Iklan

Ahad, 4 Januari 2015

Strange Love - Part 7

Bab 7

Afizi keluar dari lif dan terus berjalan menuju ke rumah Irham. Entah mengapa, hari ini Afizi terasa sangat lain. Semenjak bangun dari tidur, dia tidak sabar untuk kembali ke rumah Irham. Mungkin kerana dia terharu dengan pemberian Irham semalam. Afizi melihat ke arah beg yang disandang pada bahunya sambil tersenyum. 

Sebaik sahaja sampai, Afizi mengeluarkan kunci dan membuka pintu rumah. Plastik yang mengandungi sarapan pagi diletakkan di atas meja. Afizi menuju ke arah ruang tamu dan mengikat langsir ke tepi bagi memberi ruang kepada cahaya untuk masuk menerangi rumah yang agak malap. Afizi menggeliatkan tangannya ke atas sambil melihat permandangan di balkoni rumah. 

Dia melihat jam tangannya. Sudah tiba masa untuk mengejutkan Irham dari tidur. Sebaik sahaja dia berpusing ke belakang, Afizi melatah terkejut kerana ada seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya.

"Woi, babi!" Afizi berundur ke belakang. Lelaki di hadapannya sedang memegang sebilah pisau dan hanya memakai sehelai boxer. 

"Sorry. Jangan takut. I adik Irham. Bukan babi." Lelaki itu mengangkat tangannya sambil tersenyum. 

Kenapa dia pegang pisau?

Afizi melihat sebiji epal yang ada di sebelah tangan lagi. 

"Oh okay. Sorry. Saya ingat esok adik Encik Irham akan sampai. Bila sampai?" Afizi masuk semula ke dalam rumah. 

"Pukul 5 pagi tadi. I saja nak surprisekan Irham." Ilyas duduk di atas sofa. Tangannya masih lagi mengupas buah epal. 

"Nak?" tawar Ilyas kepada Afizi yang hanya berdiri di tepi sofa. 

"Eh, takpelah. Encik makanlah." Afizi menolak dengan sopan. 

Pintu bilik Irham dibuka dari dalam. Irham keluar bersama dengan kerusi rodanya. 

"Iyas, pakailah elok-elok sikit. Ada orang ni kan," rungut Irham.

"La apa salahnya. Bukannya Iyas bogel pun. Lagipun semua lelaki kat dalam rumah ni?" Ilyas tersengih ke arah abangnya. 

"Tak apa. Saya tak kisah. Oh ya saya dah belikan sarapan. Kejap saya sediakan." Afizi menuju ke dapur. Irham pula mengikuti Afizi dari belakang. 

"Of courselah kau tak kisah. Dapat cuci matakan," bisik Irham perlahan namun masih lagi mampu didengari oleh Afizi. 

"Hah.. Takdelah," balas Afizi juga perlahan. Dia mengambil pinggan dan gelas dari kabinet. 

"Jangan nak fikir bukan-bukan. Adik aku tu straight." 

"Saya pun straight," balas Afizi kembali. 

Namun, Irham hanya membuat gaya orang muntah lalu mengambil pinggan dan gelas daripada Afizi. 

"Mari aku tolong." Irham membantu Afizi meletakkan pinggan di atas meja makan. 

"Encik Ilyas, jom makan sekali," ajak Afizi kepada Ilyas yang sedang menonton televisyen. 

"Nasi Lemak!!! Bestnya. Lama dah tak makan. Cukup tak ni?" tanya Ilyas. 

"Tak cukup. So pergi duduk sana balik," arah Irham kepada adiknya. 

"Tengok macam mana dia layan adik dia? Baru je sampai, dah kena halau," balas Ilyas pula.

Ilyas duduk berhadapan dengan Irham sambil sengaja membuat muka sedih. 

"Tak payah nak buat muka sedih. Mama takde kat sini." Irham membaling getah ke arah adiknya. 

Afizi hanya melihat saja Irham dan adiknya berbual di antara satu sama lain. Dia meletakkan bekas sudu dan garpu di atas meja. 

"Jom makan sekali. Duduklah." Ilyas bangun lalu menarik keluar kerusi di sebelahnya. 

"Eh takpe. Kejap lagi saya makan." Segan pula Afizi untuk duduk bersama Irham dan adiknya. 

"Duduklah. Abang I dah bencikan I. Kesian I sorang-sorang." 

Walaupun serba salah, Afizi duduk juga di sebelah Ilyas. Dia memandang ke arah Irham yang sedang merenung tajam ke arahnya. Afizi hanya tunduk. Ilyas pula mula rancak bercerita mengenai pengalamannya di lapangan terbang. 

xxx

Afizi melihat ke arah ruang tamu. Biasanya di situlah dia menghabiskan masa terluangnya. Tetapi ruang tamu kini sudah dikuasai oleh Ilyas yang sedang tidur di atas sofa. Sesekali terdengar dengkuran kecil yang keluar dari mulut Ilyas. 

Afizi mendekati Ilyas dan cuba untuk membandingkan Ilyas dengan Irham. Muka mereka agak hampir sama, terutama bahagian mata dan hidung tetapi kulit Ilyas lagi cerah berbanding dengan Irham. 

"Afizi!!!" Terkejut Afizi mendengar suara Irham dari belakang. Dengan cepat, Afizi berlari ke arah Irham yang berada di muka pintu biliknya. 

"Ya, Encik kenapa?" 

"Encik lagi. Dah berapa kali aku cakap panggil Irham je. Apa kau buat tadi? Kau intai adik aku ya?" Irham memandang Afizi dengan penuh tajam. 

"Eh takdalah. Saya nak tanya samada dia nak minum air ke. Tapi dia tidur pulak." Afizi cuba untuk mencari alasan yang munasabah. 

"Aku yang bayar gaji kau. Kenapa nak tanya dia? Aku ni dahaga tak tanya pulak?" Raut wajah Irham agak serius. 

"Enc.. Irham nak minum ke? Saya ambilkan." 

"Tak payah. Dah minum tadi," jawab Irham.

"Ada apa-apa lagi ke?" tanya Afizi lagi. 

"Er... Aku nak.. urut.. Ya. Urut belakang. Aku sakit belakang. Salah kaulah ni, bawa aku jalan-jalan semalam." Irham menuju ke arah biliknya. Dia membuka bajunya dan berpindah dari kerusi roda ke atas katil. Entah mengapa dia tidak selesa melihat Ilyas dengan Afizi. Mungkin cemburu. 

"Oh okay. Tapi saya tak pandai sangat mengurut ya." Afizi duduk di sebelah Irham di tepi katil. Tangannya mula mengurut kedua-dua belah bahu Irham. Hatinya berdebar-debar. 

"Tubuh siapa lagi cantik. Tubuh aku ke tubuh adik aku?" 

Afizi terkejut dengan soalan yang diutarakan oleh Irham kepadanya. 

"Dua-dua cantik." Jawapan selamat diberikan oleh Afizi. 

"Kalau ada pistol kat kepala kau dan kau kena pilih satu je?" Irham yang tidak puas hati membetulkan soalannya. 

"Ermm... Tubuh Irham," jawab Afizi dengan berat hati kerana secara jujurnya, tubuh Ilyas lagi mantap. Mungkin kerana keadaan Irham sekarang membataskannya untuk bersenam. Tetapi Afizi terpaksa memilih Irham kerana dia sudah masak dengan perangai Irham. 

"Bagus. Kalau kau cakap Ilyas, aku nak call Abang Lan suruh pecat kau dah tadi," ujar Irham sambil tergelak kecil.

"Siapa lagi handsome?" Soalan kedua pula muncul dari mulut Irham. 

"Dua-dua handsome..." jawab Afizi sambil tangannya masih lagi mengurut belakang Irham. 

"Pilih satu je..." tegas Irham. 

"Dua-dua handsome. Tapi bagi saya, Irham lagi handsome." Kali ini jujur jawapan yang diberikan oleh Afizi. 

"Bagus!!! Soalan ketiga.. Siapa lagi panjang?" 

"Hah? Panjang apa?" Afizi keliru dengan soalan daripada Irham. 

Irham tersenyum nakal sambil jarinya menunjukkan ke arah kelangkangnya. 

"Ish... Manalah saya tahu. Mengarut jelah Encik ni..." Irham tergelak melihat reaksi Afizi dengan soalannya. Muka Afizi mula merah menahan malu. Afizi bangun. 

"Dah lah. Saya nak pergi goreng keropok lekor yang Mak saya kirim hari tu." Afizi bangun dari katil dan menuju ke pintu. 

"Keropok lekor yang ni tak nak?" Irham tergelak sambil menunjuk ke arah kelangkangnya lagi. 

"Malaslah nak layan. Otak blue. Nanti dah siap, saya panggil." Afizi tergelak kecil sambil meninggalkan Irham yang masih lagi ketawa dengan lawak nakalnya. 

xxx

Ilyas menepuk belakang Irham yang khusyuk menonton televisyen. 

"Termenung jauh nampak. Teringatkan nurse tersayang ke? Patutlah tak nak balik London..." Ilyas duduk di tepi abangnya. 


"Kau jangan nak mengarutlah Iyas... Aku tengah tengok tv ni. Termenung apanya." Pandangan Irham masih lagi tertumpu pada televisyen. 


"Ya lah tu. Ingat Iyas tak tahu ke taste abang macam mana..." Ilyas tergelak kecil. Bukan selalu dia dapat menyakat abangnya. 


"Malas aku nak layan kau. Senyap..." Irham membaling kusyen kecil ke arah Ilyas. Ilyas merupakan orang yang pertama tahu tentang Irham. Tentang orientasi seksual Irham. Semuanya berpunca dari laptop yang dipinjam Ilyas tanpa kebenarannya. 


Irham terlupa untuk memadam fail yang merupakan filem-filem dan gambar-gambar yang dapat memuaskan nafsunya. Akibatnya, adik lelakinya yang penyibuk telah menjumpai fail-fail berkenaan. Dia memaksa Ilyas untuk merahsiakan perkara ini dan mujurlah Ilyas bersetuju untuk menjadikan perkara ini sebagai rahsia di antara mereka adik beradik. 


"Relakslah bang. Gurau sikit pun tak boleh.. By the way, Afizi tu cute kan?" Ilyas tersenyum sinis. Dengan segera Irham menarik rambut adiknya.


"Aduh!!! Okay... okay... Tak nak usik abang dah... Tak nak sembang pasal Afizi dah... Sorry... Aduh..." Ilyas memegang tangan abangnya yang sedang menarik rambutnya. 


"Kaki aku yang tengah lumpuh ni mungkin tak boleh sepak kau, tapi tangan aku ni berfungsi lagi tau tak?" Irham melepaskan rambut adiknya sambil ketawa. 


"Memang dasar abang yang kejam." Ilyas menggosok-gosok kepalanya. 


Fokus mereka berdua kini teralih kepada televisyen di hadapan mereka berdua. 


"Iyas, Mama macam mana?" 


"Macam mana apa? Sihat je? Abang dah tak Skype dengan Mama ke?" tanya Ilyas pula. 


"Aku tengah boikot dia sekarang. Duk asyik membebel je..." Irham mengomel perlahan. 


"Dia membebel sebab dia bimbangkan abang. Sorang-sorang kat sini," balas Ilyas. 


"Kalau dia bimbang, datanglah sini jaga aku."


"Abang ni macam tak kenal Mama. Husband dia tu macam mana? Nanti kena rampas? Mike tu pula makin tua makin menggatal. Hari tu masa Iyas pergi jumpa Mama kat hospital untuk ajak lunch, si Mike ni tengah flirting dengan nurse." Ilyas menceritakan perangai bapa tiri mereka kepada Irham. 


"Abang memang terasa hati sangat. Sejak dia kahwin dengan Mike, kita ni dah tak penting sangat pada dia. Mungkin dia dah tak sayang dah anak-anak dia," keluh Irham. 


"Jangan mengarutlah bang. Dia still sayang kat kita. Kalau tak sayang, takkanlah dia nak membebel 24 jam nak suruh abang balik. Ni pun untuk tiket balik London, dia suruh Iyas beli dua tiket terus."


"Lepas tu, kau beli ke?" tanya Irham.


"Beli buat apa? Macamlah Iyas tak kenal abang. Degil sama macam Mama. Tak pasal-pasal nanti rugi duit Iyas." Ilyas tersenyum. 


"Bagus... Tolong pesan kat Mama, suruh dia jangan bimbang. Nanti sampai masanya aku baliklah," luah Irham. 


"Okay... Nanti Iyas bagitahu yang abang akan pulang sambil bawa menantu untuk Mama. Nurse lagi." Ilyas tergelak kuat sambil bangun dari kerusi kerana bimbang dengan serangan balas daripada abangnya.


"Kau ni... Aku dapat rambut kau, aku takkan lepas Iyas. Aku tarik sampai putus..." 


Ilyas menjelirkan lidahnya kepada abangnya. 


"Dahlah. Mengantuk nak tidur.. Nak Iyas tolong apa-apa ke? Or nak Iyas call nurse tersayang?" Sempat lagi Ilyas mengusik abangnya. 


"Dahlah.. Pergi tidur. Night."


"Okay.. Night!!!"


Irham tersenyum sendirian. Nampak sangatkah dari raut wajahnya yang dia menyukai Afizi sehinggakan Ilyas yang baru datang sehari sudah dapat meneka perasaannya. Tapi itu semua tidak penting. Perasaan Afizi yang harus difahami oleh Irham. Adakah Afizi menyukainya juga?


xxx


Sepanjang tiga hari Ilyas tinggal di rumah Irham, suasana di sana bertukar menjadi ceria. Penuh dengan hilai tawa ekoran dari perangai Ilyas yang suka mengusik abangnya. Malah Afizi sendiri turut menjadi mangsa usikan Ilyas. Tetapi dia tidak pernah mengambil hati. 


Irham pula selalu ingin menghabiskan masa bersama Afizi. Dan mereka mula berkongsi cerita. Banyak yang Afizi mula tahu mengenai Irham. Hubungan Irham dengan ibunya, kerjaya Irham sebagai pelumba motorsikal dan banyak lagi perkara yang tidak dapat dijangka oleh Afizi. 


Seperti bakat memasak Irham, pertandingan berpantun yang disertai oleh Irham semasa di sekolah dan berbagai lagi cerita menarik mengenai Irham. Seolah-olah Afizi mengenali Irham yang baru. 


"Afizi, kejap lagi boleh tak nak tumpang sampai stesyen LRT?" tanya Ilyas.

Afizi tersentak dari lamunannya sebentar tadi. 

"Oh boleh," jawab Afizi sambil tersenyum. Ilyas kelihatan segak. 

"Nak pergi mana? Ambil je kereta aku." Muncul pula Irham keluar dari dalam biliknya. 

"Iyas nak jumpa kawan lama. Malas nak drive," balas Ilyas kepada abangnya. 

"Balik lewat tak? Bawa kunci terus," pesan Irham.

"Okay bos.... Afizi, nanti you nak gerak, bagitahu lah ya. I nak lepak dalam bilik jap."

Afizi mengangguk perlahan. Ilyas masuk ke dalam bilik dan meninggalkan Afizi bersama Irham.

"Tak menyusahkan kau ke ni?" tanya Irham

"Tak pun. Lagi pun satu laluan je." Afizi tersenyum. 

"Okay.. Terima kasih." Afizi terkejut dengan ucapan 'terima kasih' yang keluar dari mulut Irham. Biasanya agak payah untuk perkataan itu keluar daripada mulut Irham.

"Apa dia?"

"Terima kasih." Irham meninggikan sedikit suaranya."

"Tak dengarlah. Sekali lagi?" Afizi tersenyum.

"Ni dah lebih ni... Sejak Ilyas ada, bukan main berani lagi kau ya.." Irham mengetap bibirnya. 

"Gurau je lah..." 

"Cium kan..." 

"Takutnya... takutnya..." Afizi tergelak nakal. 

Dengan segera Irham mengayuh kerusi rodanya ke arah Afizi dan dengan pantas juga Afizi berlari ke arah pintu bilik Ilyas dan mengetuknya. 

"Ilyas, nak gerak dah ni," jerit Afizi sambil cuba menahan gelak. 

"Nanti bila Iyas dah balik London, siap kau..." Sempat lagi Irham mengugut Afizi. 

Ilyas keluar dari biliknya dan sedikit hairan melihat situasi yang sedang berlaku. Afizi yang cuba menahan gelak dan riak muka Irham pula seperti geram. 

"Kenapa ni?"

"Takde apa-apa... Nanti balik awal. Jangan nak melencong pula." Irham mengayuh kerusi rodanya ke arah biliknya. 

"Ya..." 

xxx

Afizi memandu keretanya dengan berhati-hati. Sedikit gugup kerana Ilyas ada di sisinya. Sudah menjadi kebiasaan Afizi untuk menjadi lebih berhati-hati apabila ada penumpang lain di dalam keretanya.

Sesekali kedengaran suara Ilyas yang memberi komen mengenai pembangunan baru di sepanjang jalan. Afizi hanya mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulut Ilyas kerana fokus utamanya adalah pada jalan raya. 

"Afizi, boleh I tanya you sikit?" Secara tiba-tiba, nada suara Ilyas bertukar menjadi serius. 

"Boleh.. Tanya apa?" 

"Apa pendapat you pasal abang I?" 

"Oh... jangan bimbanglah. Saya yakin dia akan pulih nanti. Lagipun ramai doktor yang bagi feedback positif so tak.."

"Bukan pendapat pasal kaki dia.. Maksud I pasal dia." Belum sempat Afizi menghabiskan ayatnya, Ilyas sudah mencelah. 

"Oh... Dia okay.. Sangat baik." Afizi agak keliru. Tidak tahu apa yang patut diberitahunya kepada Ilyas. 

"Baik? Betul ke ni?" Ilyas seolah-olah tidak percaya dengan jawapan Afizi. 

"Err... Mula-mula tu dia memang garanglah... Mungkin sebab dia stress.. Tapi lama-lama saya sedar dia seorang yang sangat baik." Afizi membetulkan jawapannya. Matanya masih lagi melihat ke arah jalan raya. 

"Abang I memang macam tu. Dia payah nak mesra dengan orang yang dia tak kenal. Bukan senang untuk orang luar nak melihat kebaikan dia. You sangat bertuah."

Afizi hanya mengangguk. Ya. Dia memang sangat bertuah. 

"By the way, you suka dia tak?" Ilyas kembali menyambung pertanyaannya. 

Afizi terkejut mendengar soalan daripada Ilyas. Apa yang dimaksudkan oleh Ilyas.

"Err... saya pun dah anggap dia macam kawan so suka lah... Sebagai seorang kawan." Dengan pantas Afizi berfikir dan memberikan jawapan yang dirasakannya bersesuaian dengan soalan Ilyas. 

"Macam mana pula kalau lebih dari seorang kawan. Suka tak?" Memang jelaslah soalan bagaimana yang cuba diutarakan oleh Ilyas. 

"Er.. Macam mana ya... Err... Tak mungkin kot." Fokus Afizi sedikit terganggu. Hampir saja simpang masuk ke stesyen LRT dilepasinya. Mujurlah Afizi sempat menekan brek dan membelok masuk ke dalam stesyen LRT. Afizi memberhentikan kereta di tepi. 

"Sorry.. I bukanlah ada niat apa pun, tapi I'm pretty sure yang abang I sukakan you," jelas Ilyas.

"Er... Takkanlah kot.. Mungkin suka macam kawan je kot. Lagi pun saya banyak tolong dia.." Afizi cuba mencari alasan. Situasi di antara mereka sekarang agak janggal. 

"I kenal abang I macam mana. Macam mana layanan dia kepada orang yang dia tak suka, kepada orang yang dia anggap kawan dan juga kepada orang yang dia jatuh hati," Ilyas hanya tersenyum melihat reaksi Afizi yang serba salah. 

"Oh.. Tapi.. Ermm" Afizi tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

"Don't worry lah. I open-minded. I tak kisah pun. Just treat him right. Kalau you sangguplah. Well, I rasa you pun sukakan abang I. Tapi I faham situasi you guys. Apa-apapun, maybe you guys can discuss about it. I kenal abang I. Dia agak lembap sikit hal ni." Ilyas membuka tali pinggang keselamatan yang dipakainya. 

"Okay..." Afizi hanya mampu tersenyum. 

"Thank you sebab sudi hantar I. Oh ya, untuk malam esok abang dah bagitahu you tak? Sekali lagi nak minta tolong you hantar I pergi airport. Boleh tak?" 

"Dah. Irham dah beritahu petang tadi. Boleh." Afizi masih lagi tersenyum. 

"Thank you... Abang ipar!" Sempat lagi Ilyas mengusik Afizi. Ilyas keluar dari kereta dan melambaikan tangannya kepada Afizi. Sebaik sahaja bayangan Ilyas hilang, Afizi mengeluh kelegaan. Namun hatinya berasa sangat gembira. 

Irham suka kat aku?

xxx

To be continued
F.I

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Jangan bengkokkan Watkins IIyas pleasee *merayu sambil melutut

    BalasPadam
  3. sweet sangat tang part Irham tanya 3 soalan kat Afizi tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangat sweet sangat.. Nanti kena kencing manis

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Daebak !! Terbaik la F.I !!
    Saya pun dah boleh bayangkan scenes dalam cerita ni masa baca.. my hubby pun bebel yg saya ni macam orang sasau tersengih sengih sowang2 baca cerpen.. dia da macam cengkerik da xde org nk layan dia...hahaha

    Anyway, x sabar nk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anyway x sabar nk baca part strusnya.. truskan usaha ye..

      Padam