Iklan

Selasa, 26 Ogos 2014

Single...

Hello!!!

Aku sebenarnya teragak-agak jugak samada nak publish ke tak nak publish post ni. Sebab kalau boleh aku dah tak nak pikir pasal benda yang dah berlalu. Tapi bila fikir balik, ada baiknya jugak aku share cerita dengan readers blog. Manalah tau boleh dijadikan panduan. 

So, first sekali aku nak bagitahu yang aku dah single sejak dari seminggu yang lalu. Huhu. Walaupun aku sememangnya dah prepare tapi bila dah putus tu perit jugak. Emosi aku pun memang tak stabil masa tu but still aku berjaya mengharungi minggu pertama yang agak memenatkan jugak. 

Aku cuma pernah menjalinkan hubungan serius dengan 3 lelaki sahaja. Dua hubungan aku sebelum ni berakhir masa aku masih lagi awal 20-an dan hubungan antara aku dengan 2 orang tu pun singkat jer. Kali ini, hubungan yang dibina untuk 3 tahun pula berakhir. So feel dia tu agak lain sikit. Huhu. 

Punca perpisahan? Actually sejak dari awal tahun lagi, hubungan kami macam tegang sikit. Bf aku tu.. Hmm ex-bf aku tu merupakan anak sulung dari 4 beradik. Adik dia yang number 2 dan 3 sudahpun kahwin. Then awal tahun hari tu, yang nombor 4 pula bagitahu nak kahwin. So pressure dari family dia agak kuat sikit. Even, his grandparents cakap yang nombor 4 ni takleh kahwin selagi abang sulung (my ex bf) tak kahwin. Masa aku tahu pasal ni, aku dah prepare myself for the worst. 

Then, tak lama selepas tu, his sister yang sememangnya baik dengan aku beritahu pasal plan untuk menjodohkan my ex tu dengan another girl and my ex sendiri pun dah setuju. But the problem was he never told me about it. Aku memang dah terasa hati jugak masa tu tetapi takdelah aku tunjuk depan dia. Aku tahu pasal ni dalam bulan tiga tapi aku senyap je sebab nak bagi peluang untuk dia beritahu aku sendiri tapi sampai bulan 8 dia tak beritahu juga aku pasal gadis yang akan dijodohkan dengan dia ni. 

Sehinggalah aku dapat tahu, masa majlis pertunangan adik bongsu dia dalam awal bulan 8 hari tu yang urusan merisik untuk dia akan bermula bulan September ni. Masa aku dengar perbualan Umi dia dengan Makcik-makcik yang lain, dia pun turut ada sama. Muka dia memang nampak merah sangat. Aku pula masa tu memang dah nekad dah.. that's it. 3 tahun kot.. Aku mungkin lah sedih kalau dia bagitahu yang dia nak kahwin tetapi at least dia bersikap jujur. Ni sampai ke sudah dia tak berani nak berterus terang. 

Selepas majlis tu dia nak hantar aku balik tetapi aku tumpang his sister dengan her husband. Malam tu baru lah dia message explain everything, the pressure and everything lah. Then aku just tanya dia, hubungan kita macam mana. Dia suruh aku bagi dia masa seminggu. Tipulah dalam masa seminggu tu aku cakap kalau aku tak mengharap yang hubungan kami akan berterusan. Tapi dlm masa yang sama jugak aku dapat rasakan memang hubungan kami akan sampai setakat ni je. 

A week later, kami just message and dia decide untuk putus. Lepas dia cakap putus, aku just reply ok then terus off phone. Walaupun aku memang dah prepare dan expected pasal ni, tapi sakitnya tu still terasa jugak. 3 years kot... 

Aku memang takde mood sangat masa tu, tapi aku still pikir positif. Benda yang paling positif sekali ialah aku beritahu diri sendiri Tuhan tak nak bagi aku buat dosa banyak sangat. Memang menjadi teknik tu. Huhu. Aku mula tenang dan ready to let go everything between us. So genap lah seminggu aku single balik after 3 years relationship. 

