Iklan

Ahad, 22 Jun 2014

Forbidden Love - Part 16

Bab 16

Aku mencari-cari di sekeliling perpustakaan. Tiada pula bayangan Zain. Semalaman aku gelisah kerana bimbang Zain akan terasa hati dengan tindakan Abang Tarmizi dan diriku sendiri. Sedang aku berjalan-jalan aku ternampak kelibat Zain yang sedang bercakap dengan seorang pelajar lelaki di kawasan rak buku. Aku menghampiri mereka berdua. 

"Morning, Fi.. By the way, Aiman ni classmate I, Firdaus." Zain memperkenalkan aku kepada pelajar lelaki yang bernama Aiman itu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aiman. Aiman menyambut tanganku tetapi terpancar raut wajahnya yang tidak selesa dengan kehadiran aku. 

"Okaylah, Zain. I kena pergi dulu. Apa-apa you call lah I ya. Bye." Dengan tidak disangka-sangka Aiman memeluk Zain di hadapan aku. 

"Bye, Firdaus. Nice to meet you." Aiman berlalu pergi meninggalkan kami berdua. 

Aku memandang Zain. Dan Zain memandang aku kembali. 

"Kenapa?" tanya Zain. 

"Kawan baru ke?" tanyaku sambil mengalihkan pandanganku daripada mata Zain.

"Oh ya. Aku kenal kat kedai makan semalam. Ramai sangat orang so dia takde tempat untuk duduk. So, kami kongsi meja lah. Tak sangka pula dia pun pelajar di universiti kita. Pelajar Marketing," jelas Zain sambil mengeluarkan beberapa biji buku dari rak buku. 

Setelah selesai memilih buku, kami berdua menuju ke meja belajar yang masih lagi kosong. 

"Zain, pasal semalam. Sorry ya," aku mengalihkan topik perbualan kami daripada Aiman kepada peristiwa yang berlaku semalam. 

"It's okay Fi. Aku faham. Garang juga bf kau. Untung kau, ada orang yang sayang. Jangan bimbanglah. Aku okay. Lagi pun semalam Aiman ada temankan aku. So terubatlah sikit hati aku. Haha." Zain mengenyit matanya. 

"Aiman tadi? Gedik semacam je aku tengok." Aku mengeluarkan pandanganku terhadap Aiman. 

"Mana ada. Dia okaylah. Cuma dia terlebih manja sikit," balas Zain pula. 

"Sikit kau cakap. Sampai peluk-peluk lagi. Sedangkan baru je kenal semalam," tambahku pula yang tidak puas hati apabila Zain membela Aiman. 

"Kenapa? Kau jealous ke?" tanya Zain sambil tersenyum. 

"Malaslah nak layan kau. Study. Esok exam dah nak start." Aku membuka fail dan mengeluarkan nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah. 

Zain hanya ketawa kecil melihat reaksi aku. 

xxx

Aku meletakkan pen dan kertas di atas meja. Masa yang diberi selama 3 jam terasa begitu cepat berlalu. Aku memandang ke belakang. Veronica melambai-lambai sambil mengangkat ibu jarinya. Mungkin terlalu gembira kerana apa yang kami ulangkaji semalam keluar dalam peperiksaan pada pagi ini. 

Sebaik sahaja dibenarkan keluar, aku menuju ke arah meja Veronica. 

"Fi, thank you sebab suruh baca topik ni. Happy sangat." Veronica menepuk-nepuk tangannya. 

"Itulah. Syukur sangat. So kau kena belanja aku makan lah ni ya?"

"Jom. Ajak Zain sekali," balas Veronica. 

Aku melihat ke arah tempat duduk Zain. Kosong. Ke mana pula Zain pergi. Takkanlah sudah keluar. Aku mengalihkan pandangan ke luar dewan. Zain sedang berbual-bual bersama seseorang yang terlindung di sebilik dinding. Sedang aku berjalan menuju ke arah mereka, aku dapat melihat dengan jelas siapakah yang berada bersama Zain. Dengan sendirinya aku memberhentikan langkahku. Ya, betul kata Zain yang aku cemburu apabila melihat Zain dan Aiman. Tetapi Zain berhak berkawan dengan sesiapa sahaja dan aku pula tidak mempunyai hak untuk berasa cemburu. 

Aku berundur dan berpusing kembali ke arah Veronica. 

"Takpelah V. Kita berdua sahaja. Zain ada hal." 

"Okay." Kami berdua keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke arah kafetaria. Sempat lagi aku menjeling ke arah Zain dan Aiman. Zain kelihatan sangat gembira. 

xxx

Seperti biasa sebelum tidur aku akan mengisi air kosong dari dalam bilik pantri. Sambil menunggu air penuh, aku memandang sekeliling. Bilik pantri yang penuh dengan memori manis. Aku masih lagi ingat saat Zain bergurau yang dia ingin merabaku dan dengan pantas aku cuba menepis tangannya. Namun aku tertepis pula celah kelangkang Zain sehingga menyebabkan Zain menggelupur kesakitan. Aku tergelak kecil bila teringatkan peristiwa yang berlaku itu. 

"Hoi. Gila ke, ketawa seorang-seorang!" 

Aku terperanjat apabila ditegur oleh Zain. Tidak perasan pula bila dia masuk ke dalam bilik pantri ini. 

"Terkejut aku. Takdelah aku teringatkan something," jelasku sambil mengalihkan pandangan kepada botol air yang hampir penuh. 

"Ingatkan boyfriend ke?" tanya Zain. 


"Taklah. Aku teringatkan sorang budak ni. Cuba kacau aku tapi terkena libasan maut daripada aku." Aku ketawa kecil. Zain yang pada mulanya agak kehairanan akhirnya berjaya mengingati peristiwa yang dimaksudkan olehku.


"Oh.. Kau memang keji Fi.. Mari sini." Zain cuba merangkul leherku. Tetapi aku cuba mengelak. Aku berundur ke belakang dan tersandar di dinding. Tiada lagi ruang untukku melarikan diri daripada Zain. Dengan perlahan-lahan Zain mendekatiku. Suasana yang agak santai sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi serius. 


"Zain..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Zain mendekatkan mukanya dengan mukaku. 


"Fi, I want to do lot of things to you now but I know I can't. It's forbidden..." Dengan begitu sahaja Zain menjarakkan diri daripada aku dan terus keluar dari bilik pantri meninggalkanku yang masih lagi berdebar-debar. 


Aku hanya mampu tunduk. 


Aku pun begitu, Zain


xxx


Hari demi hari, satu persatu peperiksaan akhir berjaya aku tempuhi. Aku masih lagi menghabiskan masa di perpustakaan bersama Zain tetapi waktu kami belajar bersama menjadi semakin terhad. Abang Tarmizi makin kerap menemaniku dan Zain pula banyak menghabiskan masa seorang diri. 


Aku mengambil jadual peperiksaan yang ada di dalam fail. Masih ada beberapa hari lagi untuk kertas peperiksaan yang terakhir. Aku sememangnya tidak sabar untuk menghabiskan semester pertamaku di sini dan kembali kepada keluargaku yang berada di kampung tetapi dalam masa yang sama, aku agak sedih untuk berpisah dengan kawan-kawanku di sini terutamanya Veronica dan juga Zain. Mujurlah Abang Tarmizi tinggal di kawasan yang sama denganku jadi bolehlah kami menghabiskan masa bersama-sama nanti. 


Aku melihat ke sebelahku. Abang Tarmizi masih lagi tekun membuat persiapan untuk membentangkan hasil kerjanya. Esok merupakan hari terakhirnya untuk bergelar sebagai seorang pelajar. Aku mencuit paha Abang Tarmizi. Namun tiada respons dari Abang Tarmizi yang masih lagi fokus pada skrin laptopnya. Aku mengusap-usap pahanya. Abang Tarmizi memandangku sambil tersenyum. 


"Fi, jangan... Project paper Abang belum siap lagi ni. Kan tak pasal-pasal terjadi projek di perpustakaan," ujar Abang Tarmizi sambil menguis tanganku dari pahanya. 


Aku tergelak kecil. 


"Rehatlah kejap. Fi tengok Abang stress sangat," balasku. 


"Kejap lagi Abang rehat. Kalau Fi nak pergi lunch dulu pun pergilah," tambah Abang Tarmizi lagi. 


"Takpalah Fi tunggu Abang. Nak pergi jalan-jalan jap." Aku bangun dari kerusi dan terus bergerak ke arah tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke tandas, aku terbau asap rokok. Siapa pulalah yang tiada kesedaran sivik langsung ni merokok di dalam tandas perpustakaan. 


Zain.


xxx


"Kuatlah bau asap rokok kau Zain." Zain segera melenyekkan puntung rokoknya di sinki lalu membuangnya ke dalam tong sampah. 


