Iklan

Rabu, 27 Ogos 2014

ANTM Cycle 21

Hello!!!

Terima kasih untuk semua yang bagi comment pada last post. Walaupun aku tak kenal korang semua tetapi mesej korang sedikit sebanyak membantu aku. Thank you!!!

Semenjak aku single ni, aku banyak menyibukkan diri dengan menonton apa-apa jer cerita yang ada. Hari tu, Mr. Unknown ada komen pasal ANTM Cycle 21. Kat Malaysia memang lambat sikit tayangan dia tetapi kat US dah mula tayangannya. Seperti Cycle lepas, Cycle ni juga ada male models. Elok sangatlah untuk aku cuci mata. Hehe. Ni adalah model-model lelaki yang terpilih untuk Cycle 21. 

Adam, the Frat Boy
I read somewhere that his mother is Chinese-Malaysian.

Ben
Hampir pengsan jap. 

Denzel

Keith
Tyson Beckford lookalike.

Matthew
Cair....

Romeo
He's Bi.

Will
And he's gay!!!

Tapi aku juga suka dengan model-model perempuan untuk cycle ni. Masih baru lagi. Hanya baru tayang 2 episodes rasanya kat US. So kalau sapa-sapa nak tengok, aku letakkan link Youtube kat bawah ni. 

Episode 1

Episode 2

Selasa, 26 Ogos 2014

Single...

Hello!!!

Aku sebenarnya teragak-agak jugak samada nak publish ke tak nak publish post ni. Sebab kalau boleh aku dah tak nak pikir pasal benda yang dah berlalu. Tapi bila fikir balik, ada baiknya jugak aku share cerita dengan readers blog. Manalah tau boleh dijadikan panduan. 

So, first sekali aku nak bagitahu yang aku dah single sejak dari seminggu yang lalu. Huhu. Walaupun aku sememangnya dah prepare tapi bila dah putus tu perit jugak. Emosi aku pun memang tak stabil masa tu but still aku berjaya mengharungi minggu pertama yang agak memenatkan jugak. 

Aku cuma pernah menjalinkan hubungan serius dengan 3 lelaki sahaja. Dua hubungan aku sebelum ni berakhir masa aku masih lagi awal 20-an dan hubungan antara aku dengan 2 orang tu pun singkat jer. Kali ini, hubungan yang dibina untuk 3 tahun pula berakhir. So feel dia tu agak lain sikit. Huhu. 

Punca perpisahan? Actually sejak dari awal tahun lagi, hubungan kami macam tegang sikit. Bf aku tu.. Hmm ex-bf aku tu merupakan anak sulung dari 4 beradik. Adik dia yang number 2 dan 3 sudahpun kahwin. Then awal tahun hari tu, yang nombor 4 pula bagitahu nak kahwin. So pressure dari family dia agak kuat sikit. Even, his grandparents cakap yang nombor 4 ni takleh kahwin selagi abang sulung (my ex bf) tak kahwin. Masa aku tahu pasal ni, aku dah prepare myself for the worst. 

Then, tak lama selepas tu, his sister yang sememangnya baik dengan aku beritahu pasal plan untuk menjodohkan my ex tu dengan another girl and my ex sendiri pun dah setuju. But the problem was he never told me about it. Aku memang dah terasa hati jugak masa tu tetapi takdelah aku tunjuk depan dia. Aku tahu pasal ni dalam bulan tiga tapi aku senyap je sebab nak bagi peluang untuk dia beritahu aku sendiri tapi sampai bulan 8 dia tak beritahu juga aku pasal gadis yang akan dijodohkan dengan dia ni. 

Sehinggalah aku dapat tahu, masa majlis pertunangan adik bongsu dia dalam awal bulan 8 hari tu yang urusan merisik untuk dia akan bermula bulan September ni. Masa aku dengar perbualan Umi dia dengan Makcik-makcik yang lain, dia pun turut ada sama. Muka dia memang nampak merah sangat. Aku pula masa tu memang dah nekad dah.. that's it. 3 tahun kot.. Aku mungkin lah sedih kalau dia bagitahu yang dia nak kahwin tetapi at least dia bersikap jujur. Ni sampai ke sudah dia tak berani nak berterus terang. 

