Iklan

Ahad, 28 September 2014

Strange Love - Part 3

Bab 3

Sudah hampir seminggu Afizi bekerja di rumah Irham. Agak berlainan sekali situasinya berbanding dengan bekerja di hospital. Di hospital, dia agak sibuk melakukan tugas-tugasnya. Adakalanya sampai terlepas waktu rehat dan kadangkala juga, terpaksa balik pada lewat malam. Tetapi di sini, dia mempunyai banyak masa lapang. Sampaikan ada ketika, dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. 

Irham Daniel. Nama yang sangat indah. Sesuai dengan raut wajahnya yang tampan. Tetapi perangainya agak menjengkelkan Afizi. Mood Irham seringkali berubah-ubah. Adakalanya dia begitu cerewet. Sering mencari kesalahannya walau hanya sebesar kuman. Tetapi kadangkala dia hanya diam. Menuruti saja apa yang dilakukan oleh Afizi tanpa sebarang herdikan. 

Mungkin kerana kesan sampingan kemalangan itu. Agak sukar untuk Afizi memahami apa yang dirasakan oleh Irham kerana dia tidak mengalami apa yang dialami oleh Irham. Dia cuba untuk tidak menghakimi Irham kerana ujian yang menimpa Irham agak kuat. Dia sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepadanya jika dia menjadi lumpuh. 

Tetapi, Afizi hanya manusia biasa. Kadangkala, hatinya sakit dengan kata nista yang dilemparkan kepadanya. Afizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Malas untuk memikirkan perkara ini.

Afizi bangun dari sofa. Matanya melilau-lilau mencari apa yang boleh dilakukannya. Entah kenapa matanya tertumpu kepada kabinet yang ada berhampiran dengan pintu bilik Irham. Dengan berhati-hati Afizi menuju ke arah bilik Irham. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan cuba mengintai dari celah pintu yang dibukanya. Irham masih lagi nyenyak tidur di atas katil. Jadi Afizi menutup kembali pintu bilik Irham. 

Dengan berhati-hati dia membuku kabinet berwarna coklat itu. Ada banyak album foto yang tersusun kemas di dalamnya. Afizi mengambil salah satu album yang ada. Dia membukannya dengan berhati-hati.

Album itu memuatkan gambar-gambar Irham sejak dari kecil lagi. Irham banyak tersenyum di dalam gambar-gambar ini dan senyumannya sungguh indah. Malangnya, tidak mungkin Afizi akan dapat melihat senyuman ini wujud lagi di dalam diri Irham. 

Afizi meletakkan album yang dipegangnya dan mengeluarkan album lain pula. Di samping itu, telinganya cuba untuk mendengar apa-apa bunyi yang keluar dari bilik Irham. Bimbang juga jika Irham tiba-tiba muncul di muka pintu. Tetapi keadaan Irham yang lumpuh membuatkan Afizi yakin yang tiada perkara buruk akan berlaku. Jadi Afizi mengeluarkan satu lagi album dan membukanya.

Hampir tercampak album foto itu saat Afizi membukanya. Album itu dihiasi dengan gambar-gambar model yang sedang berbogel. Tanpa seurat benang. Dan model-model itu adalah lelaki. Afizi cuba menutup album itu, tetapi perasaan ingin tahunya mengatasi segala-galanya. Dia membelek setiap halaman satu-persatu sehinggalah matanya tertumpu kepada seorang model lelaki. Model itu seakan-akan dikenalinya. Model itu adalah...

Irham...

Afizi memerhatikan gambar itu betul-betul. Ya.. Memang Irham. Dengan segera dia menutup album itu dan meletakkannya kembali ke tempat asal. Hatinya tidak tenang. 

xxx

Afizi menghidangkan makanan tengahari di atas meja. Agak bersahaja masakannya hari ini. Lagipun dia bukanlah pandai memasak sangat. Harap-harap, Irham menyukai masakannya dan tidak akan ada banyak komen darinya. 

Irham keluar dari biliknya. Pandai pula dia memusing roda sendiri hari ini. Biasanya dia hanya menunggu Afizi untuk datang menolaknya. 

Di saat Irham muncul di hadapannya, hatinya berdebar-debar. Tiba-tiba dia memikirkan apa yang dilihatnya sebelum ini. Gambar Irham di dalam keadaan yang tidak sepatutnya. 

Dia cuba untuk tidak memikirkan perkara itu. Irham yang hanya diam, menyuapkan nasi ke mulutnya. Tidak banyak soal pula hari ini. Biasanya Irham pasti akan bertanyakan asal-usul hidangan yang disediakannya. 

"Kau beli kat mana ni?" Irham merujuk kepada ayam masak merah dan sayur campur yang tersedia di atas meja. 

"Ermm.. Masak sendiri jer. Tak sempat nak keluar pergi beli." Agak serba salah untuk Irham mengaku yang dia memasak hidangan pada hari ini. Bimbang jika ianya tidak disukai oleh Irham.

Irham hanya diam. Afizi menarik nafas lega. Bermakna masakannya berjaya memikat hati Irham. Memikat hati? Sekali lagi fikiran Afizi kembali melayang kepada gambar Irham.

"Kau jangan nak ingat masakan kau ni sedap sangat. Biasa-biasa jer. Setakat macam ni, sape-sape pun boleh masak," kata Irham, memberhentikan lamunan Afizi. 

"Maafkan saya, Encik. Nanti esok saya akan keluar beli makanan." Afizi hanya tunduk. Bersedia untuk dimaki hamun oleh Irham.

"Tak payah nak membazir masa. Dari kau keluar merewang sana, merewang sini, baik kau masak je lah. Jimat masa. Nah, tambahkan nasi." Irham menghulurkan pinggannya kepada Afizi.

Afizi bingung dengan sikap Irham. Sebentar tadi, dia memberitahu yang masakan Afizi hanyalah biasa-biasa sahaja tetapi masih lagi menyuruh Afizi untuk masak. Siap tambah nasi lagi. 

Mesti tak nak mengaku yang masakan aku ni sedap!

xxx

Afizi menepuk-nepuk bantal. Agak sukar untuknya melelapkan mata pada malam ini. Di mindanya masih lagi terbayang-bayang peristiwa yang berlaku pada hari ini. Mungkin benar apa yang dibacanya sebelum ini. Dia cuba mengingati kembali saat dia menaip nama Irham Daniel di kotak carian Google. 

Biseksual! Bermakna dia sukakan perempuan dan juga lelaki. 

So, aku ada peluang lah!

Afizi menepuk pipinya. Tidak mahu berfikir perkara yang bukan-bukan. 

Jangan nak berangan. Kau nak ke boyfriend puaka macam Irham tu?

Afizi teringatkan pasangan yang dijumpainya di hospital pada minggu lepas. Saat dia masih lagi bekerja di hospital. Dia sangat yakin yang mereka berdua adalah pasangan kekasih. 

Terbit rasa cemburu di dalam diri Afizi yang masih belum mengenal erti cinta. Ya, dia pernah menyukai seorang lelaki sebelum ini, tetapi dia yakin yang lelaki itu tidak menyukainya malah mungkin langsung tidak mengenalinya. Silapnya juga yang terlampau pemalu untuk memulakan 'langkah'. 

Dia melihat jam yang sudah melewati angka 1. Dengan segera dia menarik selimut dan memejamkan matanya. 

xxx

Afizi menutup pintu rumah dengan perlahan. Tidak mahu mengejutkan Irham yang kebelakangan ini selalu bangun lewat. Dia meletakkan begnya di atas kerusi dan menuju ke arah balkoni. 

Langsir yang menutup tingkap balkoni ditariknya. Sinaran matahari mula masuk menerangi ruang tamu yang agak suram sebelum ini. 

Today is going to be a great day!

Kemudian, Afizi menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan tiga biji telur dan sebotol jus oren. Di saat dia menyediakan sarapan, Afizi terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Awal pula Irham bangun pada hari ini. 

Afizi menyambung kembali tugasnya. Setelah siap 'scrambled eggs' yang dimasaknya, Afizi meletakkannya di atas 'tray'. Dia membawa sarapan yang dimasaknya keluar. 

Irham sedang berada di kawasan balkoni. 

"Encik, nak makan sarapan kat mana?" tanya Afizi. 

"Kat jamban! Boleh tak jangan tanya soalan bodoh." Irham menjeling tajam ke arah Afizi. 

Afizi hanya senyap. Ingin sahaja dia menyumpah Irham. Hari yang bermula dengan indah mula bertukar menjadi buruk bagi Afizi. 

"Letak je atas meja tu!" Masih lagi kuat nada suara Irham. Afizi menuruti sahaja perintah Irham. Dia cuba untuk menjauhi Irham. Lebih baik dia masuk ke bilik Irham untuk mengemas biliknya. Kadang-kadang Afizi keliru samada dia masih lagi seorang jururawat atau sudah menjadi seorang pembantu rumah. Bukannya Irham dan keluarganya tidak mampu untuk menggaji seorang pembantu rumah. Pelik sungguh keluarga si Irham. 

