Iklan

Khamis, 21 Ogos 2014

Teenage Years

Hello!!!

Hari ni aku nak share cerita masa aku zaman remaja. Tiba-tiba jer teringat zaman remaja aku beberapa tahun dahulu. Kadang-kadang bila teringat balik, aku tersenyum. So hari ni just nak berkongsi mengenai kehidupan aku masa aku bergelar seorang remaja. Apa yang menjadi kesukaan aku pada masa itu.

Harry Potter


Bukan sahaja novel, tetapi filem Harry Potter sendiri memang menjadi kegemaran aku. It's very easy to relate to the characters in the books. Even sampai sekarang, kalau ada filem Harry Potter main kat tv, aku still akan tengok walaupun dah tengok beberapa kali. 


Roswell, Angel, One Tree Hill, Dawson's Creek & Charmed






Masa ni juga, aku mula menonton siri tv dari Amerika Syarikat. Banyak jugaklah yang aku follow tapi paling aku suka adalah these five shows. Roswell (Team Michael/Maria), Angel, One Tree Hill, Dawson's Creek (Jack!!!) dan juga Charmed. Tahap obses aku agak ketara jugak lah. Kalau cerita Roswell tu sanggup aku tengok berita pukul 8 malam yang berbahasa cina, semata-mata untuk cop tv jam 8.30 nak tengok Roswell. Huhu. One Tree Hill lagi lah. Sanggup tak makan demi untuk beli DVD. Sekarang ni pun aku still tengok dan follow banyak tv series tapi cerita yang aku tengok sekarang agak matang. Hehe. 


Reality TV (Survivor & America's Next Top Model)



Sampai sekarang aku masih lagi menonton realiti tv show, tetapi semuanya bermula daripada dua rancangan ni. Survivor dan ANTM. Aku ni memang agak competitive so bila tengok rancangan berbentuk pertandingan ni memang aku suka. Sampai sekarang aku masih lagi duk menonton rancangan ni. Lama giler kot. Especially Survivor yang aku tengok sejak dari Season 1 sampailah Season 29 yang akan ditayangkan September nanti. 


mIRC


Sapa-sapa yang suka chatting mesti ingat lagi kan ikon ni. Huhu. Aku dulu agak suka jugak chatting masa zaman remaja. Channel kegemaran sudah semestinya #sayangabang dan juga #batang. Huhu. Wujud lagi ke tak channel tu. Even mIRC ni pun aku tak tau ada lagi ke tak. Maybe ada lagi kot orang yang chat kat sana. Ada sapa-sapa tau ke channel apa yang sesuai untuk Freak Like Us ni? Huhu. 


Dragonball


Komik!!! Selain daripada komik dari Hong Kong, aku agak obses sangat dengan komik Dragonball ni. Sanggup kumpul duit and kongsi dengan cousins semata-mata untuk beli komik yang berharga RM3.50 (harga pada masa tu). Since aku ni sekolah lelaki, hampir setiap hari topik perbualan kami di sekolah ada pasal Dragonball. Huhu. 


Muzik Pop

Masa remaja, aku memang tak suka dengar muzik lain selain Pop. Rock ke, R&B ke atau Country ker, memang aku tak suka dengar. Siapa artis favorite aku masa aku remaja. Hmm... S Club 7 (Siap tengok lagi cerita dia org kat Disney walaupun cerita tu agak bodoh sikit), Westlife, Blue, N'Sync, Britney Spears, Avril Lavigne and banyak lah lagi. Sekarang ni citarasa muzik aku dah diverse dah. Still suka muzik Pop tapi dalam masa yang sama aku dah mula dengar muzik-muzik lain. 


Bollywood

Masa aku remaja jugak, aku paling suka tengok filem-filem Bollywood. Kalau hari Jumaat dan Sabtu tu memang tak sah kalau tak tengok. Aku pun tak sure kenapa aku suka sangat. Cerita yang betul-betul memberi impak pada aku dan buat aku mula follow filem-filem Bollywood adalah Dilwale Dulhania Le Jayenge. Sebut je filem apa, mesti aku tahu. Sekarang pun aku still follow pasal Bollywood ni cuma dah tak obses macam dululah. 

Itu je lah kot yang paling significant pasal aku masa aku remaja. Aku ni lebih suka habiskan masa kat rumah jer. 

10 ulasan:

  1. aku tengok charmed jugak. antm dengan survivor pun tengok. tu pun sebab kakak aku yg tengok dulu and aku terpengaruh. the apprentice yang donald trump tu pun aku tengok jugak. hahaha

    BalasPadam
  2. zaman kanak-kanak aku tercemar dengan Survivor dgn Charmed... hhaha

    BalasPadam
  3. Charmed ! Awesome gila ! Tapi tak ikuti sampai habis sebab entah. aku pun dah lupa. Survivor best. But ntv7 dah tak ambik lagi dah. Kau layan kat mana Survivor ? ANTM tu pun season 21 entah bila nak masuk starworld.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup ntv7 dah tak ambik survivor lagi. Aku biasanya download jer. ANTM21 rasanya dah main kat starworld itu hari

      Padam
    2. Eh yang itu hari bukan cycle 20 ke ? Yang first time ada boys. 21 tak masuk lagi.

      Padam
    3. sorry. Yang tu memang 20. 21 baru jer main. Tengok kat Youtube jer hari tu.

      Padam
  4. Bab yang cop TV tu, mcm perangai aku sangat!

    BalasPadam