Iklan

Isnin, 22 September 2014

Gay Anime: Love Stage!! Season 1

Hello!!!

Aku ni bukanlah peminat tegar anime sangat, tetapi kadang2 tu tengoklah jugak gay anime dari Jepun atau lebih famous lagi dengan panggilan 'Yaoi'. Dalam dua bulan yang lepas aku ada check kat satu forum ni, citer apa yang tgh famous. Ramai suggest cerita ni. So aku pun tengoklah. 


Love Stage!! mengisahkan Izumi Sena yang dilahirkan di dalam keluarga seni. Ayahnya merupakan seorang penyanyi, ibunya adalah aktres terkenal dan abangnya, Shogu Sena adalah vokalis kepada rock band popular di Japan. Malangnya Izumi tidak berminat untuk menceburi bidang seni ekoran tidak mempunyai keyakinan pada dirinya. Satu-satunya pengalaman Izumi di dalam bidang seni adalah dengan berlakon sebuah iklan 10 tahun yang lepas bersama ibubapanya. Itu pun Izumi dipaksa untuk berpakaian sebagai budak perempuan kerana model kanak-kanak perempuan tidak dapat datang. Di sana juga, Izumi bertemu dengan budak lelaki yang banyak membantunya menghilangkan perasaan berdebarnya iaitu, Ryoma Ichijo. 


Sepuluh tahun telah berlalu dan sempena ulang tahun ke sepuluh iklan itu, pihak produksi ingin membuat versi baru iklan tersebut. Ryoma Ichijo kini adalah seorang pelakon lelaki popular dan dia menetapkan syarat yang dia hanya akan terlibat dengan iklan itu, jika budak perempuan yang berlakon bersamanya 10 tahun lepas bersetuju untuk terlibat sama. Izumi sekali lagi terpaksa untuk bersetuju kerana ibunya amat meminati lakonan Ryoma Ichijo. Apakah reaksi Ryoma Ichijo apabila mengetahui budak perempuan yang amat disukainya selama 10 tahun adalah lelaki?


Anime ini ada 12 episod. Baru sahaja habis dalam minggu lepas. Seriously, cerita ni kelakar sangat. Sampai guling-guling aku tengok. Sekarang ni aku tengah layan manga version pulak. Hopefully cerita ni akan ada season 2 sebab this is one of the best anime series yang pernah aku tengok. Lagi best dari Junjou Romantica & Sekai-ichi Hatsukoi. 

Untuk sapa yang nak tengok citer ni boleh tanya En Adri kat adab1911@gmail.com. Aku tak sure dia ada jual tak anime tapi korang boleh jer suruh dia download dan beli dengan dia. 

3 ulasan:

  1. Salam .. looking for a new anime ..then terbaca ur blog .. semalam juga i khatam citer nie .. tetiba nak jadi BL fan. hahaha. Thanks for the info .. :p

    BalasPadam
  2. Salam... abg fi! Tahu tak yaoi OVA, sbb sy xsuka tgk yg series ni -.- menyampah xD cube abg layan Kirepapa :3 best~ kalau tahu yaoi OVA yg best.. bgtau ah~

    BalasPadam
  3. Aku agak terlewat sebab baru hari ni baca post ni. Papepon aku dah habiskan anime ni dan ianya tersangatla awesome!! Tapi aku lagi suka Sekai Ichi Hatsukoi. Dunno la, mgkin sebab Takano hensem sangat kott AHAKKSS!

    BalasPadam