Iklan

Khamis, 9 Oktober 2014

Strange Love - Part 4

Bab 4

Irham tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih lagi terganggu dengan kejadian yang berlaku pada petang tadi. Adakah dia terlalu kejam dalam menghukum Afizi? Entah kenapa dia berasa sungguh bersalah. Hatinya terguris saat dia melihat Afizi yang hanya mampu tunduk. Terpancar ketakutan dari raut wajah Afizi. Tangannya mengigil-gigil semasa dia dipaksa untuk membuka baju dan seluar. 

Sebenarnya dia nekad untuk memalukan Afizi pada petang tadi. Pantang sekali baginya apabila seseorang menceroboh privasinya. Malah, dia pernah menumbuk adik lelakinya yang tidak meminta kebenarannya untuk menggunakan komputer riba miliknya. Inikan pula Afizi yang baru sahaja dikenalinya. 

Tetapi entah kenapa tatkala dia melihat Afizi yang berada di dalam ketakutan, dia seolah-olah ingin melindungi Afizi. Irham menepuk-nepuk bantalnya. Dia geram, marah dan kecewa dengan dirinya sendiri. 

Dia berjanji yang dia akan memohon maaf kepada Afizi esok. Walaupun 'memohon maaf' tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya sebelum ini, tetapi demi Afizi, dia sanggup. Bagaimana pula jika Afizi tidak datang kerja? 

Tak mungkinlah... Dia cakap dia perlukan kerja ni... 

Irham cuba memujuk hatinya yang runsing. 

xxx

 Ikutkan hati, mahu sahaja Afizi menumbuk muka Irham dan meletakkan jawatannya sebagai jururawat peribadi Irham. Tetapi memikirkan masalah kewangan keluarganya, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biar dia yang merana, asalkan ibu dan adik perempuannya bahagia. Itulah prinsip yang dipegang oleh Afizi selama ini. 

Sejak dari bangku sekolah lagi, Afizi banyak beralah. Apa jua perkara, dia pasti akan mendahulukan keluarganya. Jadi dia sedar yang dia harus kuat. Selagi dia mampu bersabar, dia akan cuba sedaya-upaya untuk bersabar dengan kerenah Irham. 

Afizi masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu utama perlahan-lahan. Misinya hanya satu. Menjalankan tugasnya sebagai seorang jururawat serta menjauhi Irham dan harta benda miliknya. 

Sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu, Afizi terkejut melihat Irham yang sudah ada di ruang tamu. Irham memandang ke arahnya. Dengan cepat, Afizi melihat ke arah jam. Syukurlah, dia tidak lewat. Tetapi kenapa pula Irham sudah ada di ruang tamu pada waktu ini? Tanpa menghiraukan Irham, Afizi meletakkan begnya dan terus bergerak ke dapur. 

Dia mengeluarkan roti dari kabinet dan mengambil mentega kacang dari peti sejuk. Setelah selesai, Afizi mengeluarkan jus oren pula dan menuangkannya ke dalam gelas. 

Saat Afizi membawa sarapan ke meja makan, Irham sudah menantinya di sana. Sebaik sahaja menghidangkan sarapan, Afizi terus berlalu pergi. Tiada sebarang pertanyaan atau sapaan mesra daripadanya kali ini. 

Irham pula hanya mampu membisu. Rancangannya untuk meminta maaf daripada Afizi terkubur begitu sahaja

xxx

Senario sama berulang sewaktu makan tengahari. Afizi menjalankan tugasnya iaitu menyiapkan makanan dan juga meletakkan ubat yang harus diambil oleh Irham. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Irham keseorangan. 

Irham cuba untuk menghabiskan makanan di dalam pinggannya tetapi hatinya masih lagi tidak tenang. Nampaknya Afizi betul-betul menjauhkan diri daripadanya. Dia berdehem-dehem. Cuba untuk mendapatkan perhatian daripada Afizi. Tetapi Afizi hanya duduk di atas sofa sambil membaca majalah. Tiada reaksi yang diharapkan oleh Irham. 

Irham menumbuk meja makan dengan kuat. Afizi yang terkejut dengan bunyi itu, segera menuju ke ruang makan. Ubat yang diletakkan di atas meja jatuh bertaburan di atas lantai. Irham pula hanya berlalu dari situ tanpa sebarang kata. 

xxx

Gila...

Afizi mengemaskan meja makan dan menyapu sisa-sisa nasi yang jatuh di atas lantai. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah perangai Irham yang tiba-tiba mengamuk. 

Bunyi bising kedengaran di dalam bilik tidur Irham. Afizi yakin yang Irham sedang membaling barang-barang miliknya. 

Akulah pula yang kena kemas nanti... Sewel...

