Iklan

Ahad, 26 Oktober 2014

Strange Love - Part 5

Bab 5

Jam sudah pun melewati angka 4 tetapi Irham masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Dia cuba untuk menghapuskan bayangan Afizi dari mindanya, namun dia gagal. Entah mengapa hatinya sakit apabila Afizi tidak mempedulikannya. Dia ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya menghukum Afizi, tetapi bila berdepan dengan Afizi, mulutnya hanya mampu membisu. 

Dan petang tadi, sekali lagi dia hilang sabar. Walaupun Afizi bertindak memulaukannya, dia lebih marah kepada dirinya sendiri kerana sukar untuk meminta maaf. Irham mengangkat tubuhnya. Dengan hanya kekuatan tangannya, Irham berjaya mengangkat tubuhnya dan bersandar di kepala katil. 

Entah kenapa Irham teringatkan peristiwa di mana dia dan adik lelakinya bergaduh. Setelah tiga bulan tidak bercakap, ibu mereka telah menggesa dan memaksa Irham untuk meminta maaf kepada adiknya. Salahnya juga yang telah mengajak keluar gadis yang disukai oleh adiknya. Ekoran dari gesaan ibunya, Irham meminta maaf kepada adiknya, Ilyas tetapi Ilyas tidak menghiraukan permintaan maafnya. 

Irham yang bengang dengan kelakuan adiknya telah merancang untuk 'membunuh diri' semata-mata ingin melihat reaksi adiknya. Dia mengambil pisau dan sos cili lalu berpura-pura menikam dirinya sambil melumuri sos cili di perutnya. Adiknya yang terkejut melihat keadaan dirinya telah menangis teresak-esak sambil terjerit-jerit memberitahu Irham yang dia telah memaafkannya. Irham senyum apabila terkenangkan saat itu. Patut ke dia melakukan cara yang sama untuk memohon maaf dari Afizi. Tidak melampau sangat ke? Bagaimana kalau Afizi mempunyai sakit jantung? Dan pelbagai persoalan lagi bermain-main di dalam fikirannya. 

Tetapi mungkin dengan cara ini sahaja dia boleh meminta maaf daripada Afizi. Irham mencapai kerusi rodanya. Dengan kekuatan tangannya, dia memanjat naik ke atas kerusi roda. Setelah hampir dua bulan, Irham sudah mahir menggunakan kerusi roda ini. Dia tidak lagi memerlukan bantuan untuk duduk dan bangun dari kerusi roda. Irham menuju ke dapur. Dia mencari-cari sos cili, tetapi gagal ditemuinya. Sos cili dan juga sos tomato berada di rak paling atas. Dengan geram, Irham menumbuk kabinet dapur. 

Namun, matanya terpandang botol sirap yang ada bersebelahan rak pinggan mangkuk. Irham mengambil botol sirap itu serta mencapai sebilah pisau dan tersenyum. Dia kembali ke bilik tidurnya. Biliknya masih lagi berselerak ekoran amukannya pada petang tadi. Dengan berhati-hati dia menuang sedikit sirap. Irham turun dari kerusi rodanya dengan berhati-hati. Setelah berada di lantai Irham mengesot tubuhnya dan memilih tempat yang sesuai untuk berbaring. Setelah melumurkan pisau dengan sirap, Irham membaling botol sirap ke bawah katil. Irham melihat jam yang masih lagi belum menunjukkan pukul lima. 

Bodohnya aku! Masih ada empat jam lagi sebelum Afizi sampai. 

Irham menepuk pipinya. Terfikirkan mengapa dia sanggup bersusah payah semata-mata untuk memohon maaf daripada Afizi. Tetapi dia nekad.

xxx

Afizi mengelap lantai bilik tidur Irham yang masih lagi kemerah-merahan. Hatinya masih lagi sakit tetapi entah kenapa dia lega. Afizi mengambil buku-buku yang ada di atas lantai dan menyusunnya kembali di atas rak buku. 

