang," jelas Safuan. 

"Ya ke?" perasaan simpati mula menyelubungi perasaan aku bila mendengar cerita Safuan. 

"Ya. Parents dia jarang ada di rumah. Masing-masing mementingkan kerja. Zain pula anak tunggal. So dia memang sunyi sangat. Tetapi mujurlah ada pembantu rumah. Zain agak rapat dengan pembantu rumah dia. Sejak kecil lagi, dia dijaga oleh pembantu rumah tu. Tetapi pembantu rumah tu dah meninggal dua tahun lepas." Safuan meneruskan ceritanya. 

Aku mengeluh perlahan. 

"So that's why Zain ni agak sukar sikit untuk kita nak faham. Hari pertama dan kedua kami dalam bilik ni, aku dan dia memang jarang bercakap. Zain pula nampak macam bongkak dan sombong jer. Lagilah aku malas nak tegur. Tapi bila dah lama sikit, dia mula nampak open. Jadi bila dia ceritakan pasal background dia, aku mula faham. Dia tak rasa diri dia disayangi oleh orang-orang yang ada di sekeliling dia," tambah Safuan lagi. 

Aku tunduk. Memikirkan yang aku baru sahaja menolak rasa cinta dan sayang Zain terhadapku. Tetapi aku tidak mempunyai pilihan lain.

"Sekarang ni, aku nampak dia macam ada masalah. Selain aku, dia paling selesa dengan kau. So boleh tak kau cuba tanya dia apa masalah dia. Cuba beritahu dia yang kita ada di sisi dia. Jangan biarkan dia rasa yang dia keseorangan," kata Safuan lagi. 

"Jangan bimbang. Nanti aku bincang dengan dia," balasku sambil menarik nafas. Masalah ini berpunca daripada aku dan aku harus menyelesaikannya. Zain berhak tahu perasaan aku terhadapnya dan sebab utama mengapa aku tidak boleh menyambut cintanya. 

xxx

Sejak dari semalam lagi, cerita Safuan bermain-main di dalam fikiranku. Dan seperti biasa, aku gagal menumpukan perhatian di dalam kelas. 

Aku meminta kebenaran dari pensyarah untuk ke tandas. Aku perlu keluar sebentar dan menenangkan fikiran aku yang sedang berkecamuk. Tiba-tiba aku ternampak bayangan Zain yang sedang berjalan di hadapanku. 

Dia sudah kembali ke kolej ke?

"Zain!" Dari belakang aku memanggil nama Zain. Zain berhenti dan menoleh. Ya, memang betul Zain yang berada di hadapanku. 

Aku menuju ke arah Zain. 

"Bila sampai?" tanyaku sambil menatap wajah Zain yang sudah beberapa hari tidak kutemui. 

"Subuh tadi. Aku nak ke toilet." Zain berlalu meninggalkan aku begitu sahaja. Reaksi wajahnya agak kosong. Seolah-olah tidak menyenangi kehadiranku. Aku mengekori Zain dari belakang. 

Zain masuk ke dalam tandas dan bila dia menyedari aku sedang mengikutinya, dia berhenti.

Dia memandang ke arahku dengan serius.

"Aku pun... na.. nak ke toilet juga," jawabku tergagap-gapap.

Tanpa menghiraukan aku, Zain terus berjalan ke arah bilik air yang paling hujung. Sedang dia cuba untuk menutup pintu, aku menahan pintu itu dari tertutup. Dengan cepat-cepat aku memasuki ke dalam bilik air yang sama dengan Zain. 

Zain terkejut dengan tindakan aku yang agak spontan. Aku gugup dengan pandangan mata Zain yang agak tajam.

"Fi, tolong keluar." Perlahan saja ayat yang keluar dari mulut Zain. 

"Tak nak. Hari tu, kau masuk dalam bilik air masa aku nak mandi. So, aku nak balas balik apa yang kau buat hari tu." Aku memberanikan diri membangkang Zain. 

"Tapi aku nak berak ni. Kau sanggup ke nak tengok aku berak?" Zain cuba untuk menolak aku keluar dari bilik air itu. Tetapi aku memegang tangan Zain dan menariknya ke dalam pelukan aku. Dengan segera aku memeluk Zain dengan penuh erat. 

"Aku akan cakap benda ni sekali je Zain. So tolong dengar baik-baik. Aku sayangkan kau, Zain. Walaupun kau selalu menjengkelkan aku, tapi aku tak pernah anggap yang kau menyusahkan hidup aku. Aku suka bila kau ada di dalam hidup aku. Dan aku gembira bila kau cakap kau sayang pada aku. Tapi aku terpaksa tolak cinta kau sebab aku dah ada boyfriend. Bukan sebab aku tak sayangkan kau. So jangan sekali-kali anggap kau hanya bertepuk sebelah tangan. Tolong faham situasi aku. Lagi satu. Jangan sesekali cuba lari dari aku. Sebab kau adalah kawan baik aku sampai bila-bila." Aku mencium pipi Zain dan segera keluar dari tandas. 

Aku lega. Segala apa yang terpendam dalam fikiranku telah aku luahkan. Walaupun aku dan Zain tidak boleh bersama, sekurang-kurangnya dia tahu yang aku menyayangi dia dan dia berhak untuk disayangi. 

To be continued

F.I

9 ulasan:

  1. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa tolong beritahu aku yang Lif (my crush) akan buat benda yang sama macam Fi buat! Please please :')

    Cepat sambungggggggggggggggggggggggggg! :')

    p/s : saya hampir sempurna macam Zain ha.... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah mula tulis Part 15. Well good luck with Lif (your crush)

      Padam
  2. finally~~~~bla part 15????mtak2 cepat yer. . . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okkay... *Mula menulis...

      Padam
    2. huhu thanks n gud luck >.<

      Padam
  3. Best tp knp pendek huhuhu, x puas baca. X sabar tggu episod seterusnya

    BalasPadam
  4. aku rasa f.i da mula tensi dengan kehendak orang ramai yang asyik tanya bila nak update. well, goodluck on that. :)

    BalasPadam
  5. Yela...nk tggu blog shark lambat sgt updatenya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...setuju!!!!

      Padam