Iklan

Isnin, 1 September 2014

Strange Love - Part 1

Bab 1

Afizi membetulkan tiub air di lengan pesakit yang sedang tidur di atas katil. Muka pesakit itu masih lagi pucat. Afizi mengambil carta pesakit yang ada di atas meja dan memeriksa jika masih ada apa-apa yang belum diselesaikannya. Sudah hampir tiga bulan Afizi bekerja di Duke Medical Center. Minggu depan dia akan menandatangani kontrak sebagai jururawat tetap di sini. Jadi dia tidak mahu berlaku sebarang masalah yang akan menggugat status kerjanya. 

Mohd Firdaus Bin Ahmad, 19 tahun, Pelajar.

Maklumat yang tertera di carta pesakit diperhatikannya satu persatu. Semuanya lengkap kecuali maklumat ahli keluarga pesakit. Afizi cuba mengingati siapa yang menghantar pesakit ini tadi. 

"Zain..." Agak lemah suara pesakit itu, tetapi jelas di telinga Afizi yang dia sedang memanggil seseorang yang bernama Zain. Pesakit itu mula membuka matanya perlahan-lahan. 

"Nurse... Kawan saya yang hantar saya dah balik ke?" tanya pesakit itu perlahan. 

"Saya tak sure lah pula. Nanti saya tengok kat luar ya," jawab Afizi sambil bergerak menuju ke arah pintu. Afizi membuka pintu dan melihat keluar jika orang yang dimaksudkan oleh pesakit itu berada di luar bilik. Ada seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa di ruang menunggu sambil melihat ke arah telefonnya. 

"Assalamualaikum. Awak ni kawan kepada pesakit bilik A6 ke?" tanya Afizi. 

Lelaki itu sedikit terkejut mungkin kerana tidak menyedari kehadiran Afizi sebentar tadi. 

"Ya saya. Saya boyf.. Hmm kawan dia. Dia macam mana? Okay tak?" tanya lelaki itu yang sedikit resah. 

"Dia dah okay sikit. Cuma badan masih lagi panas. Air dalam tubuh dia agak kurang. So that's why badan dia lemah. So dia kena stay malam ni. Oh ya, maklumat pesakit belum lengkap lagi. Boleh tak awak tolong isi bahagian yang saya tanda ni?" Afizi menghulurkan carta milik pesakit yang bernama Firdaus tadi. 

"Boleh. Tapi ada yang tak sure so kena tunggu kawan saya sedarlah ya," balas lelaki itu sambil tersenyum. Hampir luruh jantung Afizi melihat senyuman lelaki itu. 

"Dia baru je sedar tadi. So awak boleh masuk dalam bilik untuk tengok dia. Lagipun dia cari awak tadi," ujar Afizi. 

"Oh okay." Lelaki tadi mengikut Afizi dari belakang. Sebaik sahaja masuk ke bilik pesakit, Afizi bergerak menuju ke arah almari yang mengandungi bantal dan selimut tambahan yang disediakan untuk ahli keluarga yang menemani pesakit. Sedang dia mengambil barang-barang itu dari almari, Afizi dapat mendengar perbualan di antara pesakit itu dan kawannya. 

"Kenapa tak sentuh makanan langsung? Botol air masak pun penuh lagi. Kau memang suka buat aku bimbang kan Fi?" tanya lelaki itu kepada kawannya yang terlantar di atas katil dengan perlahan. 

"Bukan macam tu lah. Takde selera," balas pesakit itu perlahan. 

"Then minum air je lah. Ni air dalam badan pun dah kurang. Mujur aku balik awal tadi."

"Sorry... Dahlah Zain. Janganlah marah-marah. Ada nurse tu," ujar pesakit itu yang mungkin sedar Afizi sedang mencuri dengar perbualan di antara mereka berdua. Afizi cuba berlagak selamba sambil menyusun bantal dan selimut di atas katil tambahan. 

"Ni bantal dan selimut. Kalau perlukan apa-apa, boleh tekan butang yang ada dekat tepi katil tu ya," jelas Afizi kepada mereka berdua. 

"Okay. Terima kasih, bang. Nanti kejap lagi saya hantar borang ni." Zain merujuk kepada carta pesakit yang masih belum lengkap. 