"Dah siap!"

Jeritan Irham dari dalam bilik air mengejutkan Afizi. 

Mamat ni, kalau tak menjerit tak sah!

Afizi membuka pintu bilik air. Irham yang sudah siap berpakaian sedang menunggunya di bangku yang terletak di dalam bilik air. Tanpa melengahkan masa, Afizi mengangkat Irham keluar dari bilik air dan meletakkannya di atas kerusi roda yang ada di tepi katil. 

"Lambatnya kau kemas." Irham hanya tersenyum. 

"Maaf, banyak sangat barang yang kena kemas ni," balas Afizi sambil meneruskan kerjanya kembali.  

"Oh ya, sarapan dah siap kat dapur. Encik boleh lah pergi makan. Atau nak saya tolak?" tanya Afizi yang baru teringatkan sarapan yang disediakan olehnya. 

"Takpe. Aku tunggu kau. Boring makan seorang diri."

"Okay." Afizi kembali meneruskan kerjanya. Sedikit hairan dengan sikap majikannya. Tetapi dia malas untuk membiarkan perkara ini beraja di dalam fikirannya. 

"Oh, lupa pula. Botol sirap ada kat bawah katil." Irham menunjukkan ke arah bawah katil. 

Afizi tunduk dan mengintai ke bawah katil. Dia cuba untuk mencapai botol sirap tetapi gagal. Afizi mengeluh. Geram dengan perangai Irham. Afizi terpaksa merangkak masuk ke bawah katil. 

Saat Afizi merangkak masuk ke bawah katil, Irham secara tidak sengaja terpandang punggung Afizi.

Mantap... Irham control diri kau!!! 

Irham cuba untuk memandang ke arah lain. Afizi keluar dari katil sambil memegang botol sirap. Hatinya masih lagi panas.

"Sorry..."

Tetapi, dengan hanya sepatah kata itu sahaja yang keluar dari mulut Irham, telah mampu melenyapkan api yang membakar di dalam hatinya. 

xxx

Afizi membuka pintu rumah dengan penuh debaran. Sebaik sahaja dia melihat Doktor Azlan ada di depan matanya, dia tersenyum. 

"Afizi! Sihat tak?" Tanpa diduga Doktor Azlan memeluknya. Afizi terkedu seketika dengan reaksi Doktor Azlan. 

"Erm... Sihat. Doktor sihat ke?" 

"Sihat. Oh ya semua kat hospital kirim salam kat awak. Dia orang semua rindu awak," balas Doktor Azlan.

Afizi hanya tersenyum. Dia juga rindukan rakan-rakan jururawatnya yang sudah hampir dua bulan tidak ditemui. Sekali-sekala sempat juga mereka berbual di telefon, tetapi untuk berjumpa agak sukar sekali kerana masing-masing mempunyai komitmen pada kerja dan keluarga. 

"Kirim salam kat dia orang juga. Kalau sempat nanti, saya melawat mereka kat hospital."

"Abang Lan!!!" Irham muncul dari bilik tidurnya. 

Doktor Azlan menuju ke arah Irham dan memeluknya mesra. Afizi berasa sedikit kecewa kerana pelukan Doktor Azlan kepadanya tadi bukan lah bermakna apa-apa. Bila difikirkan balik, Doktor Azlan memang lebih suka memeluk dari berjabat tangan apabila bertemu dengan kawan-kawannya.

Tapi aku bukan kawan dia...  

"Am macam mana? Okay tak? Afizi jaga okay tak?" Mereka berdua menuju ke ruang tamu. 

"Sihat bang. Dia ni okay, tapi malas sikit," kata Irham kepada Doktor Azlan.

Afizi tersentak mendengar perkataan 'malas' yang keluar dari mulut Irham.

Bila masa aku malas. Kau tu yang suka menyusahkan orang...