Afizi menarik selimut yang berada di atas katil. Dia menebar selimut yang berwarna biru pekat itu dengan berhati-hati. Tetapi bunyi benda jatuh mengejutkan Afizi. Dengan segera dia mencari bunyi benda apakah yang jatuh. 

Remote TV. 

Afizi mengangkat remote tv dan meletakkan di sebelah tv. 

"Apa kau buat?"

Afizi terkejut mendengar suara Irham dari belakang. 

"Takde. Saya nak mengemas bilik. Ternampak remote. So saya letak kat tepi tv," ujar Afizi. 

"Siapa bagi kau kebenaran masuk bilik aku? Ada aku suruh?" Makin tinggi pula suara Irham.

"Tetapi sebelum ni kan saya memang kena kemas bilik tidur Encik kan?" Afizi mula tunduk.

"Tak payah nak menjawab. Kau memang suka redah privasi orang lain kan?" tengking Irham lagi. 

"Saya cuma menjalankan tugas saya Encik.."

"Tugas kepala otak kau. Selongkar kabinet pun tugas kau juga ke?" Belum sempat Afizi menghabiskan ayatnya, Irham sudah mencelah. 

Afizi terkejut. Tetapi semalam Irham tidur. Bagaimana dia boleh tahu yang Afizi membuka kabinet yang ada di tepi bilik Irham. Irham mencapai remote tv dan menekan salah satu butang yang ada. Visual di tv menunjukkan gerak-geri Afizi semasa dia membuka kabinet. 

"Terhendap-hendap. Kau nak mencuri kan? Kau ingat aku simpan harta karun dalam kabinet tu?" Irham masih lagi merenung tajam ke arah Afizi. 

"Bukan Encik. Saya tak tahu nak buat apa semalam, jadi saya ingat nak kemas kabinet tu." Afizi mula takut. 

"Tak payah nak bagi alasan. Kalau aku tunjuk video rakaman cctv ni kat bos kau, mesti kau kena buang kerja kan?" Kata-kata Irham membuatkan Afizi menjadi lebih bimbang. Dia tidak boleh kehilangan kerja. 

Afizi segera melutut. 

"Encik, maafkan saya. Saya janji takkan buat lagi. Tolong jangan beritahu pihak atasan. Saya tak boleh kehilangan kerja ini. Tolonglah Encik."

"Tahu takut. Apa yang kau tengok dalam kabinet tu?" tanya Irham

"Saya hanya tengok gambar-gambar Encik masa kecil." Afizi cuba untuk menipu.

"Tolong jangan nak menipu kalau tak pandai menipu. Beritahu aku perkara sebenar!!! Kau nak aku beri video ni kepada bos kau ke?" jerkah Irham. 

"Saya.. saya tengok gambar yang tak elok.." Tergagap-gagap Afizi memberitahu perkara yang sebenar. 

Irham bergerak ke arah meja di tepi katilnya dan membuka salah satu laci. Dia mengeluarkan sebiji kamera. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran Irham.

"Since engkau suka sangat tengok gambar lelaki telanjang, apa kata aku tolong ambil gambar kau telanjang. Nanti boleh aku letakkan sekali di dalam album itu. Buat koleksi." Sinis tetapi masih tegas kedengaran suara Irham.

"Encik.. Janganlah macam ni.." Afizi keliru dengan arahan yang diberikan oleh Irham. 

"Kenapa? Ni je balasan yang sesuai untuk kau. Kau tengok gambar aku telanjang tak apa. Dah buka baju dan seluar atau kau nak aku email kan video ni kat bos kau?" ugut Irham. 

"Encik... Janganlah Encik. Saya minta maaf... Saya tak biasa," ujar Afizi. Matanya hampir menitiskan airmata. Tetapi masih berjaya diseka. 

"Cepatlah!!!"

Afizi buntu. Dia tidak boleh kehilangan kerja yang menjadi sumber utama pendapatan keluarganya. Tetapi dia juga tidak ingin Irham mengambil gambarnya di dalam keadaan aib. 

Irham mengambil telefonnya. 

"Baik.. Aku call Doktor Azlan sekarang..." Irham mula menekan butang di telefon bimbitnya. 

"Okay.. okay saya buat..." Afizi tidak tahu apa lagi yang patut dilakukannya. Dia sudah tewas. 

Dengan tangan yang menggeletar, Afizi membuka butang baju kemejanya satu persatu-satu sehingga menampakkan tubuhnya. Walaupun sedikit kurus, tubuh Afizi masih lagi tegap. 

Tangannya beralih pada seluar yang dipakainya. Dia membuka butang dan zip lalu menarik keluar seluarnya. Tiada apa yang tinggal di tubuh badannya selain 'boxer' berjenama Renoma yang dipakainya. 

Airmata yang ditahannya sejak dari tadi, tidak mampu lagi dibendung oleh Afizi. Belum pernah lagi dia dimalukan sebegini rupa. Afizi memegang boxer yang dipakainya. Belum sempat dia melucutkan boxer itu, Irham bersuara. 

"Dah... Tak ingin aku nak tengok kau telanjang. Ingat! Ni amaran terakhir. Jangan nak memandai sentuh harta benda aku lagi. Keluar!"

Afizi mengambil baju dan seluarnya yang berada di atas lantai dan terus berlari keluar. Dia tidak mahu Irham melihatnya menangis. Dia tidak mahu Irham melihatnya sebagai insan yang lemah. 

Aku benci kau, Irham!!!

To be continued
F.I

Jumaat, 26 September 2014

Must See Gay Movies

Hello!!!

Dah lama aku tak buat review movie. Ramai yang tanya pasal movie yang baru aku tgk. Adalah several movies yang aku dah tengok tapi belum sempat review lagi. Hopefully, bila aku lapang sikit, aku akan review filem-filem tu. 

Ada seorang reader tanya aku pasal gay movie apa yang best. So kat sini aku nak compilekan movies yang pada aku memang best. Ini citarasa aku je yer. Kalau tak best jangan salahkan aku pulak. So hopefully, list ni dapat membantu korang dalam memilih cerita apa yang korang nak tengok. 

1. Shelter


Duh... Kalau korang adalah reader blog ni, mesti tahu yang aku suka sangat dengan filem Shelter ni. Lagu2 dalam filem ni best dan 2 pelakon utama pun memang hensem tapi yang paling penting adalah jalan cerita dia yang senang nak faham. Tak terlalu artistik but still brilliant. Watch this please!!!

2. Romeos


Jalan cerita filem ni sangat unik. Kisah cinta di antara seorang female-to-male transgender dengan lelaki gay. Best jugak cerita ni. Lupa pula dari negara mana cerita ni. Maybe Germany kot. 

3. The Way He Looks


Filem dari Brazil. Baru lagi release. Such a wonderful love story between two teenagers. Salah seorangnya adalah buta. Chemistry antara dua pelakonnya sangat kuat. 

4. Love of Siam


Filem dari Thailand. Kisah cinta di antara dua remaja yang kenal sejak dari kecil lagi. Cerita ni agak stress sikit. Mungkin sebab panjang sangat but at the end, it's still a beautiful love story. 

5. Boys (Jongens)


Kisah cinta di antara dua orang remaja yang juga merupakan a part of kuartet lari berganti-ganti. Cerita yang simple. Senang nak faham. 

6. Azul Y No Tan Rosa


Kebanyakan cerita yang aku bagi kat atas adalah kisah cinta yang agak serius but this one different sikit. Aku memang gelak tak ingat tgk movie ni. Kisah seorang ayah yang terpaksa menjaga anak lelakinya yang sudah lama tidak dijumpainya. 

7. GBF


Another comedy. Sangat menghiburkan. Kisah 3 pelajar wanita popular yang berebut untuk menjadikan seorang pelajar gay sebagai kawan baik mereka. 

8. Hawaii


Cerita yang tak banyak dialog. Tetapi connection di antara dua pelakon utama masih lagi dapat dirasa. Kisah seorang lelaki yang membenarkan seorang lelaki homeless untuk bekerja dan tinggal bersamanya. 

9. Date & Switch


Mengisahkan 2 orang kawan baik yang berjanji to lose their virginity before high school tetapi bila salah seorang dari mereka come out, their friendship become awkward. 

10. My Bromance


Satu lagi movie dari Thai. Movie ni, aku agak torn sikit. The first half was brilliant but then the second half rasa macam terlalu melodramatik. But, I still love it. Probably because the chemistry di antara dua pelakon utama. Mengisahkan 2 orang adik beradik tiri yang jatuh cinta di antara satu sama lain.

So that's it. Korang boleh download or kalau malas try tanya En. Adri kat email dia; adab1911@gmail.com. Rasanya semua movie yang aku listkan kat atas ni ada dia jual. Hopefully, list ni membantu korang. Selamat berhujung minggu. Aku nak menyambung Strange Love Part 3 pulak. Bye. 

Selasa, 23 September 2014

Gay Novel: Aristotle and Dante Discover the Secrets of the Universe by Benjamin Alire Saenz

Hello!!!


Hari ni aku nak share pasal satu novel yang aku baru je habis baca dalam minggu ni berjudul Aristotle and Dante Discover the Secrets of the Universe. Huhu.. Panjang tajuk dia. Aku memang dah lama nak baca novel ni tapi payah nak jumpa. Aku ada je versi epub tapi kalau boleh nak baca juga versi buku betul-betul sebab feel dia tu lain. Then aku dapat tahu kat Kinokuniya, KLCC ada jual buku ni. Tapi belum sempat aku pergi KLCC, ternampak buku ni kat Popular, Sunway Pyramid. Ada 2 copy jer, so aku cepat2 beli. Sampai kaunter, shoot... Aku takde cash. Terpaksa letak balik then cepat2 cari atm, then terus ke section sama. Dari 2 copy, tinggal satu jer. Terus aku grab cepat-cepat. Kalau habis, memang guling-guling aku kat situ. 

So apa yang best sangat pasal buku ni? Well to me everything about this book is amazing. No wonderlah buku ni menang banyak awards. Sedikit sinopsis untuk korang. Buku ini mengisahkan Aristotle aka Ari yang suka menyendiri. Dia tidak mempunyai kawan dan dia juga merupakan seorang remaja yang agak pemarah. Dia marah dengan keluarga dia yang membuang abangnya yang sedang berada di dalam penjara. Dia marah kerana ayahnya tidak suka bercakap dengan dia dan macam-macam lagi. 

Suatu hari, di public swimming pool, dia terjumpa dengan Dante, seorang remaja lelaki yang totally different from him. Dante seorang yang ceria, peramah dan suka tersenyum. Dante ingin mengajar Ari yang masih lagi tidak pandai berenang dan Ari yang lebih suka bersendiri, weirdly agree to Dante's suggestion. Sejak dari itu mereka berkawan dan saling berkongsi soalan mengenai kehidupan. 

That's it. Takleh cerita lebih-lebih. Korang kena beli citer ni. Seriously amazing sangat. Setakat ni buku yang paling aku suka adalah 'The Fault In Our Stars' but now 'Aristotle & Dante' has become my all time favorite book. Lepas habis jer baca buku ni, aku terus kiss buku ni berulang kali (maklumlah sejak ditinggalkan ni agak kurang kucupan mesra). Ending dia sangat-sangat memuaskan hati. 

Rating:

Isnin, 22 September 2014

Gay Anime: Love Stage!! Season 1

Hello!!!

Aku ni bukanlah peminat tegar anime sangat, tetapi kadang2 tu tengoklah jugak gay anime dari Jepun atau lebih famous lagi dengan panggilan 'Yaoi'. Dalam dua bulan yang lepas aku ada check kat satu forum ni, citer apa yang tgh famous. Ramai suggest cerita ni. So aku pun tengoklah. 


Love Stage!! mengisahkan Izumi Sena yang dilahirkan di dalam keluarga seni. Ayahnya merupakan seorang penyanyi, ibunya adalah aktres terkenal dan abangnya, Shogu Sena adalah vokalis kepada rock band popular di Japan. Malangnya Izumi tidak berminat untuk menceburi bidang seni ekoran tidak mempunyai keyakinan pada dirinya. Satu-satunya pengalaman Izumi di dalam bidang seni adalah dengan berlakon sebuah iklan 10 tahun yang lepas bersama ibubapanya. Itu pun Izumi dipaksa untuk berpakaian sebagai budak perempuan kerana model kanak-kanak perempuan tidak dapat datang. Di sana juga, Izumi bertemu dengan budak lelaki yang banyak membantunya menghilangkan perasaan berdebarnya iaitu, Ryoma Ichijo. 


Sepuluh tahun telah berlalu dan sempena ulang tahun ke sepuluh iklan itu, pihak produksi ingin membuat versi baru iklan tersebut. Ryoma Ichijo kini adalah seorang pelakon lelaki popular dan dia menetapkan syarat yang dia hanya akan terlibat dengan iklan itu, jika budak perempuan yang berlakon bersamanya 10 tahun lepas bersetuju untuk terlibat sama. Izumi sekali lagi terpaksa untuk bersetuju kerana ibunya amat meminati lakonan Ryoma Ichijo. Apakah reaksi Ryoma Ichijo apabila mengetahui budak perempuan yang amat disukainya selama 10 tahun adalah lelaki?


Anime ini ada 12 episod. Baru sahaja habis dalam minggu lepas. Seriously, cerita ni kelakar sangat. Sampai guling-guling aku tengok. Sekarang ni aku tengah layan manga version pulak. Hopefully cerita ni akan ada season 2 sebab this is one of the best anime series yang pernah aku tengok. Lagi best dari Junjou Romantica & Sekai-ichi Hatsukoi. 

Untuk sapa yang nak tengok citer ni boleh tanya En Adri kat adab1911@gmail.com. Aku tak sure dia ada jual tak anime tapi korang boleh jer suruh dia download dan beli dengan dia. 

Ahad, 21 September 2014

Strange Love - Part 2

Bab 2

Afizi membuka pintu bilik perlahan-lahan. Irham yang berada di atas katil masih lagi leka membaca majalah. Makanan yang disediakan oleh Afizi langsung tidak dijamah. Afizi melihat jam tangannya yang sudah melewati angka 6. Mengikut perjanjian, Afizi hanya perlu bekerja sehingga jam 6 petang. 

"Ada apa?" tanya Irham sambil merenung tajam ke arah Afizi. 

"Encik tak makan ke? Nak saya sediakan makanan lain?" tanya Afizi lembut.

"Tak payah. Aku upah kau untuk jadi nurse bukannya tukang masak. Kejap lagi aku makan." Irham mengalihkan kembali tumpuannya kepada majalah. 

"Tapi kejap lagi saya kena balik. Dah nak pukul 6 ni," jelas Afizi. 

"Oh, bila waktu balik nak cepat, tapi datang kerja lambat. Kau ni memang takde disiplin kan. Tunggu lepas aku habis makan then baru kau boleh blah. Dah keluar." 

Afizi menutup pintu bilik dengan perasaan yang kecewa. 

Memang puaka!

xxx

"Along, kenapa lambat?" tanya ibunya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. 

"Along ada kerja sikit tadi." Afizi meletakkan beg di atas sofa. 

"Ila mana?" 

"Berkurung dalam bilik dia lah. Nanti lapar tahulah dia keluar dari bilik. Macam mana kerja? Okay ke?" tanya ibunya pula. Afizi dapat melihat raut wajah ibunya yang agak bimbang akan dirinya. 

"Okay je Umi. Umi janganlah bimbang. Jaga kesihatan Umi. Along nak mandi dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama." Afizi bangun lalu masuk ke dalam biliknya. 

Dia termenung seketika apabila memikirkan hari pertamanya bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Irham yang bermula dengan buruk. Tetapi dia sedar yang dia harus kuat demi keluarganya. Demi masa depan yang lebih baik.

xxx

Afizi berjaya sampai di rumah Irham pada jam 8.15 pagi. Awal 15 minit. Dia menarik nafas lega. Bukan main payah lagi untuknya mengejutkan adik perempuannya supaya bangun dari tidur. Biasanya Asilah menumpang keretanya untuk ke kelas. 

Afizi membuka pintu rumah. Sunyi sahaja. Mungkin Irham masih lagi belum bangun. Dengan segera, Afizi ke dapur untuk menyediakan sarapan sebelum memberi ubat kepada Irham. Setelah selesai, Afizi membawa dulang yang mengandungi sarapan dan ubat-ubatan dengan penuh berhati-hati. Dia mengetuk pintu bilik Irham. Bermula dengan ketukan yang perlahan, Afizi menguatkan sedikit ketukannya. Namun masih tiada reaksi daripada Irham. Dia mencuba lagi namun masih tiada respon.

Dia okay ke? Janganlah bunuh diri pulak... 

"Encik, saya nak masuk ni..." Afizi memberi amaran. Bimbang jika Irham sedang berada di dalam situasi yang tidak sesuai untuk ditonton. 

Suasana di dalam bilik sungguh gelap. Afizi dapat melihat susuk tubuh Irham yang masih lagi berada di atas katil. Bunyi dengkuran kecil yang keluar, melegakan hatinya. Afizi menarik langsir tingkap dan cahaya mula masuk ke dalam bilik itu. 

Irham terkejut tatkala melihat Afizi sudah berada di dalam biliknya. Dia melihat ke arah jam. 