Afizi hanya membiarkan sahaja Irham yang sedang mengamuk di dalam bilik. Malas melayan sikap Irham kerana dia tahu, Irham pasti akan mencari jalan untuk menyalahkannya juga nanti. 

xxx

Waktu kerja Afizi pada hari ini sudah hampir tamat. Tetapi bayang Irham masih lagi belum kelihatan. Sejak dari petang tadi, Irham hanya berkurung di dalam bilik. 

Bimbang juga Afizi, jika Irham bertindak bodoh. Nanti dia yang akan dipersalahkan oleh pihak pengurusan hospital kerana tidak menjalankan tugas dengan baik. Dia memaksa diri untuk bertanyakan khabar Irham. 

Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Tiada sebarang jawapan. Sekali lagi Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Kali ini sedikit kuat. Masih lagi tiada jawapan. Telefon yang ada di tangannya berbunyi. Mesej dari Irham. 

Blahlah!

Afizi mendengus. Menyesal kerana risau akan keselamatan Irham sebentar tadi.

xxx

Irham melihat biliknya yang berselerak. Hatinya sakit dan geram. Berani sungguh Afizi untuk tidak mempedulikan dirinya. Tetapi dia juga lebih geram dengan dirinya sendiri. Kenapalah dia tidak berterus-terang sahaja dan meminta maaf daripada Afizi. 

Dia terlalu egois. 

Argh!!!!

Dia hanya mampu menjerit.

xxx

Setelah membayar harga nasi lemak, Afizi berjalan menuju ke arah keretanya. Baru sahaja dia menutup pintu, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Doktor Azlan. 

"Hello Doktor.."

"Hello Afizi. Awak kat mana sekarang?"

"Saya on the way nak pergi rumah Encik Irham. Singgah beli sarapan sekejap," jawab Afizi. 

"Pagi ni saya ada meeting. So saya akan datang rumah Irham petang sikit. Dalam jam 2." Suara Doktor Azlan membuatkan Afizi tersenyum

"Oh okay k.. Nanti jumpa kat sana." Setelah mengucapkan selamat tinggal, Afizi meletakkan panggilan. 

Rajin pula Doktor Azlan untuk datang melihat keadaan Irham. Biasanya doktor lain yang ditugaskan untuk memantau keadaan Irham. Tetapi bagus juga, jika Doktor Azlan datang. Sudah lebih sebulan dia tidak bertemu dengan Doktor Azlan. 

Rindu...

Afizi menampar pipinya...

Jangan berangan

xxx

Afizi menghidangkan nasi lemak yang dibelinya sebentar tadi di atas meja. Irham masih lagi belum keluar dari biliknya. Ikutkan hatinya, mahu dibiarkan sahaja Irham. Pandai-pandailah dia keluar, bila dia lapar nanti. Tetapi memikirkan Doktor Azlan yang akan datang petang nanti, dia haruslah menunjukkan prestasi yang baik demi membuktikan kepada Doktor Azlan yang dia tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan oleh Doktor Azlan.

Afizi mengetuk pintu bilik. 

"Encik Irham, sarapan dah siap!"

Tiada balasan daripada Irham. 

"Cepatlah Encik Irham. Saya nak kemas bilik pula kejap lagi," tambah Afizi lagi. 

Tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan. Afizi mengeluarkan telefon dari poketnya. Tiada pula mesej daripada Irham seperti yang dilakukannya semalam. 

Afizi membuat panggilan kepada Irham. Kedengaran bunyi telefon yang sayup-sayup di dalam bilik. Tetapi tidak pula diangkat oleh Irham. Afizi mula panik. Janganlah...

Dia memulas tombol. Pintu bilik Irham tidak berkunci. Afizi menolak pintu perlahan-lahan.

"Saya nak masuk bilik ni..." Afizi memberi amaran. Bimbang juga jika Irham berada di dalam keadaan menjolok mata.

Barang-barang seperti buku-buku, kotak dan alat tulis banyak bertaburan di atas lantai. Namun, bayang Irham tidak kelihatan. Tetapi kerusi rodanya ada di tepi katil. Apakah yang berlaku kepada Irham? Hatinya mula tertanya-tanya. 

Mata Afizi terpandang tompok merah di atas lantai. Seraya itu juga, hatinya mula resah. Di sebalik katil, Afizi dapat melihat ada sepasang kaki yang terlantar. Dia yang panik terus saja berlari mendapatkan tubuh yang ada di sebalik katil itu. Irham terbujur kaku di atas lantai. Tubuhnya penuh dengan darah dan ada sebilah pisau yang berlumuran dengan darah di tepi tubuhnya. 

Afizi terjelepuk lesu ke atas lantai. Apa yang paling ditakutinya ada di hadapannya sekarang. Dia menghampiri Irham dan cuba untuk mencari nadi. Tangannya yang menggeletar menyukarkannya untuk mencari nadi Irham. 

"Ya tuhan.. kenapalah Encik buat macam ni..." Suaranya terketar-ketar. Dia masih lagi meraba-raba mencari nadi. Di saat itu juga, dia teringatkan Doktor Azlan. Afizi bangun dari lantai. Dia ingin menelefon Doktor Azlan namun belum sempat dia berlalu, tangan Irham menggapai kakinya. 

Afizi menjerit. Tetapi hanya suara Irham yang kedengaran. Suara yang belum pernah didengarinya sebelum ini. Suara Irham yang sedang ketawa. 

Afizi bingung. Dia melihat darah Irham yang yang sudah mengenai tangannya sewaktu dia cuba untuk mencari nadi Irham sebentar tadi. Ada bau yang wangi. Bau yang amat dikenalinya.

Sirap...

"Ya tuhan.. kenapa Encik buat macam ni..." Irham melakonkan semula reaksi Afizi semasa melihat Irham terlantar di lantai. Dia masih lagi tidak henti-henti ketawa. 

Afizi nekad. Dia mengenggam tangannya dan dengan sekuat tenaga dia menumbuk muka Irham.

Irham yang terkejut dengan tindakan Afizi tidak sempat mengelak. Penumbuk sulung daripada Afizi hinggap di pipinya. 

"Aduh!" Irham memegang pipinya. Agak kuat juga tumbukan daripada Afizi walaupun tubuhnya agak kecil. 

"Kenapalah Encik tak habis-habis nak menyusahkan saya. Saya dah tak tahan. Encik buatlah apa yang patut. Reportlah kalau nak report. Saya memang dah tak tahan. Biarlah saya kena pecat." Afizi bangun. Kesabarannya ada had. Belum sempat dia berlalu pergi, tangannya dipegang oleh Irham.

"Jangan pergi. Please... I'm sorry... For everything" Agak lembut suara yang keluar dari mulut Irham. Afizi terkejut dengan tindakan Irham. 

"Tolong jangan berhenti kerja. Aku minta maaf," sambung Irham lagi. 

"Takpelah. Lagi pun bukan Encik suka saya pun. Lepaskan tangan saya." Makin kuat pula genggaman Irham apabila Afizi cuba untuk melepaskan diri. 

"Tak nak! Janji jangan berhenti. Kau sendiri cakap kau perlukan kerja ni kan?"

Saat itu juga, Afizi terbayangkan wajah ibu dan adik perempuannya. Memang betul kata Irham. Dia amat memerlukan kerja ini. 

"Dahlah.. Lepaslah.. Okay saya kerja lagi..." 

"Janji?" tanya Irham lagi.

"Ya... Janji..." 

Irham melepaskan tangannya. 

Afizi kembali duduk di atas lantai bertentangan dengan Irham. 

"Kalau saya ada sakit jantung tadi macam mana?" Afizi menarik nafas lega. Tetapi hatinya masih lagi sakit. 

"Kan aku dah minta maaf tadi. Dah. Kosong-kosong. Sekarang ni tolong kemas bilik ni. Aku nak mandi. Tolong bawa aku ke bilik air sekali," arah Irham. Nada suaranya kembali pada yang asal. Nada yang suka mengarah dan cerewet. 

Afizi bangun. Dia cuba untuk membantu Irham berdiri. Biasanya Irham hanya membiarkan sahaja dia mengangkat Irham. Tetapi kali ini buat pertama kalinya, Irham berpaut di bahu Afizi. 

Hati Afizi berdegup kencang!!!

To be continued
F.I

P/S ~ Bab seterusnya hopefully dapat post cepat-cepat. Terima kasih kerana sudi membaca. 

15 ulasan:

  1. Owh damn it.....sambung cepat....aku plak berdebar kat sini!!!!

    BalasPadam
  2. awww. sweeetttt. irham mmg bossy yang bergaya. kah kah kah

    BalasPadam
  3. Sweettt gila... Mara2 syg...Jangan pergi. Please... I'm sorry... For everything"hahaha...irham mcm da falling in love jer ngan afizi..haha
    hopefully part 5 lg sweet2...

    BalasPadam
  4. alah cepatlah sambungan.... suspend pulak ni....

    BalasPadam
  5. dah mula bibit-bibit kemesraan tu...makin menarik...
    good job bro...:)

    BalasPadam
  6. alahhh cptnya abisssss
    cpt sambung(ini arahan hehehe)best cerita ni tk sabar
    duhai hati sabar ya

    BalasPadam
  7. Well done. makin menarik. tapi pendek sangat. kejap je da abiz bace. huhu.. cepatkn sambungan.

    BalasPadam
  8. Best..hope next chapter panjang sikit..bru puas baca ok .. Good job

    BalasPadam
  9. Btul tu.... Rase pendek sgt la..... Xpe... Good job bro.... Best sgt.... Hahahaha

    BalasPadam
  10. Part 5 please .. Cant wait .. :-)

    BalasPadam