My friends dah suggest Grindr lol... Aku siap install lagi tapi tak sempat register pun terus aku uninstall. I'm not ready lagi kot. No matter what, aku actually agak bangga dengan diri sendiri sebab masa aku putus sebelum ni dengan previous bf, aku agak kebengongan sikit but this time, I guess aku dah mature kot. Pandai buat, pandailah tanggung. 

Itu lah cerita tragis aku. Mood nak mengarang pun agak ke laut sekarang. Sekarang ni aku just nak tengok cerita-cerita komedi jer. Malas nak emo-emo ni. Chow. 

17 ulasan:

  1. sabar rr beb, kdg kenyataan mmg perit

    wish u all the best for the next...dun wurry, ada hikmah tuh, didik ang lagi matured, kalau sedih bleh je sembang2.. aku pendengar yg baik

    haha...smpat lagi

    all the best beb!

    BalasPadam
  2. Hi there...

    Btw, sorry to hear that. Actually, Eiman pun tak sure nak nasihatkan apa. Cause Eiman rasa that we are differ from each other (dari apa yang Eiman kenal F.I dalam blog). Tapi hope F.I dapat fikirkan dari apa yang Eiman nak share.

    1st, Eiman tak rasa like off the phone is the best way to avoid your ex.Yes, I know that you're under pressure. Tapi, kalau F.I buat macam tu macam F.I tak strong enough to face and handle that thing. Well, benda pun dah 1 week kan? So maybe you're back. Hehehe...

    2nd, maybe your ex cakap macam tu bersebab. Sekarang dia dah pressure sebab his parents suruh kahwin. Dia boleh kahwin dengan pilihan family dia and still be with you. Tapi maybe dia fikir buat macam tu akan bagi dia pressure lagi. And yes, dia akan bagi pressure pada F.I juga. Maybe dia tak nak tengok F.I sedih once his getting married. Right me if I am wrong.

    3rd, Eiman rasa macam terlalu awal untuk F.I involved balik with the world (installing Grindr even you already uninstall it. Hehehe...). This world is really cruel for people like us. Eiman suggest that F.I just rest for a while. Bila dah rasa okay and dah confident that F.I dah strong nak masuk battlefield balik, so be ready again. Hehehe...

    Maaf, kalau apa yang Eiman cuba sampaikan too obvious for you.

    All the best for you...

    Be strong

    "Sometimes you will miss the memories, not the person"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Eiman for your advice!!! Really appreciate it.

      Padam
    2. as a woman I'd like to remind all closeted gay men out there who is married to women to please not treat your wives like a veil to hide your homosexuality. I'm a lesbian, i faced the pressure to get married but i didn't go through with heterosexual marriage to cover my homosexuality. so please, treat women like human beings with real feelings, and don't do dick things like having a man on the side. be a man about it, no pussy footing.

      all the best.

      Padam
  3. You made the rite decision

    BalasPadam
  4. You made the rite decision

    BalasPadam
  5. You made the rite decision

    BalasPadam
  6. Nah, you;ll be just fine. Well, this is malaysia and muslim country! Cinta PLU takleh nak bawak kemane pon actually....good that you have had prepared earlier for this :)

    BalasPadam
  7. Actually cuma nk cakap,it's good fir da prepare.Whenever you fall in love with anyone just dont hold up to much hope and prepare for everything.Perasaan yang bersedia untuk melepaskn tu mesti sentiasa ada untuk sesiapa in relationship so that kita x heartbroken sgt.do enjoy your single life.Serious,it will have a lot more fun than you think

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah.. I'm going to enjoy my single life. Thank you Adam

      Padam
  8. Be strong !
    Perpisahan itu memang menyakitkan. Lagi-lagi kalau dah lama in relationship.
    Plus cinta yang macam ni. Apa-apa pun all the best after this. Banyakkan berdoa.

    BalasPadam
  9. rileks je... love can come and happen in many differents way...
    just embrace ur self with peaceful, and insyallah u will be fine..

    maybe something beautiful will happen to u after this...

    BalasPadam
  10. It's good to hear that you're doing fine with your break up. Stay strong, FI.

    BalasPadam