Hello!!!
Aku sebenarnya teragak-agak jugak samada nak publish ke tak nak publish post ni. Sebab kalau boleh aku dah tak nak pikir pasal benda yang dah berlalu. Tapi bila fikir balik, ada baiknya jugak aku share cerita dengan readers blog. Manalah tau boleh dijadikan panduan.
So, first sekali aku nak bagitahu yang aku dah single sejak dari seminggu yang lalu. Huhu. Walaupun aku sememangnya dah prepare tapi bila dah putus tu perit jugak. Emosi aku pun memang tak stabil masa tu but still aku berjaya mengharungi minggu pertama yang agak memenatkan jugak.
Aku cuma pernah menjalinkan hubungan serius dengan 3 lelaki sahaja. Dua hubungan aku sebelum ni berakhir masa aku masih lagi awal 20-an dan hubungan antara aku dengan 2 orang tu pun singkat jer. Kali ini, hubungan yang dibina untuk 3 tahun pula berakhir. So feel dia tu agak lain sikit. Huhu.
Punca perpisahan? Actually sejak dari awal tahun lagi, hubungan kami macam tegang sikit. Bf aku tu.. Hmm ex-bf aku tu merupakan anak sulung dari 4 beradik. Adik dia yang number 2 dan 3 sudahpun kahwin. Then awal tahun hari tu, yang nombor 4 pula bagitahu nak kahwin. So pressure dari family dia agak kuat sikit. Even, his grandparents cakap yang nombor 4 ni takleh kahwin selagi abang sulung (my ex bf) tak kahwin. Masa aku tahu pasal ni, aku dah prepare myself for the worst.
Then, tak lama selepas tu, his sister yang sememangnya baik dengan aku beritahu pasal plan untuk menjodohkan my ex tu dengan another girl and my ex sendiri pun dah setuju. But the problem was he never told me about it. Aku memang dah terasa hati jugak masa tu tetapi takdelah aku tunjuk depan dia. Aku tahu pasal ni dalam bulan tiga tapi aku senyap je sebab nak bagi peluang untuk dia beritahu aku sendiri tapi sampai bulan 8 dia tak beritahu juga aku pasal gadis yang akan dijodohkan dengan dia ni.
Sehinggalah aku dapat tahu, masa majlis pertunangan adik bongsu dia dalam awal bulan 8 hari tu yang urusan merisik untuk dia akan bermula bulan September ni. Masa aku dengar perbualan Umi dia dengan Makcik-makcik yang lain, dia pun turut ada sama. Muka dia memang nampak merah sangat. Aku pula masa tu memang dah nekad dah.. that's it. 3 tahun kot.. Aku mungkin lah sedih kalau dia bagitahu yang dia nak kahwin tetapi at least dia bersikap jujur. Ni sampai ke sudah dia tak berani nak berterus terang.
Selepas majlis tu dia nak hantar aku balik tetapi aku tumpang his sister dengan her husband. Malam tu baru lah dia message explain everything, the pressure and everything lah. Then aku just tanya dia, hubungan kita macam mana. Dia suruh aku bagi dia masa seminggu. Tipulah dalam masa seminggu tu aku cakap kalau aku tak mengharap yang hubungan kami akan berterusan. Tapi dlm masa yang sama jugak aku dapat rasakan memang hubungan kami akan sampai setakat ni je.
A week later, kami just message and dia decide untuk putus. Lepas dia cakap putus, aku just reply ok then terus off phone. Walaupun aku memang dah prepare dan expected pasal ni, tapi sakitnya tu still terasa jugak. 3 years kot...
Aku memang takde mood sangat masa tu, tapi aku still pikir positif. Benda yang paling positif sekali ialah aku beritahu diri sendiri Tuhan tak nak bagi aku buat dosa banyak sangat. Memang menjadi teknik tu. Huhu. Aku mula tenang dan ready to let go everything between us. So genap lah seminggu aku single balik after 3 years relationship.
My friends dah suggest Grindr lol... Aku siap install lagi tapi tak sempat register pun terus aku uninstall. I'm not ready lagi kot. No matter what, aku actually agak bangga dengan diri sendiri sebab masa aku putus sebelum ni dengan previous bf, aku agak kebengongan sikit but this time, I guess aku dah mature kot. Pandai buat, pandailah tanggung.
Itu lah cerita tragis aku. Mood nak mengarang pun agak ke laut sekarang. Sekarang ni aku just nak tengok cerita-cerita komedi jer. Malas nak emo-emo ni. Chow.