Iklan

Isnin, 11 Ogos 2014

Gay Novel: Broken Pieces by Riley Hart

Hello!!!

Sekarang ni minat membaca aku menjadi makin meluap-luap. Entahlah kenapa. Kalau ada masa terluang jer, mesti aku buka app IBooks di Ipod Touch aku, then start membaca sampailah aku jemu. Selain daripada novel-novel biasa (John Green & Rainbow Rowell paling favorite right now), aku juga ada juga download novel-novel bergenre gay ni. Cuma hari ni aku just nak share satu novel gay yang paling memberi kesan kepada aku iaitu Broken Pieces by Riley Hart. 


Cover dia agak seksi sikit. Huhu. Sedikit sinopsis pasal novel ini. Mengisahkan kehidupan dua orang remaja lelaki yang tinggal bersama keluarga angkat. Josiah merupakan seorang remaja lelaki yang pemalu dan banyak menghabiskan masa sendirian sehinggalah ibubapa angkatnya membawa masuk seorang remaja lelaki, Mateo yang merupakan seorang yang bermasalah. Mateo terlibat dalam kegiatan gangster dan penjualan dadah. Walaupun Josiah dan Mateo sangat berlainan di antara satu sama lain, tetapi mereka menjadi rapat apabila Mateo seringkali melindungi Josiah daripada menjadi mangsa buli. Hubungan persahabatan di antara mereka bertukar menjadi rasa cinta dan mereka mula menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan ibubapa angkat mereka. Sehinggalah suatu hari, bapa angkat mereka dapat menghidu hubungan mereka dan menghalau Mateo dari rumah. Josiah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan mencari Mateo. Mateo dan Josiah tinggal bersama dan Mateo telah terlibat kembali dalam pengedaran dadah. Pelbagai masalah timbul sehinggalah Mateo membuat keputusan untuk menghalau Josiah dari hidupnya demi untuk menjaga keselamatan Josiah. 

Beberapa tahun berlalu dan Josiah yang masih lagi kecewa ditinggalkan Mateo lebih suka menyendiri. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang peguam, Tristan. Tristan yang tertarik dengan Josiah bersetuju untuk membantu Josiah mencapai cita-citanya untuk belajar di kolej. Walaupun Tristan cuba untuk menyembunyikan perasaannya, namun Josiah merasakan yang Tristan juga menyukainya. Josiah yang masih lagi menyintai membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Tristan. Tristan yang tidak suka akan komitmen akhirnya turut akur dengan perasaannya. Mereka mula menjalinkan hubungan. Di hari graduasi Josiah, Mateo muncul kembali cuba untuk menagih cinta Josiah. Josiah yang masih lagi menyintai Mateo, keliru dengan apa yang patut dilakukannya. 

Aku rasa novel ni memang menghiburkan. Ia terbahagi kepada tiga bahagian (Mateo/Josiah, Tristan/Josiah dan Mateo/Tristan/Josiah) Ending dia agak weird but I still love it. Aku suka dengan ketiga-tiga character utama especially Josiah. Ada certain babak agak creepy terutama babak yang melibatkan ketiga-tiga karakter utama. I think to those yang suka dengan novel macam Fifty Shades of Gray will love this novel, sebab ada banyak babak-babak erotik from this novel. Agak pelik bila penulis wanita yang menulis novel. Hebat sungguh imaginasi dia. 

Sapa-sapa yang ada application IBooks, kalau teringin nak baca, bolehlah request kat aku. Aku cuma ada file Epub so untuk baca kena guna Iphone, Ipod Touch or Ipad je. Rasanya lah. Aku agak kureng sikit bab-bab teknologi ni. 

Rating:

6 ulasan:

  1. Novel ke? Nanti nak google lah, haha.

    BalasPadam
  2. omg! darling mana strange love nyerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strange Love still dalam pembikinan. Sorry.. Otak tengah jammed

      Padam
  3. Tgh mmbaca novel nih...haha...cari² kt google,dpt download free kt android

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat membaca. Jangan terangsang dahlah. Hehe

      Padam