Iklan

Khamis, 12 Jun 2014

Movie: Getting Go: The Go Doc Project

Hello!!!



Hari ni nak share satu lagi movie yang aku baru je tengok dalam 3 hari yang lepas berjudul Getting Go: The Go Doc Project. Filem ini dihasilkan pada tahun 2013 dan telah ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh dunia. 

From Left; Doc & Go

Getting Go, The Go Doc Project mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Doc yang begitu obses dengan seorang penari kelab yang bernama Go. Pada suatu malam Doc yang mabuk telah menghantar email kepada Go dan memberitahu Go yang dia berminat untuk membuat filem dokumentari mengenai kehidupan penari kelab atau go go dancer. Tanpa diduga, Go membalas email dari Doc dan bersetuju untuk membenarkan Doc merakam kehidupannya sebagai seorang penari go go. Bermulalah hubungan persahabatan di antara Doc & Go. 

Go & Doc

Filem ini berkonsepkan semi dokumentari a little bit. Something like A Blair Witch Project. So keseluruhan filem ini adalah dari kamera video dan juga telefon milik Doc. Berpinar dan berpusing jugalah mata aku untuk menonton filem ini. Tetapi movie ini sememangnya sangat interesting. 



Aku suka sangat dengan dua watak utama. Doc, seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri tetapi memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan lelaki yang disukainya dan Go, seorang yang penuh dengan semangat dalam kehidupannya. Walaupun Go tahu yang Doc menggunakan alasan dokumentari untuk berkenalan dengannya, dia masih lagi menerima tawaran Doc. It's such a beautiful movie and I love the ending. It's not a happy ending but far from sad ending. Ada beberapa babak yang agak touching especially the roof scene. 

Rating:

2 ulasan: