Iklan

Khamis, 31 Disember 2015

Goodbye 2015

Hello!!!

Sejam lagi 2015 akan berlalu dan takkan kembali. Azam aku ada yang berjaya dicapai dan ada pula yang terpaksa disambung kepada 2016. Huhu.. Biasalah manusia. 

Aku dah hampir seminggu di Selangor selepas lebih sebulan bertapa di Kelantan. Cuti sekolah kali ni aku memang all out cuti. Biasanya ada je kerja admin, marketing yang kena buat. Tapi aku berjaya mengelat tahun ni. 

Laptop aku masih lagi rosak. Mungkin ada yang dah tahu sebab ada yang email duk claim Strange Love part seterusnya. Huhu.. Actually part tu hampir 90% dah siap. Tapi laptop aku tak boleh buka. Tak tahu apa problemnya. Pergi kedai, boleh je pekerja kat kedai tu suggest aku beli baru. Bisnes, bisnes... 

Balik Kelantan, mujurlah ada laptop adik aku. Sempatlah aku check email dan balas email-email dari pembaca. Ada yang minta advice tu, sorrylah.. Aku ni seorang good listener tapi bab menyelesaikan masalah orang tu agak kureng sikit. Mungkin boleh tanya Abg Numan or Gibb. Berblogging di Kelantan agak impossible. Adik lelaki aku dan anak saudara aku selalu menganggu privacy. Sekarang ni aku guna laptop adik aku. Mujurlah dia akan praktikal so aku dpt pinjam laptop dia. 

So sekarang ni aku dah ada laptop balik walaupun laptop pinjam. Sekolah dah nak buka. Aku apa-apapun belum ready. Stationery aku bila bawa balik Kelantan, habis dikebas oleh adik-adik aku yang masih lagi sekolah. Takpe, tahun baru mestilah kena beli alat tulis baru kan. 

Banyaknya lagi aku nak update pasal diri... 

Ada yang nak tahu pasal budak umur 22 tahun, yang aku kuar date dulu tu. Entahlah, kami okay je. Setakat ni masih berkawan. Tapi takdelah jumpa selalu sebab dia masih student. Last kami jumpa, masa tgk Dilwale di Pyramid. Aku turun je bas dari Kelantan terus pergi tengok movie. Kemaruk sangat tak tgk wayang selama sebulan lebih. 

Sebelum aku merepek lagi panjang baik aku stop. As for Strange Love, aku takleh nak janji. Plot tu masih lagi ada dalam otak tapi nak menaip balik tu... Hopefully laptop aku masih boleh diselamatkan. #prafforf.i'slaptop

Bye...

Selasa, 3 November 2015

Strange Love - Part 10

Bab 10

Afizi hanya mampu menunggu. Sudah hampir satu jam Irham berada di dalam bilik Doktor Azlan untuk pemeriksaan. Hatinya berkecamuk. Perasaannya bercampur aduk. Dia gembira kerana peluang untuk kaki Irham sembuh semakin tinggi. Tetapi dia tidak dapat membendung perasaan gelisahnya mengenai masa depan perhubungan mereka yang masih lagi baru. Mungkin Irham sudah tidak perlukannya lagi selepas ini. 

Afizi melihat sekeliling. Cuba mencari wajah-wajah yang dikenalinya. Sudah lebih lima bulan dia meninggalkan hospital ini. Dia merindui kerja lamanya. Mengemaskini fail-fail pesakit, menjaga mereka dengan teliti dan membantu doktor-doktor yang ada di sini. 

Lamunannya terhenti apabila kedengaran bunyi pintu dibuka. Doktor Azlan membawa Irham keluar dari biliknya. Dengan segera Afizi bangun dan membantu Doktor Azlan. 

"Terima kasih Afizi. Okay, Irham. Abang ada appointment dengan pesakit lain pula ni. Ingat pesan abang. Jaga makan minum. Dan Afizi, petang ni saya akan call awak. Saya pergi dulu ya." Afizi hanya mampu mengangguk. Walaupun ada banyak soalan yang ingin ditanyanya dia terpaksa akur. Doktor Azlan meninggalkan Irham dan Afizi. 

"Macam mana?" tanya Afizi ringkas. Raut wajah Irham nampak tenang pada pandangan matanya. Jadi agak sukar untuk Afizi meneka apa yang ada di fikiran Irham. 

"Okay. Abang Lan cakap dah boleh operate. 95% peluang untuk berjaya." Irham tersenyum. 

Melihat Irham tersenyum sudah cukup untuk menghapuskan rasa dilema yang ada dalam dirinya. Kesihatan Irham lebih penting. Mungkin dia tidak lagi akan dapat menghabiskan masanya untuk menjaga Irham, tetapi dia gembira kerana Irham akan mendapat kembali kebebasannya. Bebas untuk berjalan dan berlari. Bebas untuk ke mana-mana sahaja. 

Tanpa disangka, Irham mengucup pipinya. 

"Dah jangan nak berkhayal. Jom balik. Laparlah..."

Afizi melihat sekeliling. Mujur tiada orang yang melihat aksi Irham. Geram bercampur gembira, Afizi menolak kerusi roda Irham menuju ke arah lif. 

xxx

"Okay. Thanks Iyas." Irham meletakkan telefonnya di atas meja. Dia kembali semula kepada Afizi yang berada di atas sofa. Afizi membantu Irham. 

"Kenapa Iyas call?"

"Mama nak datang sini. Lusa sampai. Tapi dia nak buat surprise. So Iyas bimbang, kalau Mama terserempak dengan kita tengah berkelakuan tidak senonoh." Irham tersenyum nakal. 

Afizi tergelak kecil. 

Tiba-tiba dia teringat dengan perbualan di antaranya dengan Doktor Azlan semasa dia masih lagi belum bekerja dengan Irham, yang Irham berjanji untuk pulang ke London selepas 6 bulan.

Raut wajah Afizi mula berubah. Dia cuba untuk menyembunyi rasa sedihnya tetapi Irham berjaya membaca apa yang ada di fikirannya. 

"Kenapa ni?"

"Hah.. kenapa? Tak ada apa-apalah," Afizi cuba untuk tersenyum namun senyumannya tawar di mata Irham.

"Kau bimbang ke Mama aku nak datang?" tanya Irham lagi.

"Tak adalah. Cuma Encik pernah janji kan dengan Mama Encik, yang Encik nak pulang ke London. So nanti Encik akan pulang ke sana lah kan?" Afizi tunduk. 

Irham tersentuh melihat reaksi Afizi. Irham mengangkat tangannya lalu mencubit pipi Afizi. Afizi terpinga-pinga dengan aksi Irham.

"Cubitan ni sebab kau panggil aku Encik. Panggil je aku apa-apa. Abang ke, Irham ke, 'kau' pun boleh. Kalau kau panggil aku 'Encik' lagi, lagi berat hukumannya tahu. Dan ya, aku akan balik ke London nanti. Tapi aku nak kau ikut aku sekali." Irham mengenggam tangan Afizi. 

"Ish, apalah yang saya nak buat kat sana nanti. Lagipun saya ada tanggungjawab kat sini. Mak dan adik saya masih ada lagi," balas Afizi. 

"Aku boleh minta tolong Mama aku. Kau boleh kerja kat sana nanti. Kat hospital yang sama. Bawalah Mak dan adik kau sekali."

"Tapi Ila masih belajar lagi. Dia pun dah ada boyfriend kat sini." Walaupun hati Afizi ingin sahaja bersetuju dengan cadangan Irham, dia masih lagi tidak yakin. 

"Ila kan dah final semester. Tunggulah lepas dia habis. Lagipun still kena ada paperwork untuk kau kerja di sana. Lepas semua selesai, pindahlah ke London. Mungkin kita akan berjauhan untuk beberapa bulan, tapi aku janji aku takkan pandang pun nurse-nurse yang ada kat London. Si Alex tu baru je jadi boyfriend, bukan husband pun. Daripada Alex Melayu tu, baik dia cari Alex lain kat London nanti," tambah Irham yang berjaya membuatkan Afizi tersenyum. 

Afizi sudah membuat keputusannya. 

xxx

Afizi melihat ibu dan adik perempuannya ada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Sudah lama Afizi tidak menonton tv bersama-sama mereka berdua. Sudah menjadi kebiasaannya untuk berada di dalam bilik setelah selesai makan malam. 

"Cerita apa ni?" tanya Afizi sambil duduk di sisi ibunya.

"Biasalah cerita Melayu, Along. Cerita kahwin paksa ni. Umi suka lah cerita macam ni. Orang nak tengok cerita The Vampire Diaries pun tak boleh," jawab Asilah. 

"Umi dulu pun kena kahwin paksa juga dengan arwah Baba kamu. Tapi kami bahagia. Tak semestinya hidup tak gembira bila kena kahwin paksa ni," sambung Uminya pula. 

"Sebab tu lah Umi suka sangat dengan cerita kahwin paksa ni kan? Eh, Along tak kerja ke esok? Biasanya tidur awal." Afizi tersenyum mendengar soalan dari adiknya. 

"Kerja. Ermm.. sebenarnya Along ada hal nak bincang dengan Umi dan Ila." Afizi teringat kembali dengan cadangan Irham dua hari yang lepas.

"Kenapa Along?" tanya ibunya. 

"Sebenarnya Along dapat tawaran kerja di London. Hospital tu tempat ibu kepada Encik Irham kerja. Ibu dia lebih kurang macam pengarah hospital lah," jelas Afizi kepada ibu dan adiknya. 

"Oh jadi Along nak tinggalkan kami lah ni." riak muka adiknya mula berubah. 

"Takkanlah Along nak tinggalkan Ila dan Umi. Along bercadang nak bawa Umi dan Ila sekali. Kita tinggal kat sana. Ila pun tinggal tiga bulan lagi kan nak habis study," tambah Afizi lagi. 

"Betul ke Along. London.. Bestnya.. Bila nak pergi ni?" Reaksi Asilah mula berubah. 

"Macam Along cakap tadi. Lepas Ila habis study. Lagipun ada prosedur untuk tinggal dan kerja di sana. Permohonan ni berbulan-bulan lah jugak. Along pun tak sure macam mana lagi. Cuma Along just nak tanya pendapat Umi dan Ila."

"Ila sokong 100%" 

"Tapi tak sedih ke kena tinggal boyfriend Ila tu nanti?" tanya Afizi. 

"Ala, kat sana boleh cari boyfriend lain." Ila tersenyum. 

Memang betul apa yang dikatakan oleh Irham sebelum ini. Agak senang untuk mendapat persetujuan Asilah. Tetapi Afizi sedikit gusar dengan pendapat ibunya.

"Umi?" tanya Afizi. 

"Nanti Along dan Ila kenalah ajar Umi cakap Bahasa Inggeris."

Jawapan dari ibunya sudah cukup untuk melegakan hati Afizi.

"Okay apa kata kita tukar channel. Jangan tengok cerita Melayu lagi." Belum sempat Asilah mengambil remote control, Afizi mencapainya terlebih dahulu dan memberikan kepada ibunya. 

"Along!!!" jerit Asilah.

"Okay. Along nak tidur. Good night." Afizi berlalu menuju ke biliknya. Tidak sabar untuk memberitahu berita gembira ini kepada Irham. 

xxx

"Okay, ingat buat muka terkejut. Tunjuk balik muka terkejut kau," arah Irham. Afizi menunjukkan muka terkejutnya. 

"Tu bukan muka terkejut. Tu dah macam horny dah. Kalau horny baik kita masuk bilik je. Sempat lagi ni," usik Irham.

"Tak inginlah. Habis tu macam mana lagi. Saya ni manalah pandai berlakon, Enc.. Irham." Afizi berjaya mengelakkan diri daripada dihukum oleh Irham.

"Ha.. Mujur tak sempat sebut Encik, kalau tak spanking tau. Cepatlah buat muka macam ni." Irham menunjukkan reaksi muka terkejutnya kepada Afizi. 

Afizi hanya menurut sahaja keinginan Irham. Ilyas telah menghantar mesej kepada Irham yang ibu mereka sudah sampai di lapangan terbang. Irham pula tidak mahu merosakkan rancangan ibu mereka yang mahu mengejutkan Irham. 

Afizi melihat Irham yang tidak senang duduk menunggu kemunculan ibunya. Walaupun Irham tidak menunjukkan rasa rindu kepada ibunya sebelum ini, Afizi tahu yang Irham sangat menyayangi ibunya. Dia cuma terluka dengan ibunya yang lebih mementingkan suami barunya. 

Bunyi loceng kedengaran. Irham berlagak selamba dan mengarahkan Afizi untuk membuka pintu. Afizi membuka pintu dan kelihatan seorang wanita di hadapannya. Walaupun sudah berusia, dia masih lagi cantik. 

"Saya ibu Irham. Irham kat mana? Jangan beritahu Irham saya datang," bisik Puan Soraya perlahan.

"Dia ada di ruang tamu. Tengah berehat," Afizi turut sama berbisik. 

Puan Soraya berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu dan melihat Irham yang sedang membelakanginya. Dia menuju ke arah Irham dan memeluk Irham dari belakang. 

Irham pura-pura terkejut dengan tindakan ibunya. 

"Eh Mama? Bila sampai sini?" Irham membuat reaksi muka terkejut. Afizi tidak dapat membendung rasa kelakar lalu ketawa saat melihat reaksi wajah terkejut Irham.

"Ala.. Ni mesti Iyas dah bocorkan rahsia Mama." Puan Soraya sedar yang anak sulungnya sudah tahu mengenai kejutannya. 

Irham tergelak

"Mama jangan cakap Am pulak yang belot pada Iyas. Salahkan budak senget yang gelak dulu tu." Irham memandang Afizi dengan geram. Afizi memang tidak pandai berlakon langsung. 

"Oh ya sorry tak sempat kenalkan diri. Ini Fizi kan." Puan Soraya memeluk Afizi yang sedikit tersentak dengan pelukan dari seorang wanita yang baru dikenalinya. 

"Ya, Puan.."

"Eh, panggil Aunty sahaja. Terima kasihlah Fizi kerana menjaga anak Aunty. Aunty tahu ramai yang menolak sebab anak Aunty ni complicated sikit. Kalau dia ada buat salah, Aunty minta maaf." Puan Soraya memegang tangan Afizi. 

"Ish.. Takde lah Aunty. Encik Irham okay." Afizi hanya tersenyum tatkala menyedari yang dia telah pun menggunakan perkataan Encik. Irham memandangnya dengan tajam. 

"Aunty kenal anak Aunty ni. Mulut dia tu memang nak kena cili. Tapi hati dia baik. Terima kasih sekali lagi Aunty ucapkan."

"Apa ni Mama, kutuk anak sendiri." Mata Irham masih lagi memandang Afizi. 

"Oh ya. Fizi boleh ambil cuti selama beberapa hari. Hari ni pun Fizi boleh balik awal. Biar Aunty pula yang jaga Am. Nanti Am cakap Aunty tak sayangkan dia pulak," sindir Puan Soraya kepada Irham yang selalu merajuk dengannya. 

"Ish, apa ni nak bagi cuti. Am tak luluskan cuti." Irham tidak sanggup untuk tidak melihat Afizi walaupun hanya sehari. 

"Irham, si Fizi ni jaga awak setiap masa. Tak ada cuti pun. Berilah dia cuti untuk habiskan masa dengan family. Dia pun mesti ada family. 

"Tak apa Aunty..."

"Don't worry, Fizi. Pergi balik. Tak apa. Sekarang ni biar Aunty pula jaga dia."

Afizi melihat ke arah Irham. Masih lagi buntu.

"Selamat bercuti..." Irham tersenyum walaupun dia akan merindui Afizi nanti. 

xxx

To be continued
F.I

Rabu, 16 September 2015

Koleksi CD

Hello!!!

Cuti hari ni, aku just rehat je dan juga kemas rumah dan bilik yang agak bersepah. Busy sangat. Dalam duk mengemas aku tengok cd-cd yang ada kat rak macam berhabuk sikit, jadi aku keluarkan semua untuk lap dan bersihkan rak sekali. 

Dalam duk mengelap, tiba-tiba aku sedar banyak juga koleksi cd aku ni. Dekat Selangor ni jer dah over 50. Dekat bilik aku di rumah family di Kelantan ada beberapa lagi. Aku ni memang suka beli cd. Walaupun kat Malaysia ni harga cd terlampau mahal, tapi aku still kumpul duit untuk beli semua ni. Ada cd-cd yang dibeli ni sejak dari aku sekolah menengah lagi. So sambil mengelap, aku ingat balik bila aku beli cd-cd ni. Koleksi aku ni banyak Pop music. Ni antara koleksi cd yang ada dengan aku sekarang. 


Britney Spears & Avril Lavigne

Aku ada album kelima - kelapan Britney. Britney ni aku minat sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi masa tu mana lah ada duit nak beli cd ni. Tapi aku still juga mencari kedai-kedai cd second hand. Mana tau terjumpa album awal-awal Britney. Avril pula aku hanya takde album debut dia, Let Go. Masa Let Go keluar, aku form 5. So tiada duit jugak. Huhu



Beyonce, Rihanna, Kesha & Taylor Swift

Aku paling suka album 1989 ni. Kalau tahun ni paling kerap lah kot aku pasang pakai cd player. Lagipun album ni takde kat Spotify. Nak lengkapkan album Taylor Swift pun payah kot. Aku ada nampak album kedua, Fearless, tapi album first rasanya tak pernah jual kot kat Malaysia.



George Ezra, Ed Sheeran & Adele

Tiga album ni yang aku paling kerap main sekarang. Hari tu kan aku patah hati so sikit-sikit je nak jiwang. Pasanglah album 21, part lagu Someone Like You tu aku repeat banyak kali. Tragis sikit. George Ezra pula antara album yang paling baru juga aku beli. Tengah crush sangat kat dia. Ed pula memang favorite aku. 



 Female Singers

Ni pula album penyanyi wanita yang lain yang ada dalam koleksi aku. Favorite aku tentulah Breakaway. Aku baru je habis form 6 kot masa beli Breakaway ni. Kerja part time. Dapat gaji aku beli album ni. Antara top 5 all time favorites aku kot. Album Meghan Trainor tu pun best. Aku suka bangun pagi dan pasang album tu. Segar je rasa. Album Michelle Branch (first album) pun aku suka. Kena lighting pula album tu. 



Boybands & Girlbands

Ni pun banyak yang klasik. Ada Blue, N'Sync, Westlife, Atomic Kitten, Pussycat Dolls dan S Club 7. Ada juga girlband yang baru mcm Little Mix & Fifth Harmony. One Direction pun aku ada satu album tapi terlupa pulak nak ambil gambar. 


Lain lain

Ada lagi yang tiada dalam gambar. Samada kat kampung or bagi orang pinjam. Antaranya album Mariah Carey (The Emancipation of Mimi), Simple Plan (2nd album, lupa pulak tajuk), Enrique Iglesias (Escape), Destiny's Child (Greatest Hits) dan banyak lagi lah. So semua sekali hampir 100 lah kot. 

Aku memang akan jaga baik semua ni. Manalah tahu satu hari nanti, cd dah takde (macam kaset), so harga dia akan bernilai. Huhu.. Sebut pasal kaset, aku dulu pun ada koleksi kaset. Tapi tak tahulah lesap pergi mana. Banyak kaset Tok Ti. Tok Ti jelah kot artis Malaysia yang aku sanggup habiskan duit. 

Selasa, 15 September 2015

Sabtu

Hello!!!

Hari ni aku dah start cuti. Walaupun cuti, aku sebenarnya still kena bekerja. Lepas ni akan bawa pelajar-pelajar aku yang baru habis UPSR ke kem. Then aku apply cuti untuk Hari Raya Haji ni. Better lulus lah cuti aku tu. Dahlah aku dengan confident beli tiket awal-awal. 

Pagi tadi aku terbaca satu artikel mengenai rahsia hari lahir. Aku yang terlupa hari aku dilahirkan ni teruslah check google untuk tengok tarikh lahir aku jatuh hari apa. So, aku dilahirkan pada hari Sabtu... Wah secara automatik terus aku rasa sayang sangat dengan hari Sabtu. 

Okay, so dengan rakusnya aku membaca lah artikel tu. Aku bukannya percaya sangat tapi saja je.. Boring sangat duk dalam office. Hari ni tak sekolah tapi cikgu-cikgu kena datang jugak. Okaylah. Jom tengok betul tak apa yang artikel ni tulis pasal orang yang dilahirkan pada hari Sabtu. 

"Seorang yang kuat cemburu"

Erkkk... Yang ni macam betul.. Huhu.. Dulu lah, masa zaman U, aku ni agak cemburu. Membabi buta jugaklah.. Sampai ex aku fed up kot.. Tapi sejak dah matang ni, rasa cemburu aku dah mula berkurangan. Tak larat dah kut nak cemburu. 


"Seorang yang mementingkan kebendaan"

Hmm.. Yang ni salah. Sebab aku ni jenis tak kisah sangat dengan brand. Contohnya baju ke, kasut ke.. Tak pernah terlintas or malu untuk pakai benda-benda cap ayam ni. So aku bangkang pernyataan ini.


"Tidak menyukai kanak-kanak"

Yang ni memang menipu lah. Aku suka dengan kanak-kanak. Kadang-kadang aku sendiri sampai dah berperangai mcm kanak-kanak. Kerja aku pun banyak dengan kanak-kanak. Even kalau dulu-dulu ada orang tanya aku nak berapa anak, aku dengan yakinnya akan jawab 10. Huhu. So salah. 


"Seorang yang suka bertikam lidah"

Salah jugak!!! Aku ni jenis pendam. Kalau tak puas hati pun aku senyap je. Sampailah aku meletup. Kalau boleh aku cuba elakkan drama-drama ni. Tak larat. 


"Seorang yang tegas pendirian"

Yang ni betul. Aku memang tegas. Kalau benda yang aku tak suka, aku memang takkan sukalah. Contohnya rokok, Dulu aku pernah date dengan satu mamat ni. Sepanjang kat kedai Mamak seksyen 7 tu, merokok je kerja mamat ni. Muka hensem. Tapi takpelah aku memang tak suka asap rokok. Aku ada lelah. Lepas date tu, jujur je aku sms dia yang aku tak boleh keluar dah dengan dia sebab asap rokok dan aku ada lelah. Then dia balas, berlagak bagus. Suka hati kaulah. So pendirian aku memang kuat. Tapi kalau muka macam Zac Efron yang merokok...... huhu.. Akan dipertimbangkan.


"Seorang yang cerdas dan teliti dalam kerja"

Ya kot.. Taknak lah puji diri sendiri. Hehe. Tapi menurut rakan sekerja aku, ni memang ciri-ciri aku. So aku redha je lah kan. 


"Apabila bercinta suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji"

Alamak. Yang ni macam betul je. Tapi niat aku baik. Manalah tau aku tengah bercinta dengan pembunuh ke. Bab suka menguji tu pun betul. Tengah duk rumah dlm keadaan sihat walafiat, entah apa yang merasuk, aku akan sms cakap aku demam. Kononnya target nak suruh ex aku dtg rumah bawa ubat dan makanan lah. Baru sweet kan.. Tapi tak pernah menjadinya taktik aku ni. Ex aku biasanya reply makan ubat, tidur. Grrr


"Pandai berjimat"

Yalah kot. Aku suka bawa bekal. Dapat jimat duit. Dan aku suka makan di rumah. So boleh kata aku ni pandai jimatlah jugak. 


"Agak dingin untuk memulakan hubungan intim tetapi apabila bermula seksnya kuat, tahan lama dan dilakukan dengan penuh mesra" 

Tersedak aku bila terbaca part ni. No komen... (sambil tersenyum sinis). Huhu.

Okaylah. Tak boleh percaya sangat benda-benda ni. Sebagai hiburan je. Tapi part last tu.. memang tak boleh blah.. 


Isnin, 7 September 2015

7 Tahun Sahaja

Hello!!!

Wah.. rajin pulak aku bulan ni ya. Dah 3 post. Okaylah tu. Cover untuk bulan-bulan yang lepas. 

Okay.. Hari ni just nak cerita pasal aku. Takde review apa-apa ya. Sekarang ni fikiran aku sudah stabil. Finally aku rasa, aku betul-betul lupakan Y. Dia ada hidup baru sekarang so aku kena respect dia dan isteri dia. 

Aku bukannya nak cerita pasal Y dan his wife, tetapi pasal satu email yang aku dapat dalam bulan June yang lepas. E-mail tu agak personal. Dari seorang reader so dia probably akan baca post aku yang ni. E-mail dia banyak berkisar pasal kata-kata semangat. Aku memang down sangat masa tu. Walaupun aku memang dah prepare, tapi bila tengok gambar kahwin Y di Facebook Newsfeed, aku terus jadi emosi balik. Rasa nak terbalikkan katil, tumbuk kipas.. Aku ni jenis yang suka pendam. So bila meletup tu... Kebaboom jugaklah.

Then satu hari aku check e-mail. Ingat ke nak email novel kepada pembaca-pembaca yang request. Tapi aku perasan satu e-mail yang tak minta novel pun. Just nak bagi kata-kata semangat. Entah mengapa tangan aku ni gatal nak reply. Dari situ kami berbalas e-mail. 

Kami saling berbalas email. Dia minta nombor phone. Aku ni memang jenis payah sikit. Huhu.. Sampai satu bulan lebih jugak kami berbicara melalui e-mail, barulah aku bagi dia wechat ID.. Nombor telefon belum lagi.. Hehe. 

Dia banyak cerita pasal dia. Aku tak bolehlah nak share kat sini cuma apa yang aku boleh cakap dia sedang belajar di kolej di PJ dan baru berumur 22 tahun. Satu hari dia ajak aku keluar. Grr.. Aku ni penakut.. Seriously penakut. Kesemua bekas ex aku, aku actually kenal face to face, bukan dari alam maya. Dia cakap dia nak kenal aku dengan lebih dekat dan dia dah mula suka kat aku. I was like.... Ha... Sebab jujur aku cakap, aku tak pernah terfikir untuk couple dengan budak yang lebih muda dari aku. Even exes aku pun samada sama umur atau tua dari aku. Kat dalam kepala otak aku ni, Top kena lebih tua dari Bot.. Haha. Tak taulah siapa yang ajar aku falsafah ni.. Korang ada terpikir cam aku jugak ke?

So, aku bersetuju jugak untuk jumpa dia di Sunway Pyramid. 

Hari yang sepatutnya aku berjumpa dengan dia, aku ada majlis raya di sekolah. So cikgu-cikgu kena pakai baju melayu. Tapi aku bawa baju lain so kat Pyramid aku boleh ganti. After majlis di sekolah selesai, aku minta tolong rakan sekerja hantar ke Pyramid. Jalan agak jammed sebab petang. Ramai orang baru balik kerja dan jalan kat Bandar Sunway ni memang teruk sikit. Masa kawan aku drop, aku berjalan masuk ke dalam Pyramid dengan nervous. Rasa cam dah tua untuk keluar dating. Target aku nak ke toilet. Then aku sedar, plastik baju untuk dipakai tiada dalam tangan aku... Grrr... Terus aku call kawan aku, tapi dia cakap plastik tu tiada dalam kereta dia. 

Barulah aku sedar yang aku tertinggal plastik baju di office. Jam dah nak dekat jam 6. Walaupun tak jauh dari Pyramid tapi disebabkan jammed memang akan jadi lambat. Taxi pun tak nak ambik customer. Aku nekad, baju melayu pun baju melayu lah. 

Aku pergi toilet, terus sembur minyak wangi banyak2. Baju ni aku pakai sejak dari pagi lagi. Dahlah duk mengangkat meja dan kerusi. Peluh kot. Sampai kat tempat dijanjikan aku nampak dia dah sampai. Sebelum tu kami memang dah tgk gambar masing-masing. Dia macam terkejut jugak tengok aku pakai baju melayu. Aku cam biasalah walaupun nervous sempat lagi melawak. 

First date kami, okaylah.. Cuma aku memang tak selesalah sebab baju. Patriotik sangat kot. Bulan 8 tak masuk lagi. So berbalik kepada perbezaan umur.. So far dari segi communication, okay. Dia lagi berilmu dari aku. Jujur aku cakap, bab isu semasa aku memang fail... Huhu. So takde sangat masalah umur. Aku sendiri pun confused siapa yang umur 22, siapa yang 29... Hehe... 

Esok genap 3 bulan dari tarikh email dia yang pertama dari aku. So adakah kami couple sekarang? Huhu... Tak tahu.. Selain dari philosophy yang top should be older than bot, Aku ada satu lagi philosophy yang top should ask bot to be his boyfriend.. Haha.. Mengarut je aku ni... 

So far, kami kawan baik. Biarlah dulu... Aku pun baru keluar dari relationship yang agak lama (lebih dari 3 tahun) so relaks dulu.. 

Okay.. Ngantuk.. Esok UPSR... Aku tengah berdebar ni... Mcm aku pulak nak exam. 

Bye.

Ahad, 6 September 2015

Movie: Xenia

Hello!!!

Hari ni aku nak share pasal sebuah movie. Lama dah jugak aku tak buat review pasal movie. Filem ini dikeluarkan pada tahun lepas. So masih baru lagi. Rasanya movie ni dari Greece dan bahasanya pun tentulah menggunakan bahasa Greece. Tapi ada English subtitles so no problemlah walaupun kadang-kadang aku bantai je tengok movie berbahasa asing tanpa English subs. 



Filem Xenia ini mengisahkan dua orang adik beradik Odysseus dan Danny. Hubungan mereka agak dingin. Danny yang berumur 16 tahun masih lagi tinggal dengan ibu mereka manakala Ody yang sudah berumur 18 tahun sudah tinggal berasingan. Suatu hari Danny datang menemui Ody dan memberitahu yang ibu mereka telah meninggal dunia. Danny menggesa Ody untuk membawanya menemui ayah mereka yang telah meninggalkan mereka sejak dari kecil lagi. Ody yang tidak mempunyai pilihan lain, terpaksa membawa adiknya merentas negeri untuk menjejaki ayah mereka. 


So cerita ni lebih menekankan tentang hubungan kekeluargaan. Konsepnya agak santai. It's a road trip movie. Sangat ringan. Tak pening kepala sangat. Dua pelakon utamanya pula memang kacak. Especially pelakon yang membawa watak abang, Ody iaitu Nikos Gelia. Tapi watak Danny lagi complicated and interesting. 

Ody dan Danny

Rating: 


Jumaat, 4 September 2015

August Favorites

Hello!!!

Bulan 8 aku menghilangkan diri jap. Budak2 nak UPSR and petang tadi boleh kata last day jugak aku jumpa budak2 darjah 6. Hopefully dia orang score betul-betul. Cikgu swasta macam aku ni, performance murid memang penting. Nak kena buang kerja tu senang je. So selepas menyampaikan amanat terakhir, otak aku rasa lega dan free sangat. Terus teringat blog. 

So since bulan 8 takde apa-apa post pun, aku akan share my Monthly Favorites untuk August. 

Favorite Movie: Inside Out


Tengok kat poster tu. Citer ni sebenarnya dah keluar sejak dari June lagi. Tapi kat sini lembab sikit. Setelah 2 bulan baru tayang. Dahlah movie ni dapat rating tinggi. Geram gak terpaksa tunggu lama. Best sangat. Very creative. Aku dah tengok. Tapi akan tengok sekali lagi sebab dah janji nak bawa lima pelajar terbaik masa percubaan UPSR untuk tengok movie ni after UPSR. 


Favorite TV Siri: Sense8


Mula-mula ingat nak letak je LoveSick. Tapi since LoveSick season 2 belum habis aku pilih Sense8 dulu. Cerita ni sangat best. Mengisahkan 8 orang dari pelbagai negara yang berkait antara satu sama lain menerusi minda. Nak citer sinopsis dia memang pening sikit. From creator of The Matrix so konsep dia tu memang Science Fiction sikit. Tapi serius citer ni best. Ada 12 episode rasanya untuk Season 1. 


Favorite Album: Unbreakable Smile (Tori Kelly)


Aku memang lama dah follow Tori Kelly. Sejak zaman dia audition untuk American Idol lagi. Then aku follow YouTube Channel dia sehinggalah dia release album penuh pertamanya. Aku memang jenis suka singer-songwriter ni. So siapa-siapa yang minat Colbie Caillat atau Sara Bareilles should listen to her as well. 


Favorite Songs


 

Antara lagu-lagu favorite. One Call Away (Charlie Puth), Can't Feel My Face (The Weeknd), Should've Been Us (Tori Kelly) dan Cool For The Summer (Demi Lovato)


Favorite Books


Novel Shane & Trey mengisahkan Shane yang akan ke college dan ready untuk move on dari High School tapi di kolej nanti dia terpaksa berkongsi bilik bersama kekasih adik kembar perempuannya, Trey yang tidak begitu digemarinya. 

Strawberries for Dessert lagi best rasanya. Mengisahkan dua orang yang totally different in personality yang diperkenalkan oleh sahabat masing-masing. Jon seorang akauntan yang maskulin dan banyak menghabiskan waktunya dengan kerja bersetuju untuk berjumpa dengan Cole yang feminin, kaya dan agak berlagak. Blind date mereka yang pertama agak teruk tetapi mereka berdua bersetuju untuk menjadi teman untuk sex secara casual. 

Kalau sapa-sapa nak email lah ya. Oh ya hari tu, ada orang tanya pasal email aku. Boleh tengok kat atas/tepi ya. 


Favorite Drink: Delica's Mocha Peppermint


Aku memang hantu coffee tapi kadang-kadang boring jugak. Asyik coffee sama jer. So hari tu aku terjumpa this coffee. Aku memang suka Mocha then ada Peppermint pulak. Lagi lah aku suka. Seriously. Best sangat. So coffee lover should go and find this. 


Okay. Tu je lah kot. Strange Love, bulan 9 ni. Hopefully dapat siap. After UPSR ni aku ada kem jugak. Ex-bf aku pun involve jugak. Tahun ni aku tak berurusan dengan dia. Dia lah kot menjauhkan diri daripada aku. Tetapi dalam banyak-banyak lelaki yang akan join kem ni, aku dapat satu bilik dengan dia. Like really? I'm pretty sure, dia akan minta tukar. Aku pun tak nak jugak. 

Bye...

Jumaat, 10 Julai 2015

Persiapan Raya

Salam semua,

Seminggu lagi nak raya. Macam mana dengan persiapan raya korang? Raya tahun ni rasa ada semangat sikit. Bukan apa tahun lepas merupakan raya pertama tanpa ayah aku. Jadi sambutan pun ala kadar sahaja. 

Aku masih lagi di Selangor. Dalam otak ni duk asyik fikir pasal kampung jer. Paling penting juadah-juadah yang ada di Kelantan. Mak aku pula masih lagi belum siapkan apa. Dia memang saja tunggu anak sulung dia balik. Buat kerja ramai-ramai lagi best. 

Dalam keluarga aku, kami biasanya diberi tugas masing-masing setiap kali nak raya. Adik-adik aku dikerah untuk pasang langsir, cuci siling, dan beberapa tugas lagi lah. Tapi kat sini aku hanya nak berkongsi tugas aku sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri. Boleh kata ni je lah tugas aku setiap kali raya. 


Pasang sarung kusyen 

Pasang sarung kusyen ni agak mengjengkelkan juga. Terutama kalau kusyen jenis keras. Ringan je mulut nak mengeluarkan kata-kata nista di bulan puasa. Tapi itulah antara tugas utama aku. Terpaksa. Kat rumah aku pula, bukan main banyak kusyen. So, aku lebih suka buat benda ni lepas berbuka. Kalau tak membazir je pahala puasa aku. 


Popia mini

Ni satu lagi tugas utama. Balut dan gulung popia mini. Agak remeh juga. Nak buat macam mana, aku tak ada adik beradik perempuan. So aku lah yang jadi mangsa. Dari sekolah rendah lagi, mak aku dah paksa aku untuk buat benda remeh ni. Ambil masa jugaklah nak buat popia mini ni. Tapi bila makan, kejap je habis. Tugas ni aku biasa buat di hadapan tv. 


Buat kek

Yang ni aku suka. Sebab ramai yang menghargai kek coklat yang aku buat. Biasanya malam raya, ni tugas aku. Mak aku akan busy dengan juadah utama, aku pula akan buat kek. Kami biasanya tak buat biskut. Beli kat luar sahaja. Tapi kek, memang aku selalu buat. Semuanya sebab aku pernah belajar pastri kat universiti dulu. Uncle dan Aunty aku pula memang ramai. So siapa yang lewat dan kek sudah pun habis mesti akan kerah aku untuk buat semula kek. Tapi aku tak kisah sebab buat kek ni senang je.


Seterika baju adik beradik. 

Ni pun buat malam raya. Macam aku cakap, mak aku memang akan sibuk. So aku je lah harapan untuk tolong dia. Adik-adik lelaki aku semua dah lesap dah kalau malam raya. Aku pernah duduk di asrama. Jadi benda ni dah biasa. So biasanya aku ditugaskan untuk seterika baju Melayu. Mak aku akan seterika sendiri baju kurung dia, sebab dia cakap aku tak pandai iron baju kurung. 


Siapkan balang biskut.

Aku suka tugas ni. Sambil susun biskut, sambil tu juga aku masukkan dalam mulut aku. Aku memang hantu biskut. Kalau pergi mana-mana, memang biskut lah yang aku terjah dulu. Paling aku suka? Mama Carries (or Carey?) dan juga Almond London. 


Itulah antara tugas utama aku. Tahun ni juga kami akan menyambut raya dengan orang baru. Isteri adik aku telah bersalin pada bulan empat yang lalu so aku adalah seorang Pak Long sekarang. So persiapan baju raya banyak tertumpu pada nephew aku tu. Aku sendiri pun berpeluang untuk menghabiskan duit dengan membeli baju-baju raya budak gemuk tu. 

Okaylah. Aku nak sambung pack baju. Nanti share lah juga persiapan raya korang. 

Bye

Khamis, 9 Julai 2015

TV Series: Love Sick The Series (Season 2)

Hello!!!


Sekarang ni aku tengah busy 'menelaah' siri tv Love Sick. Musim pertama siri tv popular Thai ini ditayangkan pada tahun lepas. Suka sangat dengan siri tv ni sebab banyak sangat babak-babak yang sweet di antara dua watak utama Phun & Noh. Seingat aku musim pertama hanya ada 13 episod tapi untuk musim ni dah sampai episod yang ke 20. Tak pasti lah pula aku ada berapa episod semuanya. So hari ni aku just nak kongsi sedikit ringkasan tentang watak-watak utama untuk musim ini.

Phun & Noh




Rasanya penamat musim lepas, Phun & Noh bersetuju hanya untuk menjadi sahabat. Tetapi tak kekal lama pun sebab mereka berdua saling menyukai di antara satu sama lain. Mereka juga mula berani menunjukkan perasaan masing-masing. Babak kegemaran aku adalah bila Noh memberitahu Phun yang Phun adalah satu-satunya lelaki yang disukainya. And then, Phun pula menjerit memberitahu Noh yang dia juga sukakan Noh walaupun di situ ada ramai pelajar lelaki lain. Kelakar sangat babak tu. 


Earn



Earn pula masih menaruh hati dengan Noh. Pelbagai cara yang dilakukan Earn untuk menarik hati Noh. Kesian juga dengan Earn. 


Ohm & Mick





Ohm ni merupakan kawan baik kepada Noh. Rasanya pelakon lain yang bawa watak Ohm pada musim lepas. Tapi aku tak kisah sebab Ohm yang ni lagi best. Aku memang tak expect pun yang watak Ohm akan suka pada pelajar lelaki juga. Pelajar lelaki yang menjadi perhatian Ohm ialah Mick. Sangat comel Mick ni. Aku tak sure pula kalau watak Mick ni ada kat musim pertama. Mick adalah pelajar junior yang baru saja menyertai kelab muzik. So, Ohm banyak membantu Mick. Cute sangat mereka berdua ni. 


Per & Win



Per merupakan ahli kelab muzik juga. Dan Win pula merupakan kawan baik dan juga jiran kepada Per. Per banyak membantu Win sehingga Win jatuh cinta kepada Per. Tetapi bila Per mendapat tahu yang Win sukakannya, hubungan mereka menjadi renggang. 


Yuri & Aim


Yuri pula masih lagi obses dengan Noh. Masih tak faham-faham lagi yang antara dia dengan Noh tak ada sparks langsung. Tapi aku suka dengan watak Yuri ni. Naif sangat. Baik pula tu. Aim pula, dah mula curang dengan Noh. Dan dia dah mula syak dan curiga dengan hubungan antara Phun dan Noh. Dia mula plan untuk menjejaskan hubungan antara Phun dan Noh. 


Jeed & Khom


Watak Jeed ni mengelirukan aku sikit. Kadang-kadang aku kesian dengan dia, then aku benci pula. Khom pula tak ada sangat watak dia dalam musim ni. Cuma kadang-kadang je terserempak dengan Jeed. Hubungan mereka masih lagi belum pulih tambahan pula Jeed sekarang menjalinkan hubungan dengan Neung, seteru utama Khom dalam kelab renang. 

Kalau nak tengok, boleh check website Kudalakorn. Dailymotion streaming dan ada English subtitles. 

Rabu, 8 Julai 2015

Strange Love - Part 9

Bab 9

Bunyi telefon yang berdering menyedarkan Afizi dari tidur. Afizi mencapai telefon yang ada di tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Biasanya pada waktu inilah Afizi akan bangun untuk bersiap ke rumah Irham. Tangan Irham masih merangkul pinggangnya. Dengkuran kecil yang kedengaran membuatkan Afizi tersenyum. Mata Irham masih lagi terpejam rapat. Afizi meneliti setiap inci wajah Irham. Tidak pernah terfikir yang dia dan Irham akan menjadi serapat ini. 

Tiba-tiba mata Irham terbuka. Dia sedikit terkejut melihat Afizi yang sedang memerhatikannya. Fikiran Irham melayang kembali kepada peristiwa malam tadi. Melihat Afizi yang bertarung dengan peragut itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia sangat marah. Bukan sahaja kepada peragut itu, tetapi juga kepada dirinya sendiri yang tidak dapat melindungi Afizi. 

"Selamat pagi." Afizi tersenyum melihat telatah Irham.

"Awalnya. Baru pukul tujuh..." Irham menggeliatkan tubuhnya yang keletihan. 

"Mana ada awal sangat. Matahari dah keluar tu. Nak makan apa?" tanya Afizi. 

"Tak payah masaklah. Order McDonald's je," balas Irham. 

"Okay." Afizi mengambil kembali telefonnya untuk memesan sarapan. Seperti biasa, dia akan memesan dua set 'Big Breakfast' untuk dirinya dan Irham.

"Dah order. Bangunlah. Nak kemas katil pulak ni. Nanti bos saya yang garang tu marah," usik Afizi. 

"Tak nak! Nak cuddling." Irham menarik tangan Afizi untuk naik semula ke atas katil. 

"Aduh.. Sakit tangan.." Luka semalam masih lagi terasa. 

"Eh, sorry. Aku tak sengaja." Irham melihat lengan Afizi yang luka. 

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku tak kisah pasal beg tu pun. Nyawa kau lagi penting." Irham memeluk Afizi dari belakang. Afizi berasa sungguh tenang.  

"Terima kasih kerana ambil berat." Afizi memegang tangan Irham yang merangkul pinggangnya. 

"Terima kasih mana cukup. Kenalah cium sikit." Irham mula mencium leher Afizi. 

"Eh.. Gelilah.. Jangan..." Afizi cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. 

"Aku takkan lepaskan kau," bisik Irham perlahan. 

xxx

Telefon Afizi berbunyi. Dengan segera, Afizi meletakkan bekas minuman McDonald's dan terus menuju ke arah sinki untuk membasuh tangannya yang agak comot dengan sos. 

Belum sempat dia kembali ke meja makan, Irham sudah mengangkat panggilan daripada ibunya. 

"Hello,"

"Hello! Along sibuk ke? Umi nak cakap ni?"

"Ni Irham, Umi. Kejap saya bagi telefon kepada Afizi," Irham tersenyum ke arah Afizi. 

Afizi mengambil telefon daripada Irham. 

"Hello Umi." 

"Along, bos Along ke tadi? Umi tak ganggu Along buat kerja ke?" Agak bimbang kedengaran suara ibunya.

"Takdelah, Umi. Along baru siapkan sarapan untuk dia. Kenapa Umi?"

"McDonald's je, Umi. Kesian saya..." Irham menyampuk sambil tersengih. 

"Semalam, Ila tak balik rumah. Pukul 6 pagi baru sampai. Umi tanya dia pergi mana, dia cakap tidur rumah kawan. Tapi Umi nampak budak lelaki yang biasa tu hantar dia pagi tadi. Bimbang Umi."

Afizi terdiam seketika. 

"Takpe Umi jangan bimbang. Nanti Along cakap dengan dia. Kita dah tak boleh berlembut sangat dengan dia," balas Afizi. 

"Okay, Along. Umi tak nak ganggu Along. Petang nanti Along balik kan?"

"Ya, Along balik."

"Okay. Jangan bagi bos Along tu makan McDonald's sangat. Tak elok. Tak sihat untuk badan."

"Okay Umi. Bye Umi. Jumpa malam nanti."

Afizi meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. 

"Kenapa"? Dari tadi lagi Irham tidak sabar untuk bertanya kepada Afizi mengapa reaksi muka Afizi berubah. 

"Takde apa. Adik sayalah. Selalu buat masalah sekarang. So Umi bimbang. Kalau Umi yang bagi nasihat, memang tak masuk dalam telinga adik saya pun."

"Oh, so kau kena marah dia lah. Nak tengok macam mana kau marah. Mesti comel kan?" Irham tersenyum nakal. 

"Ha.. Ni saya nak marah ni. Kenapa Encik cakap McDonald's tadi. Tak pasal-pasal kena sound dengan Umi. 

"Hehe... Padan muka. Okay kemas ni. Nanti join aku kat sofa. Nak bermesra sikit," usik Irham.

"Tak nak. Boikot." Afizi menjeling tajam sambil mula mengemas plastik-plastik yang ada di atas meja. 

"Potong gaji..." Irham tergelak. 

Afizi hanya tersenyum. 

"Okay... Saya kalah.."

xxx

Afizi membelok kereta ke arah rumahnya. Tangan yang masih lagi berbalut masih terasa pedihnya. Dalam fikirannya, memikirkan pelbagai alasan untuk diberitahu ibunya. 

Belum sempat Afizi terfikirkan alasan yang kukuh, dia melihat seorang lelaki di hadapan pintu pagar rumahnya. Lelaki itu mengalihkan motornya untuk memberi laluan kepada Afizi. 

Sebaik sahaja meletakkan kereta, Afizi keluar dan berjalan menuju ke arah lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Lelaki itu hanya tersenyum. 

"Bang.. Baru balik kerja?" tanya lelaki itu dengan sopan. 

"Ya. Baru balik. Tunggu Ila ke?" 

"Ya. Nak keluar makan malam. Boleh ke bang?"

 Walaupun dari luaran lelaki ini nampak agak rugged, terutama dengan rambut perangnya, tetapi perilakunya agak sopan. 

"Boleh. Tapi abang cuma nak beritahu, kalau boleh hantar Ila sebelum 12 malam. Bukan apa, tak manis kalau dilihat orang. Abang tak kisah pun awak nak berkawan dengan Ila. Cuma kena tahu batasannya lah." Agak lembut nasihat daripada Afizi. 

"Ya bang. Saya janji akan hantar Ila awal." 

"Nama apa ni. Lupa pula abang nak tanya." Afizi baru tersedar yang dia masih lagi belum tahu akan nama kekasih adiknya. 

"Alex..."

"Along, bila sampai. Ila nak keluar ni.." Terdengar suara Ila dari belakang. Ila mencium tangan Afizi seperti biasa.

"Baru je sampai. Balik awal ya. Kesian Umi bimbangkan Ila. Umi kan tak sihat sangat," tegur Afizi.

"Okay Along, Ila balik awal. Ila janji. Ila pergi dulu ya." 

"Pergi dulu ya bang," sahut Alex pula. 

"Okay. Hati-hati.." Afizi melihat adiknya berlalu pergi bersama teman lelakinya. 

xxx

  "Kenapa ni?" tegur Irham. 

Lamunan Afizi terhenti seketika. Peristiwa semalam masih lagi membelenggu fikirannya. Terutama Umi yang begitu bimbang akan anak perempuannya. Mujurlah semalam Asilah mengotakan janjinya dan balik sebelum lewat malam.

"Takde apa. Letih je sikit," Afizi kembali memandang kaca televisyen yang ada di hadapan.

"Tidurlah dulu. Kita lunch lewat takpe. Abang tak lapar sangat," ujar Irham. 

"Hah apa? Abang?" Mata Afizi yang sudah hampir layu kembali segar. Dia mula ketawa. 

"Jangan nak mengejek. Salah ke kalau aku nak bermanja dengan kau?"

"Kelakarlah. Geli pun ada." Afizi menjelirkan lidahnya kepada Irham. 

"Oh geli ya. Mari aku nak geletek." Irham bergerak ke arah Afizi dan mula 'menyerang' Afizi. 

Afizi mula tergelak. Dia memang seorang yang agak penggeli apabila bahagian badannya mula disentuh apatah lagi digeletek oleh orang lain. 

"Dahlah.. Nak terkencing dah ni.. Sorry.... Abang."

Irham berhenti. Sedikit tersentak dengan perkataan 'Abang'. Hatinya berasa sesuatu. Buat pertama kalinya, dia merasai cinta dan sayang. 

Irham kembali membetulkan posisinya sambil dibantu oleh Afizi. Afizi meletakkan kepalanya di bahu Irham. 

"Semalam, saya jumpa boyfriend adik saya."

"Macam mana? Okay tak dia? Jangan nak terpikat dengan dia sudah."

"Ish.. Takdelah. Bukan taste saya pun. Dengan rambut perang. Nama pun Alex. Taste saya muka Melayu kampung jah." Afizi tersenyum.

"Oh, jadi muka aku muka kampunglah?" Irham membuat reaksi geram.

"Aik. Tadi nak ber'abang' sangat. Kejap je romantiknya." 

"Alamak, Abang lupa. Sorry sayang." Irham mencium pipi Afizi. 

Afizi tergelak kecil. 

"Wait.. Alex tu naik super bike Yamaha ke?" tanya Irham secara tiba-tiba. 

"Tak sure pulak jenama apa. Tapi memang super bike lah. Kenal ke?" tanya Afizi kembali.

 "Warna biru?"

"Ya.. Warna biru. Kenal ke?" 

"Kenal sangat. Kami panggil dia Alex Karat. Sebab rambut dia selalu jer warna karat. Dia dulu masuk kelab motor sekali dengan aku. Budak tu okay. Tapi tak pandai sangat pilih kawan. Masa depan cerah. Boleh challenge aku lah kalau lumba motor. Tapi tu lah. Masalah disiplin. Selalu datang training lewat. So pengurus kelab, Abang Joe terpaksa buang dia. Sayang.."

"Habis tu dia buat apa sekarang?" tanya Afizi lagi.

"Entahlah. Dengar kata, kerja bengkel motor."

"Budak tu macam mana? Okay ke? Baik ke? Bimbanglah..."

"Teruk juga budak tu. Perempuan keliling pinggang. Lima orang dah mengandung dek penangan dia," tambah Irham.

Reaksi muka Afizi berubah. Bagaimana kalau Asilah menerima nasib yang sama dengan gadis-gadis itu. 

Irham tergelak. 

"Budak tu okaylah. Aku gurau jer. Nanti aku call dia. Bagi warning. Kalau dia mainkan adik kau, aku cepuk dia." Irham masih lagi tertawa.

"Ish.. Orang tengah bimbang ni, nak buat lawak pula." Afizi sedikit bengang. 

"Sorry sayang.." Dengan segera Irham memeluk Afizi. 

"Eh.. lepaslah.. Panas ni." 

"Maaf tak?" 

"Ya.. maaf." 

Irham melepaskan pelukannya. Tanpa sengaja Afizi menyepak kaki Irham. Reaksi muka Irham berubah.

"Kenapa ni?" tanya Afizi.

"Aku dapat rasa..."

Irham tersenyum.

xxx

To be continued
F.I

Huhu.. Lama sangat rest. Kini SL kembali. Aku janji akan lebih rajin lagi menulis. 

Bye.