"Am buli dia ke? Afizi, macam mana Am ni layan awak? Dia buli awak tak?" Doktor Azlan bertanyakan kepada Afizi pula. 

"Tak ada lah. Encik Irham layan saya dengan baik sekali. Mana ada buli. Dia lemah lembut dan sangat baik hati." Dengan nada mengejek, Afizi segera berlalu ke dapur. Ingin mencuci pinggan mangkuk yang masih lagi ada di sinki. 

"Dengar tu bang. Mana ada saya buli dia." Irham tersenyum. 

"Payah abang nak percaya. Abang dah kenal awak lama. Your Mom apa khabar. Ada call tak?" Doktor Azlan mengubah topik perbualan. 

"Selalu je call. Tak habis-habis nak suruh Am balik. Minggu depan Ilyas nak balik Malaysia so Mama nak suruh Am ikut Ilyas sekali. Malaslah Am."

"Kenapa Am tak nak pergi London jer. Kat sana nanti your Mom boleh jaga. Kat sana lagi banyak pakar saraf boleh check you punya kaki ni," jelas Doktor Azlan. 

"Am kan minta bagi masa kat Am 6 bulan untuk stay kat Malaysia. Dia pun dah setuju. Ni tak sampai 2 bulan pun lagi, dah sibuk-sibuk nak paksa Am pergi London." Irham tegas dengan pendiriannya. 

"Mungkin dia rindukan dan bimbangkan Am. Dia kan ibu Am."

"Kalau dia rindukan Am, dia yang sepatutnya datang sini lawat Am. Jaga Am. Masa Am accident hari tu, 3 hari je dia balik Malaysia. Sayang sangat kat husband baru dia tu. Dah lah Abang Lan. Malas nak fikir pasal dia. Stress Am." Irham masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap ibunya. Semenjak ibunya berkahwin dengan Mike, hubungan mereka berdua tidak serapat dulu. 

"Okay. By the way, boleh Abang tanya kenapa 6 bulan?" tanya Doktor Azlan yang masih lagi tidak faham kenapa Irham masih lagi mahu tinggal di Malaysia untuk tempoh 6 bulan sebelum kembali kepada keluarganya di London. 

"Ada lah..." Irham cuba menyembunyikan perkara sebenar. Belum ada seorang pun yang tahu mengenai kandungan Aisha. Disebabkan bayi yang ada di dalam kandungan Aisha lah, Irham sanggup tinggal di Malaysia. Bersusah payah untuk memastikan Aisha tidak menggugurkan bayi mereka. Selepas Aisha melahirkan bayi mereka, Irham akan membawa bayi itu ke London dan Aisha boleh meneruskan kembali kerjayanya sebagai seorang aktres. 

xxx

Afizi menjenguk ke arah ruang tamu. Doktor Azlan masih lagi mengurut-urut kaki Irham. Biasanya ada pakar fisioterapi lain yang datang, tetapi minggu ini, Doktor Azlan sendiri yang datang. Adakah Doktor Azlan ingin berjumpa dengannya? Afizi tersenyum sendirian. 

"Am ada rasa apa-apa ke?" tanya Doktor Azlan. 

Irham hanya menggeleng-geleng kepalanya. Di dalam hatinya penuh dengan rasa kebimbangan. Adakah dia akan lumpuh buat selama-lamanya? 

"Janganlah bimbang. Semua ni biasa pada peringkat awal. Next month, Am datang check kat hospital ya. Nanti Doktor Lim akan schedule kan operation seterusnya." Doktor Azlan cuba untuk menyedapkan hati Irham sambil menepuk-nepuk bahunya. 

"Oh ya, macam mana dengan sexual activity? Semua berfungsi dengan baik kan?" tanya Doktor Azlan lagi. 

Afizi yang memasang telinga sejak dari tadi lagi terperanjat dengan soalan dari Doktor Azlan sehingga mangkuk yang dipegangnya terjatuh ke dalam sinki. 

