Iklan

Isnin, 30 Jun 2014

Forbidden Love - Part 17 (Finale)

Bab 17

Aku memejamkan mata. Cuba mengosongkan fikiran yang agak bercelaru. Tanganku dipegang perlahan dan aku kembali membuka mata. Tangan Abang Tarmizi yang panas berjaya menenangkan hatiku yang gundah-gelana. 

"Fi okay ke?" tanya Abang Tarmizi lalu duduk di sebelahku. 

Aku hanya mengangguk. 

"Janganlah stress sangat. Anggap ini ujian dari tuhan. Lagipun carry mark Fi ni takdelah teruk sangat. Boleh lulus lagi ni," pujuk Abang Tarmizi lagi. Cuba menenangkan diri aku. 

"Fi tahu. Cuma nak score A dah payahlah sikit. Fi tak faham kenapa markah Fi banyak ni jer.." Aku masih lagi tidak puas hati dengan markah yang diperolehi daripada pensyarah. Tambahan lagi rakan sekumpulan aku yang lain seperti Veronica, Alia dan juga Zain mendapat carry mark yang agak tinggi. Malahan, tugasan di Pulau Pangkor banyak disiapkan oleh aku. Jadi aku sedikit terkilan dengan markah yang diterima berbanding dengan markah mereka. 

"Dah jangan runsing-runsing lagi. Esok lepas Abang habis presentation, kita pergi makan soto yang Fi suka kat Seksyen 8. Okay tak?"

"Abang belanja? Hehe. Tapi Fi kena pergi Seksyen 2 dulu. Nak print something. Nanti Abang ambil Fi kat sanalah." Hatiku mula gembira. Betul kata Abang Tarmizi. Sekarang aku hanya perlu fokus pada peperiksaan akhir. 

"Okay, sayang. Sekarang Fi tolong Abang pula. Tengok macam mana Abang present. Bagus ke tak?" Abang Tarmizi tersenyum kepadaku. 

Aku gembira...

xxx

Aku tersentak dari lamunan saat bahuku dipegang oleh seseorang. Aku yang sedang duduk di bangku hospital mendongak. 

Zain.

Sebaik sahaja melihat Zain, airmata aku terus mencurah-curah keluar. 

"Abang Tarmizi dah takde dah..." Sambil teresak-esak aku membiarkan sahaja Zain membawaku ke dalam pelukannya. 

"Sabar Fi.. Sabar..." Zain mengusap-usap bahuku untuk menenangkan aku menangis sebak.

"Ni semua salah aku, Zain.. Salah aku.." Aku meluahkan rasa bersalah yang membelenggu aku sejak dari tadi lagi, tatkala aku melihat tubuh kaku Abang Tarmizi di atas jalan raya tengahari tadi. 

"Jangan cakap macam tu, Fi. Ni semua dah takdir," pujuk Zain. Masih lagi cuba untuk menenangkan aku. 

Namun semuanya sudah terlambat. Abang Tarmizi telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. 

xxx

"Fi, minum air dulu ya." Veronica menghulurkan air tin kepadaku lalu duduk di sebelahku. Suasana di dalam hospital agak lengang. Dari tengahari tadi hinggalah ke malam, aku masih lagi bertapak di hospital. Dengan longlai, aku mengambil air tin dari tangan Veronica. 

Aku melihat Zain dan Safuan yang sedang berbincang dengan kakitangan hospital. Mungkin bertanyakan status jenazah Abang Tarmizi. 

"Firdaus..." 

Aku berpaling saat mendengar namaku dipanggil. Ibu dan adik perempuan Firdaus ada di hadapan aku dan Veronica. Veronica bangun untuk bersalam dengan mereka berdua. 

"Terima kasih ya, Firdaus kerana beritahu makcik. Pihak hospital dah bagi kebenaran untuk kami bawa jenazah Mizi pulang ke Kelantan," ujar ibu kepada Abang Tarmizi. 

"Sekarang ke? Boleh ke kalau saya nak tengok dia dulu?" tanyaku yang teringin untuk melihat Abang Tarmizi buat kali terakhir. 

"Maaflah Firdaus. Pihak hospital dah simpan jenazah di dalam van. Makcik tak boleh buat apa-apa." Ibu Abang Tarmizi menyeka airmata yang keluar dari pipinya. Dia pasti lagi sedih kerana anak yang dikandung dan dijaganya sejak dari kecil telah pergi dahulu. 

"Takpelah kalau macam tu. Nanti saya kemaskan barang Abang Mizi kat bilik." Aku cuba menahan airmata daripada keluar lagi.

"Terima kasih, Firdaus. Kami pergi dulu ya." Setelah bersalam dengan kami, ibu dan adik perempuan Abang Tarmizi berlalu menuju ke arah pintu keluar.

Saat mereka melangkah keluar dari hospital, aku terduduk. Aku sedar yang kini aku telah kehilangan Abang Tarmizi untuk selama-lamanya dan aku tidak akan berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

xxx

Zain membuka pintu bilik aku sambil tangannya yang satu lagi merangkul pinggangku agar aku tidak jatuh. Aku yang masih lagi belum menyentuh sesuap makanan agak lemah. Zain memimpinku menuju ke katil dengan berhati-hati. Aku hanya melihat katil Abang Tarmizi yang kosong dengan pandangan yang berkaca. Bagaimana aku hendak meneruskan hidup ini tanpa dia. 

Setelah meletakkan aku di atas katil, Zain membuka plastik makanan dan minuman. 

"Fi, jom makan dulu. V dah pesan kat aku untuk jaga kau. Nanti kau jatuh sakit, aku yang kena marah."

"Aku takde selera" Perlahan saja suara yang keluar dari mulutku. 

"Mana boleh takde selera. Jap." Zain mencari-cari sudu di atas meja tetapi tidak berjaya menjumpainya. 

"Takpelah aku suap pakai tangan." Zain duduk di sebelahku. Aku hanya menurut sahaja setiap arahan daripada Zain. Fikiran aku buntu dan kusut. 

Tidak sampai separuh pun nasi goreng berjaya dihabiskan, aku memberitahu Zain yang aku sudahpun kenyang. Zain menghulurkan air kepadaku tanpa banyak soal. Selesai sahaja minum, aku terus berbaring. Sekali lagi aku teringat kepada Abang Tarmizi. Teringat pada kenangan-kenangan kami sejak dari sekolah sehinggalah ke saat ini. 

Aku cuba untuk memejamkan mata. 

xxx

Sinar pagi membuatkan aku membuka mata perlahan-lahan. Saat itu juga aku terkejut apabila melihat sekujur tubuh ada di atas katil Abang Tarmizi. Aku menggosokkan mata seolah-olah tidak percaya yang Abang Tarmizi ada di hadapan aku. Dengan segera aku naik ke atas katil Abang Tarmizi lalu memeluknya dari belakang. 

"Abang..." 

"Fi..." Aku tersentak mendengar suara Zain. Rupa-rupanya, Zain yang tidur di atas katil Abang Tarmizi. Aku segera melepaskan pelukan dan bangun dari katil. 

"Apa kau buat atas katil Abang Tarmizi. Turun." Entah mengapa aku sakit hati apabila melihat Zain ada di atas katil Abang Tarmizi. 

"Maaf. Aku terlelap semalam." Zain bangun dari katil Abang Tarmizi dan membetulkan bajunya. 

"Aku nak kemas barang Abang Tarmizi ni. Kalau boleh aku nak bersendirian," ujarku kepada Zain. 

"Kau tak nak aku tolong ke?" tanya Zain. 

"Takpelah. Kau pergilah study dulu. Esok kan final," jawabku. 

"Okay, aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa, call aku ya." Dengan berat hati, Zain berlalu meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik. 

xxx

Aku masih lagi mengemas barang-barang milik Abang Tarmizi. Mengikut kata ibu Abang Tarmizi, bapa saudara Abang Tarmizi akan singgah sebentar di kolej untuk mengambil barang-barang yang penting dan akan berangkat pulang ke Kelantan selepas itu. 

Aku melihat jam di dinding. Ingin sahaja aku menumpang bapa saudara Abang Tarmizi untuk pulang ke Kelantan. Tapi, bagaimana dengan peperiksaan akhir, esok. Aku termenung seketika. Cukup. Tidak perlu berfikir panjang lagi. Aku nekad. Aku akan pulang ke Kelantan. 

Aku mengambil telefon bimbit dan mencari nombor Veronica untuk memberitahu hajat aku kepadanya. 

xxx

Saat aku mengemas pakaian ke dalam beg, pintu bilikku diketuk. Mungkin pakcik Abang Tarmizi sudah sampai. Aku membuka pintu namun Zain yang ada di hadapan aku. 

"V cakap kau nak balik Kelantan. Esok kan final paper. Tunggulah sampai habis dulu," ujar Zain. 

"Takpelah. Aku repeat je paper semester depan." Aku masih lagi sibuk mengemas pakaian. 

"Rugilah Fi.. Dahlah tugasan untuk paper tu banyak," pujuk Zain lagi. 

"Kau tak faham Zain..."

"Memang aku tak faham... Kita dah berusaha kuat untuk project paper kita. Sampai pergi Pangkor. Takkanlah nak sia-siakan itu semua. Kalau Abang Tarmizi tahu pun dia tak setuju dengan tindakan kau ni," tambah Zain lagi. 

"Kau jangan nak sebut nama Abang Tarmizi. Kau tak faham apa yang aku rasa. Bukan kau yang kehilangan dia." Aku meninggikan suara. 

"Fi.."

"Sudahlah Zain. Kau mesti gembira kan Abang Tarmizi dah takde. Lenyaplah saingan kau. Kau jangan harap nak gantikan Abang Tarmizi dalam hidup aku. Kau tak layak," tambah aku lagi. 

"Fi... Sanggup kau tuduh aku sampai macam tu sekali. Kau ingat aku suka ke tengok kau macam ni. Kau nampak ke aku gembira sekarang ni? Tak pernah terlintas langsung dalam hati aku untuk ganti tempat Tarmizi. Kau kawan aku, Fi. Kalau boleh tukar, aku lebih rela biar aku yang mati. Biar kau hidup gembira dengan Tarmizi." Zain meninggikan suaranya pula. Airmata mula keluar dari matanya. 

"Kita dah kenal lama. Tapi kau masih belum kenal aku dengan sepenuhnya, Fi. Hati aku sakit Fi bila lihat kau sedih. Aku tak sanggup tengok kau dalam keadaan macam ni." Nada suara Zain yang keras tadi bertukar menjadi lembut.

"Takpelah. Kalau itu keputusan kau. Aku pergi dulu" Zain berlalu keluar meninggalkan aku sendirian.

Apa yang telah aku lakukan. Aku melepaskan rasa marahku kepada seseorang yang sentiasa berada bersamaku di saat suka dan duka. Aku tidak berniat untuk menyakiti hati Zain. Aku tahu betapa terlukanya hati Zain saat dia melihat aku yang tidak berdaya di hospital semalam. Namun seperti biasa, dia mencekalkan hatinya untuk diriku. Dan kini aku melemparkan pelbagai tuduhan ke atasnya. Terus aku terduduk di atas lantai mengenangkan yang aku telah melukakan hati Zain.

xxx

Aku bergegas menuju ke dewan peperiksaan. Semalam, aku membuat keputusan untuk tidak pulang ke Kelantan. Aku tahu kalau Abang Tarmizi masih ada dia pasti akan menyokong keputusan aku ini. 