Selepas majlis tu dia nak hantar aku balik tetapi aku tumpang his sister dengan her husband. Malam tu baru lah dia message explain everything, the pressure and everything lah. Then aku just tanya dia, hubungan kita macam mana. Dia suruh aku bagi dia masa seminggu. Tipulah dalam masa seminggu tu aku cakap kalau aku tak mengharap yang hubungan kami akan berterusan. Tapi dlm masa yang sama jugak aku dapat rasakan memang hubungan kami akan sampai setakat ni je. 

A week later, kami just message and dia decide untuk putus. Lepas dia cakap putus, aku just reply ok then terus off phone. Walaupun aku memang dah prepare dan expected pasal ni, tapi sakitnya tu still terasa jugak. 3 years kot... 

Aku memang takde mood sangat masa tu, tapi aku still pikir positif. Benda yang paling positif sekali ialah aku beritahu diri sendiri Tuhan tak nak bagi aku buat dosa banyak sangat. Memang menjadi teknik tu. Huhu. Aku mula tenang dan ready to let go everything between us. So genap lah seminggu aku single balik after 3 years relationship. 

My friends dah suggest Grindr lol... Aku siap install lagi tapi tak sempat register pun terus aku uninstall. I'm not ready lagi kot. No matter what, aku actually agak bangga dengan diri sendiri sebab masa aku putus sebelum ni dengan previous bf, aku agak kebengongan sikit but this time, I guess aku dah mature kot. Pandai buat, pandailah tanggung. 

Itu lah cerita tragis aku. Mood nak mengarang pun agak ke laut sekarang. Sekarang ni aku just nak tengok cerita-cerita komedi jer. Malas nak emo-emo ni. Chow. 

Khamis, 21 Ogos 2014

Teenage Years

Hello!!!

Hari ni aku nak share cerita masa aku zaman remaja. Tiba-tiba jer teringat zaman remaja aku beberapa tahun dahulu. Kadang-kadang bila teringat balik, aku tersenyum. So hari ni just nak berkongsi mengenai kehidupan aku masa aku bergelar seorang remaja. Apa yang menjadi kesukaan aku pada masa itu.

Harry Potter


Bukan sahaja novel, tetapi filem Harry Potter sendiri memang menjadi kegemaran aku. It's very easy to relate to the characters in the books. Even sampai sekarang, kalau ada filem Harry Potter main kat tv, aku still akan tengok walaupun dah tengok beberapa kali. 


Roswell, Angel, One Tree Hill, Dawson's Creek & Charmed






Masa ni juga, aku mula menonton siri tv dari Amerika Syarikat. Banyak jugaklah yang aku follow tapi paling aku suka adalah these five shows. Roswell (Team Michael/Maria), Angel, One Tree Hill, Dawson's Creek (Jack!!!) dan juga Charmed. Tahap obses aku agak ketara jugak lah. Kalau cerita Roswell tu sanggup aku tengok berita pukul 8 malam yang berbahasa cina, semata-mata untuk cop tv jam 8.30 nak tengok Roswell. Huhu. One Tree Hill lagi lah. Sanggup tak makan demi untuk beli DVD. Sekarang ni pun aku still tengok dan follow banyak tv series tapi cerita yang aku tengok sekarang agak matang. Hehe. 


Reality TV (Survivor & America's Next Top Model)



Sampai sekarang aku masih lagi menonton realiti tv show, tetapi semuanya bermula daripada dua rancangan ni. Survivor dan ANTM. Aku ni memang agak competitive so bila tengok rancangan berbentuk pertandingan ni memang aku suka. Sampai sekarang aku masih lagi duk menonton rancangan ni. Lama giler kot. Especially Survivor yang aku tengok sejak dari Season 1 sampailah Season 29 yang akan ditayangkan September nanti. 


mIRC


Sapa-sapa yang suka chatting mesti ingat lagi kan ikon ni. Huhu. Aku dulu agak suka jugak chatting masa zaman remaja. Channel kegemaran sudah semestinya #sayangabang dan juga #batang. Huhu. Wujud lagi ke tak channel tu. Even mIRC ni pun aku tak tau ada lagi ke tak. Maybe ada lagi kot orang yang chat kat sana. Ada sapa-sapa tau ke channel apa yang sesuai untuk Freak Like Us ni? Huhu. 


