Iklan

Ahad, 21 September 2014

Strange Love - Part 2

Bab 2

Afizi membuka pintu bilik perlahan-lahan. Irham yang berada di atas katil masih lagi leka membaca majalah. Makanan yang disediakan oleh Afizi langsung tidak dijamah. Afizi melihat jam tangannya yang sudah melewati angka 6. Mengikut perjanjian, Afizi hanya perlu bekerja sehingga jam 6 petang. 

"Ada apa?" tanya Irham sambil merenung tajam ke arah Afizi. 

"Encik tak makan ke? Nak saya sediakan makanan lain?" tanya Afizi lembut.

"Tak payah. Aku upah kau untuk jadi nurse bukannya tukang masak. Kejap lagi aku makan." Irham mengalihkan kembali tumpuannya kepada majalah. 

"Tapi kejap lagi saya kena balik. Dah nak pukul 6 ni," jelas Afizi. 

"Oh, bila waktu balik nak cepat, tapi datang kerja lambat. Kau ni memang takde disiplin kan. Tunggu lepas aku habis makan then baru kau boleh blah. Dah keluar." 

Afizi menutup pintu bilik dengan perasaan yang kecewa. 

Memang puaka!

xxx

"Along, kenapa lambat?" tanya ibunya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. 

"Along ada kerja sikit tadi." Afizi meletakkan beg di atas sofa. 

"Ila mana?" 

"Berkurung dalam bilik dia lah. Nanti lapar tahulah dia keluar dari bilik. Macam mana kerja? Okay ke?" tanya ibunya pula. Afizi dapat melihat raut wajah ibunya yang agak bimbang akan dirinya. 

"Okay je Umi. Umi janganlah bimbang. Jaga kesihatan Umi. Along nak mandi dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama." Afizi bangun lalu masuk ke dalam biliknya. 

Dia termenung seketika apabila memikirkan hari pertamanya bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Irham yang bermula dengan buruk. Tetapi dia sedar yang dia harus kuat demi keluarganya. Demi masa depan yang lebih baik.

xxx

Afizi berjaya sampai di rumah Irham pada jam 8.15 pagi. Awal 15 minit. Dia menarik nafas lega. Bukan main payah lagi untuknya mengejutkan adik perempuannya supaya bangun dari tidur. Biasanya Asilah menumpang keretanya untuk ke kelas. 

Afizi membuka pintu rumah. Sunyi sahaja. Mungkin Irham masih lagi belum bangun. Dengan segera, Afizi ke dapur untuk menyediakan sarapan sebelum memberi ubat kepada Irham. Setelah selesai, Afizi membawa dulang yang mengandungi sarapan dan ubat-ubatan dengan penuh berhati-hati. Dia mengetuk pintu bilik Irham. Bermula dengan ketukan yang perlahan, Afizi menguatkan sedikit ketukannya. Namun masih tiada reaksi daripada Irham. Dia mencuba lagi namun masih tiada respon.

Dia okay ke? Janganlah bunuh diri pulak... 

"Encik, saya nak masuk ni..." Afizi memberi amaran. Bimbang jika Irham sedang berada di dalam situasi yang tidak sesuai untuk ditonton. 

Suasana di dalam bilik sungguh gelap. Afizi dapat melihat susuk tubuh Irham yang masih lagi berada di atas katil. Bunyi dengkuran kecil yang keluar, melegakan hatinya. Afizi menarik langsir tingkap dan cahaya mula masuk ke dalam bilik itu. 

Irham terkejut tatkala melihat Afizi sudah berada di dalam biliknya. Dia melihat ke arah jam. 

"Lain kali ketuk dulu pintu sebelum masuk." Irham mencari bajunya di sekitar kawasan katil. 

"Dah ketuk tadi, tapi mungkin payah nak dengar kot sebab bilik ni besar." Afizi memberi alasan yang padanya agak logik. Afizi cuba untuk mengambil t-shirt milik Irham di tepi katil namun di saat itu juga Irham tunduk untuk mengambil t-shirt yang sama.

"Aduh!" Afizi menggosok kepalanya. Irham memandang ke arahnya dengan tajam. Riak wajahnya menunjukkan yang dia bengang dengan tindakan Afizi sebentar tadi. 

"Rajin tak bertempat. Padan muka," rungut Irham kepadanya perlahan. 

"Maaf, Encik. Tak sengaja." Afizi tunduk. Malang sungguh nasibnya. Pagi-pagi lagi dia sudah memberikan alasan kepada Irham untuk memarahinya. 

"Aku nak pergi toilet." Dengan segera, Afizi menuju ke tepi katil dan membantu Irham untuk naik ke atas kerusi roda. Kemudian dia menolak kerusi roda itu masuk ke dalam bilik air. Afizi menuju ke arah pintu untuk keluar dari situ bagi memberikan privasi kepada Irham. 

"Nak pergi mana? Tolong aku. Aku tak larat nak bangun," gesa Irham. Afizi berpusing semula dan dengan berhati-hati, dia membantu Irham untuk berdiri. 