"Lain kali ketuk dulu pintu sebelum masuk." Irham mencari bajunya di sekitar kawasan katil. 

"Dah ketuk tadi, tapi mungkin payah nak dengar kot sebab bilik ni besar." Afizi memberi alasan yang padanya agak logik. Afizi cuba untuk mengambil t-shirt milik Irham di tepi katil namun di saat itu juga Irham tunduk untuk mengambil t-shirt yang sama.

"Aduh!" Afizi menggosok kepalanya. Irham memandang ke arahnya dengan tajam. Riak wajahnya menunjukkan yang dia bengang dengan tindakan Afizi sebentar tadi. 

"Rajin tak bertempat. Padan muka," rungut Irham kepadanya perlahan. 

"Maaf, Encik. Tak sengaja." Afizi tunduk. Malang sungguh nasibnya. Pagi-pagi lagi dia sudah memberikan alasan kepada Irham untuk memarahinya. 

"Aku nak pergi toilet." Dengan segera, Afizi menuju ke tepi katil dan membantu Irham untuk naik ke atas kerusi roda. Kemudian dia menolak kerusi roda itu masuk ke dalam bilik air. Afizi menuju ke arah pintu untuk keluar dari situ bagi memberikan privasi kepada Irham. 

"Nak pergi mana? Tolong aku. Aku tak larat nak bangun," gesa Irham. Afizi berpusing semula dan dengan berhati-hati, dia membantu Irham untuk berdiri. 

Setelah beberapa minit mencuba, akhirnya Afizi berjaya memapah Irham ke mangkuk tandas. Susuk tubuh Irham yang sasa agak menyukarkan Afizi. Namun dengan sedaya upaya dia cuba bertahan. Perkara terakhir yang diigininya berlaku adalah menjatuhkan majikannya. 

Afizi berpaling ke arah lain untuk memberikan privasi kepada Irham untuk melepaskan hajatnya. 

"Jangan intai!" 

Tak ingin

Afizi tidak mampu bertahan lagi. Beban yang ditanggung oleh tubuhnya agak berat. Di saat Irham cuba untuk membuka pili air, Afizi akhirnya gagal mengimbangi badannya lalu mereka berdua terjelepuk di atas lantai. Tubuh Afizi kini berada di atas tubuh Irham. Afizi yang cemas segera bangun dan mengangkat Irham. 

"Encik, maaf Encik.. Saya tak sengaja.." Namun Irham hanya diam. Raut wajahnya agak merah. Mungkin menahan merah. Dengan segera Afizi membantu Irham untuk duduk di atas kerusi rodanya. 

"Dah. Tolak aku ke bilik. Aku nak sarapan," gesa Irham. Afizi yang masih lagi takut dengan segera menolak kerusi roda majikannya kembali ke bilik. 

xxx

Afizi hanya duduk sahaja di sofa. Tiada apa yang boleh dilakukannya. Ingin membuka televisyen, bimbang pula jika ianya melanggar etika kerja. Jadi masanya hanya terbuang begitu sahaja. 

Namun tiada apa yang boleh dilakukannya. Tugasnya hanyalah untuk menjaga makan dan minum serta memberi ubat kepada Irham mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Afizi teringatkan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Dengan segera dia menutup mukanya. Kenapalah dia tidak dapat bertahan sedikit lagi. 

Afizi melihat jam. Sudah hampir waktu tengahari. Dia bercadang untuk mereneh sup ayam sebagai hidangan makan tengahari untuk Irham. Sedang dia menuju ke dapur, loceng berbunyi. 

Afizi membuka pintu. Seorang perempuan sedang berdiri di hadapannya. Sangat cantik dan anggun. Persis seorang artis. Ya, perempuan di hadapannya adalah seorang pelakon. Aisha Idris. 

"Ya? Ada apa boleh saya bantu?" tanya Afizi yang sedikit terkejut. 

"I'm Aisha, kawan Irham. I datang nak melawat dia," balas Aisha ringkas. 

Afizi membuka pintu. Belum sempat Afizi bertanyakan soalan lain, Aisha sudah pun berlalu menuju ke arah bilik Irham. 

"Cik kejap, nanti saya beritahu Encik Irham dulu." Afizi mengekori Aisha dari belakang. 

"It's okay. Tolong buatkan coffee untuk I. No sugar ya." Aisha tidak mempedulikan permintaan Afizi untuk memberitahu Irham terlebih dahulu. Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik Irham, Aisha membuka pintu dan terus masuk. 

Afizi hanya mampu melihat sahaja. 

xxx

"Kenapa you tak angkat bila I call? You jangan nak lari okay!" jerit Aisha. Irham yang sedang menaip sedikit terkejut tatkala melihat Aisha yang sudah berada di dalam biliknya. Dia kembali menumpukan perhatian kepada skrin komputer. 

"At least tanyalah dulu khabar aku. Sihat ke tak? Ini masuk rumah orang menjerit-jerit macam perempuan gila." Irham menjeling ke arah Aisha. 

"Well, padan muka you. Careless sangat." Aisha membalas jelingan Irham. 

"I datang sini just nak ingatkan you, you jangan nak lari. Anak dalam perut I ni, you yang nak sangat kan," tambah Aisha lagi.

"Nak lari apa? Berjalan pun aku tak boleh. Kau jangan bimbanglah. Aku akan stay kat Malaysia for 6 months. So lepas kau bersalin aku akan ambil anak kita, then baru pergi London," balas Irham

"Good. Dengar sini, I nak balik Perlis. I akan stay kat sana sampai I bersalin. Then I akan suruh orang hantar baby ni kat you. So you jangan nak lari okay. Ingat, you yang nak sangat baby ni," tambah Aisha lagi.

"You ni memang takde hati perut kan," sindir Irham. 

"Amboi mulut. Ni semua salah you okay. I cakap pakai kondom, but then you bukan main berlagak lagi cakap tak perlu. Pancut luarlah sangat. Then, I nak gugurkan, you tak bagi. I tak nak anak ni. So you patut bersyukur, I sanggup teruskan kandungan ni. Nanti jangan nak libatkan I dengan anak ni. Dah. Malas I nak tengok muka you lama-lama. Lain kali I call jawab." Aisha menuju ke arah pintu untuk keluar namun dia berhenti di hadapan muka pintu. 

"By the way, pandai you pilih assistant. Taste you sangat kan?" Aisha tergelak kecil dan terus berlalu keluar. Afizi yang baru sahaja tiba di hadapan bilik bersama kopi, hampir dilanggar oleh Aisha. 

"Nak minum kat ruang tamu ke?" tanya Afizi. 

"Tak perlu. I dah takde selera. You minum je lah dengan bos you tu." Aisha melangkah meninggalkan Afizi yang masih lagi keliru dengan apa yang berlaku

xxx

"Lain kali jangan suka-suka bagi orang masuk dalam rumah aku. Kalau yang masuk tu pencuri macam mana? Kau boleh bayar ke ganti rugi?" Irham merenung tajam ke arah Afizi yang berdiri di hadapannya. 

"Maafkan saya Encik. Dia cakap dia kawan Encik. Tu yang saya bagi masuk." Afizi hanya tunduk. 

"Well, kalau anjing datang menyalak cakap dia kawan aku, kau bagi masuk jugalah. Tanya aku dulu. Jangan nak membabi-buta buka pintu kepada orang yang dikenali." Irham meneruskan leterannya. 

Macamlah aku faham salakan anjing

"Maafkan saya Encik. Saya janji saya tak buat lagi." Afizi masih lagi tunduk. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya. Cuba untuk menahan sabar. Ingin sahaja dia menumbuk muka Irham tetapi jika difikirkan semula ada betulnya kata Irham. Dia tidak patut membenarkan Aisha masuk tanpa merujuk kepada Irham terlebih dahulu. 

"Dah. Pergi siapkan lunch." Nada suara Irham mula perlahan. Wujud rasa simpati di dalam hatinya saat melihat Afizi yang hanya tunduk bila dimarahi olehnya. Dia mengambil cawan di atas meja lalu menghirup air kopi...

"Puirghh... Apa ni? Pahitnya..." Afizi menyembur air kopi yang baru dihirupnya. Bajunya habis basah. 

"Itu kopi Cik Aisha tadi. Dia tak... tak nak gula." Afizi yang tergagap-gagap segera mengambil tisu dan mengelap mulut dan baju Irham. Irham tergamam melihat tindakan Afizi. Tanpa disedari dia menolak Afizi dari sisinya. 

"Tak payah nak rapat-rapat sangat. Bagi sini tisu tu. Ambilkan baju lain. Then pergi sediakan lunch. Aku dah lapar ni." Irham mengambil tisu yang dihulurkan oleh Afizi.

xxx

Irham masih tidak dapat melelapkan mata. Peristiwa petang tadi masih lagi bermain-main di dalam fikirannya. Aisha Idris. Pelakon wanita yang dikenalinya di sebuah majlis peribadi. Tinggi lampai persis seorang model. 

Namun baginya, Aisha Idris sama seperti perempuan-perempuan lain yang pernah ditidurinya. Mereka tidak mampu mengisi kekosongan di dalam hatinya. Walaupun dia sedaya upaya mencuba untuk mencintai mereka, dia masih tidak mampu untuk menipu hatinya. 

Hubungan antaranya dan Aisha berlanjutan selama hampir 3 bulan, sehinggalah Aisha disahkan mengandung. Salahnya juga yang tidak menggunakan kondom. Aisha yang menyalahkan dirinya ingin mengugurkan kandungan, tetapi entah mengapa nalurinya seakan tidak membenarkannya untuk membiarkan Aisha 'membunuh' benih yang telah disemai oleh mereka berdua. 

Dia berjanji kepada Aisha yang dia akan menjaga anak mereka. Aisha yang pada mulanya agak keberatan untuk melahirkan anak itu, berjaya dipujuk dengan menggunakan wang ringgit. 

Irham cuba untuk memejamkan mata. Namun bayangan lain pula yang muncul di fikirannya. Afizi. Saat Afizi mengelap mulut dan bajunya, sesuatu berlaku pada hatinya. Sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Wajah Afizi yang begitu rapat sekali, membuatkan jantungnya berdebar.

Tak mungkin!!! Dia baru sahaja mengenali Afizi...

xxx

Sabtu, 20 September 2014

Aku & Kawan

Hello!!!

First sekali, Strange Love Part 2 akan dipublish tomorrow. Aku dah siapkan actually tapi ada rasa macam tak puas hati sikit. Sekarang dah tak sesibuk dua minggu yang lepas. UPSR dah lepas (Paper yang bocor, tiada kaitan dengan aku. Kalau paper Math memang guling-guling aku). Last week juga aku dapat interview sebagai Pensyarah untuk satu organisasi milik kerajaan. Biarlah rahsia. Bukan main lagi preparation aku. Dari 6.30 lagi dah sampai. Rupa-rupanya Putrajaya ni dekat je dari PJ. Huhu. Pukul satu baru dapat interview. Ramai sangat. Tak tahulah macam mana nasib aku. Hopefully okay. 

Hari ni just nak share citer pasal kawan. Aku ada banyak kawan tapi hanya empat org ni lah yang aku consider kawan baik. Kawan yang boleh share everything. Kawan yang kenal kerenah aku. Bak kata orang putih, BFF.

N

N ni kawan baik yang paling lama aku kenal. Kami memang kamcing sejak dari sekolah lagi. Citarasa muzik kami agak sama. Antara aktiviti kegemaran kami adalah jogging, lepak di library dan naik basikal bersama-sama. Huhu. Dulu zaman sekolah, kami berdua ni naik satu basikal. Basikal tu milik N. Si N ni akan duduk atas palang dan akan pegang handle manakala aku pula duduk di atas pelana sambil kayuh. Sepanjang dua tahun, kami tidak pernah dilanggar kereta so boleh aku simpulkan chemistry aku dengan N memang kuat. Sekarang ni N dah ada kereta sendiri. So tak payahlah kami menunggang basikal dengan cara berbahaya lagi. Dia ada kat Damansara sekarang. Huhu. Sapa nak no phone, bagi tahu. Huhu.. I just pimp you in my blog N.. :p

P

Nama P dengan aku ni agak hampir so aku bagi dia satu nickname. P.. Aku kenal P masa aku di form 6. My friend N, tak dapat sambung form 6. Sedih sangat. Sebab masa form 5 lagi kami dah plan nak masuk form 6 together. (Org lain sibuk nak msk universiti, kami plan unik sikit.) So aku agak keseorangan lah sehinggalah aku jumpa P. Kami memang sama. Dari segi minat, keaktifan di dalam kelas dan everything lah. Kami berdua dapat masuk U untuk sambung degree then sama-sama sambung Master. Sekarang ni P ada jauh di Sabah. Agak payah nak jumpa dia. Tp dengar kata dia dah nak sambung PHD. Takpalah P. Silakan. Aku dah tak larat nak buat research. 

D

D ni lah bestie aku sekarang. Dan dia jugak berjaya menjawat jawatan sebagai housemate aku. Aku kenal D ni di universiti. Dia memang awkward sikit. Orang selalu salah faham kat dia, tp dia actually peramah. Sudah berpunya. Hatinya dikawal ketat oleh security guard yang bertubuh sasa. Huhu. Takleh nak mengumpat byk sebab dia tahu pasal blog aku. 

A

A ni ex bf aku. Ex bf aku yang pertama. Kami kenal di universiti. Suka bercakar. Aktiviti membaling merupakan kegemarannya di masa lapang. Entah macam manalah kami still berkawan walaupun dah putus. I think we are better as friends than lovers. Aku sgt selesa dengan dia. Kalau aku ada masalah kewangan, A lah yang menjadi rujukan aku. Huhu. Hang kerja kat bank. So redha je lah. 

Itulah senarai kawan aku yang paling rapat. 4 orang ni lah yang paling aku percayai. Hopefully akan jumpa kawan yang lebih baik lagi dari 4 orang ni. :p

Ahad, 7 September 2014

Memori

Hello!!!

Hari ni entah kenapa aku active semacam. Ada je benda nak buat. Pagi sampai petang, aku busy dengan last minute preparation untuk UPSR. Aku pulak yang terlebih nervous. Balik je dari kelas, aku kemas bilik pula. Banyak jugaklah benda aku kemas, especially rak buku aku tu. Lepas susun dan sapu habuk kat situ aku pergi kemas almari pulak. 

Dalam duk mengemas boleh pula aku terjumpa beg yang penuh dengan memori aku dengan ex bf. Aku agak confuse jugak. Nak buang ke nak simpan. Ada sesetengah orang cakap kalau dah putus baik buang je barang-barang/hadiah/kad dari bekas kekasih. Aku still tak tau lagi apa yang aku nak buat dengan benda tu semua so aku masukkan balik dalam beg dan campak ke atas almari. Oleh kerana teknik campakan aku macam sengal sikit, ada satu kad jatuh. Aku pun dengan yakinnya membuka kad itu...


Shoot... Kad anniversary last year. Bulan 10 ni sepatutnya 3rd year lah.. Kad ni merupakan benda yang dia bagi paling bernilai sebab dia ni pemalas dan sangat tak kreatif so untuk dia hasilkan kad tu, memang satu keajaiban. Terus aku tutup kad itu cepat-cepat dan mood untuk mengemas terus hilang. Huhu. 

Sejak dari kami putus hari tu, sampai sekarang kami tak berjumpa dan bercakap langsung. But, after UPSR this week, company dia akan bawa budak2 yang baru habis UPSR untuk satu trip. Aku pula of courselah kena teman pelajar-pelajar ni, Cuma dia aku tak surelah samada akan ikut sekali atau tak. Last two years dia yang wakilkan company dia, tahun ni x sure lah. Nervous pulak aku memikirkan yang aku mungkin kena jumpa dia pulak. Nak tegur ke tak? Kena salam ke? Dan macam-macam lagilah soalan yang timbul dalam otak aku ni. 

Wish me luck.... :(

Jumaat, 5 September 2014

20 Facts About Me!!!

Hello!!!

Terima kasih sangat pada siapa yang sudah baca Stranger Love Part 1. Happy sangat baca komen positif daripada korang. Part 2 still dalam proses. Hopefully by this Sunday, aku dapat publish. 

Petang semalam, ada orang tag kat aku di Instagram pasal 20 Facts (That You Might Not Know) About Me. Takde maknanya aku nak menaip panjang-panjang di Instagram pakai telefon. So aku fikir baik aku post je kat sini walaupun orang yang tag aku tu tak tahu pun kewujudan blog ni. Huhu. Lantaklah...

So here are 20 facts about me. 

1. Aku orang Kelantan!!! The Red Warriors!!! (Kenegerian giler fact yang pertama. Huhu)

2. Aku ada Master dalam bidang (tut) tapi entah macam mana aku boleh kerja di private school sebagai seorang guru di dalam bidang Accounting, Matematik & Sejarah. Memang takde kena mengena dengan Master aku pun. Huhu. 

3. Aku obses dengan losyen lol!!!! Haha. Seharian tak pekena losyen rasa cam tak selesa. OCD tahap ringan-ringan je ni kot. Lepas mandi atau sebelum tidur, aku memang akan pekena losyen. Ramai orang tak suka sebab lotion ni kat sticky, tapi aku suka... Losyen favorite? Hehe.. Vaseline dan juga Palmer yang bau coklat/koko tu.. Rasa cam nak gigit diri sendiri je.

4. Aku seorang yang suka tengok tv siri tak kira lah dari negara mana. Dalam laptop aku ni penuh dengan cerita-cerita tv show yang popular. Antara siri tv kesukaan aku sekarang ialah The Vampire Diaries, Game of Thrones, Please Like Us, Devious Maids, Arrow, Revenge, Once Upon A Time, Bones, Pretty Little Liars, uis memang takkan habis list favorite aku ni.. So baik aku stop sekarang..

5. Aku anak sulung dari 4 adik beradik. Semua lelaki. Kesian Mak aku...

6. Aku suka baca novel. Koleksi novel aku memang giler jugak. Tapi ada jugak novel aku yang telah dihancurkan oleh adik aku. Dia pergi gunting cover novel then gunakan untuk buat main bola yang biasanya guna kotak rokak tu. Creative sungguh. Genre novel yang aku paling suka adalah 'Young Adult' walaupun aku dah masuk kategori 'Adult'... Huhu mungkin sebab aku suka membaca sejak dari remaja lagi. Lagipun novel untuk orang dewasa ni intense sangatlah. 

7. Hantu beg!!! Aku bukan suka sangat beli baju, kasut atau seluar tapi beg aku memang psiko sikit. Tak kiralah beg sandang, beg bimbit and kalau boleh beg laptop pun aku nak tukar. Huhu. Beg paling mahal yang aku pernah beli adalah dalam lebih kurang RM400. Tapi mujur ada discount. Lupa lak berapa percent tapi agak reasonable jugak lah harga dia.

8. Aku suka dengar muzik. I listen to so many kind of music. Album kegemaran aku sekarang adalah In The Lonely Hour from Sam Smith (sesuai sangat dengan aku yang tgh frust ni huhu) dan lagu kegemaran pulak... Hmmm banyak tapi aku suka nyanyi lagu Shower (Becky G) sekarang ni. Of course lah kat dlm bilik air. Feeling giler kot. 

9. Aku pakai phone Lenovo. Ringtone aku sekarang ialah Shouldn't Come Back (Demi Lovato) dan message notification pulak 'Show On Me'. Bunyi dia cam siren ambulan skit..

10. Aku single sekarang ni. Sejak 2 minggu yang lalu. So ada sapa nak berkenalan ker? 

11. Tabiat buruk yang sukar untuk aku tinggalkan ialah pantang tengok cotton buds. Mesti akan ambik untuk korek telinga. Even dalam puasa baru ni pun kadang-kadang aku terbabas tanpa disedari. Syok kot... 

12. Tak tahulah napa aku cukup suka dengan citer Bollywood. Walaupun kat Malaysia ni, filem Bollywood dah tak popular sangat, aku still suka tengok. Citer last yang aku tengok adalah Ek Villain. Lagu dia best giler.... Hero dia pun buat aku tak senang duduk jer. Cuba korang Google 'Sidharth Malhotra'. Senang duduk tak korang?

13. Aku suka shopping kat F.O.S dan Camel. Memang tu lah destinasi aku kalau nak beli baju kerja dan juga baju kasual. 

14. Aku suka kumpul tiket wayang. Huhu.. Sejak dari 2006 lagi koleksi aku. Banyak jugaklah. Sekarang ni tengah bersepah so nak beli buku or maybe card holder untuk letak tiket wayang tu. Selain tiket wayang aku juga suka kumpul tie dan perfume. 

15. Favorite Superhero aku adalah Superman. And Superman/Clark Kent favorite aku pulak adalah Tom Welling (Smallville).

16. Aku suka kencing duduk.. Eh fakta apakah ini.. Huhu

17. Aku memang suka mengajar. Sejak sekolah lagi aku rajin jadi volunteer untuk mengajar kawan-kawan dan juga junior. Perangai suka mengajar ni berterusan ke zaman universiti dan sehinggalah sekarang dapat jadi cikgu. Aku baru je dapat offer untuk jadi lecturer tapi tak sure lagi macam mana. 

18. Aku suka naik keretapi. Walaupun lambat sangat nak sampai ke Kelantan tapi aku prefer train dari bus or flight. Rasa selamat sangat. Nak pergi toilet pun senang. 

19. Fakta ni agak tragis sikit. Sampai sekarang aku tak pandai drive. Ex aku pernah ajar drive tapi aku pergi langgar pagar. Aku ni jenis pelik sikit. Kau suruh pusing kanan, aku akan pusing kiri. Even dari zaman sekolah lagi, aku memang fail bab-bab kawad. Orang pusing kiri, aku pusing ke kanan. Mungkin sebab aku mudah gabra kot. Hopefully sebelum umur 30 tahun aku dapat drive. 

20. Pengalaman manis sepanjang aku hidup ialah dapat menamatkan pengajian Master di UiTM. Struggle giler tapi berjaya menghabiskan pengajian dengan hanya tempoh 1 tahun setengah. Pengalaman pahit, kehilangan ayah tercinta. Perit kot... :(

Okay, dengan ni aku nak tag blogger-blogger lain jugak. Aku nak korang post 20 facts yang pembaca korang mungkin tak tahu pasal korang. So silakan atau dalam bahasa Kelantan sleke.. Gibb, Putera, Shark, Adam Hakim, Zacky, Mr. Unknown dll lagi.. 

Bye!!!

Isnin, 1 September 2014

Strange Love - Part 1

Bab 1

Afizi membetulkan tiub air di lengan pesakit yang sedang tidur di atas katil. Muka pesakit itu masih lagi pucat. Afizi mengambil carta pesakit yang ada di atas meja dan memeriksa jika masih ada apa-apa yang belum diselesaikannya. Sudah hampir tiga bulan Afizi bekerja di Duke Medical Center. Minggu depan dia akan menandatangani kontrak sebagai jururawat tetap di sini. Jadi dia tidak mahu berlaku sebarang masalah yang akan menggugat status kerjanya. 

Mohd Firdaus Bin Ahmad, 19 tahun, Pelajar.

Maklumat yang tertera di carta pesakit diperhatikannya satu persatu. Semuanya lengkap kecuali maklumat ahli keluarga pesakit. Afizi cuba mengingati siapa yang menghantar pesakit ini tadi. 

"Zain..." Agak lemah suara pesakit itu, tetapi jelas di telinga Afizi yang dia sedang memanggil seseorang yang bernama Zain. Pesakit itu mula membuka matanya perlahan-lahan. 

"Nurse... Kawan saya yang hantar saya dah balik ke?" tanya pesakit itu perlahan. 

"Saya tak sure lah pula. Nanti saya tengok kat luar ya," jawab Afizi sambil bergerak menuju ke arah pintu. Afizi membuka pintu dan melihat keluar jika orang yang dimaksudkan oleh pesakit itu berada di luar bilik. Ada seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa di ruang menunggu sambil melihat ke arah telefonnya. 

"Assalamualaikum. Awak ni kawan kepada pesakit bilik A6 ke?" tanya Afizi. 

Lelaki itu sedikit terkejut mungkin kerana tidak menyedari kehadiran Afizi sebentar tadi. 

"Ya saya. Saya boyf.. Hmm kawan dia. Dia macam mana? Okay tak?" tanya lelaki itu yang sedikit resah. 

"Dia dah okay sikit. Cuma badan masih lagi panas. Air dalam tubuh dia agak kurang. So that's why badan dia lemah. So dia kena stay malam ni. Oh ya, maklumat pesakit belum lengkap lagi. Boleh tak awak tolong isi bahagian yang saya tanda ni?" Afizi menghulurkan carta milik pesakit yang bernama Firdaus tadi. 

"Boleh. Tapi ada yang tak sure so kena tunggu kawan saya sedarlah ya," balas lelaki itu sambil tersenyum. Hampir luruh jantung Afizi melihat senyuman lelaki itu. 

"Dia baru je sedar tadi. So awak boleh masuk dalam bilik untuk tengok dia. Lagipun dia cari awak tadi," ujar Afizi. 

"Oh okay." Lelaki tadi mengikut Afizi dari belakang. Sebaik sahaja masuk ke bilik pesakit, Afizi bergerak menuju ke arah almari yang mengandungi bantal dan selimut tambahan yang disediakan untuk ahli keluarga yang menemani pesakit. Sedang dia mengambil barang-barang itu dari almari, Afizi dapat mendengar perbualan di antara pesakit itu dan kawannya. 

"Kenapa tak sentuh makanan langsung? Botol air masak pun penuh lagi. Kau memang suka buat aku bimbang kan Fi?" tanya lelaki itu kepada kawannya yang terlantar di atas katil dengan perlahan. 

"Bukan macam tu lah. Takde selera," balas pesakit itu perlahan. 

"Then minum air je lah. Ni air dalam badan pun dah kurang. Mujur aku balik awal tadi."

"Sorry... Dahlah Zain. Janganlah marah-marah. Ada nurse tu," ujar pesakit itu yang mungkin sedar Afizi sedang mencuri dengar perbualan di antara mereka berdua. Afizi cuba berlagak selamba sambil menyusun bantal dan selimut di atas katil tambahan. 

"Ni bantal dan selimut. Kalau perlukan apa-apa, boleh tekan butang yang ada dekat tepi katil tu ya," jelas Afizi kepada mereka berdua. 

"Okay. Terima kasih, bang. Nanti kejap lagi saya hantar borang ni." Zain merujuk kepada carta pesakit yang masih belum lengkap. 

"Okay. Selamat malam." Afizi keluar dari bilik pesakit sambil tersenyum. Nalurinya kuat mengatakan yang hubungan mereka berdua lebih dari hubungan di antara dua orang sahabat. Terdetik rasa cemburu di dalam hatinya yang masih lagi belum menemui insan istimewa di dalam hidupnya. 

xxx

Afizi menyandang begnya di bahu lalu mengambil kunci kereta yang disangkutnya di dinding. Sebaik sahaja keluar, Afizi terdengar suara ibu dan adik perempuannya. 

"Ila mintalah tangguh dengan pensyarah. Tunggu Along dapat gaji dulu," Ibu Afizi sedang memujuk adik perempuannya. Afizi dapat mengagak yang adik perempuannya memerlukan wang untuk menampung perbelanjaannya di kolej. 

"Ila dah bagitahu lah. Tapi semua orang dah bayar. Ila sorang je dalam kelas belum bayar. Kalau Ila tak bayar minggu ni, Ila tak boleh ikut pergi trip. Then kalau tak pergi trip, markah Ila kena potong tau. Umi mintalah dengan Along. RM 250 jer," balas Asilah, adik perempuan Afizi kepada ibunya. 

"Dah hujung bulan dah Ila. Along manalah ada duit sangat. Kasihanlah dengan dia. Dia pun mesti nak pakai duit untuk diri sendiri juga," balas ibunya. 

"Habis Ila ni, Umi tak kasihan. Semua pelajar pandang Ila semacam je. Ila malu tau!!! Dahlah. Ila malas nak pergi kolej kalau macam ni." Nada suara Asilah mula tinggi. 

Afizi mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Dia membuka dompet lalu mengira wang yang ada di dalamnya. RM 255.50. Afizi mengeluarkan 4 not RM50 dan 5 keping not RM10 dan berjalan menuju ke arah Asilah. 

"Ila ni duit. Pergi kelas. Jangan nak memonteng." Afizi menghulurkan wang kepada adik perempuannya. Riak muka Asilah mula bertukar menjadi gembira. 

"Terima kasih Along!!!" Asilah memeluk sambil mencium tangan abangnya. 

"Dah. Pergi siap cepat. Along nak pergi kerja dah ni." Asilah segera menuju ke biliknya dengan hati yang gembira. 

Afizi mengambil cawan yang berisi air teh di atas meja sambil menghirupnya perlahan.

"Along ada duit tak ni?" tanya ibunya. 

"Ada lagilah Umi. Jangan bimbang." Afizi terpaksa menipu ibunya kerana tidak mahu ibunya berasa rungsing. Sudah menjadi tugasnya sebagai seorang ketua keluarga untuk menjaga ibu dan adik perempuannya. Selepas kematian ayahnya dua tahun yang lepas, ibunya bertungkus lumus bekerja untuk menyara perbelanjaannya di universiti. Dan kini sudah tiba masanya pula untuk berkorban walaupun gajinya sebagai jururawat lepasan diploma hanya cukup-cukup makan sahaja. 

"Dah siap. Jom!!!" Asilah keluar dari biliknya sambil tersenyum. Afizi mengambil bekal yang disediakan oleh ibunya dan selepas mencium tangan ibunya, dia dan adiknya keluar dari rumah mereka. 

xxx

Afizi yang baru sampai di hospital memerhati keadaan di sekeliling yang agak sunyi. Dia berasa sangat lega apabila diterima untuk bekerja di Duke Medical Center. Status Duke Medical Center sebagai hospital swasta nombor satu di ibukota menyukarkan orang ramai terutama dirinya yang masih belum mempunyai pengalaman kerja untuk diterima bekerja di sini. Tetapi entah bagaimana, mungkin kerana berkat doa ibunya, dia berjaya melepasi temuduga yang dijalankan untuk jawatan sebagai seorang jururawat.

Berbekalkan Diploma Kejururawatan dari UiTM, Afizi berjaya mendapat kerja di sini dan kini sudah hampir tiga bulan dia bekerja. Mengikut perjanjian, tempoh percubaan akan tamat setelah tiga bulan bekerja dan dia akan menjadi staf tetap di Duke Medical Center. Kenaikan gaji sebanyak RM 200 akan membantunya untuk menyara keluarga. 

"Terima kasih, nurse." Afizi melihat ke arah suara yang menegurnya. Pesakit semalam bersama kawannya ada di hadapan Afizi. 

"Oh.. Dah boleh keluar ke?" tanya Afizi. 

"Dah. Doktor dah bagi keizinan. Lagipun kami ada test petang ni," ujar pesakit semalam yang bernama Firdaus. 

"Okay. Jangan lupa jaga kesihatan. Kesian kawan awak. Runsing dia semalam. Good luck on your test." Afizi tersenyum.

"Dengar tu. Dia ni memang degil nurse. Ada je alasan kalau orang bagi nasihat." Firdaus tertunduk malu mendengar usikan daripada Afizi dan Zain.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Afizi terus berlalu pergi untuk menjalankan rutin hariannya. Dia menuju ke arah papan putih untuk melihat jadualnya pada pagi ini. Sekumpulan jururawat sedang sibuk berbual di antara satu sama lain. 

"Selamat pagi. Kenapa ni? Macam serius je? tanya Afizi kepada rakan sekerjanya. 

"Pasal pelumba motorsikal tu lah. Sekarang ni dia nak keluar dari hospital dan tinggal kat rumah pula," jelas Tania, jururawat yang sudah bertugas selama dua tahun di sini. 

"Then baguslah. Tak menyusahkan korang lagi." Afizi selalu mendengar rungutan jururawat-jururawat yang bertugas di bahagian VIP yang sering dimalukan oleh salah seorang pesakit di situ. Afizi pernah terbaca berita di dada akhbar sebulan yang lalu mengenai seorang pelumba motorsikal yang terlibat di dalam satu kemalangan. Tetapi Afizi sendiri tidak begitu mengambil tahu akan hal ini memandangkan sukan permotoran bukanlah sukan yang digemarinya. 

Namun dia selalu mendengar rungutan dari rakan sekerjanya bahawa pelumba motorsikal itu seringkali mengamuk. Mungkin kesan sampingan dari kemalangan kerana menurut doktor pakar, peluang untuknya kembali berlumba agak tipis. 

"Balik rumah tu baguslah. Yang tak bestnya, pihak hospital kena hantar seorang nurse untuk jaga 'Mamat Puaka' tu kat rumah dia. Dia request male nurse lah. Pagi tadi, Doktor Azlan panggil Abang Zaidi then minta Abang Zaidi untuk jadi personal nurse 'Mamat Puaka' tu. Tapi Abang Zaidi terpaksa tolak sebab dia kena ambil anak-anak dia dari sekolah lagi. So, mungkin Doktor Azlan akan minta orang lain pula. Abang Zaidi takpelah. Dia dah senior. Bolehlah cakap tak nak. Kita yang baru bekerja ni? Takkanlah nak cakap tak nak kat Doktor Azlan," tambah Shahrul pula yang juga bekerja sebagai jururawat di sini. 

Tania, Shahrul dan beberapa orang jururawat yang lain terus berbincang di antara mereka siapa yang bakal dipilih untuk bekerja bersama 'Mamat Puaka' itu. Hati Afizi terdetik yang tidak mungkin dia akan dipilih memandangkan dia masih lagi baru di sini. 

xxx

Afizi mengetuk pintu bilik Doktor Azlan. 

"Masuk!" 

Afizi masuk ke dalam bilik. Dirinya terpana seketika melihat Doktor Azlan, Ketua Bahagian Kecemasan sedang duduk di atas kerusinya. Belum pernah lagi, Afizi melihat Doktor Azlan sesantai ini. Tiada tali leher dan bajunya tidak dibutang dengan sempurna. 

"Duduk, Afizi." Doktor Azlan mengeluarkan beberapa dokumen dari lacinya. Afizi sudah dapat mengagak yang itu adalah kontraknya sebagai staf tetap di sini. Hatinya berputik gembira. 

"Ini kontrak awak sebagai jururawat tetap kat sini. Saya bangga sangat dengan prestasi awak. Especially kerana saya yang ambil awak bekerja di sini. Awak tidak menghampakan saya langsung. Thank you." Afizi tersenyum mendengar pujian daripada Doktor Azlan. Teringat kembali saat dia ditemuduga oleh beberapa orang doktor termasuklah Doktor Azlan. Doktor Azlan lah yang banyak membantunya semasa proses temuduga. 

"That's why saya nak tawarkan awak kerja ni. Awak tahukan pesakit yang bernama Irham Daniel. Pelumba motorsikal tu."

Afizi mengangguk. Dia dapat mengagak kerja apakah yang dimaksudkan oleh Doktor Azlan. 

Takkanlah aku...

"His mom ada share dalam hospital ni. Dia perlukan seorang nurse untuk jaga anak dia sebab anak dia dah tak nak tinggal kat hospital. Saya dah offer kat beberapa orang, tapi ramai yang tak sanggup sebab awak tahulah, Irham tu emosi dia tak stabil sangat. Saya memang dah buntu sekarang sebab Irham dah balik rumah dia tengahari tadi then tomorrow he's expecting a nurse to take care of him then tiba-tiba saya teringat kat awak. Saya ingat lagi masa interview, yang awak beritahu pasal family awak. Pasal your dad dah takde and awak kena tanggung family. Gaji untuk jadi personal nurse kepada Irham ni RM5,000 actually. Itu basic tak termasuk elaun lagi."

Afizi tersentak mendengar perkataan RM5,000. Gaji kasarnya sekarang hanyalah RM 1,900. Di dalam fikirannya terbayang reaksi ibu dan adik perempuannya apabila mereka mendapat tahu akan hal ini. Tetapi mampukah dia menjaga 'Mamat Puaka' itu dengan sempurna. Sanggupkah dia menghadapi segala kata nista yang akan dilontar kepadanya. 

"Kerja ni hanya untuk 6 bulan sahaja. Sebab selepas 6 bulan, his mom akan bawa dia ke UK. Saya pun tak faham kenapa Irham tak nak ikut his mom untuk tempoh 6 bulan ni. Mungkin dia ada sebab dia. Cuma saya boleh janji dengan awak, even lepas tempoh 6 bulan, lepas awak dah habis kerja dengan Irham, gaji awak akan kekal RM 5 ribu."

Sekali lagi Afizi tersentak. Ini merupakan peluang keemasan untuknya mengubah nasib mereka sekeluarga. 6 bulan sahaja dia perlu menghadapi 'Mamat Puaka' itu. Afizi nekad. 

"Saya setuju!"

xxx

Selesai mandi, Afizi membuka laptopnya. Misinya hanya satu. Untuk mencari maklumat mengenai Irham Daniel. Afizi melihat satu-persatu artikel mengenai Irham Daniel. 

Irham Daniel Playboy...

Irham Daniel Tidak berdisiplin...

Irham Daniel Pelumba Motorsikal...

Irham Daniel Biseksual...

Afizi hampir terjatuh dari kerusi saat dia melihat suggestions yang keluar saat dia menaip nama Irham Daniel di kotak carian Google. 

Bi? Gosip je ni... 

Afizi melihat jam. Sudah melepasi angka 12. Dia melihat kembali jadual dan tugas-tugas yang harus dilakukannya. Afizi mengunci jam locengnya. Sebelum tidur, dia sempat berdoa yang segalanya akan berjalan dengan lancar esok. 

xxx

Afizi melangkah keluar dari lif. Matanya melilau-lilau mencari apartmen yang bernombor 305. Dalam pada masa yang sama, matanya sempat lagi melihat ke arah jam yang ada di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dia sudah terlewat selama 15 minit. Akhirnya, Afizi berjaya menjumpai apartmen yang dicarinya. Dengan segera, Afizi mengeluarkan kunci dari begnya dan masuk ke dalam apartmen itu. 

Sebaik sahaja masuk, Afizi terpukau seketika melihat dekorasi di dalam rumah ini. Warna hitam dan putih menjadi teraju utama menghiasi apartmen yang indah ini. Afizi ternampak sebuah rak yang dipenuhi dengan piala-piala yang telah dimenangi oleh Irham. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini, Irham memang merupakan seorang pelumba motorsikal yang bagus. Sayangnya, kemalangan yang menimpa Irham akan meyebabkannya tidak dapat berlumba lagi. 

"Woi!"

Afizi tersentak mendengar jeritan suara dari belakangnya. Dengan segera Afizi memusingkan kepalanya. Irham berada di atas kerusi rodanya dan wajahnya agak bengis. 

"Pukul berapa dah ni? Kau tak pandai tengok jam ke? Bodoh? Tak sekolah? Aku upah kau untuk kerja dari jam 8.30 pagi sampai 6 petang kan? Sekarang dah pukul berapa? Atau kau miskin sangat sampai tak boleh beli jam?" Bertubi-tubi serangan yang berbentuk soalan maut datang menimpa Afizi. 

"Maaf Encik. Jalan sesak tadi," jawab Afizi perlahan. Takut? Ya memang dia takut kerana belum pernah lagi dia berhadapan dengan pesakit yang sungguh garang. Memang betullah apa yang didengarinya sebelum ini daripada rakan sekerjanya yang Irham merupakan seorang yang pemarah. Patutlah tiada siapapun yang sanggup untuk bekerja menjaga Irham setelah Irham dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 bulan berada di hospital. 

Dia terpaksa menerima tawaran untuk bekerja di sini kerana tawaran gaji yang sangat lumayan dari pihak pengurusan hospital. Afizi benar-benar memerlukan duit yang lebih untuk menampung kehidupan keluarganya tambahan pula adik perempuannya sedang belajar di kolej. 

"Kalau dah tahu sesak, geraklah awal sikit. Kau ingat senang untuk aku bangun dari katil dan panjat kerusi roda ni? Kalau aku mampus macam mana? Kau boleh bayar ke kalau family aku saman kau? Hah?" Bengis sekali suara Irham memarahi Afizi. 

"Maaf, Encik. Saya janji takkan lewat lagi," ujar Afizi. Dia hanya mampu tunduk. 

"Dah. Aku nak mandi. Bawa aku ke bilik air," arah Irham. 

"Baik Encik.." Afizi menghampiri kerusi roda dan dalam masa yang sama mencari-cari bilik air. 

"Encik, bilik air kat mana ya?" tanya Afizi. 

"Dalam bilik aku lah. Kau tolak je nanti aku tunjuk jalan. Lembab sungguh..." Irham menjeling ke arah Afizi. 

xxx

Dengan berhati-hati, Afizi menolak kerusi roda masuk ke dalam bilik air. Mujurlah bilik air ini agak luas. Afizi buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. 

"Kau ni kenapa. Tolonglah aku buang baju dan seluar ni. Lembablah. Kau nak aku report management ker? Baik pecat je nurse lembab macam kau ni." Nampaknya kemarahan Irham masih lagi belum reda. 

Afizi memegang pangkal baju t-shirt yang dipakai oleh Irham dan cuba menanggalkannya. Malangnya, t-shirt itu tersekat di leher Irham. Irham yang panik terus menggelupur dan menepuk tangan Afizi. 

"Maaf, maaf.." Afizi membuka butang di kolar t-shirt itu dan akhirnya berjaya menanggalkan baju Irham.

"Kau nak bunuh aku ke?" Irham menyindir Afizi sambil memandang Afizi dengan tajam. 

Afizi membuka seluar Irham dengan berhati-hati. Setelah berjaya, dia menyangkut seluar dan baju itu di tempat sidaian. Irham yang masih lagi berseluar dalam hanya diam. 

Alamak, seluar dalam. Kena buang juga ke? Nanti dia panggil aku lembab lagi. Baik aku tanggalkan je..

Afizi duduk dan cuba untuk menanggalkan seluar dalam yang masih lagi dipakai oleh Irham. Dengan pantas, tangannya ditepis oleh Irham. 

"Woi, kau ni memang sengaja nak ambil kesempatan atas aku kan? Dari tadi lagi, aku dah agak kau ni memang jenis gay. Gila seks." Sekali lagi, Afizi ditengking oleh Irham. 

"Maaf, Encik. Saya ingat Encik nak suruh saya tanggalkan"

"Dah, kau tolak kerusi ni kat bawah shower. Then keluar. Jangan nak mengintai. Tunggu aku panggil baru masuk," arah Irham. 

Setelah menolak kerusi roda berhampiran dengan tempat pancuran air, Afizi bergegas keluar dari bilik air dan menutup pintu. Dia mengeluh. Baru hari pertama, pelbagai makian dan cacian yang diterimanya. Namun dia harus kuat. Tidak boleh sesekali mengalah kerana dia amat memerlukan wang...

To be continued
F.I

xxx

Finally. Harap korang suka novel kedua aku dalam siri 'LOVE' selepas Forbidden Love iaitu Strange Love. Sorry lambat. Part 2 akan dipublishkan dalam minggu ni juga. Thank you!!!