Iklan

Selasa, 14 Oktober 2014

Post-Breakup

Hello!!!

Last weekend, buat pertama kalinya aku jumpa ex bf aku selepas kami putus. Selepas UPSR habis (jangan nak bocor pulak) company ex aku, Y ada plan untuk membawa beberapa orang pelajar UPSR jalan-jalan di sekitar KL. Memang every years, company dia akan buat trip dan biasanya dia adalah wakil dari company dia dan aku pula akan bertugas sebagai guru pengiring. So trip ni bermula dari 2011 lagi. Masa first trip tu, kami dah couple jadi untuk trip tahun ni buat pertama kalinya, we went as ex-boyfriends. 

Aku actually kalau boleh memang nak elak. Aku tak rasa aku ready lagi untuk berjumpa dgn dia tapi bila fikir balik sampai bila nak macam ni. So pada pagi itu, aku sampai je kat sekolah, dia dah ada bersama-sama dengan students yang akan ikut. So bermulalah perbualan antara kami yang agak awkward.

Y (him): Hai.... Morning..

F (me): Morning. 

Y: Dah ambil daging? (Dia ada buat korban masa Aidiladha dan ada kirim daging itu menerusi his sister.)

F: Dah. Terima kasih.

Y: U tak korban ke?

Aku hanya geleng. 

Y: Takpa. Nanti ada duit bolehlah korban. 

Aku hanya angguk sambil senyum. Then aku pergi ke arah students aku untuk check attendance. Bila tiba waktu bertolak, semua pelajar dah naik van sekolah, aku pula konfius. Biasanya aku akan naik kereta dengan Y. Aku tgk sekeliling, takde pula si Y so aku suruh budak yang naik van kat depan utk duduk belakang sebab aku akan naik dgn mereka. Tapi salah seorang murid cakap yang Y tengah tunggu aku sambil tunjuk kat aku yang agak rabun ni posisi Y sekarang. 

Aku pun pergilah dekat Y and naik kereta dia. Kami ikut van dari belakang. So dalam kereta, agak lama juga senyap until dia buka mulut. 

Y: How's ur life?

F: Okay

Y: Heard 'bout ur interview. Macam mana?

F: Yup. Tak tahu lagi result. 

Y: Kolej komuniti? (Merujuk kepada Pensyarah di Kolej Komuniti)

F: Nope... Politeknik... 

Y: Good luck. 

So sepanjang 30 minit perjalanan ke KLCC, itu lah sahaja perbualan kami. Aku memang tak tahu nak cakap apa walaupun sebelum tu bukan main lagi aku prepare apa yang perlu dibincangkan oleh kami berdua. 

Sampai di KLCC, lepas beli tiket, kami berpecah. Dia bawa satu group of students, then aku jaga satu lagi group. Then dalam pukul 4 kami bertolak pulang. Y ajak aku minum dulu. Aku angguk jer. 

Kami pergi minum di Bangsar at our favorite coffee shop. Seperti biasa dia yang akan membuka mulut. Harap kat aku, memang tak lah. 

Y: I'm sorry...

F: Takpelah.

Y: I didn't know how to tell u (suara dia tiba-tiba macam nak nangis. Aku pun panik lah sebab ramai orang kat situ.)

F: Dahlah.. Takpa. Saya dah maafkan awak. Janganlah cerita pasal ni lagi. Awak sihat ke?

Y: Sihat but I miss you so much...

F: Y, janganlah mcm ni. Kita sendiri tahu yang kita memang takkan kekal pun. Takpalah. 

Dia hanya diam. Dalam 15 minit je kami kat situ, kemudian kami keluar. Dalam perjalanan balik ke rumah aku, kami mula berbual. Pasal muzik, pasal 'The Walking Dead' yang akan start minggu ni, pasal aku pindah bilik dan macam2 lagi. Time ni baru rasa tak awkward sangat until

Y: I want us to be friend like you and A (Adi ni ex aku masa kat universiti. Still kawan sampai sekarang) 

Aku diam je. Pikir jawapan yang paling bernas. Bukan aku tak nak kawan dengan dia tapi aku still ada perasaan kat dia.

F: Y, bukan saya tak nak kawan dengan awak, Tapi tunggulah dulu..

Y: Okay... 

Dia drop aku yang nak singgah kat pasar malam dekat rumah. So that's it. Walaupun mula2 agak janggal, tapi aku rasa ending kali ni lagi proper sebab dulu kami hanya putus melalui phone. Walaupun aku memang nampak happy je dari luaran tp aku still teringat kat dia. I still love him. So that's why lah aku kalau boleh tak nak rapat dengan dia sangat buat masa sekarang. Aku pun tahu dia still suka aku. Tapi aku yakin satu hari nanti kami akan boleh jadi kawan baik. But not now. 


6 ulasan:

  1. alolo.. serius aku boleh rasa ape yang kau rasa skang cikgu. kuatkan hati.. banyak lagi benda yang akan kau tempuhi nanti. :)

    BalasPadam
  2. Huhu... sedih pulak... teringat kat my bf... syg dia sgt2, tp tau xkan dpt kekal...

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. aku rasa ko sgt tabah.. tak mcm aku. coz aku amek jalan dengan bertunang utk lupekan ex. tp aku xpasti btol atau x jalan yg aku pilih ini..

    BalasPadam
  4. aku salute kau bro...kira ko cukup kuat utk berhadapan dengan ex kau....kalau aku,memang tak laaaa....

    BalasPadam
  5. aku time nak putus ngan bf, siap bertumbuk sampai pecah mlut, tpi skrang bunga2cinta dh kembali berbunga, ang balik ajeee kat dia smula, cinta kli ke2 lebih indah dan hangat, cuba dulu, ang x rugi wlupun sekadar kawan

    BalasPadam
  6. TERJUMPA BEKAS

    Mengapa kita gementar
    ketika berjumpa
    bekas kekasih?

    Kerana kita baru belajar
    untuk drastik mengubah cinta
    hanya semata-mata kepada
    kasih.

    Seperti gerak atom pepejal
    kepada cecair kepada gas
    ia bergetar seberapa pantas
    kemudian gementar
    seberapa cemas.

    :)

    BalasPadam