Aku masuk ke dalam dewan peperiksaan sambil memerhati sekeliling. Aku sedar ada yang memandangku dengan rasa simpati. Namun tumpuanku hanya pada seseorang. Mataku melilau mencari Zain. Aku berjaya menjumpai Zain. Zain yang tunduk memandang meja masih lagi belum sedar akan kehadiran aku di dalam dewan peperiksaan. 

Saat aku berjalan ke arah Zain, pengawas peperiksaan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Terbantut tujuan aku untuk menegur Zain namun di saat itu juga, Zain mengangkat kepalanya dan mata kami bertentangan. Riak wajahnya yang risau sebelum ini bertukar menjadi lega. Dia melemparkan senyuman ke arahku dan aku hanya mampu menutur perlahan "I'm sorry..."

xxx

Aku bersyukur kerana berjaya menjawab setiap soalan dengan penuh yakin. Sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapanku, aku menoleh ke belakang untuk melihat Zain. Namun dia sudah tiada. Mungkin dia keluar dari dewan peperiksaan lebih awal.

Aku keluar dari dewan peperiksaan dan ternampak Veronica dan Safuan yang sedang berbual. 

"Fi!!! Aku lega sangat tengok kau masuk dewan peperiksaan. Kenapa tak balas mesej aku?" tanya Veronica. 

"Sorry V. Aku off kan phone semalam." 

"It's okay. Kau macam mana? Okay ke?" tanya Veronica lagi. 

"Okay. Ada nampak Zain tak?" tanyaku pula kepada Veronica dan Safuan.

"Eh, dia tak bagitahu kau ke. Semalam dia cakap kat kami, lepas exam dia nak balik kampung terus,"  kata Veronica. Aku terkejut mendengar penjelasan dari Veronica. 

"So, dia tengah kemas lah ni. Takpalah. Aku balik kolej dulu." Dengan tiba-tiba aku menjadi panik. 

"Tapi pagi tadi dia dah bawa terus barang-barang dia. Dia letak kat luar dewan," sampuk Safuan pula. Aku melihat ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Safuan. Kosong. 

Tanpa berlengah, aku terus berlari menuju ke tempat parkir motorsikal yang selalu digunakan oleh Zain. Aku melihat di sekeliling. Tiada bayangan motorsikal Zain. Tidak... Zain sudah pergi. Mataku yang sudah kering dek menangisi pemergian Abang Tarmizi kembali basah. Pelajar-pelajar lain mula melihat ke arahku dengan hairan. 

Dengan segera aku berlari menuju ke arah tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja melangkah masuk, aku terus menangis dan memanggil nama Zain. 

"Fi..."

Aku terkejut melihat Zain ada di dalam tandas yang sama. Dengan segera aku memeluk Zain.

"Zain!!! Aku minta maaf pasal semalam. Aku tak berniat nak lepaskan rasa marah aku kepada kau."

"Aku tak ambil hati pun. Dahlah. Jangan nangis lagi. Nanti orang masuk." Zain mengelap airmataku yang membasahi pipi. 

"Aku ingat kau dah balik. Aku cari motor kau takde." Aku melepaskan Zain dari pelukanku. 

"Aku parking tempat lain. Tadi penuh kat tempat biasa." Zain tersenyum melihat telatahku. 

Aku melihat beg sandang yang ada di bahu Zain. 

"Nak balik dah ke?" tanyaku sayu. 

Zain hanya mengangguk. 

"Tunggulah dulu. Baliklah esok."

"Kalau boleh, aku memang nak balik esok. Tapi malam ni aku dengan family akan ke London. Bercuti di sana," jelas Zain. 

Aku hanya diam. 

"Fi, kau kena kuat ya. Jangan nangis-nangis dah. Aku sendiri pun tak tahu bila kita akan berjumpa lagi. Tapi aku gembira sebab dapat jumpa kau lagi untuk kali terakhir. Dalam tandas pula tu. Tempat kegemaran kita." Kami berdua tergelak kecil. 

"Jangan lupakan aku," ucapku perlahan. 