Dragonball


Komik!!! Selain daripada komik dari Hong Kong, aku agak obses sangat dengan komik Dragonball ni. Sanggup kumpul duit and kongsi dengan cousins semata-mata untuk beli komik yang berharga RM3.50 (harga pada masa tu). Since aku ni sekolah lelaki, hampir setiap hari topik perbualan kami di sekolah ada pasal Dragonball. Huhu. 


Muzik Pop

Masa remaja, aku memang tak suka dengar muzik lain selain Pop. Rock ke, R&B ke atau Country ker, memang aku tak suka dengar. Siapa artis favorite aku masa aku remaja. Hmm... S Club 7 (Siap tengok lagi cerita dia org kat Disney walaupun cerita tu agak bodoh sikit), Westlife, Blue, N'Sync, Britney Spears, Avril Lavigne and banyak lah lagi. Sekarang ni citarasa muzik aku dah diverse dah. Still suka muzik Pop tapi dalam masa yang sama aku dah mula dengar muzik-muzik lain. 


Bollywood

Masa aku remaja jugak, aku paling suka tengok filem-filem Bollywood. Kalau hari Jumaat dan Sabtu tu memang tak sah kalau tak tengok. Aku pun tak sure kenapa aku suka sangat. Cerita yang betul-betul memberi impak pada aku dan buat aku mula follow filem-filem Bollywood adalah Dilwale Dulhania Le Jayenge. Sebut je filem apa, mesti aku tahu. Sekarang pun aku still follow pasal Bollywood ni cuma dah tak obses macam dululah. 

Itu je lah kot yang paling significant pasal aku masa aku remaja. Aku ni lebih suka habiskan masa kat rumah jer. 

Rabu, 20 Ogos 2014

Movie: Love Or Whatever

Hello!!!


Antara movie yang aku baru tengok adalah Love Or Whatever, sebuah filem dari USA yang telah dikeluarkan pada tahun 2012 lagi. Tapi aku tak pernah dengar pun sebelum ini. So expectation aku agak biasa-biasa jer. 


Filem ini mengisahkan kehidupan Corey yang agak sempurna. Dia mempunyai kerjaya yang bagus dan juga teman lelaki yang sangat seksi, Jon. Di saat Corey ingin melamar kekasihnya, Jon membuat pengakuan yang dia telah curang bersama dengan seorang perempuan. Jon dan Corey bergaduh lalu Jon membuat keputusan untuk meninggalkan Corey. Corey yang masih lagi bersedih membuat keputusan untuk mencari teman lelaki lain atas dorongan adik perempuannya, Kelsey. Namun tidak membuahkan hasil sehinggalah dia bertemu dengan Pete. Tetapi Corey dan Pete sangat berlainan di antara satu sama lain. Corey seorang yang sangat skema, lurus dan agak awkward manakala Pete pula seorang yang sangat adventurous, lasak dan yakin. 


Bagi aku filem ni sangat cute. Ada beberapa scene yang agak bosan tetapi ada jugak babak yang sweet. Babak yang paling aku suka adalah first date antara Corey dan Pete. Corey expected their first date will be in fancy restaurant was so nervous when Pete brought him into the woods. Siap pakai kemeja dan tie lagi. Pete is so gorgeous. Overall cerita ni agak best. Ada sesetengah joke yang aku agak clueless jugak but overall, I had fun watching this movie. Sesiapa yang malas nak download boleh cuba tanya En Adri di blog dia. 

Rating:

Selasa, 19 Ogos 2014

TV Series: Love Sick The Series (Season 1)

Hello!!!