"Stress ke? Relakslah. Carry mark kau pun dah cukup tinggi kan," ujarku apabila melihat raut wajah Zain yang agak tertekan. Zain hanya diam. Dia membuka sinki dan terus membasuh mukanya. 


"Zain, kenapa ni?" Aku risau kerana Zain tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap apa yang dikatakan olehku sebentar tadi. 


Aku meletakkan tangan di atas bahu Zain. 


"Fi, jangan..." Perlahan saja perkataan yang keluar dari mulut Zain. 


"Kenapa ni? Kau buat aku risaulah. Pasal exam ke?" tanyaku sambil mengusap-usap belakang Zain untuk menenangkannya.


Zain memandang ke arahku. 


"Pasal kau, Fi. Aku dah tak tahan." Akhirnya Zain meluahkan apa yang tersirat di dalam fikirannya. 


"Kenapa ni. Janganlah.. Hari tu kan kita dah bincang pasal ni." Aku mula resah apabila melihat mata Zain mula bergenang dengan airmata. 


"Aku ingat aku kuat, Fi. Aku cuba untuk yakinkan hati aku yang kita boleh berkawan. Aku cuba untuk hapus rasa sayang aku pada kau. Tapi tak boleh Fi. Dan setiap kali aku lihat kau dengan Tarmizi, hati aku terluka sangat. Sakit, Fi." Airmata Zain mula menitik. 


"Zain, aku minta maaf..." Aku mula sedar yang selama ini, aku mementingkan diri sendiri. Tidak pernah aku fikirkan apa yang dirasakan oleh Zain terutama apabila melihat aku bersama Abang Tarmizi. Yang penting bagiku hanyalah untuk tidak kehilangan Zain di dalam hidupku. Tetapi perasaan Zain tidak pernah aku endahkan. 


"Bukan salah kau, Fi. Aku sendiri yang tak dapat nak bendung perasaan aku kepada kau. So that's why aku buat keputusan untuk tukar kampus semester depan," ujar Zain sambil menyeka airmatanya dari jatuh. 


Aku tersentak mendengar keputusan Zain untuk menukar kampus pada semester hadapan. Keputusan yang tidak pernah aku jangkakan.


"Janganlah Zain.. Takkanlah sampai nak tukar kampus," nada suaraku mula berubah apabila memikirkan yang aku akan kehilangan Zain.


"Aku minta maaf Fi. Aku dah cuba untuk kawal perasaan aku... Ya, aku tahu Abang Tarmizi dah tiada kat sini semester depan. Tapi aku dah tak sanggup untuk berada di sisi kau namun tak boleh menyayangi kau lebih dari seorang sahabat. It's killing me, Fi."


Aku tunduk mendengar penjelasan daripada Zain. Walaupun agak berat untuk aku terima, aku harus redha. Mungkin ini yang terbaik untuk kami berdua. 


"Okay Zain. Kalau itu keputusan kau.." Aku gagal untuk menghabiskan ayatku kerana airmataku mula mencurah-curah keluar. Dengan segera aku keluar dari tandas. Tidak sanggup lagi berdepan dengan kenyataan yang Zain akan meninggalkan aku. 


xxx


Aku mengambil duit baki daripada pembantu kedai cetakan yang ada di hadapanku sambil mataku memberi tumpuan terhadap tugasan-tugasan yang baru sahaja selesai dicetak. Bimbang jika ada kesilapan yang akan membuatkan markah aku ditolak oleh pensyarah. 


Peristiwa semalam masih lagi bermain-main di fikiranku. Aku masih lagi cuba untuk meyakinkan diri sendiri yang pemergian Zain adalah untuk kebaikan kami bersama. Jujurnya, aku sendiri tidak pasti berapa lama lagi aku dapat menahan perasaanku terhadap Zain. Jadi mungkin benar kata Zain, inilah yang terbaik untuk kami berdua. 


Aku keluar dari kedai fotostat. Telefonku berbunyi. Dengan segera aku menjawab panggilan daripada Abang Tarmizi. 


"Hello Fi. Kat mana?" tanya Abang Tarmizi. 


"Baru lepas habis print. Abang kat mana?" tanyaku kembali. 


"Abang kat fakulti lagi. Kejap lagi Abang datang ambil Fi. Abang nak jumpa supervisor jap. Tunggu kat bus stop ya."


"Okay." Aku menamatkan panggilan dan terus melangkah keluar dari kedai printing. Sebaik sahaja melewati salah satu kedai makan, aku mendengar namaku dipanggil. 


Zain mengangkat tangannya. Walaupun agak berat, aku masih melangkah masuk ke dalam kedai makan itu dan menuju ke arah meja Zain. Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan Zain. 


"Fuh, semalam emosional giler kita. Membazir airmata jer. Kalah drama Hindustan." Zain tergelak kecil. Aku hanya tersenyum dengan Zain yang masih lagi mampu untuk membuat lawak. 


Aku melihat ada borang di atas meja Zain. Borang yang sudah lengkap diisi. Aku cuba untuk membaca perkataan yang ada di borang walaupun aku sendiri sudah dapat mengagak borang apakah itu. 

"Borang pertukaran kampus ke?" tanyaku.

Zain hanya menganggukkan kepalanya. 

"Sorry. Kejap lagi aku nak pergi HEP untuk hantar borang ni," jelas Zain. 

"It's okay, aku faham. Cuma nanti janganlah lupakan aku terus ya." Aku cuba untuk mengawal perasaanku. 

"Kau pun sama. Terima kasih kerana faham. Dan terima kasih juga kerana sudi berkawan dengan si sombong ni," ucap Zain. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja kerana aku sudah hampir sebak. 

"Okaylah Fi. Aku kena pergi HEP ni untuk hantar borang. Nanti tutup pula office. Jangan sedih-sedih. Maafkan aku, kalau aku banyak mengacau kau selama ini dan tolong halalkan kalau aku ada hutang kau apa-apa saja," tambah Zain lagi.

"Janganlah cakap macam tu. Aku tak pernah pun ambil hati dengan usikan kau. Esok kita study sekali ya?" 

"Okay. Aku pergi bayar jap." Zain bangun dari meja dan menuju ke kaunter untuk membayar. Aku mengikuti Zain dari belakang. Selepas membayar, kami berdua keluar dari kedai makan itu dan menuju ke tempat parking motorsikal milik Zain. 

"Okay Fi. Sorrylah tak boleh tumpangkan kau. Topi ada satu jer." tanya Zain sambil memakai topi keledarnya.

"Takpe. Kejap lagi Abang Tarmizi datang ambil." Aku tunduk. Bimbang jika nama Abang Tarmizi akan melukakan hati Zain.

"Okay Fi. Selamat tinggal," ucap Zain sambil menghidupkan motorsikalnya. Aku melambaikan tangan kepada Zain saat dia berlalu. Masih ada dua hari lagi untukku bersama-sama dengan Zain. Aku mengeluh kerana aku bakal kehilangan seorang teman yang begitu mesra.

xxx

Aku berjalan menuju ke perhentian bas sambil melihat-lihat di sekeliling mencari Abang Tarmizi. Abang Tarmizi masih lagi belum sampai. Belum sempat aku duduk di salah satu tempat duduk yang kosong, aku ternampak kelibat orang ramai yang sedang berkumpul di hujung jalan lebih kurang 300 meter dari perhentian bas ini.

"Kenapa tu ya, dik?" Aku bertanya seorang budak perempuan yang berada berhampiran denganku. 

"Accident, bang. Kereta langgar motorsikal. Dengar kata student UiTM." balas budak perempuan itu. 

Dengan berdebar-debar aku berjalan menuju ke arah tempat kejadian. Entah mengapa aku memberanikan diri untuk ke sana sedangkan aku tidak suka melihat darah. 

Aku cuba untuk menyelit di celah-celah orang ramai untuk melihat dengan jelas. Aku berjaya melihat motorsikal yang agak teruk berkecai. Hatiku menjadi semakin berdebar. Mataku terpandang sekujur tubuh yang ada di bahu jalan. Sekujur tubuh yang cukup aku kenali. Mataku berpinar-pinar seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat. Seorang polis trafik menghampiri tubuh itu lalu menutup tubuh yang kaku itu dengan sehelai kain. Saat itu juga aku jatuh...

To be continued

F.I

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Oh tidakk !...

    BalasPadam
  3. Tarmizi mati... yes... hahaha jahat gla aku..

    BalasPadam
  4. Tarmizi mati... yes... hahaha jahat gla aku..

    BalasPadam
  5. omoo asal lak aq sedey trmizi mati eventhough aq Team FiZain. . .sob3
    next part author scepat mungkin plzzzzz

    BalasPadam