"Abang Lan ni. Perlahan lah sikit!" Irham pasti yang Afizi ada terdengar soalan daripada Doktor Azlan ekoran bunyi bising di dapur. 

"Kenapa nak malu? Semua lelaki kan kat sini? Ke ada perempuan?" balas Doktor Azlan kembali. 

"Mana ada. Seganlah nanti dia tu dengar." Irham merujuk kepada Afizi. Azlan hanya tersenyum melihat keletah Irham. Mukanya sudah pun merah. 

"Pagi-pagi tu biasalah. Tapi kan bang, bila Am nak.. faham-fahamlah, tak dapat naik lah bang. Sebab cedera ke bang? Luka jugak ke kat situ?" Irham berbisik perlahan menjawab soalan Doktor Azlan sebentar tadi. 

"Abang rasa takde apa-apa. Am stress kot. Rilekslah. Jangan paksa diri."

Irham hanya mengangguk. Namun hatinya masih lagi rungsing. Mungkin ini balasan tuhan kepadanya.

xxx

"Okay Afizi, saya dah nak balik ni. Oh ya, nanti time you takde kerja ke or time lapang ke, you tolong urutkan kaki Am ya," pesan Doktor Azlan yang sudah menunggu di muka pintu. 

"Ish, tak pandailah saya, doktor. Nanti tersilap urutkan..."

"Urut biasa jer. Tak payah kuat sangat. Just untuk bantu circulation je. Don't worry lah. Okay saya balik dulu. See you later." Doktor Azlan berlalu meninggalkan Afizi. 

Urut? Hmm.. Jururawat, orang gaji, mangsa buli dan kini tukang urut pulak?

xxx

Drama yang ditayangkan di televisyen langsung tidak menarik perhatian Irham dan Afizi. Afizi lebih menumpukan kepada novel yang sedang dibacanya manakala Irham hanya termenung sambil berbaring di atas sofa. Afizi mengalihkan pandangannya dari novel kepada Irham. Sejak Doktor Azlan pulang, Irham masih lagi belum menuturkan sepatah kata pun. Ada berita buruk ke?

"Encik Irham okay ke?" Afizi membuat keputusan untuk menegur Irham. 

Irham yang tersentak dari lamunannya, hanya menganggukkan kepalanya. 

"Encik Irham janganlah bimbang. Doktor Azlan tu bagus. Doktor-doktor lain pun bagus. Kat Duke tu banyak doktor-doktor pakar. Ada pakar saraf, ada pakar fisioterapi nombor satu kat Malaysia dan ramai lagi lah. Hari tu ada pesakit yang datang kat Duke dah 5 tahun tak boleh jalan. Tapi lepas rawatan dan operation kat Duke, terus boleh jalan. Siap boleh lari lagi. So, Encik Irham tak payahlah bimbang sangat." Afizi cuba untuk menceriakan Irham. Walaupun Irham selalu menyakitkan hatinya tetapi dia tidak sanggup untuk melihat Irham murung. 

Irham tersenyum mendengar cerita Afizi. 

"Tipulah. Takkan boleh lari terus.." 

"Betul... Dia lari macam ni." Afizi menunjukkan gaya pesakit yang dimaksudkannya sebentar tadi berlari. Terkangkang-kangkang. Irham terus tergelak besar melihat telatah Afizi mengajuk larian pesakit itu.

"Kau jahat ya... Mengejek orang..." Irham cuba untuk menahan ketawanya. 

"Mana ada mengejek. Saya nak tunjukkan kepada Encik Irham je."

Afizi lega kerana raut wajah Irham yang murung mula bertukar menjadi ceria. 

 "Encik Irham nak makan apa malam ni? Saya masak special," sambung Afizi lagi.

"Udang ada lagi tak?" tanya Irham. 

"Ada lagi. Butter prawn ya?" Afizi cuba mengagak apa yang ingin dimakan oleh Irham.

"Yup."

"Best kan saya masak?"

"B plus je..." Irham mencebik dan kemudian tersenyum. Afizi membalas senyuman Irham. 

xxx

Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Sudah tiba waktunya untuk dia pulang. Tetapi pesanan Doktor Azlan petang tadi menganggu fikirannya. Mungkin sebelum dia balik, dia boleh mengurut kaki Irham.

"Masuklah."

Irham sudah pun berada di atas katil.

"Saya dah nak balik ni tapi Doktor Azlan ada pesan supaya saya urut kaki Encik." Afizi menarik kerusi dan meletakkannya di tepi katil. 

"Takpalah. Dah pukul 9 ni. Pergi balik. Aku pun dah mengantuk ni."

"Mana boleh. Nanti Encik cakap saya malas pula." Afizi duduk sambil mula mengurut kaki Irham. 

Afizi bukanlah seorang yang pandai mengurut tetapi ibunya pernah memujinya yang dia mempunyai bakat semulajadi dalam mengurut. Bermula dari tapak kaki dan jari, tangan Afizi mula bergerak ke betis Irham. Namun Irham masih tidak dapat merasakan sentuhan Afizi. Perasaan kecewa dan takut mula mendiami fikirannya sehinggalah tangan Afizi mula menyentuh pahanya. Buat pertama kali, hati Irham berdegup kencang. Fikirannya mula terpesong. Nafasnya mula menjadi tidak tentu arah. 

"Stop. Dah pergi balik." Irham cuba untuk membendung nafsunya. Dia pasti yang dia sudah terangsang dengan sentuhan Afizi. 

"Sikit lagi..." Afizi menyambung kembali urutannya. 

Irham menepis tangan Afizi. 

"Aduh.."

"Dah. Kau nampak ni?" Irham mengenggam bonjolan yang ada di seluarnya.

"Err.." Afizi tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia mula panik.

"Dah pergi balik... Atau kau nak tolong 'selesaikan masalah' ni?"

"Eh... Takpelah... Hmm... saya balik dulu. Selamat pagi.. eh malam." Afizi berlari keluar. Malu dengan situasi yang berlaku di antara mereka sekarang. 

Selepas keluar dari lif, Afizi terus menuju ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya. Hatinya masih lagi berdegup kencang. Apa yang berlaku tadi? 

Dengan segera dia membuka radio untuk cuba mengalihkan fikirannya. Lagu Anaconda nyanyian Nicki Minaj sedang dimainkan oleh stesen radio tersebut. Dengan pantas, Afizi menutup radionya.

Kenapa lagu ni pulak yang keluar... Argh!!! Damn.. damn.. damn. 

Afizi menghantukkan kepalanya di stereng kereta.

Macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok?

xxx

To be continued
F.I


16 ulasan:

  1. makin menarik.. love this chapter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you.. Teruskan membaca!!!

      Padam
  2. hahaha, tergelak gelak aku baca. and cerita kau makin panjang. waaaa. hahaha. makin seronok baca. tapi macam ada fishy something. apa yang jadi kat kau sebenarnya masa kau taip cerita ni? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang jadi... Hehe mana boleh cerita.. Rahsia dalam kain ;p

      Padam
  3. selamat pagi..eh selamat malam.. punch line menjadi bro

    BalasPadam
  4. my bf loves your writing so i decided to check it... writing's fabulous ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you.. Guess I owe ur bf now..

      Padam
  5. Best sangat .. Tak sabar nk tggu next chapter . Hehe

    BalasPadam
  6. Best...keep it up...suka giler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks.. And keep reading please!!!

      Padam
  7. makin menarik.. love this chapter..
    well done F.I
    xsabar nk tunggu chapter seterusnya..

    BalasPadam
  8. Nice plot! Really enjoyed the story.. Hoping for more 'intense' and 'intimate' scene in the upcoming chapter..! ;)

    BalasPadam