Baru-baru ni aku discover satu siri tv yang sangat cute. Daripada negara Thailand yang berjudul Love Sick The Series. Cerita ni baru lagi. Masih ditayangkan kat Thailand. Tetapi sambutan untuk siri tv ni sangat-sangat menggalakkan. Love Sick The Series ni merupakan adaptasi daripada novel online yang sangat popular. So nanti bolehlah tolong adaptasikan novel aku jugak ya. Huhu. 


Love Sick The Series mengisahkan kehidupan remaja di dua buah sekolah (satu sekolah lelaki dan satu lagi sekolah perempuan). Phun merupakan seorang pelajar lelaki yang agak popular di sekolah dan sudah mempunyai teman perempuan bernama Aim. Namun apabila ayahnya memintanya untuk bercinta dengan anak kepada kawannya, Phun terpaksa mencari helah untuk menolak permintaan ayahnya. Salah satunya meminta bantuan adik perempuannya, Pang yang sangat obses dengan anime, manga dan juga filem bergenre Boys' Love. Jadi Phun meminta bantuan salah seorang pelajar lelaki di sekolahnya iaitu Noh yang terpaksa bersetuju dengan permintaan Phun untuk memastikan kelab muzik mendapat bajet yang sepatutnya. Hubungan yang bermula atas dasar untuk memastikan Pang memujuk ayah mereka, bertukar menjadi hubungan persahabatan dan seterusnya mula membibitkan rasa cinta di antara Phun dan Noh. 


Drama ni sangat sweet. Seriously... Banyak sangat babak-babak cute yang membuatkan aku terguling-guling macam tenggiling. Phun dan Noh sangat cute bila bersama. Selain itu ada juga banyak watak lain yang menjadi penyeri drama ni. Antaranya, Yuri (pelajar perempuan yang menaruh hati terhadap Noh), Earn (pelajar lelaki dari skuad cheerleader yang menaruh hati pada Noh), Jeed & Khom (pasangan yang bukan dari keluarga yang kaya dan mempunyai masalah kewangan) dan banyak lagi.  

Siapa-siapa yang nak tengok boleh check link kat bawah. Thank you to the uploader!!!


Overall: 

Movie: Azul Y No Tan Rosa

Hello!!!

Few days ago, aku ada tengok satu movie yang telah direcommendkan oleh seoarang reader. Lupa lak nama dia. Huhu. Sorry. So lepas beli jer movie ni memang aku terus tengok. Lagipun daripada review-review yang aku baca sebelum ni memang tersangatlah positif. 


Filem dari negara Venezuela ini mengisahkan Diego yang merupakan seorang photographer yang berjaya. Hidupnya bahagia tambahan lagi, dia dan kekasihnya, Fabrizio akan berpindah ke rumah yang sama. Pada suatu hari bekas kekasihnya semasa di sekolah menengah menelefon untuk memberitahu Diego yang anak mereka berdua, Armando terpaksa tinggal bersama dengan Diego kerana bekas kekasihnya akan melanjutkan pengajian. Sudah hampir lima tahun, Diego tidak berhubungan dengan anaknya dan ini membuatkan anaknya tidak menyukai Diego. 


Tragedi yang berlaku terhadap kekasih Diego telah berjaya merapatkan hubungan di antara Diego dan Armando sambil turut dibantu oleh kawan baik Diego, Perla Marina (seorang wanita yang menjadi mangsa domestic abuse) dan Delirio (seorang transgender). 


Bagi aku filem ini agak berlainan sekali dengan filem-filem berunsur gay yang pernah aku tonton. Mesej dia sungguh kuat. Filem ini menyentuh banyak sangat isu pasal kehidupan dunia gay seperti penerimaan keluarga, homophobic, domestic abuse, insecurity dan banyak lagi. Pelakon yang membawakan watak ayah dan anak (Diego dan Armando) memang sungguh bagus. Aku juga suka akan lakonan pelakon yang membawakan watak Perla Marina dan Delirio. Mereka berdua memang kawan yang baik. Aku memang recommend sangat tengok cerita ni. Sekali sekala ubah citarasa pulak. 

