Iklan

Ahad, 28 September 2014

Strange Love - Part 3

Bab 3

Sudah hampir seminggu Afizi bekerja di rumah Irham. Agak berlainan sekali situasinya berbanding dengan bekerja di hospital. Di hospital, dia agak sibuk melakukan tugas-tugasnya. Adakalanya sampai terlepas waktu rehat dan kadangkala juga, terpaksa balik pada lewat malam. Tetapi di sini, dia mempunyai banyak masa lapang. Sampaikan ada ketika, dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. 

Irham Daniel. Nama yang sangat indah. Sesuai dengan raut wajahnya yang tampan. Tetapi perangainya agak menjengkelkan Afizi. Mood Irham seringkali berubah-ubah. Adakalanya dia begitu cerewet. Sering mencari kesalahannya walau hanya sebesar kuman. Tetapi kadangkala dia hanya diam. Menuruti saja apa yang dilakukan oleh Afizi tanpa sebarang herdikan. 

Mungkin kerana kesan sampingan kemalangan itu. Agak sukar untuk Afizi memahami apa yang dirasakan oleh Irham kerana dia tidak mengalami apa yang dialami oleh Irham. Dia cuba untuk tidak menghakimi Irham kerana ujian yang menimpa Irham agak kuat. Dia sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepadanya jika dia menjadi lumpuh. 

Tetapi, Afizi hanya manusia biasa. Kadangkala, hatinya sakit dengan kata nista yang dilemparkan kepadanya. Afizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Malas untuk memikirkan perkara ini.

Afizi bangun dari sofa. Matanya melilau-lilau mencari apa yang boleh dilakukannya. Entah kenapa matanya tertumpu kepada kabinet yang ada berhampiran dengan pintu bilik Irham. Dengan berhati-hati Afizi menuju ke arah bilik Irham. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan cuba mengintai dari celah pintu yang dibukanya. Irham masih lagi nyenyak tidur di atas katil. Jadi Afizi menutup kembali pintu bilik Irham. 

Dengan berhati-hati dia membuku kabinet berwarna coklat itu. Ada banyak album foto yang tersusun kemas di dalamnya. Afizi mengambil salah satu album yang ada. Dia membukannya dengan berhati-hati.

Album itu memuatkan gambar-gambar Irham sejak dari kecil lagi. Irham banyak tersenyum di dalam gambar-gambar ini dan senyumannya sungguh indah. Malangnya, tidak mungkin Afizi akan dapat melihat senyuman ini wujud lagi di dalam diri Irham. 

Afizi meletakkan album yang dipegangnya dan mengeluarkan album lain pula. Di samping itu, telinganya cuba untuk mendengar apa-apa bunyi yang keluar dari bilik Irham. Bimbang juga jika Irham tiba-tiba muncul di muka pintu. Tetapi keadaan Irham yang lumpuh membuatkan Afizi yakin yang tiada perkara buruk akan berlaku. Jadi Afizi mengeluarkan satu lagi album dan membukanya.

Hampir tercampak album foto itu saat Afizi membukanya. Album itu dihiasi dengan gambar-gambar model yang sedang berbogel. Tanpa seurat benang. Dan model-model itu adalah lelaki. Afizi cuba menutup album itu, tetapi perasaan ingin tahunya mengatasi segala-galanya. Dia membelek setiap halaman satu-persatu sehinggalah matanya tertumpu kepada seorang model lelaki. Model itu seakan-akan dikenalinya. Model itu adalah...

Irham...

Afizi memerhatikan gambar itu betul-betul. Ya.. Memang Irham. Dengan segera dia menutup album itu dan meletakkannya kembali ke tempat asal. Hatinya tidak tenang. 

xxx

Afizi menghidangkan makanan tengahari di atas meja. Agak bersahaja masakannya hari ini. Lagipun dia bukanlah pandai memasak sangat. Harap-harap, Irham menyukai masakannya dan tidak akan ada banyak komen darinya. 

Irham keluar dari biliknya. Pandai pula dia memusing roda sendiri hari ini. Biasanya dia hanya menunggu Afizi untuk datang menolaknya. 

Di saat Irham muncul di hadapannya, hatinya berdebar-debar. Tiba-tiba dia memikirkan apa yang dilihatnya sebelum ini. Gambar Irham di dalam keadaan yang tidak sepatutnya. 

Dia cuba untuk tidak memikirkan perkara itu. Irham yang hanya diam, menyuapkan nasi ke mulutnya. Tidak banyak soal pula hari ini. Biasanya Irham pasti akan bertanyakan asal-usul hidangan yang disediakannya. 

"Kau beli kat mana ni?" Irham merujuk kepada ayam masak merah dan sayur campur yang tersedia di atas meja. 

"Ermm.. Masak sendiri jer. Tak sempat nak keluar pergi beli." Agak serba salah untuk Irham mengaku yang dia memasak hidangan pada hari ini. Bimbang jika ianya tidak disukai oleh Irham.

Irham hanya diam. Afizi menarik nafas lega. Bermakna masakannya berjaya memikat hati Irham. Memikat hati? Sekali lagi fikiran Afizi kembali melayang kepada gambar Irham.

"Kau jangan nak ingat masakan kau ni sedap sangat. Biasa-biasa jer. Setakat macam ni, sape-sape pun boleh masak," kata Irham, memberhentikan lamunan Afizi. 

"Maafkan saya, Encik. Nanti esok saya akan keluar beli makanan." Afizi hanya tunduk. Bersedia untuk dimaki hamun oleh Irham.

"Tak payah nak membazir masa. Dari kau keluar merewang sana, merewang sini, baik kau masak je lah. Jimat masa. Nah, tambahkan nasi." Irham menghulurkan pinggannya kepada Afizi.

Afizi bingung dengan sikap Irham. Sebentar tadi, dia memberitahu yang masakan Afizi hanyalah biasa-biasa sahaja tetapi masih lagi menyuruh Afizi untuk masak. Siap tambah nasi lagi. 

Mesti tak nak mengaku yang masakan aku ni sedap!

xxx

Afizi menepuk-nepuk bantal. Agak sukar untuknya melelapkan mata pada malam ini. Di mindanya masih lagi terbayang-bayang peristiwa yang berlaku pada hari ini. Mungkin benar apa yang dibacanya sebelum ini. Dia cuba mengingati kembali saat dia menaip nama Irham Daniel di kotak carian Google. 

Biseksual! Bermakna dia sukakan perempuan dan juga lelaki. 

So, aku ada peluang lah!

Afizi menepuk pipinya. Tidak mahu berfikir perkara yang bukan-bukan. 

Jangan nak berangan. Kau nak ke boyfriend puaka macam Irham tu?

Afizi teringatkan pasangan yang dijumpainya di hospital pada minggu lepas. Saat dia masih lagi bekerja di hospital. Dia sangat yakin yang mereka berdua adalah pasangan kekasih. 

Terbit rasa cemburu di dalam diri Afizi yang masih belum mengenal erti cinta. Ya, dia pernah menyukai seorang lelaki sebelum ini, tetapi dia yakin yang lelaki itu tidak menyukainya malah mungkin langsung tidak mengenalinya. Silapnya juga yang terlampau pemalu untuk memulakan 'langkah'. 

Dia melihat jam yang sudah melewati angka 1. Dengan segera dia menarik selimut dan memejamkan matanya. 

xxx

Afizi menutup pintu rumah dengan perlahan. Tidak mahu mengejutkan Irham yang kebelakangan ini selalu bangun lewat. Dia meletakkan begnya di atas kerusi dan menuju ke arah balkoni. 

Langsir yang menutup tingkap balkoni ditariknya. Sinaran matahari mula masuk menerangi ruang tamu yang agak suram sebelum ini. 

Today is going to be a great day!

Kemudian, Afizi menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan tiga biji telur dan sebotol jus oren. Di saat dia menyediakan sarapan, Afizi terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Awal pula Irham bangun pada hari ini. 

Afizi menyambung kembali tugasnya. Setelah siap 'scrambled eggs' yang dimasaknya, Afizi meletakkannya di atas 'tray'. Dia membawa sarapan yang dimasaknya keluar. 

Irham sedang berada di kawasan balkoni. 

"Encik, nak makan sarapan kat mana?" tanya Afizi. 

"Kat jamban! Boleh tak jangan tanya soalan bodoh." Irham menjeling tajam ke arah Afizi. 

Afizi hanya senyap. Ingin sahaja dia menyumpah Irham. Hari yang bermula dengan indah mula bertukar menjadi buruk bagi Afizi. 

"Letak je atas meja tu!" Masih lagi kuat nada suara Irham. Afizi menuruti sahaja perintah Irham. Dia cuba untuk menjauhi Irham. Lebih baik dia masuk ke bilik Irham untuk mengemas biliknya. Kadang-kadang Afizi keliru samada dia masih lagi seorang jururawat atau sudah menjadi seorang pembantu rumah. Bukannya Irham dan keluarganya tidak mampu untuk menggaji seorang pembantu rumah. Pelik sungguh keluarga si Irham. 

Afizi menarik selimut yang berada di atas katil. Dia menebar selimut yang berwarna biru pekat itu dengan berhati-hati. Tetapi bunyi benda jatuh mengejutkan Afizi. Dengan segera dia mencari bunyi benda apakah yang jatuh. 

Remote TV. 

Afizi mengangkat remote tv dan meletakkan di sebelah tv. 

"Apa kau buat?"

Afizi terkejut mendengar suara Irham dari belakang. 

"Takde. Saya nak mengemas bilik. Ternampak remote. So saya letak kat tepi tv," ujar Afizi. 

"Siapa bagi kau kebenaran masuk bilik aku? Ada aku suruh?" Makin tinggi pula suara Irham.

"Tetapi sebelum ni kan saya memang kena kemas bilik tidur Encik kan?" Afizi mula tunduk.

"Tak payah nak menjawab. Kau memang suka redah privasi orang lain kan?" tengking Irham lagi. 

"Saya cuma menjalankan tugas saya Encik.."

"Tugas kepala otak kau. Selongkar kabinet pun tugas kau juga ke?" Belum sempat Afizi menghabiskan ayatnya, Irham sudah mencelah. 

Afizi terkejut. Tetapi semalam Irham tidur. Bagaimana dia boleh tahu yang Afizi membuka kabinet yang ada di tepi bilik Irham. Irham mencapai remote tv dan menekan salah satu butang yang ada. Visual di tv menunjukkan gerak-geri Afizi semasa dia membuka kabinet. 

"Terhendap-hendap. Kau nak mencuri kan? Kau ingat aku simpan harta karun dalam kabinet tu?" Irham masih lagi merenung tajam ke arah Afizi. 

"Bukan Encik. Saya tak tahu nak buat apa semalam, jadi saya ingat nak kemas kabinet tu." Afizi mula takut. 

"Tak payah nak bagi alasan. Kalau aku tunjuk video rakaman cctv ni kat bos kau, mesti kau kena buang kerja kan?" Kata-kata Irham membuatkan Afizi menjadi lebih bimbang. Dia tidak boleh kehilangan kerja. 

Afizi segera melutut. 

"Encik, maafkan saya. Saya janji takkan buat lagi. Tolong jangan beritahu pihak atasan. Saya tak boleh kehilangan kerja ini. Tolonglah Encik."

"Tahu takut. Apa yang kau tengok dalam kabinet tu?" tanya Irham

"Saya hanya tengok gambar-gambar Encik masa kecil." Afizi cuba untuk menipu.

"Tolong jangan nak menipu kalau tak pandai menipu. Beritahu aku perkara sebenar!!! Kau nak aku beri video ni kepada bos kau ke?" jerkah Irham. 

"Saya.. saya tengok gambar yang tak elok.." Tergagap-gagap Afizi memberitahu perkara yang sebenar. 

Irham bergerak ke arah meja di tepi katilnya dan membuka salah satu laci. Dia mengeluarkan sebiji kamera. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran Irham.

"Since engkau suka sangat tengok gambar lelaki telanjang, apa kata aku tolong ambil gambar kau telanjang. Nanti boleh aku letakkan sekali di dalam album itu. Buat koleksi." Sinis tetapi masih tegas kedengaran suara Irham.

"Encik.. Janganlah macam ni.." Afizi keliru dengan arahan yang diberikan oleh Irham. 

"Kenapa? Ni je balasan yang sesuai untuk kau. Kau tengok gambar aku telanjang tak apa. Dah buka baju dan seluar atau kau nak aku email kan video ni kat bos kau?" ugut Irham. 

"Encik... Janganlah Encik. Saya minta maaf... Saya tak biasa," ujar Afizi. Matanya hampir menitiskan airmata. Tetapi masih berjaya diseka. 

"Cepatlah!!!"

Afizi buntu. Dia tidak boleh kehilangan kerja yang menjadi sumber utama pendapatan keluarganya. Tetapi dia juga tidak ingin Irham mengambil gambarnya di dalam keadaan aib. 

Irham mengambil telefonnya. 

"Baik.. Aku call Doktor Azlan sekarang..." Irham mula menekan butang di telefon bimbitnya. 

"Okay.. okay saya buat..." Afizi tidak tahu apa lagi yang patut dilakukannya. Dia sudah tewas. 

Dengan tangan yang menggeletar, Afizi membuka butang baju kemejanya satu persatu-satu sehingga menampakkan tubuhnya. Walaupun sedikit kurus, tubuh Afizi masih lagi tegap. 

Tangannya beralih pada seluar yang dipakainya. Dia membuka butang dan zip lalu menarik keluar seluarnya. Tiada apa yang tinggal di tubuh badannya selain 'boxer' berjenama Renoma yang dipakainya. 

Airmata yang ditahannya sejak dari tadi, tidak mampu lagi dibendung oleh Afizi. Belum pernah lagi dia dimalukan sebegini rupa. Afizi memegang boxer yang dipakainya. Belum sempat dia melucutkan boxer itu, Irham bersuara. 

"Dah... Tak ingin aku nak tengok kau telanjang. Ingat! Ni amaran terakhir. Jangan nak memandai sentuh harta benda aku lagi. Keluar!"

Afizi mengambil baju dan seluarnya yang berada di atas lantai dan terus berlari keluar. Dia tidak mahu Irham melihatnya menangis. Dia tidak mahu Irham melihatnya sebagai insan yang lemah. 

Aku benci kau, Irham!!!

To be continued
F.I

12 ulasan: