Iklan

Ahad, 8 Jun 2014

Forbidden Love - Part 15

Bab 15

Hatiku berasa sangat lapang pada pagi ini. Aku berjaya menumpukan sepenuh perhatian semasa berada di dalam kelas. Walaupun Zain masih lagi bermain-main di dalam fikiran aku, tetapi aku berjaya mengawal diri untuk tidak terlalu memikirkan perihal ini. Cinta akan datang dan ianya akan pergi. Minggu ini merupakan minggu yang terakhir untuk aku mendengar syarahan dan tunjuk ajar dari pensyarah kerana minggu depan akan bermulanya study week. 

Setelah kelas tamat, aku segera berjalan keluar dari bilik kuliah. Terasa lapar sangat. Hari ini aku hanya berjalan seorang diri kerana Veronica tidak datang ke kuliah disebabkan virus selesema yang menjangkitinya semalam. 

"Fi!!!" 

Terdengar suara yang memanggil namaku dari belakang. Suara yang amat kukenali. Dan juga kurindui. 

"Boleh tak aku nak bercakap dengan kau kejap?" tanya Zain sambil membetulkan tali beg yang digalasnya. 

"Boleh..." Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari bibirku. 

"Jom, pergi toilet kat hujung sana," ajak Zain. 

"Toilet? Asyik-asyik toilet jer. Tak naklah. Dekat tempat duduk tepi blok 1 pun private jugak. Kat situ je lah," balasku pula. Agaknya aku sendiri sudah jemu kerana banyak peristiwa yang berlaku antara aku dan Zain telah melibatkan tandas. 

"Okay. Jom" Zain tersenyum. Mungkin dia pun turut memikirkan benda yang sama seperti aku. 

Kami berdua menuju ke tempat duduk yang dimaksudkan. Tiada orang yang berlegar-legar di kawasan itu. Jadi ianya agak sesuai untuk kami menyambung perbualan kami yang terbantut semalam. 

"So, siapa boyfriend kau?" tanya Zain setelah kami melabuhkan punggung masing-masing di atas kerusi. Aku sedikit tersentak dengan soalan Zain. Tanpa sebarang mukadimah, Zain terus bertanyakan soalan maut kepadaku. 

"Ermm... Adalah. Kau tak kenal pun dia." Aku cuba berdolak-dalih. Agak tidak sesuai untuk aku memberitahu status seksualiti Abang Tarmizi kepada orang lain. 

"Abang senior bilik kau kan?" tanya Zain kembali. Aku terkejut dengan tekaan Zain yang tepat mengenai sasaran. Aku hanya tunduk. Tidak mengiakan dan tidak juga menafikan. 

"Okay. Aku faham? So siapa lebih besar?" tanya Zain yang sekali lagi membuatkan aku terkejut. 

"Hah? Apa dia?" tanyaku kembali yang menginginkan kepastian akan soalan daripada Zain.

"Siapa lagi besar? Aku punya ke atau dia punya?" Zain mengangkat-angkat keningnya dengan nakal. 

"Mengarutlah kau Zain. Dah. Aku lapar ni. Jom pergi makan," ajakku yang semakin lega kerana Zain kembali ceria dan sudah mula mengusikku kembali. 

"Fine. Aku faham. Nanti bila bf kau mandi, aku akan intai dia. Hahaha." Zain tergelak nakal. 

"Suka hati kau lah, Zain. By the way, thank you sebab masih lagi sudi berkawan dengan aku dan sekali lagi aku minta maaf," ucapku perlahan. 

"Sama-sama. And by the way, friends je ke? At least friends with benefits lah, Fi," tambah Zain lagi. 

"Benefits apa.. Saiz pun besar ni je.." Aku menunjukkan jari kelingking sambil terus berjalan meninggalkan Zain. 

"Kurang ajar kau, Fi.. Aku bagi kan.. Mesti dapat 40 jahitan kau Fi.." Zain cuba mengejar aku yang mempercepatkan langkah menuju ke arah kafetaria. 

Aku berasa lega. Aku telah berjaya mendapatkan kembali sahabat karib aku, Si Sombong.

xxx

Study week sudah bermula secara rasminya. Aku banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakanku di perpustakaan. Abang Tarmizi pula sibuk dengan persiapan untuk membentangkan final year project miliknya. Hanya pada waktu malam sahaja kami dapat menghabiskan masa bersama-sama. 

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam. Sebentar lagi perpustakaan akan ditutup. Veronica dan Safuan datang menuju ke arahku. 

"Balik dulu Fi. Kau tumpang Zain kan? Or nak balik dengan kami?" tanya Veronica. 

"Takpe. Aku tunggu Zain. Balik dengan dia. Entah ke mana pula mamat tu menular." Aku cuba mencari-cari Zain di sekeliling. Tetapi gagal menemui kelibatnya. 

"Okay. See you tomorrow." Setelah mengucapkan selamat tinggal, Veronica dan Safuan meninggalkan aku. Aku mengeluarkan telefon bimbit sambil menaip mesej bertanyakan tempat Zain berada pada waktu ini. 