"Mana mungkin aku lupakan kau Fi. Kau dah tersemat dalam hati aku untuk selama-lamanya," balas Zain.

Aku memandang ke arah Zain buat kali terakhir. Dengan pantas Zain memeluk aku. 

"Aku tak nak kau tengok aku menangis. Terima kasih Fi.. For everything. Kau banyak mengajar aku tentang erti kasih dan sayang. Aku pergi dulu." Zain melepaskan pelukannya. Sambil mengesat airmatanya, dia terus berlalu pergi. Aku hanya mampu melihat dia keluar dari tandas dan meninggalkan aku sendirian. Aku hanya redha. 

xxx

Hari demi hari silih berganti. Dan kini, sudah hampir tiga bulan, Abang Tarmizi meninggalkanku. Kekadang, aku masih lagi teringatkan Abang Tarmizi. Namun aku rela akan pemergiannya. Dan Zain.. Aku amat merinduinya. Tetapi dalam masa yang sama aku sedar yang aku harus melupakannya. Tambahan lagi dia telah menukar kampus. Aku sendiri pun tidak pasti adakah kami akan bertemu lagi suatu hari nanti. 

Kini, aku kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian di semester kedua. Aku memeluk ibu bapa dan adik-adikku. Sepanjang cuti semester, aku banyak menghabiskan masa bersama mereka. Setelah mengucapkan selamat tinggal, keluargaku berlalu dan meninggalkanku di hadapan pejabat kolej. 

Dengan segera aku mendaftar masuk dan diberikan kunci bilik. Aku melihat nombor yang ada di kunci. Blok yang sama tetapi bilik berlainan dan juga tingkat yang lain dari semester lepas. Bagus juga. Aku tidak mahu memori silam menganggu pembelajaran aku pada semester ini. 

Aku menarik beg dan bergerak menuju ke bilik baruku. Agak susah juga untuk aku mengangkat beg satu persatu menaiki tangga. Mungkin aku patut menerima pelawaan keluarga aku yang ingin membantu aku sebentar tadi. Tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka pula. 

Akhirnya aku berjaya sampai di hadapan bilik yang baru. Aku mengeluarkan kunci dan cuba untuk membuka bilik itu. Namun bilik itu memang tidak berkunci. Aku membuka pintu.

Terkejutnya aku tatkala melihat Zain ada di hadapan aku dengan hanya berseluar pendek. Zain yang sedang menyangkut baju ke dalam almari turut tergamam melihat aku yang ada di muka pintu. 

"Fi..."

"Zain, kau cakap nak tukar kampus." Aku menutup pintu bilik lalu meletakkan beg di tepi katil. 

"Aku memang dah hantar borang pertukaran, tapi kena reject. Borang tak lengkap," jelas Zain. Raut wajahnya begitu gembira.

"Oh.. Habis tu kenapa tak bagitahu aku awal-awal." Aku masih lagi terkejut. Tidak percaya Zain ada di hadapan aku. 

"Aku tak nak kacau kau. Lagipun aku baru je tahu semalam pasal request aku yang kena reject," sambung Zain lagi. 

"Okay..." Aku kelu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. 

"Oh ya, aku ada beli keychain dari London untuk kau." Zain menghulurkan sebungkus plastik kepadaku. 

Aku menyambutnya namun sempat pula Zain memegang tanganku. Aku hanya tersenyum. 

"Halus. Pakai sabun apa?" tanya Zain bergurau. 

Aku hanya tergelak kecil. Tanpa disedari, airmata kegembiraan menitis di atas pipiku. Aku cepat-cepat mengelap. Nanti dijadikan modal oleh Zain untuk menyakat aku. 

"So macam mana ni? Cantumkan katil?" Zain yang nakal kembali lagi. 

"Banyak cantik!!! Dah sambung balik kemas." Aku tersenyum dan gembira kerana seseorang yang sangat bermakna di dalam hidupku masih lagi ada di sisi aku. Ya, Abang Tarmizi akan sentiasa berada di dalam hatiku tetapi aku sudah bersedia untuk memulakan bab baru di dalam hidupku. 

