Iklan

Khamis, 5 Februari 2015

January Favorites

Hello!!!

Thank you to those yang bagi feedback kat SL. Komen-komen koranglah yang memotivasikan aku untuk terus menulis. Hopefully sebelum aku balik ke Kelantan untuk bercuti selama seminggu, aku dapat publishkan part 9. 

Sebelum tu nak share favorite aku di bulan January yang lepas

Favorite Movie: PK


Bulan Januari ni banyak movie yang aku tengok membuatkan aku keluar dari panggung wayang rasa mcm nak hantuk kepala kat eskulator je. Dari citer Seventh Son, Taken 3, The Boy Next Door dan juga Project Almanac. So aku terpaksa pilih movie Hindi yang bertajuk PK ni. PK ni aku tengok betul-betul pada tahun baru. Habis je bunga api terus masuk panggung wayang. Sangat menghiburkan. Agak sensitif sikit sebab menyentuh pasal agama. But it's a very good movie. Boleh gak cuci mata dengan tubuh Aamir Khan dalam filem ni. Hehe.  


Favorite Album: Title by Meghan Trainor


Aku bukanlah peminat Meghan Trainor. Sekadar dengar dan suka dekat lagu All About That Bass dan Lips Are Movin'. So bila album dia keluar, aku just dengar kat Spotify je. Ntah nape, aku dah jadi macam minat kat dia. Suka sangat dengan lagu-lagu yang ada dalam album ni. Buat aku yang malas ni rasa cam nak goyang. Huhu. My favorites selain dari lagu single kat atas tu ialah Title, Walkashame dan juga Dear Future Husband.  


Favorite Songs


Antara lagu yang kerap dimainkan oleh aku pada bulan lepas; Sledgehammer (Fifth Harmony), Uptown Funk (Mark Ronson ft. Bruno Mars, Thinking Out Loud (Ed Sheeran), Bed of Lies (Nicki Minaj ft. Skylar Grey), Heartbeat Song (Kelly Clarkson) dan Style (Taylor Swift) 


Favorite Book: Aristotle & Dante Discover The Secrets of the Universe


My favorite book this month. Novel ni agak lain sikit dgn novel yang aku pernah post sebelum ni (yang agak naughty). Novel ni sangat best. Mengisahkan dua orang remaja yang masih lagi mencari identiti diri mereka. Aristotle seorang yang agak loner bertemu dengan Dante seorang remaja yang agak periang. Dante bersetuju untuk mengajar Aristotle belajar berenang. Di situlah bermulanya persahabatan mereka. 

Hari tu aku tengok, novel ni ada dijual di Popular dan MPH. Agak senang nak cari novel ni sebab dia agak popular. Tapi kalau korang nak versi epub boleh email aku kat email aku ya.  


Favorite TV Series: Empire (Season 1)


Siri tv Empire ni baru lagi. Dalam 5 episodes baru tayang, tapi aku memang suka sangat dengan cerita ni. Siap ulang tayang lagi tengok. Mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai syarikat rakaman sendiri. Lucious (Terrence Howard), disahkan menghidapi ALS dan mempunyai tiga tahun sahaja untuk hidup. Jadi dia mula berfikir bagaimana untuk menurunkan wasiatnya kepada tiga anak lelakinya; Andre, anak sulung yang banyak membantu ayahnya tetapi tidak mempunyai bakat dalam bidang muzik, Jamal, singer-songwriter yang sangat berbakat tetapi mempunyai konflik dengan ayahnya disebabkan dia adalah gay dan Hakeem, anak kesayangan Lucious yang mempunyai masalah attitude. Selain itu, bekas isteri Lucious juga, Cookie (Taraji P. Henson) baru dibebaskan dari penjara dan kembali untuk menuntut haknya dalam company itu. Watak Cookie ni memang best sangat.   


Favorite Mint: Blink (Green Apple)


Aku memang tak boleh berenggang dengan mint. Tambahan pula kerja aku yang kena mengajar ni menggunakan mulut dengan kerap. So sebelum masuk kelas, aku kena kunyah mint dulu. Baru confident nak mengajar. Huhu. Right now my favorite mint is Blink perasa Green Apple. Aku belum pernah lagi jumpa mint perasa Epal. Aku ni agak obses dgn Epal so bila je nampak benda ni terus beli. Kotak dia comel sangat. Kecil dan senang nak masuk dalam pocket. 

Aku ada satu cerita pasal mint ni actually. Hari tu aku keluar dengan ex aku (pasal kerja ya!!!). Aku letak mint ni dalam poket so bila masuk kereta dan duduk, benda tu agak tak selesa sikit so aku keluarkan dari poket aku. My ex was like "Oh.. kondom jenis baru ya...". Aku yang terkejut dengan cepat beritahu dia yang tu adalah mint. Dia pun balas balik "Ingat ke U nak bagi I jealous or nak ajak I main". I was like... What... Dude, ko dah nak kahwin. Tak payah nak menggatal. Tapi bila tengok balik bekas mint tu mmg nampak cam bekas kondom. Well bila habis je mint ni, akan ku gunakannya sebagai bekas kondom. Hehe. 


Favorite Perfume: Glazed Apple by The Body Shop


See.. Dah cakap aku cukup obses dengan epal. Hari tu lalu The Body Shop then nampak gambar epal, Terus je aku beli perfume ni. Bau dia fruity so agak girly sikit but I don't mind as long as janganlah bau bunga. Cukup tak suku perfume bau bunga. Buah okay lagi.

Okay. Aku nak makan dulu. Bye..

7 ulasan:

  1. Meghan Trainor suara evergreen. Lagu best ; Like i'm gonna loose you :p

    Good to hear that kau dah boleh berbaik dengan ex kau. Bagi dia moral support sebab tak lama lagi dia nak khawin.

    Macam best je perfume tu, strong ke soft bau dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soft je... X tahan lama sgt pun, cuma sbb aku suka Apple, aku terpaksa beli. Yup suara Meghan tu mmg best. Xdelah berbaik, cuma kalau pasal kerja tu terpaksalah jd professional. Hehe

      Padam
  2. okeyyy dok teringat nak tgok cerita PK tu...tak tengok2 lagi..
    mula merembes tgok body kekar Amir Khan bila tgok cerita Ghajini....ouwwwww he's body is so amazingg.......

    BalasPadam
  3. Hi F.i, boleh mintak emel address? Nk epub utk buku Aristotle & dante tu. Tqvm

    BalasPadam