"Okay. Selamat malam." Afizi keluar dari bilik pesakit sambil tersenyum. Nalurinya kuat mengatakan yang hubungan mereka berdua lebih dari hubungan di antara dua orang sahabat. Terdetik rasa cemburu di dalam hatinya yang masih lagi belum menemui insan istimewa di dalam hidupnya. 

xxx

Afizi menyandang begnya di bahu lalu mengambil kunci kereta yang disangkutnya di dinding. Sebaik sahaja keluar, Afizi terdengar suara ibu dan adik perempuannya. 

"Ila mintalah tangguh dengan pensyarah. Tunggu Along dapat gaji dulu," Ibu Afizi sedang memujuk adik perempuannya. Afizi dapat mengagak yang adik perempuannya memerlukan wang untuk menampung perbelanjaannya di kolej. 

"Ila dah bagitahu lah. Tapi semua orang dah bayar. Ila sorang je dalam kelas belum bayar. Kalau Ila tak bayar minggu ni, Ila tak boleh ikut pergi trip. Then kalau tak pergi trip, markah Ila kena potong tau. Umi mintalah dengan Along. RM 250 jer," balas Asilah, adik perempuan Afizi kepada ibunya. 

"Dah hujung bulan dah Ila. Along manalah ada duit sangat. Kasihanlah dengan dia. Dia pun mesti nak pakai duit untuk diri sendiri juga," balas ibunya. 

"Habis Ila ni, Umi tak kasihan. Semua pelajar pandang Ila semacam je. Ila malu tau!!! Dahlah. Ila malas nak pergi kolej kalau macam ni." Nada suara Asilah mula tinggi. 

Afizi mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Dia membuka dompet lalu mengira wang yang ada di dalamnya. RM 255.50. Afizi mengeluarkan 4 not RM50 dan 5 keping not RM10 dan berjalan menuju ke arah Asilah. 

"Ila ni duit. Pergi kelas. Jangan nak memonteng." Afizi menghulurkan wang kepada adik perempuannya. Riak muka Asilah mula bertukar menjadi gembira. 

"Terima kasih Along!!!" Asilah memeluk sambil mencium tangan abangnya. 

"Dah. Pergi siap cepat. Along nak pergi kerja dah ni." Asilah segera menuju ke biliknya dengan hati yang gembira. 

Afizi mengambil cawan yang berisi air teh di atas meja sambil menghirupnya perlahan.

"Along ada duit tak ni?" tanya ibunya. 

"Ada lagilah Umi. Jangan bimbang." Afizi terpaksa menipu ibunya kerana tidak mahu ibunya berasa rungsing. Sudah menjadi tugasnya sebagai seorang ketua keluarga untuk menjaga ibu dan adik perempuannya. Selepas kematian ayahnya dua tahun yang lepas, ibunya bertungkus lumus bekerja untuk menyara perbelanjaannya di universiti. Dan kini sudah tiba masanya pula untuk berkorban walaupun gajinya sebagai jururawat lepasan diploma hanya cukup-cukup makan sahaja. 

"Dah siap. Jom!!!" Asilah keluar dari biliknya sambil tersenyum. Afizi mengambil bekal yang disediakan oleh ibunya dan selepas mencium tangan ibunya, dia dan adiknya keluar dari rumah mereka. 

xxx

Afizi yang baru sampai di hospital memerhati keadaan di sekeliling yang agak sunyi. Dia berasa sangat lega apabila diterima untuk bekerja di Duke Medical Center. Status Duke Medical Center sebagai hospital swasta nombor satu di ibukota menyukarkan orang ramai terutama dirinya yang masih belum mempunyai pengalaman kerja untuk diterima bekerja di sini. Tetapi entah bagaimana, mungkin kerana berkat doa ibunya, dia berjaya melepasi temuduga yang dijalankan untuk jawatan sebagai seorang jururawat.

Berbekalkan Diploma Kejururawatan dari UiTM, Afizi berjaya mendapat kerja di sini dan kini sudah hampir tiga bulan dia bekerja. Mengikut perjanjian, tempoh percubaan akan tamat setelah tiga bulan bekerja dan dia akan menjadi staf tetap di Duke Medical Center. Kenaikan gaji sebanyak RM 200 akan membantunya untuk menyara keluarga. 

"Terima kasih, nurse." Afizi melihat ke arah suara yang menegurnya. Pesakit semalam bersama kawannya ada di hadapan Afizi. 

"Oh.. Dah boleh keluar ke?" tanya Afizi. 

"Dah. Doktor dah bagi keizinan. Lagipun kami ada test petang ni," ujar pesakit semalam yang bernama Firdaus. 

"Okay. Jangan lupa jaga kesihatan. Kesian kawan awak. Runsing dia semalam. Good luck on your test." Afizi tersenyum.