"Fi....," panggil Zain.

"Ya, Si Sombong..." 

The End

F.I

xxx

Selesai sudah novel pertama karya aku. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca novel yang tak seberapa ini. Happy sangat bila tengok view yang mencecah ribuan untuk setiap bahagian. Terima kasih. 

Banyak lagi kekurangan yang perlu aku baiki. Tambahan pula aku ni background Matematik/Akaun. So menulis tu agak kurang sikit. Hehe. 

Ada yang bertanya samada aku ada plan untuk bukukan ke tak novel ni? Aku ada plan untuk print novel ni dan jual bersama button badge dan mungkin cd yang mengandungi lagu-lagu yang sesuai dengan tema cerita ni. Tapi mungkin dalam sepuluh copy je lah. Untuk peminat-peminat yang memang minat. Limited edition. Hehe. Dan aku juga akan tambah dengan babak-babak bonus. Yang memang takde dalam blog ni. So, tunggu jelah. Ya.

Novel baru, masih lagi belum ada tajuk. So siapa-siapa yang ada cadangan silalah usulkan ya. Aku memang plan untuk continue Forbidden Love 2. Mungkin lepas habis novel baru ni. Okay. That's all. Thank you. 

19 ulasan:

  1. Wah! Teringin juga nak beli novel tu...hihi..*1st time comment...baru baca sejak beberapa bln lps,menanti je chapter baru...hihi...

    -Shah-

    BalasPadam
  2. Zain satu bilik dengan Fi. Heaven~~
    Macam dah ditakdirkan bersama pulak dua orang tu. HAHA.

    BalasPadam
  3. Congratzzzzz! Thank you bagitau kewujudan restoran soto ni! Boleh try haha

    http://kamikakijalan2makan2.blogspot.com/2012/04/restoran-soto-shah-alam-seksyen-8-shah.html

    BalasPadam
  4. bleh tak tajuk novel baru ko tu '' OKU si arrogant''

    haha...

    BalasPadam
  5. ending tak best sangat...boleh lah...tapi macam boleh predict..huhu..

    BalasPadam
  6. tahniahhhh. cerita best. mudah terbayang semua plot cerita dari awal sebab memang belajar dekat uitm. huhu. Teruskan bekarya :)

    -iz-

    BalasPadam
  7. Baca part 1pkul 12 td.. pukul 3 habis dah. Menarik! Tp x puas. And the fact tht u r a teacher mmbuatkn aku nk knl plak siapa individu d sebalik F.I ni. Hehehe. All the best for upcoming stories! Kudos.

    ~Azrel

    BalasPadam
  8. Tolong buat sekuel citer ni.. and kalau bleh jangan matikan watak lagi..

    BalasPadam
  9. Best Gler ' cepat smbung cter novel baru .. Then FL 2.. Xsbr nk tgk kisah Fi ngn Zain Sebilik... Apa2pn bestt sesangattt..!

    BalasPadam
  10. best cerita ni... kesian Abang Tarmizi... but, anyways memang best

    BalasPadam
  11. Why it must sad ending!!! Tdi bce lpastu x sdar airmata jatuh brderaian.. Chewah ayat!! Btw klau crite nym buat drama tv mcm dia isteri luar biase kn best.. Congrate bro!!!

    BalasPadam
  12. best novel ever in de world ! sorry baru nak bacee huhu

    BalasPadam
  13. Best sgt cerita forbidden Love ni..yg paling aku suke crita ni diaa takde sex scene..Xde lah stim sgt baca crita ni.Haha...Watak yg aku suka is ZAIN..diaa cool je ....btw dah ada ke FORBIDDEN LOVE 2?

    BalasPadam
  14. Terbaik novel ni, semua part straight to the point, xde ayt puitis yang annoying....walaupun aq org sastera tp aq x minat jalan cerita meleret...haha

    BalasPadam