Iklan

Ahad, 13 Julai 2014

Q&A with F.I: Part 2

Hello!!!

Ramadan ni agak malas sikit nak update blog. Bukan apa, agak kurang comfortable sikit. Tapi ramai yang tanya soalan pasal Forbidden Love dan juga novel baru. So kat sini aku nak compile segala soalan dan jawapan sekali. Maaflah tak dapat nak reply awal-awal. 

Q: Bila nak sambung Forbidden Love 2?

A: Aku memang plan nak sambung FL, tapi bukanlah dalam waktu yang terdekat ni. Maybe selepas novel yang baru ni, aku akan sambung balik FL. Banyak idea actually yang bermain-main dalam kepala so tunggu jelah ya nanti. 


Q: Bila nak keluar novel baru?

A: Mula-mula aku plan nak release je terus after FL habis, tapi aku hold dulu so lepas raya aku akan mula post. Sekarang ni aku siapkan beberapa chapter dulu so nanti waktu menunggu untuk setiap chapter tak lama. 


Q: Boleh ceritakan sedikit pasal novel baru?

A: Tajuk dia adalah 'Strange Love'. Hehe. Still nak love jugak... Novel ni genre dia pun sama dengan Forbidden Love iaitu romantik komedi. Watak utama dia ialah Afizi yang baru sahaja bekerja sebagai jururawat di hospital swasta dan demi mencari duit lebih dia menerima tawaran untuk bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Irham, yang merupakan seorang pelumba motorsikal professional tetapi menjadi lumpuh akibat kemalangan semasa pertandingan. 


Q: Kenapa kau 'bunuh' Abang Tarmizi?

A: Erkk... Actually idea tu timbul secara tiba-tiba. Sebab dari awal aku menulis cerita ni aku tau, Fi akan bersama dengan Zain di hujung cerita tetapi masa pertengahan cerita, I was like tak mungkin Fi akan putus hubungan dengan Abang Tarmizi untuk bersama dengan Zain. Sebab dia dah lama suka pada Abg Tarmizi. Ya mungkin Fi lagi sukakan Zain tetapi Abang Tarmizi adalah idaman dia sejak di bangku sekolah lagu. 


Q: Di mana Abang Tarmizi kena langgar?

A: Setting novel ni memang kat Shah Alam. So masa aku menulis part tu, tempat yang ada dalam otak aku adalah round about Sec 2. Huhu, sebab my friend almost kena langgar bas kat situ, so aku ambil inspirasi dari situ. 


Q: Tak nak publish ke novel Forbidden Love?

A: Erkk... Tak kot lagipun aku bukanlah full time writer. Ni pun just suka-suka berkongsi bakat yang terpendam dengan korang. So memang takde plan pun nak publish. 


That's all from me. So nantikan novel baru aku selepas raya nanti. Dan juga, lepas raya nanti aku akan kembali review movie-movie gay yang baru. Adalah several yang aku tengok sebelum puasa hari tu but belum sempat review lagi. 

Thank you!!!

1 ulasan:

  1. Kau pun fan of sterek dr teen wolf jugak ea?aku mmg yes!suka gila..the director itself ckp dia akn consider that kind of relationship nnt

    BalasPadam