Overall:

Khamis, 14 Ogos 2014

YouTube's Gay Couples

Hello!!!

Kepada yang tanya pasal novel Strange Love, aku masih lagi duk tengah edit novel ni. Still nak perkuatkan jalan cerita. So harap dapat tunggu ya. Tapi aku janji yang aku akan publish kan Part 1 by the end of this August. 

Hari ni nak cerita pasal YouTube. Aku kalau dalam sehari tak buka YT memang tak sah. Biasanya aku tengok muzik video, fan video dan juga movie trailer kat situ tetapi ada satu lagi habit yang aku memang takleh nak elak bila buka YouTube iaitu melihat video dari gay couples yang ada kat situ. Agak kerap jugaklah aku tengok sampai kan BF aku sendiri pun hairan dengan ketaksuban aku. Huhu. Mesti dia ingat aku nak ajak dia buat video kat YouTube jugak. No, thanks. 

Ada banyak sangat gay couples kat YouTube but ada tiga couples yang paling aku suka dan takkan miss kau mereka update video-video baru. Tiga couples ni adalah

RJ & Will

www.youtube.com/user/shep689


I think I've been following them for like 2 years. Haha lama giler. RJ & Will met at the college dan mereka sudah bersama agak lama juga. Baru sahaja bertunang pada tahun lepas. So, apa yang ada dalam channel YouTube mereka? Well, mereka rakamkan kehidupan mereka seharian atau dalam erti kata lain, daily vlog. 


Mark & Ethan

www.youtube.com/user/mmabutternut


These two are so sexy. Mereka start couple masih baru lagi. Baru setahun lebih tetapi chemistry mereka sangat kuat. Aku suka tengok video mereka, sebab mereka berdua ni sangat adventurous. Banyak je aktiviti yang mereka lakukan bersama. Mereka baru sahaja pindah untuk tinggal bersama. 

Vinny & Luke

www.youtube.com/user/VaillancourtSquared


Vinny & Luke sudah lapan tahun bersama tetapi channel YouTube mereka hanya baru bermula pada awal tahun ini. Mereka sudah pun berkahwin so dalam video-video mereka banyak sangat pasal kisah cinta mereka, which is so romantic sebab mereka berdua ni tinggal jauh. Vinny is from USA and Luke pula dari UK. They're so funny especially Vinny. I love the way he laughs. 

Isnin, 11 Ogos 2014

Gay Novel: Broken Pieces by Riley Hart

Hello!!!

Sekarang ni minat membaca aku menjadi makin meluap-luap. Entahlah kenapa. Kalau ada masa terluang jer, mesti aku buka app IBooks di Ipod Touch aku, then start membaca sampailah aku jemu. Selain daripada novel-novel biasa (John Green & Rainbow Rowell paling favorite right now), aku juga ada juga download novel-novel bergenre gay ni. Cuma hari ni aku just nak share satu novel gay yang paling memberi kesan kepada aku iaitu Broken Pieces by Riley Hart. 


Cover dia agak seksi sikit. Huhu. Sedikit sinopsis pasal novel ini. Mengisahkan kehidupan dua orang remaja lelaki yang tinggal bersama keluarga angkat. Josiah merupakan seorang remaja lelaki yang pemalu dan banyak menghabiskan masa sendirian sehinggalah ibubapa angkatnya membawa masuk seorang remaja lelaki, Mateo yang merupakan seorang yang bermasalah. Mateo terlibat dalam kegiatan gangster dan penjualan dadah. Walaupun Josiah dan Mateo sangat berlainan di antara satu sama lain, tetapi mereka menjadi rapat apabila Mateo seringkali melindungi Josiah daripada menjadi mangsa buli. Hubungan persahabatan di antara mereka bertukar menjadi rasa cinta dan mereka mula menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan ibubapa angkat mereka. Sehinggalah suatu hari, bapa angkat mereka dapat menghidu hubungan mereka dan menghalau Mateo dari rumah. Josiah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan mencari Mateo. Mateo dan Josiah tinggal bersama dan Mateo telah terlibat kembali dalam pengedaran dadah. Pelbagai masalah timbul sehinggalah Mateo membuat keputusan untuk menghalau Josiah dari hidupnya demi untuk menjaga keselamatan Josiah. 

