Iklan

Jumaat, 4 Julai 2014

Aku & Video Game

Hello!!!

Post hari ini actually dah lama tertangguh. Aku suka sangat bila Putera dan Gibb share kisah mereka dengan video game. Jadi sebagai seorang yang gilakan video game, aku pun turut ingin berkongsi cerita aku pasal video game ni. 

Dulu masa zaman sekolah rendah, ayah aku ada beli alat permainan video game yang bentuknya lebih kurang macam ni. Masa tu memang happy sangatlah aku dan adik lelaki aku. Dahlah dalam kampung kami tu, hanya kami je yang ada video game macam ni. So kira cam bongkak jugak lah. Haha. 


So banyak video game yang aku suka main guna konsol ni. Antaranya ialah;


Mario ~ Memang best. Tapi seingat aku, aku tak pernah pergi level yang tinggi. Biasa-biasa jah. Part yang paling best bila last sekali kita kena jump untuk grab the flag. Aku memang flop lah bab tu. Huhu. 


City Connection ~ Aku suka game ni mostly sebab design dia yang cantik. Tak silap aku, kita kena lari dari kereta polis tu. 


ExciteBike ~ Tak silap aku, game ni ada satu nama lain. Tapi aku memang dah tak ingat. Game ni bercorak perlumbaan. Paling best bila kita dapat jatuhkan motor pihak lawan. Rasa cam hebat sangat. 


Battle City or maybe Tank ~ Antara game yang aku suka main jugak. Aku dan adik aku suka buat map sendiri. Kami akan besikan sekeliling kubu kami so bila kereta kebal lawan datang tembak kubu, tak dapat. Haha...


Aku betul-betul tak ingat nama game ni. Game ni game tembak burung. Dan anjing tu adalah helper kita. Bila kita berjaya tembak, dia akan tolong kita kutip bangkai tapi kalau gagal, kena gelak lah jawabnya. Huhu

Itulah antara game-game yang aku suka sepanjang sekolah rendah dan menengah. Bila dah masuk universiti, ada dua game yang paling memberi impak buat aku. 


Pokemon ~ Ada banyak versi. Suka sangat main game ni. Tambah-tambah bila berjaya jumpa Pokemon yang cute-cute. Macam-macam nama aku bagi kat Pokemon aku dulu. Huhu. 


The Sims 2 ~ Aku still main game The Sims 2. Namun tak seaktif masa duk universiti lah. The Sims 2 ni merupakan antara game yang paling aku suka. All-time favorite lah. Walaupun dah ada The Sims 3 dan bakal keluar nanti The Sims 4, aku still prefer 2. Entahlah. 

/Sekarang sejak dah bekerja ni aku memang dah jarang main game. Sekali sekala tu menghadap Ipod lah jugak untuk main game. Game biasa2 jer. Contoh;


Fun Run ~ Agak best jugak main ni. Sebab kita akan berlumba dengan player-player lain. 


Flappy Bird ~ Aku still main Flappy Bird. Ramai yang stress dengan game ni but aku enjoy game ni. Setakat ni rekod aku adalah 18. Bangga kot. 

So itu sahajalah yang aku nak kongsi pasal video game kegemaran aku. Thank you...

5 ulasan:

  1. Flappy bird aku 69 xD haaaha

    BalasPadam
  2. Flappy bird aku 4. Jealous tak?

    BalasPadam
  3. try download game dumb ways to die... that game is insane.....

    BalasPadam
  4. nak id fun run..hahahaha...aku pun aktif main...

    BalasPadam
  5. Yang anjing gelak tu game dia Duck Hunt..

    BalasPadam