"Dengar tu. Dia ni memang degil nurse. Ada je alasan kalau orang bagi nasihat." Firdaus tertunduk malu mendengar usikan daripada Afizi dan Zain.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Afizi terus berlalu pergi untuk menjalankan rutin hariannya. Dia menuju ke arah papan putih untuk melihat jadualnya pada pagi ini. Sekumpulan jururawat sedang sibuk berbual di antara satu sama lain. 

"Selamat pagi. Kenapa ni? Macam serius je? tanya Afizi kepada rakan sekerjanya. 

"Pasal pelumba motorsikal tu lah. Sekarang ni dia nak keluar dari hospital dan tinggal kat rumah pula," jelas Tania, jururawat yang sudah bertugas selama dua tahun di sini. 

"Then baguslah. Tak menyusahkan korang lagi." Afizi selalu mendengar rungutan jururawat-jururawat yang bertugas di bahagian VIP yang sering dimalukan oleh salah seorang pesakit di situ. Afizi pernah terbaca berita di dada akhbar sebulan yang lalu mengenai seorang pelumba motorsikal yang terlibat di dalam satu kemalangan. Tetapi Afizi sendiri tidak begitu mengambil tahu akan hal ini memandangkan sukan permotoran bukanlah sukan yang digemarinya. 

Namun dia selalu mendengar rungutan dari rakan sekerjanya bahawa pelumba motorsikal itu seringkali mengamuk. Mungkin kesan sampingan dari kemalangan kerana menurut doktor pakar, peluang untuknya kembali berlumba agak tipis. 

"Balik rumah tu baguslah. Yang tak bestnya, pihak hospital kena hantar seorang nurse untuk jaga 'Mamat Puaka' tu kat rumah dia. Dia request male nurse lah. Pagi tadi, Doktor Azlan panggil Abang Zaidi then minta Abang Zaidi untuk jadi personal nurse 'Mamat Puaka' tu. Tapi Abang Zaidi terpaksa tolak sebab dia kena ambil anak-anak dia dari sekolah lagi. So, mungkin Doktor Azlan akan minta orang lain pula. Abang Zaidi takpelah. Dia dah senior. Bolehlah cakap tak nak. Kita yang baru bekerja ni? Takkanlah nak cakap tak nak kat Doktor Azlan," tambah Shahrul pula yang juga bekerja sebagai jururawat di sini. 

Tania, Shahrul dan beberapa orang jururawat yang lain terus berbincang di antara mereka siapa yang bakal dipilih untuk bekerja bersama 'Mamat Puaka' itu. Hati Afizi terdetik yang tidak mungkin dia akan dipilih memandangkan dia masih lagi baru di sini. 

xxx

Afizi mengetuk pintu bilik Doktor Azlan. 

"Masuk!" 

Afizi masuk ke dalam bilik. Dirinya terpana seketika melihat Doktor Azlan, Ketua Bahagian Kecemasan sedang duduk di atas kerusinya. Belum pernah lagi, Afizi melihat Doktor Azlan sesantai ini. Tiada tali leher dan bajunya tidak dibutang dengan sempurna. 

"Duduk, Afizi." Doktor Azlan mengeluarkan beberapa dokumen dari lacinya. Afizi sudah dapat mengagak yang itu adalah kontraknya sebagai staf tetap di sini. Hatinya berputik gembira. 

"Ini kontrak awak sebagai jururawat tetap kat sini. Saya bangga sangat dengan prestasi awak. Especially kerana saya yang ambil awak bekerja di sini. Awak tidak menghampakan saya langsung. Thank you." Afizi tersenyum mendengar pujian daripada Doktor Azlan. Teringat kembali saat dia ditemuduga oleh beberapa orang doktor termasuklah Doktor Azlan. Doktor Azlan lah yang banyak membantunya semasa proses temuduga. 

"That's why saya nak tawarkan awak kerja ni. Awak tahukan pesakit yang bernama Irham Daniel. Pelumba motorsikal tu."

Afizi mengangguk. Dia dapat mengagak kerja apakah yang dimaksudkan oleh Doktor Azlan. 

Takkanlah aku...

