Iklan

Jumaat, 5 September 2014

20 Facts About Me!!!

Hello!!!

Terima kasih sangat pada siapa yang sudah baca Stranger Love Part 1. Happy sangat baca komen positif daripada korang. Part 2 still dalam proses. Hopefully by this Sunday, aku dapat publish. 

Petang semalam, ada orang tag kat aku di Instagram pasal 20 Facts (That You Might Not Know) About Me. Takde maknanya aku nak menaip panjang-panjang di Instagram pakai telefon. So aku fikir baik aku post je kat sini walaupun orang yang tag aku tu tak tahu pun kewujudan blog ni. Huhu. Lantaklah...

So here are 20 facts about me. 

1. Aku orang Kelantan!!! The Red Warriors!!! (Kenegerian giler fact yang pertama. Huhu)

2. Aku ada Master dalam bidang (tut) tapi entah macam mana aku boleh kerja di private school sebagai seorang guru di dalam bidang Accounting, Matematik & Sejarah. Memang takde kena mengena dengan Master aku pun. Huhu. 

3. Aku obses dengan losyen lol!!!! Haha. Seharian tak pekena losyen rasa cam tak selesa. OCD tahap ringan-ringan je ni kot. Lepas mandi atau sebelum tidur, aku memang akan pekena losyen. Ramai orang tak suka sebab lotion ni kat sticky, tapi aku suka... Losyen favorite? Hehe.. Vaseline dan juga Palmer yang bau coklat/koko tu.. Rasa cam nak gigit diri sendiri je.

4. Aku seorang yang suka tengok tv siri tak kira lah dari negara mana. Dalam laptop aku ni penuh dengan cerita-cerita tv show yang popular. Antara siri tv kesukaan aku sekarang ialah The Vampire Diaries, Game of Thrones, Please Like Us, Devious Maids, Arrow, Revenge, Once Upon A Time, Bones, Pretty Little Liars, uis memang takkan habis list favorite aku ni.. So baik aku stop sekarang..

5. Aku anak sulung dari 4 adik beradik. Semua lelaki. Kesian Mak aku...

6. Aku suka baca novel. Koleksi novel aku memang giler jugak. Tapi ada jugak novel aku yang telah dihancurkan oleh adik aku. Dia pergi gunting cover novel then gunakan untuk buat main bola yang biasanya guna kotak rokak tu. Creative sungguh. Genre novel yang aku paling suka adalah 'Young Adult' walaupun aku dah masuk kategori 'Adult'... Huhu mungkin sebab aku suka membaca sejak dari remaja lagi. Lagipun novel untuk orang dewasa ni intense sangatlah. 

7. Hantu beg!!! Aku bukan suka sangat beli baju, kasut atau seluar tapi beg aku memang psiko sikit. Tak kiralah beg sandang, beg bimbit and kalau boleh beg laptop pun aku nak tukar. Huhu. Beg paling mahal yang aku pernah beli adalah dalam lebih kurang RM400. Tapi mujur ada discount. Lupa lak berapa percent tapi agak reasonable jugak lah harga dia.

8. Aku suka dengar muzik. I listen to so many kind of music. Album kegemaran aku sekarang adalah In The Lonely Hour from Sam Smith (sesuai sangat dengan aku yang tgh frust ni huhu) dan lagu kegemaran pulak... Hmmm banyak tapi aku suka nyanyi lagu Shower (Becky G) sekarang ni. Of course lah kat dlm bilik air. Feeling giler kot. 

9. Aku pakai phone Lenovo. Ringtone aku sekarang ialah Shouldn't Come Back (Demi Lovato) dan message notification pulak 'Show On Me'. Bunyi dia cam siren ambulan skit..

10. Aku single sekarang ni. Sejak 2 minggu yang lalu. So ada sapa nak berkenalan ker? 

11. Tabiat buruk yang sukar untuk aku tinggalkan ialah pantang tengok cotton buds. Mesti akan ambik untuk korek telinga. Even dalam puasa baru ni pun kadang-kadang aku terbabas tanpa disedari. Syok kot... 

