Iklan

Selasa, 10 Jun 2014

Movie: Jongens (Boys)

Hello!!!



Antara filem yang paling latest sekali aku tonton ialah Jongens atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Boys. Filem ini merupakan keluaran produksi Belanda dan baru sahaja dipertontonkan pada Februari yang lalu. Seperti biasa thank you to Adri at Saya Download, Anda Beli kerana aku tak tahu pun kewujudan filem ini tetapi dia yang suggest and siap bagi free lagi sebab aku selalu borong dari dia. Thank you, bro!!

Sieger & Marc

Jongens mengisahkan kehidupan budak lelaki yang berusia 15 tahun, Sieger yang tinggal bersama ayah dan abangnya setelah ibunya meninggal dunia. Hidup mereka normal cuma kebelakangan ini, abangnya sering memberontak dan selalu bergaduh dengan bapanya. Sieger bercita-cita untuk menjadi seorang pelumba lari dan dia telah berjaya diterima untuk menyertai kuartet lari berganti-ganti di sekolahnya. Selain Sieger, kawan baiknya Stef turut berjaya diterima masuk menyertai pasukan itu. Di sana mereka berkenalan dengan dua lagi pelajar yang turut diterima masuk iaitu Marc dan Nicklas. Sieger tertarik dengan Marc yang hidup dengan penuh semangat berbanding dengan dirinya yang banyak menghabiskan masa berlatih. Dalam masa yang sama, Marc juga turut jatuh hati kepada Sieger. Hubungan mereka menjadi semakin rapat. 

Marc & Sieger

I really love this movie. Ceritanya sangat simple dan tak berbelit-belit. Tapi mood dia agak serius lah sikit. Aku suka tengok dengan hubungan kekeluargaan di antara Sieger bersama ayahnya dan abangnya. Walaupun mereka selalu tidak sependapat tetapi hubungan mereka sangat rapat. The most touching moment for me was bila Sieger cuba menjauhi Marc dan kawan baiknya, Stef sedar yang Sieger dan Marc saling menyukai jadi dia menasihati Sieger untuk menjadi dirinya sendiri. It was so awkward but charming at the same time. Sieger and Marc looked so good together. The ending really made me smile. 

Rating: 

3 ulasan:

  1. Haha! Baru tengok semalam. Ok. Nanges. Btw, borong banyak jugak dari Encik Adri itew hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan. So nanti boleh minta free dgn En Adri ya.

      Padam
  2. Aku salu stalk blogspot nih. Haha First, thanks for the novel. Sedap gak citer yg u karang ni.
    Check blog nih, salu gak tengok u post psal movie Boys Love nih.
    Aku pun ade gak tengok movie camtu. Nih aku recommend if u blom tengok:
    1) Juste une question d'amour (Just a Question of Love)
    2) August (2011)
    3) Commo Non Detto
    4) Out In the Dark (2012)
    5) Bridegroom (2013)

    BalasPadam