Setelah beberapa minit mencuba, akhirnya Afizi berjaya memapah Irham ke mangkuk tandas. Susuk tubuh Irham yang sasa agak menyukarkan Afizi. Namun dengan sedaya upaya dia cuba bertahan. Perkara terakhir yang diigininya berlaku adalah menjatuhkan majikannya. 

Afizi berpaling ke arah lain untuk memberikan privasi kepada Irham untuk melepaskan hajatnya. 

"Jangan intai!" 

Tak ingin

Afizi tidak mampu bertahan lagi. Beban yang ditanggung oleh tubuhnya agak berat. Di saat Irham cuba untuk membuka pili air, Afizi akhirnya gagal mengimbangi badannya lalu mereka berdua terjelepuk di atas lantai. Tubuh Afizi kini berada di atas tubuh Irham. Afizi yang cemas segera bangun dan mengangkat Irham. 

"Encik, maaf Encik.. Saya tak sengaja.." Namun Irham hanya diam. Raut wajahnya agak merah. Mungkin menahan merah. Dengan segera Afizi membantu Irham untuk duduk di atas kerusi rodanya. 

"Dah. Tolak aku ke bilik. Aku nak sarapan," gesa Irham. Afizi yang masih lagi takut dengan segera menolak kerusi roda majikannya kembali ke bilik. 

xxx

Afizi hanya duduk sahaja di sofa. Tiada apa yang boleh dilakukannya. Ingin membuka televisyen, bimbang pula jika ianya melanggar etika kerja. Jadi masanya hanya terbuang begitu sahaja. 

Namun tiada apa yang boleh dilakukannya. Tugasnya hanyalah untuk menjaga makan dan minum serta memberi ubat kepada Irham mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Afizi teringatkan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Dengan segera dia menutup mukanya. Kenapalah dia tidak dapat bertahan sedikit lagi. 

Afizi melihat jam. Sudah hampir waktu tengahari. Dia bercadang untuk mereneh sup ayam sebagai hidangan makan tengahari untuk Irham. Sedang dia menuju ke dapur, loceng berbunyi. 

Afizi membuka pintu. Seorang perempuan sedang berdiri di hadapannya. Sangat cantik dan anggun. Persis seorang artis. Ya, perempuan di hadapannya adalah seorang pelakon. Aisha Idris. 

"Ya? Ada apa boleh saya bantu?" tanya Afizi yang sedikit terkejut. 

"I'm Aisha, kawan Irham. I datang nak melawat dia," balas Aisha ringkas. 

Afizi membuka pintu. Belum sempat Afizi bertanyakan soalan lain, Aisha sudah pun berlalu menuju ke arah bilik Irham. 

"Cik kejap, nanti saya beritahu Encik Irham dulu." Afizi mengekori Aisha dari belakang. 

"It's okay. Tolong buatkan coffee untuk I. No sugar ya." Aisha tidak mempedulikan permintaan Afizi untuk memberitahu Irham terlebih dahulu. Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik Irham, Aisha membuka pintu dan terus masuk. 

Afizi hanya mampu melihat sahaja. 

xxx

"Kenapa you tak angkat bila I call? You jangan nak lari okay!" jerit Aisha. Irham yang sedang menaip sedikit terkejut tatkala melihat Aisha yang sudah berada di dalam biliknya. Dia kembali menumpukan perhatian kepada skrin komputer. 

"At least tanyalah dulu khabar aku. Sihat ke tak? Ini masuk rumah orang menjerit-jerit macam perempuan gila." Irham menjeling ke arah Aisha. 

"Well, padan muka you. Careless sangat." Aisha membalas jelingan Irham. 

"I datang sini just nak ingatkan you, you jangan nak lari. Anak dalam perut I ni, you yang nak sangat kan," tambah Aisha lagi.

"Nak lari apa? Berjalan pun aku tak boleh. Kau jangan bimbanglah. Aku akan stay kat Malaysia for 6 months. So lepas kau bersalin aku akan ambil anak kita, then baru pergi London," balas Irham

"Good. Dengar sini, I nak balik Perlis. I akan stay kat sana sampai I bersalin. Then I akan suruh orang hantar baby ni kat you. So you jangan nak lari okay. Ingat, you yang nak sangat baby ni," tambah Aisha lagi.

"You ni memang takde hati perut kan," sindir Irham. 

"Amboi mulut. Ni semua salah you okay. I cakap pakai kondom, but then you bukan main berlagak lagi cakap tak perlu. Pancut luarlah sangat. Then, I nak gugurkan, you tak bagi. I tak nak anak ni. So you patut bersyukur, I sanggup teruskan kandungan ni. Nanti jangan nak libatkan I dengan anak ni. Dah. Malas I nak tengok muka you lama-lama. Lain kali I call jawab." Aisha menuju ke arah pintu untuk keluar namun dia berhenti di hadapan muka pintu. 

"By the way, pandai you pilih assistant. Taste you sangat kan?" Aisha tergelak kecil dan terus berlalu keluar. Afizi yang baru sahaja tiba di hadapan bilik bersama kopi, hampir dilanggar oleh Aisha. 

"Nak minum kat ruang tamu ke?" tanya Afizi. 

"Tak perlu. I dah takde selera. You minum je lah dengan bos you tu." Aisha melangkah meninggalkan Afizi yang masih lagi keliru dengan apa yang berlaku

xxx

"Lain kali jangan suka-suka bagi orang masuk dalam rumah aku. Kalau yang masuk tu pencuri macam mana? Kau boleh bayar ke ganti rugi?" Irham merenung tajam ke arah Afizi yang berdiri di hadapannya. 

"Maafkan saya Encik. Dia cakap dia kawan Encik. Tu yang saya bagi masuk." Afizi hanya tunduk. 

"Well, kalau anjing datang menyalak cakap dia kawan aku, kau bagi masuk jugalah. Tanya aku dulu. Jangan nak membabi-buta buka pintu kepada orang yang dikenali." Irham meneruskan leterannya. 

Macamlah aku faham salakan anjing

"Maafkan saya Encik. Saya janji saya tak buat lagi." Afizi masih lagi tunduk. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya. Cuba untuk menahan sabar. Ingin sahaja dia menumbuk muka Irham tetapi jika difikirkan semula ada betulnya kata Irham. Dia tidak patut membenarkan Aisha masuk tanpa merujuk kepada Irham terlebih dahulu. 

"Dah. Pergi siapkan lunch." Nada suara Irham mula perlahan. Wujud rasa simpati di dalam hatinya saat melihat Afizi yang hanya tunduk bila dimarahi olehnya. Dia mengambil cawan di atas meja lalu menghirup air kopi...

"Puirghh... Apa ni? Pahitnya..." Afizi menyembur air kopi yang baru dihirupnya. Bajunya habis basah. 

"Itu kopi Cik Aisha tadi. Dia tak... tak nak gula." Afizi yang tergagap-gagap segera mengambil tisu dan mengelap mulut dan baju Irham. Irham tergamam melihat tindakan Afizi. Tanpa disedari dia menolak Afizi dari sisinya. 

"Tak payah nak rapat-rapat sangat. Bagi sini tisu tu. Ambilkan baju lain. Then pergi sediakan lunch. Aku dah lapar ni." Irham mengambil tisu yang dihulurkan oleh Afizi.

xxx

Irham masih tidak dapat melelapkan mata. Peristiwa petang tadi masih lagi bermain-main di dalam fikirannya. Aisha Idris. Pelakon wanita yang dikenalinya di sebuah majlis peribadi. Tinggi lampai persis seorang model. 

Namun baginya, Aisha Idris sama seperti perempuan-perempuan lain yang pernah ditidurinya. Mereka tidak mampu mengisi kekosongan di dalam hatinya. Walaupun dia sedaya upaya mencuba untuk mencintai mereka, dia masih tidak mampu untuk menipu hatinya. 

Hubungan antaranya dan Aisha berlanjutan selama hampir 3 bulan, sehinggalah Aisha disahkan mengandung. Salahnya juga yang tidak menggunakan kondom. Aisha yang menyalahkan dirinya ingin mengugurkan kandungan, tetapi entah mengapa nalurinya seakan tidak membenarkannya untuk membiarkan Aisha 'membunuh' benih yang telah disemai oleh mereka berdua. 

Dia berjanji kepada Aisha yang dia akan menjaga anak mereka. Aisha yang pada mulanya agak keberatan untuk melahirkan anak itu, berjaya dipujuk dengan menggunakan wang ringgit. 

Irham cuba untuk memejamkan mata. Namun bayangan lain pula yang muncul di fikirannya. Afizi. Saat Afizi mengelap mulut dan bajunya, sesuatu berlaku pada hatinya. Sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Wajah Afizi yang begitu rapat sekali, membuatkan jantungnya berdebar.

Tak mungkin!!! Dia baru sahaja mengenali Afizi...

xxx

8 ulasan:

  1. I guess there is only 2 words to say to you. THANK YOU.

    BalasPadam
  2. irham sakit ape? macam best je nak baca... tapi aku x baca lagi sampai habis. hahahaah

    BalasPadam
  3. Gibb haha.....dia OKU buat waktu sementara ni.....accident katanyer hhaha

    BalasPadam
  4. i want moarrrr!!!!!!!!!!!!!!! mihmihmih...

    BalasPadam
  5. Wah...mcm best la plak. Cepat2 sambung eh

    BalasPadam
  6. dlm byk2 story kat few blog, aku plg tunggu ko punyer!

    tak tau nape, gaya susunan ayat ko mmg mengena & tak merapu...tak mcm certain story yg aku sndiri pening baca...setiap ayat spt byk kelemahan & boleh dipetikaikan jln cerita

    congrats!

    BalasPadam
  7. okay. dah makin seronok.. hahahah

    BalasPadam