Iklan

Ahad, 8 Februari 2015

Movie: Cuatro Lunas

Hello!!!

Lama dah tak buat movie review. Ada movie yang aku tengok, agak kurang best so nak buat review tu pun takde semangatlah. Well pagi tadi, aku ada tengok satu movie yang berjudul Cuatro Lunas atau dalam Englishnya, Four Moons. 




Filem dari Mexico ini mempunyai 4 jalan cerita menarik yang digabungkan menjadi satu filem. Kisah yang pertama adalah mengenai seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun yang menyukai sepupu lelakinya. Mauricio sentiasa cuba untuk menarik perhatian sepupunya, Oliver. Perasaan ingin tahu yang ada dalam diri Mauricio menyebabkan hubungannya dengan Oliver terjejas. 

Mauricio & Oliver

Kisah kedua adalah mengenai dua orang rakan baik yang terpisah semasa kecil dan bertemu kembali di universiti. Setelah menyambung kembali persahabatan mereka yang terputus, hubungan Leo dan Fito menjadi semakin rapat. Namun Leo meminta Fito untuk merahsiakan hubungan mereka berdua. Tetapi Fito mula dapat menerima kenyataan yang dia adalah gay, tetapi Leo masih lagi cuba menafikan siapa dirinya yang sebenar. 

Fito & Leo

Kisah seterusnya adalah mengenai sepasang kekasih yang sudah menjalinkan hubungan selama 10 tahun. Tetapi hubungan mereka mula berantakkan. Hugo tidak dapat meneruskan lagi hubungan dengan kekasihnya, Andres. Apa saja yang dilakukan oleh Andres (bersikap feminin dan melekatkan terlalu banyak magnet fridge di peti sejuk) menjadi punca pergaduhan mereka sehinggalah Hugo meminta Andres untuk memutuskan hubungan mereka. Tambahan pula Hugo sudah mempunyai kekasih baru. Namun Andres merayu supaya Hugo memberinya dua minggu untuk mengembalikan semula cinta mereka. 

Andres & Hugo

Akhir sekali mengenai seorang lelaki yang sudah berusia dan mempunyai keluarga tetapi masih merasa sunyi. Apabila Joaquin bertemu dengan seorang pelacur lelaki, Gilberto, dia menjadi obses dengan Gilberto. Dia mula mencari jalan untuk melanggan Gilberto yang mengenakan caj yang tinggi kepada Joaquin

Gilberto & Joaquin

Keseluruhannya bagi aku movie ini sangat menarik. Walaupun ada 4 cerita tapi setiap cerita ni memang menarik. So tak perlu nak skip apa-apa. Lakonan pelakon-pelakon pula memang best. Even pelakon kanak-kanak pun pandai menjiwai watak mereka. 

Aku paling suka kisah Fito dan Leo. Jatuh cinta with your bestfriend. Hehe. Sangat dangerous actually. Ending untuk setiap cerita sangat memuaskan. Aku cukup tak suka kalau ending sesebuah filem tu tak complete. Tapi pengakhiran untuk movie sangat memuaskan. Ada happy ending dan ada juga ending yang tak berakhir dengan baik tetapi still relevan dengan situasi. Aku nak bagi

Rating: 

So, carilah jalan untuk tengok filem ni.. Hehe.. Aku rasa ada kot download. Kalau tak tanya je kat En Adri kat blog dia. Link dia ada sebelah kiri tu ya. Aku terlupa pulak alamat blog dia.. Hehe.. 

Okay. Aku nak sambung SL ni. Bye!!!

8 ulasan:

  1. Hang tgk ktna.bglah linkk sharing is caring x gituu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku ambik dengan kawan aku. Cerita ni baru lagi so tak sure lah ada upload kat mana2 site. Tapi dah boleh torrent rasanya. Atau cuba tanya orang kat email ni adab1911@gmail.com. Dia ada jual movie.

      Padam
  2. wehhhh macam best...camna nak tengok???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku ambik dengan kawan aku. Cerita ni baru lagi so tak sure lah ada upload kat mana2 streaming website. Tapi dah boleh torrent rasanya. Atau cuba tanya orang kat email ni adab1911@gmail.com. Dia ada jual movie.

      Padam
  3. 4 jenis underwear,4 cerita. Hahaha..kreatif!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Poster dia memang creative

      Padam
  4. perghh .. cita baru ni .. mesti kna tgok nii !!

    BalasPadam