Iklan

Selasa, 22 Julai 2014

Movie: Hoje Eu Quero Voltar Sozinho (The Way He Looks)

Hello!!!


Bulan puasa ni aku memang 'cuti' dari tengok cerita-cerita berunsur LGBT ni. Bukan apa, rasa macam tak comfortable sikit. Tapi hari tu aku ada beli satu movie yang berjudul Hoje Eu Quero Voltar Sozinho atau dalam Englishnya ialah The Way He Looks. Aku pernah baca review untuk cerita ni dan ramai yang suka. Ada yang cakap, this is one of the best gay movie ever. So petang tadi, aku pun layan lah movie ni. Mujurlah tiada adegan yang menjolok mata. Huhu. 

Giovana, Leonardo & Gabriel

Filem ini mengisahkan Leonardo, seorang remaja yang buta sejak dari dia dilahirkan lagi. Dia mempunyai seorang kawan baik bernama Giovana atau Gi. Gi merupakan rakannya sejak dari kecil lagi dan banyak membantu Leonardo sejak dari kecil lagi. Gi mempunyai perasaan terhadap Leonardo namun Leo hanya menganggap Gi sebagai seorang kawan sahaja. Pada suatu hari seorang pelajar baru bernama Gabriel masuk ke sekolah mereka. Leonardo dan Gabriel menjadi rapat. 

Leonardo & Gabriel

Buat pertama kalinya, Leonardo mempunyai rasa cinta di dalam hatinya tetapi cuba menyembunyikan rasa cintanya sehinggalah Gabriel menciumnya di sebuah parti. Namun keesokan harinya, Gabriel memberitahu Leonardo yang dia mabuk dan tidak ingat akan apa yang berlaku walaupun hakikatnya, Gabriel juga menyukai Leonardo. Giovana yang cemburu akan hubungan di antara Gabriel dan Leonardo menjauhkan diri dari kawan baiknya sehinggalah Leonardo mengakui yang dia adalah gay dan menyukai Gabriel.

Leonardo & Gabriel

No wonderlah filem ini banyak memenangi anugerah di festival filem sebab filem ini memang bagus. Memang di antara filem gay terbaik yang pernah dihasilkan. Jalan cerita, sinematografi, lakonan, semuannya memang terbaik. Berbalik kepada lakonan, pelakon utama filem ini yang membawa watak Leonardo memang mengagumkan. I thought he was really blind in real life. Such a good actor and he's so cute. Watak Giovana juga sangat best. Seorang remaja perempuan yang jatuh cinta kepada kawan baiknya dan bila dia jealous akan hubungan Leo dan Gabriel, aku memang rasa simpati terhadap wataknya. And Gabriel... He is so hot. Banyak babak yang sangat sweet. I smile from the beginning til the end of this movie, And the ending is so positive. I love the ending especially the last scene. Definitely a must watch movie of the year. 

Rating: 

1 ulasan:

  1. Lpas je tgok pos ni trus carik kat youtube & google.... Dpt yg trailler jer.... Huhuhu.... Mcm best jer....

    BalasPadam