12. Tak tahulah napa aku cukup suka dengan citer Bollywood. Walaupun kat Malaysia ni, filem Bollywood dah tak popular sangat, aku still suka tengok. Citer last yang aku tengok adalah Ek Villain. Lagu dia best giler.... Hero dia pun buat aku tak senang duduk jer. Cuba korang Google 'Sidharth Malhotra'. Senang duduk tak korang?

13. Aku suka shopping kat F.O.S dan Camel. Memang tu lah destinasi aku kalau nak beli baju kerja dan juga baju kasual. 

14. Aku suka kumpul tiket wayang. Huhu.. Sejak dari 2006 lagi koleksi aku. Banyak jugaklah. Sekarang ni tengah bersepah so nak beli buku or maybe card holder untuk letak tiket wayang tu. Selain tiket wayang aku juga suka kumpul tie dan perfume. 

15. Favorite Superhero aku adalah Superman. And Superman/Clark Kent favorite aku pulak adalah Tom Welling (Smallville).

16. Aku suka kencing duduk.. Eh fakta apakah ini.. Huhu

17. Aku memang suka mengajar. Sejak sekolah lagi aku rajin jadi volunteer untuk mengajar kawan-kawan dan juga junior. Perangai suka mengajar ni berterusan ke zaman universiti dan sehinggalah sekarang dapat jadi cikgu. Aku baru je dapat offer untuk jadi lecturer tapi tak sure lagi macam mana. 

18. Aku suka naik keretapi. Walaupun lambat sangat nak sampai ke Kelantan tapi aku prefer train dari bus or flight. Rasa selamat sangat. Nak pergi toilet pun senang. 

19. Fakta ni agak tragis sikit. Sampai sekarang aku tak pandai drive. Ex aku pernah ajar drive tapi aku pergi langgar pagar. Aku ni jenis pelik sikit. Kau suruh pusing kanan, aku akan pusing kiri. Even dari zaman sekolah lagi, aku memang fail bab-bab kawad. Orang pusing kiri, aku pusing ke kanan. Mungkin sebab aku mudah gabra kot. Hopefully sebelum umur 30 tahun aku dapat drive. 

20. Pengalaman manis sepanjang aku hidup ialah dapat menamatkan pengajian Master di UiTM. Struggle giler tapi berjaya menghabiskan pengajian dengan hanya tempoh 1 tahun setengah. Pengalaman pahit, kehilangan ayah tercinta. Perit kot... :(

Okay, dengan ni aku nak tag blogger-blogger lain jugak. Aku nak korang post 20 facts yang pembaca korang mungkin tak tahu pasal korang. So silakan atau dalam bahasa Kelantan sleke.. Gibb, Putera, Shark, Adam Hakim, Zacky, Mr. Unknown dll lagi.. 

Bye!!!

9 ulasan:

  1. Yes! Tak ada nama Eiman. So tak perlu lah nak tulis kan?

    Btw,

    From 1 to 20. Just one fact yang sama dengan Eiman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ada tulis dll tu.. so kena tulis jugak. Hehe

      Padam
  2. Ringtone aku sekarang Shake It Off - Taylor Swift, message tone She Looks So Perfect - 5SOS. Kau dah tengok video anaconda nicki minaj? Lol hahahaha

    BalasPadam
  3. Dude, kencing duduk lebih bersih berbanding kencing berdiri. Tak rasa was-was kena pakaian.

    BalasPadam
  4. Faktar no 17 tu sama dgn saya :)

    BalasPadam
  5. aku teringin gak nk buat.. but skrg xleh sbb nk update unspeakable love dulu.. klu aku buat pasal 20 facts ni, nanti org ramai meroyan..

    BalasPadam
  6. dlm byk2, aku paling tertarik dgn fakta #19 tu.. x dpt bayangkan camne kau kawad dulu. hoho..

    langgar pagar ok lg..asal jgn ada kemalangan serius dah la.

    BalasPadam
  7. Im driving since i was 16....haha....maksudnya skrg lah...lol

    BalasPadam