"His mom ada share dalam hospital ni. Dia perlukan seorang nurse untuk jaga anak dia sebab anak dia dah tak nak tinggal kat hospital. Saya dah offer kat beberapa orang, tapi ramai yang tak sanggup sebab awak tahulah, Irham tu emosi dia tak stabil sangat. Saya memang dah buntu sekarang sebab Irham dah balik rumah dia tengahari tadi then tomorrow he's expecting a nurse to take care of him then tiba-tiba saya teringat kat awak. Saya ingat lagi masa interview, yang awak beritahu pasal family awak. Pasal your dad dah takde and awak kena tanggung family. Gaji untuk jadi personal nurse kepada Irham ni RM5,000 actually. Itu basic tak termasuk elaun lagi."

Afizi tersentak mendengar perkataan RM5,000. Gaji kasarnya sekarang hanyalah RM 1,900. Di dalam fikirannya terbayang reaksi ibu dan adik perempuannya apabila mereka mendapat tahu akan hal ini. Tetapi mampukah dia menjaga 'Mamat Puaka' itu dengan sempurna. Sanggupkah dia menghadapi segala kata nista yang akan dilontar kepadanya. 

"Kerja ni hanya untuk 6 bulan sahaja. Sebab selepas 6 bulan, his mom akan bawa dia ke UK. Saya pun tak faham kenapa Irham tak nak ikut his mom untuk tempoh 6 bulan ni. Mungkin dia ada sebab dia. Cuma saya boleh janji dengan awak, even lepas tempoh 6 bulan, lepas awak dah habis kerja dengan Irham, gaji awak akan kekal RM 5 ribu."

Sekali lagi Afizi tersentak. Ini merupakan peluang keemasan untuknya mengubah nasib mereka sekeluarga. 6 bulan sahaja dia perlu menghadapi 'Mamat Puaka' itu. Afizi nekad. 

"Saya setuju!"

xxx

Selesai mandi, Afizi membuka laptopnya. Misinya hanya satu. Untuk mencari maklumat mengenai Irham Daniel. Afizi melihat satu-persatu artikel mengenai Irham Daniel. 

Irham Daniel Playboy...

Irham Daniel Tidak berdisiplin...

Irham Daniel Pelumba Motorsikal...

Irham Daniel Biseksual...

Afizi hampir terjatuh dari kerusi saat dia melihat suggestions yang keluar saat dia menaip nama Irham Daniel di kotak carian Google. 

Bi? Gosip je ni... 

Afizi melihat jam. Sudah melepasi angka 12. Dia melihat kembali jadual dan tugas-tugas yang harus dilakukannya. Afizi mengunci jam locengnya. Sebelum tidur, dia sempat berdoa yang segalanya akan berjalan dengan lancar esok. 

xxx

Afizi melangkah keluar dari lif. Matanya melilau-lilau mencari apartmen yang bernombor 305. Dalam pada masa yang sama, matanya sempat lagi melihat ke arah jam yang ada di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dia sudah terlewat selama 15 minit. Akhirnya, Afizi berjaya menjumpai apartmen yang dicarinya. Dengan segera, Afizi mengeluarkan kunci dari begnya dan masuk ke dalam apartmen itu. 

Sebaik sahaja masuk, Afizi terpukau seketika melihat dekorasi di dalam rumah ini. Warna hitam dan putih menjadi teraju utama menghiasi apartmen yang indah ini. Afizi ternampak sebuah rak yang dipenuhi dengan piala-piala yang telah dimenangi oleh Irham. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini, Irham memang merupakan seorang pelumba motorsikal yang bagus. Sayangnya, kemalangan yang menimpa Irham akan meyebabkannya tidak dapat berlumba lagi. 

"Woi!"

Afizi tersentak mendengar jeritan suara dari belakangnya. Dengan segera Afizi memusingkan kepalanya. Irham berada di atas kerusi rodanya dan wajahnya agak bengis. 

"Pukul berapa dah ni? Kau tak pandai tengok jam ke? Bodoh? Tak sekolah? Aku upah kau untuk kerja dari jam 8.30 pagi sampai 6 petang kan? Sekarang dah pukul berapa? Atau kau miskin sangat sampai tak boleh beli jam?" Bertubi-tubi serangan yang berbentuk soalan maut datang menimpa Afizi. 

"Maaf Encik. Jalan sesak tadi," jawab Afizi perlahan. Takut? Ya memang dia takut kerana belum pernah lagi dia berhadapan dengan pesakit yang sungguh garang. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini daripada rakan sekerjanya yang Irham merupakan seorang yang pemarah. Patutlah tiada siapapun yang sanggup untuk bekerja menjaga Irham setelah Irham dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 bulan berada di hospital. 

Dia terpaksa menerima tawaran untuk bekerja di sini kerana tawaran gaji yang sangat lumayan dari pihak pengurusan hospital. Afizi benar-benar memerlukan duit yang lebih untuk menampung kehidupan keluarganya tambahan pula adik perempuannya sedang belajar di kolej. 

"Kalau dah tahu sesak, geraklah awal sikit. Kau ingat senang untuk aku bangun dari katil dan panjat kerusi roda ni? Kalau aku mampus macam mana? Kau boleh bayar ke kalau family aku saman kau? Hah?" Bengis sekali suara Irham memarahi Afizi. 

"Maaf, Encik. Saya janji takkan lewat lagi," ujar Afizi. Dia hanya mampu tunduk. 

"Dah. Aku nak mandi. Bawa aku ke bilik air," arah Irham. 

"Baik Encik.." Afizi menghampiri kerusi roda dan dalam masa yang sama mencari-cari bilik air. 

"Encik, bilik air kat mana ya?" tanya Afizi. 

"Dalam bilik aku lah. Kau tolak je nanti aku tunjuk jalan. Lembab sungguh..." Irham menjeling ke arah Afizi. 

xxx

Dengan berhati-hati, Afizi menolak kerusi roda masuk ke dalam bilik air. Mujurlah bilik air ini agak luas. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. 

"Kau ni kenapa. Tolonglah aku buang baju dan seluar ni. Lembablah. Kau nak aku report management ker? Baik pecat je nurse lembab macam kau ni." Nampaknya kemarahan Irham masih lagi belum reda. 

Afizi memegang pangkal baju t-shirt yang dipakai oleh Irham dan cuba menanggalkannya. Malangnya, t-shirt itu tersekat di leher Irham. Irham yang panik terus menggelupur dan menepuk tangan Afizi. 

"Maaf, maaf.." Afizi membuka butang di kolar t-shirt itu dan akhirnya berjaya menanggalkan baju Irham.

"Kau nak bunuh aku ke?" Irham menyindir Afizi sambil memandang Afizi dengan tajam. 

Afizi membuka seluar Irham dengan berhati-hati. Setelah berjaya, dia menyangkut seluar dan baju itu di tempat sidaian. Irham yang masih lagi berseluar dalam hanya diam. 

Alamak, seluar dalam. Kena buang juga ke? Nanti dia panggil aku lembab lagi. Baik aku tanggalkan je..

Afizi duduk dan cuba untuk menanggalkan seluar dalam yang masih lagi dipakai oleh Irham. Dengan pantas, tangannya ditepis oleh Irham. 

"Woi, kau ni memang sengaja nak ambil kesempatan atas aku kan? Dari tadi lagi, aku dah agak kau ni memang jenis gay. Gila seks." Sekali lagi, Afizi ditengking oleh Irham. 

"Maaf, Encik. Saya ingat Encik nak suruh saya tanggalkan"

"Dah, kau tolak kerusi ni kat bawah shower. Then keluar. Jangan nak mengintai. Tunggu aku panggil baru masuk," arah Irham. 

Setelah menolak kerusi roda berhampiran dengan tempat pancuran air, Afizi bergegas keluar dari bilik air dan menutup pintu. Dia mengeluh. Baru hari pertama, pelbagai makian dan cacian yang diterimanya. Namun dia harus kuat. Tidak boleh sesekali mengalah kerana dia amat memerlukan wang...

To be continued
F.I

xxx

Finally. Harap korang suka novel kedua aku dalam siri 'LOVE' selepas Forbidden Love iaitu Strange Love. Sorry lambat. Part 2 akan dipublishkan dalam minggu ni juga. Thank you!!!

11 ulasan:

  1. Akhirnya.. keluar jugak cite ni. nice story. x sbr tggu smbungan. what will happen to afizi for the next part. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kerana sudi membaca

      Padam
    2. Sama2. Both story is interesting. Teruskn berkarya my friend

      Padam
  2. creative beb...smpat lagi selitkan Fi & Zain...harap diaowg bleh cameo lagi

    best!

    BalasPadam
  3. Menarik, good job. :)

    BalasPadam
  4. Best..tak sabar nk tggu next chapter..

    BalasPadam
  5. sonok... x sabar nak baca next chapter

    BalasPadam
  6. waaaaaa. cooooolllllnyaaaaaa.

    BalasPadam
  7. best2....tetap ade zain dgn fi kan??? huhu...

    BalasPadam
  8. Bila aku bace semula baru aku perasan. Fi dah kapel ngan zain eh??? Mula2 dulu aku ingat abg tarmizi yg melawat dia.. hihihi

    BalasPadam