Beberapa tahun berlalu dan Josiah yang masih lagi kecewa ditinggalkan Mateo lebih suka menyendiri. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang peguam, Tristan. Tristan yang tertarik dengan Josiah bersetuju untuk membantu Josiah mencapai cita-citanya untuk belajar di kolej. Walaupun Tristan cuba untuk menyembunyikan perasaannya, namun Josiah merasakan yang Tristan juga menyukainya. Josiah yang masih lagi menyintai membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Tristan. Tristan yang tidak suka akan komitmen akhirnya turut akur dengan perasaannya. Mereka mula menjalinkan hubungan. Di hari graduasi Josiah, Mateo muncul kembali cuba untuk menagih cinta Josiah. Josiah yang masih lagi menyintai Mateo, keliru dengan apa yang patut dilakukannya. 

Aku rasa novel ni memang menghiburkan. Ia terbahagi kepada tiga bahagian (Mateo/Josiah, Tristan/Josiah dan Mateo/Tristan/Josiah) Ending dia agak weird but I still love it. Aku suka dengan ketiga-tiga character utama especially Josiah. Ada certain babak agak creepy terutama babak yang melibatkan ketiga-tiga karakter utama. I think to those yang suka dengan novel macam Fifty Shades of Gray will love this novel, sebab ada banyak babak-babak erotik from this novel. Agak pelik bila penulis wanita yang menulis novel. Hebat sungguh imaginasi dia. 

Sapa-sapa yang ada application IBooks, kalau teringin nak baca, bolehlah request kat aku. Aku cuma ada file Epub so untuk baca kena guna Iphone, Ipod Touch or Ipad je. Rasanya lah. Aku agak kureng sikit bab-bab teknologi ni. 

Rating:

Khamis, 7 Ogos 2014

Movie: My Bromance

Hello!!!

Salah satu movie yang paling aku tunggu-tunggu adalah My Bromance. My Bromance ni adalah filem dari negara Thailand. Rasanya dah keluar sejak dari awal tahun lagi cuma DVD baru je keluar bulan Julai yang lepas. 


My Bromance mengisahkan Golf (Fluke Teerapat) yang telah kematian ibunya dan hanya tinggal bersama bapanya. Pada suatu hari bapanya membawa pulang seorang wanita dan remaja lelaki. Bapanya memperkenalkan wanita itu sebagai isterinya dan remaja lelaki yang bernama Bank (Fluke Pomgsatorn) adalah adik tirinya. 


Golf yang tidak dapat menerima kenyataan yang bapanya telah melupakan segala memori bersama ibunya, melayan Bank dengan teruk. Dia selalu memarahi Bank dan menjadikan Bank sebagai orang suruhannya. Namun Bank selalu bersabar dengan segala perbuatan abang tirinya. Lama-kelamaan Golf mula lembut hati dan mereka berdua menjadi rapat. Namun, perasaan cemburu mula timbul dalam diri Golf apabila pelajar lelaki popular di sekolah mereka, cuba untuk memikat Bank. 


I think this movie is so cute.. Banyak babak-babak yang sangat cute dan juga funny di antara Golf dan Bank. Ceritanya juga bergerak sangat pantas. Rasanya almost 2 hours juga kot filem ini. Tetapi, tak rasa pun sebab banyak sangat babak-babak menarik di antara mereka berdua ni. Chemistry dua pelakon yang bernama Fluke ini juga sangat bagus. They look so good together. Even watak kawan-kawan mereka pun sangat entertaining. The ending. Hmmm. I was such a mess actually after watching this movie. Quite depressing but still beautiful. Definitely a must watch movie.


Boleh tanya kat sini adab1911@gmail.com kalau ada sapa yang nak beli or kalau internet korang laju boleh tengok kat youtube (courtesy of Kuda Lakorn)

http://www.youtube.com/watch?v=NNbbSNb5pSc&feature=youtu.be

Rating: