Iklan

Rabu, 4 Jun 2014

Movie: Pit Stop

Hello!!!

Satu lagi movie untuk dikongsikan bersama dengan anda semua. Filem yang berjudul 'Pit Stop' ini merupakan keluaran produksi dari USA pada tahun 2013. Filem ini telah dipertontonkan di Festival Filem Sundance pada tahun lalu dan mendapat banyak pujian daripada pengkritik. Selain itu filem ini juga telah memenangi beberapa anugerah di festival-festival filem yang lain. 



Pit Stop mengisahkan dua lelaki yang mengalami kesunyian di dalam hidup mereka. Gabe (Bill Heck) baru sahaja menamatkan hubungan dengan kekasihnya yang sudah berkahwin dan kini banyak menghabiskan masa bersama bekas isterinya dan anak perempuan mereka. Bila melihat bekas isterinya sudah berjaya mencari penggantinya, dia mula waswas adakah dia akan berjaya mencari cinta baru. Manakala Ernesto (Marcus DeAnda) pula tinggal bersama dengan kekasihnya yang jauh lebih muda darinya tetapi hidup mereka tidak bahagia. Kekasihnya mula curang dan Ernesto pula banyak menghabiskan masa melawat bekas kekasihnya yang sedang koma di hospital. Suatu hari Gabe & Ernesto berjumpa dan mula mengenali antara satu sama lain. 



Filem ini agak interesting. Ada sesetengah babak agak mendatar tetapi oleh kerana 2 pelakon utamanya agak seksi dan manly, aku berjaya menhabiskan filem yang memakan masa selama 1 jam 20 minit. Tema filem ini lebih kepada kehidupan 2 lelaki yang terpaksa berhadapan dengan rasa sunyi yang wujud di dalam jiwa mereka. Dalam 15 minit terakhir, barulah Gabe & Ernesto berkenalan di antara satu sama lain. Tetapi tarikan chemisty di antara mereka begitu kuat. Overall, jalan cerita filem ini memang kuat dan lakonan pelakon-pelakon utama pun memang bagus. 

Rating: 

Aku beli filem ini daripada En. Adri. Siapa yang berminat untuk membeli filem ini atau filem-filem yang lain juga bolehlah menghubungi dia di adab1911@gmail.com atau blognya Saya Download, Anda Beli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan