Iklan

Khamis, 7 Ogos 2014

Movie: My Bromance

Hello!!!

Salah satu movie yang paling aku tunggu-tunggu adalah My Bromance. My Bromance ni adalah filem dari negara Thailand. Rasanya dah keluar sejak dari awal tahun lagi cuma DVD baru je keluar bulan Julai yang lepas. 


My Bromance mengisahkan Golf (Fluke Teerapat) yang telah kematian ibunya dan hanya tinggal bersama bapanya. Pada suatu hari bapanya membawa pulang seorang wanita dan remaja lelaki. Bapanya memperkenalkan wanita itu sebagai isterinya dan remaja lelaki yang bernama Bank (Fluke Pomgsatorn) adalah adik tirinya. 


Golf yang tidak dapat menerima kenyataan yang bapanya telah melupakan segala memori bersama ibunya, melayan Bank dengan teruk. Dia selalu memarahi Bank dan menjadikan Bank sebagai orang suruhannya. Namun Bank selalu bersabar dengan segala perbuatan abang tirinya. Lama-kelamaan Golf mula lembut hati dan mereka berdua menjadi rapat. Namun, perasaan cemburu mula timbul dalam diri Golf apabila pelajar lelaki popular di sekolah mereka, cuba untuk memikat Bank. 


I think this movie is so cute.. Banyak babak-babak yang sangat cute dan juga funny di antara Golf dan Bank. Ceritanya juga bergerak sangat pantas. Rasanya almost 2 hours juga kot filem ini. Tetapi, tak rasa pun sebab banyak sangat babak-babak menarik di antara mereka berdua ni. Chemistry dua pelakon yang bernama Fluke ini juga sangat bagus. They look so good together. Even watak kawan-kawan mereka pun sangat entertaining. The ending. Hmmm. I was such a mess actually after watching this movie. Quite depressing but still beautiful. Definitely a must watch movie.


Boleh tanya kat sini adab1911@gmail.com kalau ada sapa yang nak beli or kalau internet korang laju boleh tengok kat youtube (courtesy of Kuda Lakorn)

http://www.youtube.com/watch?v=NNbbSNb5pSc&feature=youtu.be

Rating: 

3 ulasan:

  1. motif pelajar lelaki hot kat sekolah nak ngorat lelaki? hurm...

    BalasPadam
  2. best la.. sweet and sad ..

    BalasPadam
  3. dah tgk.. 3bintang je.. sbb pelakon xmenjiwai watak haha tetiber.. x romantik sangat.. huhu

    BalasPadam