Toilet

Seriously!!! Aku bangun dari kerusi dan terus menuju ke arah tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja masuk, aku melihat Zain yang sedang membasuh mukanya di sinki. 

"Takde tempat lain ke nak lepak. Apa kau buat dari tadi lagi menghilang. Jomlah balik. Dah dekat jam 10 ni. Library nak tutup dah," ujarku kepada Zain. 

"Aku tengah memuaskan nafsu tadi. Ada kawan pun bukannya boleh tolong." Zain tersenyum sinis. 

"Tak ingin aku," balasku sambil turut tersenyum. 

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Dengan segera aku mengangkat panggilan telefon daripada Abang Tarmizi. 

"Hello"

"Fi kat mana? Balik sekarang. I need to talk to you. Now."

Dengan begitu saja, Abang Tarmizi terus mematikan talian. Kenapa bunyi suara Abang Tarmizi begitu serius. 

"Kenapa? Bf tengah horny ke?" tanya Zain sambil tersenyum nakal. 

"Jomlah, balik." Aku segera menarik tangan Zain keluar dari tandas itu. 

xxx

Aku membuka pintu bilikku. Abang Tarmizi sedang termenung di hadapan meja belajarnya. 

"Kenapa ni Abang?" tanyaku yang kehairanan. 

"Dari mana?" Soalan yang ditanya oleh aku dibalas pula dengan soalan yang lain oleh Abang Tarmizi. 

"Library. Dengan classmates. Kenapa ni? Ada benda buruk berlaku ke?" tanyaku yang masih lagi buntu akan apa yang telah terjadi. 

"Betul ke? Atau Fi tipu Abang lagi?" Nada suara Abang Tarmizi sedikit keras. 

"Tipu? Tipu apa?" tanyaku pula yang masih lagi kehairanan.

"Dahlah Fi. Abang dah tahu." Abang Tarmizi bangun dari kerusi lalu duduk di atas katilnya. 

"Betul. Fi tak tahu apa yang Abang cakap ni. Terus teranglah, please. Pasal apa ni?" Aku sedikit gementar tetapi dalam masa yang sama agak jengkel dengan tuduhan Abang Tarmizi terhadapku. 

"Pasal Zain. Dulu Fi cakap dia dah ada girlfriend. Kawan Fi yang pakai tudung tu. Nama Alia. Tapi kawan Abang tackle Alia tu. Then Abang beritahu dia, Alia dah ada boyfriend. So kawan Abang tanya Alia. Tapi Alia cakap dia mana pernah couple dengan Zain. Kenapa Fi tipu Abang? Supaya Fi boleh bermesraan dengan dia tanpa Abang syak apa-apa?" Penerangan daripada Abang Tarmizi mengingatkan aku akan apa yang berlaku. 

"Bukan macam tu. Kalau Fi betul-betul nak couple dengan Zain, Fi takkan ada di sini tau. Fi akan mengaku je kat Abang dan minta clash. Tapi Fi still dengan Abang kan?" Aku cuba menjelaskan perkara ini kepada Abang Tarmizi. 

"Habis tu kenapa tipu?" Nada suara Abang Tarmizi sedikit lembut tetapi masih lagi terluka.

"Sebab Fi tak nak Abang cemburu. Tak nak Abang fikir bukan-bukan time Fi nak pergi Pangkor. Fi tak pernah terfikir pun untuk tinggalkan Abang," jawabku kepada Abang Tarmizi. 

"Okay. Tapi budak tu memang gay kan? Jangan nak tipu." 

Aku hanya mengangguk. 

"Dia sukakan Fi ke?" tanya Abang Tarmizi lagi. 

Sekali lagi, aku mengangguk. 

"Fi?" Soalan kali ini agak mengejutkan aku. Apa yang harus aku jawab untuk soalan ini?

"Fi suka dia sebagai sahabat." Agak selamat jawapan yang keluar dari mulut aku. 

"Okay. Abang terima penjelasan Fi. But please. Jangan tipu Abang lagi. Abang tak suka bila orang menipu Abang. Hari ni Fi tidur atas katil Fi sendiri. Sebagai hukuman kerana menipu Abang." Abang Tarmizi mengambil bantal dan selimut milikku yang berada di atas katilnya dan meletakkannya di atas katil milik aku. 

"Ala.. Janganlah macam ni. Hukuman lain takde ke? Hukuman polis dengan penjenayah ke? Fi tak selesa tidur seorang. Abang gunalah hukuman lain. Fi janji takkan tipu dah." Aku cuba memujuk Abang Tarmizi. Aku menghampiri Abang Tarmizi.

"Tak payah nak menggatal dan goda-goda Abang. Next week dah nak exam. Nanti hilang ilmu. Terimalah hukuman Fi dengan seadanya." Abang Tarmizi segera naik ke atas katilnya dan menyelimuti seluruh tubuhnya. 

Aku mencebikkan mulutku ke arah Abang Tarmizi. Kemudian memandang katilku yang sudah agak lama tidak digunakan. 

Padan muka kau, Fi. 

xxx

Cuaca pada awal pagi ni agak sejuk. Aku cuba bergerak tetapi terasa agak rimas. Dengan malas, aku membuka mata. Tangan Abang Tarmizi sedang memeluk pinggangku. Eh, semalam bukan main lagi nak menghukum aku. Dia pula yang merangkak ke atas katil aku. 

"Abang.." Aku mencuit-cuit hidung Abang Tarmizi. 

"Erghh.." Abang Tarmizi berdengus kecil sambil mengalihkan tanganku dari hidungnya. 

"Bila masa Abang naik atas katil Fi ni. Semalam bukan main lagi nak menghukum Fi. Last-last dia yang cari kita balik." Aku tergelak kecil. 

"Abang sejuklah." Abang Tarmizi mengeratkan pelukannya.

"Marah Fi lagi tak?" tanyaku lembut. 

Abang Tarmizi menganggukkan kepalanya dengan manja.

Aku mencium bibir Abang Tarmizi. 

"I'm sorry. Marah lagi tak?" tanyaku lagi. 

Kali ini Abang Tarmizi menggeleng-gelengkan kepalanya pula. 

"Thank you. Fi janji takkan tipu Abang lagi." Aku membalas pelukan Abang Tarmizi. 

"Takkan cium bibir je? Anggota tubuh badan Abang yang lain pun perlukan ciuman Fi juga. Dia orang jealous." Reaksi muka Abang Tarmizi bertukar menjadi nakal. 

"Jangan nak menggatal. Next week dah nak exam. Nanti hilang ilmu." Aku tergelak. Berjaya menggunakan ayat Abang Tarmizi dan mengenakannya kembali. Abang Tarmizi yang bengang mula menggeletek aku tanpa belas kasihan. 

xxx

Sepanjang minggu ini aku hanya menghabiskan masa di perpustakaan. Mengulangkaji setiap tajuk yang pernah diajar oleh para pensyarah. 

Zain ada di hadapanku. Dia juga begitu khusyuk menelaah pelajaran. 

"Zain, laparlah." Aku mengusap-usap perutku yang masih belum lagi diisi pada malam ini. 

"Kejap. 5 more minutes. Aku nak habiskan chapter ni. Then kita pergi makan kat Seksyen 2."

"Okay." Aku menyambung kembali membaca buku rujukan. Tiba-tiba ada kelibat seseorang yang muncul dan duduk di sebelahku. 

Abang Tarmizi!!!

"Hai" Aku tidak tahu bagaimana untuk menyapa Abang Tarmizi. Sedikit kekok kerana Zain ada di hadapanku. 

"Lambat lagi ke? Abang nak ajak dinner sekali," ujar Abang Tarmizi. 

"Dah nak siap dah. Zain, ini roommate aku." Aku memperkenalkan Zain kepada Abang Tarmizi. Mereka saling bersalaman. Suasana agak tegang dan kekok. 

"Dia boyfriend aku." Dengan selamba Abang Tarmizi memberitahu Zain akan hubungan kami berdua. Aku tergamam. 

"Aku tahu," balas Zain pula.

"Oh tahu. So faham-fahamlah ya. Fi, Abang tunggu kat luar." Abang Tarmizi berlalu dari meja tempat kami belajar. 

"Awkwardnya. Sorry Zain. Dia jealous kat kau sikit. Aku balik dulu ya. Eh.. Sorry tadi aku cakap nak makan dengan kau." Tiba-tiba aku teringat akan rancangan kami sebentar tadi. 

"Takpe. Kau pergilah." Nada suara Zain agak lain. Walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya, aku dapat melihat yang riak wajahnya agak kecewa. 

"I'm sorry." Aku memegang tangan Zain yang diletakkannya di atas meja. Zain menarik tangannya. 

"It's okay. Pergilah." Zain hanya tunduk melihat buku yang sedang dibacannya. Dengan berat hati, aku melangkah meninggalkan Zain. 

To be continued

F.I

P/S: Bahagian seterusnya agak intense sikit. So nak warning awal-awal ni. Hehe. Jangan lupa subscibe by email ya. Ada kotak kat tepi tu. So bila aku update blog, korang akan dapat email. Terima kasih. 

7 ulasan:

  1. cerita ni pendek..... xpuas.... nak lg please...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. baru start follow cerita ni...menarik...:)

    BalasPadam
  3. Ahhhhhhhhhhhh sweetnyer part hukuman tu :')

    Btw, pasal Lif - aku baru kawan balik dekat FB haha. And tetiba kenal dengan sorang abang ni. Macam Abang Tarmizi je hehe. He likes me - literally. Lol! Wish me luck lol :D

    BalasPadam
  4. arghhhh xpuass hehe~tulun part 16 cepat,nak ilangkan stress exam this week n the next week >.<

    BalasPadam
  5. anyway thx for the improvement pasal subscription box tu...appreciate it!!! and i ady subscribed it (:

    BalasPadam
  6. Baru follow Forbidden Love ni hari ni.
    Memang best sangat.
    Tak sabar nak tunggu part yg seterusnya.

    -Team Zain-

    BalasPadam