Iklan

Jumaat, 6 Jun 2014

Movie: Date And Switch

Hello!!!


Alang-alang cuti sekolah ni, masa aku banyak dihabiskan dengan menonton filem-filem dan juga siri tv yang masih belum ditonton lagi. Aku ni rajin membeli dvd-dvd di Speedy. Cuma yang gay-themed movie tu memang tak ada lah dijual di kedai. So mujurlah ada En. Adri di blognya Saya Download, Anda Beli. Banyak dah juga movie yang aku beli dan En. Adri pulak memang pemurah. Siap bagi movie free lagi. Thank you. 

Michael & Matty

Antara movie yang aku dah tengok ialah Date And Switch. Filem ini masih baru lagi. Dikeluarkan pada Februari tahun ini dan filem ini bergenre romantik komedi. Mengisahkan dua orang kawan baik iaitu Michael (Nicholas Braun) dan Matty (Hunter Cope) yang merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka berdua yang masih lagi teruna membuat pakatan untuk kehilangan teruna mereka sebelum majlis prom sekolah mereka. Namun masalah timbul bila Matty membuat pengakuan kepada kawan baiknya yang dia adalah gay. Hubungan mereka yang rapat menjadi renggang apabila Michael jatuh hati dengan bekas kekasih Matty iaitu Em (Dakota Johnson) dan Matty sendiri banyak menghabiskan masa dengan teman lelaki barunya, Greg (Zach Cregger).

Em, Michael, Matty & Greg

Aku suka sangat dengan tema persahabatan yang ada di dalam filem ini. Siapa cakap yang lelaki straight tak boleh kawan dengan lelaki gay?. Cerita ini sangat menghiburkan. Chemistry di antara empat pelakon utama memang kuat. Aku paling suka dengan relationship antara Matty dengan ex-girlfriendnya yang sangat supportive. Overall, it's a must-watched movie. 

Rating: 


2 ulasan:

  1. sayangnya...tak semua friendship between gay-and-straight guy macam dalam cerita..wuwuwu...

    BalasPadam
  2. haha, baru je tgk cerita ni...

    sweet la gak, tetibe teringat kat kawan baik aku time kolej dulu..

    BalasPadam