Iklan

Isnin, 2 Februari 2015

Strange Love - Part 8

Bab 8

Fikiran Afizi masih lagi terganggu dengan memori perbualannya bersama Ilyas semalam. Dia cuba mengingati kembali setiap kata-kata Ilyas kepadanya. Tidak mahu menyalahtafsirkan apa yang didengarinya. Walaupun dia sendiri kadangkala merasakan yang Irham menyukainya, dia masih juga terkejut apabila mendengar dari mulut Ilyas yang Irham menyukainya. 

Afizi tidak pernah bercinta. Ya, dia pernah menyukai lelaki lain, tetapi rasa sukanya hanya berhenti setakat itu sahaja. Seperti mana dia menyukai Doktor Azlan. Afizi kelu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Semenjak dari pagi tadi lagi dia mengelak untuk berbual panjang dengan Irham. Masanya banyak terluang kepada membantu Ilyas mengemaskan barang-barangnya. Afizi berharap yang Irham tidak sedar yang dia sedang cuba menjauhi diri daripada Irham. 

"Ha! Termenung nampak," sergah Irham dari belakang. Afizi yang sedang membasuh pinggan mangkuk tersentak dari lamunannya. 

"Ish.. Encik ni... Mujur saya tak terbaling pinggan ni ke muka Encik," balas Afizi yang terkejut melihat Irham yang ada di belakangnya. 

"Jangan... Muka aku yang hensem ni, muka cari makan ni." Irham tersenyum sinis. 

Senyuman Irham membuatkan hati Afizi berdebar-debar. Dia mula tidak keruan. Dengan segera, tumpuannya kembali fokus kepada pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki. Ingin menghabiskan kerjanya dengan cepat dan segera menjauhi Irham. 

"Malam nanti lepas hantar Iyas, teman aku tengok wayang. Boleh?" tanya Irham. 

Afizi tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Walaupun dia ingin sekali menjauhi diri daripada Irham, namun bukan senang untuk Irham bersetuju untuk keluar dari rumah. Dia mengingati pesan Doktor Azlan yang inginkan dia memujuk dan membawa Irham keluar dari rumah. Ini penting untuk menaikkan kembali semangat Irham untuk berjalan semula. 

"Okay. Boleh. Nanti saya beli tiket online kejap lagi." Akhirnya Afizi bersetuju. 

"Tak payah. Aku dah beli." Irham tersengih. 

"La.. Macam mana kalau saya tak dapat pergi. Tak ke rugi duit tu," balas Afizi kembali. 

"Ala aku tahu kau mesti akan pergi juga," jawab Irham dengan penuh yakin.

"Kenapa?" tanya Afizi pula.

"Sebab kau sayang aku..." Dengan segera Irham mengayuh kerusi roda ke arah biliknya. 

Afizi terkedu mendengar usikan daripada Irham.

Ya, aku sayangkan dia...

xxx

 Irham hanya mampu melihat Afizi membantu Ilyas mengangkat beg-beg milik Ilyas. Dia melihat ke arah kakinya. Entah mengapa semangatnya makin membara semenjak kebelakangan ini. Dia ingin pulih kembali. Untuk anaknya yang bakal lahir dan juga untuk Afizi. 

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam KLIA. Ilyas melihat jam tangannya. 

"Okaylah. Dah boleh check-in ni. Iyas masuk dulu lah ya. Lagipun you guys nak pergi datingkan." Ilyas tersenyum nakal. 

Irham mencubit perut adiknya. 

"Aduh.. Sorry, sorry..." Irham melepaskan cubitannya. 

"Walaupun aku tak boleh berjalan, power aku still kuat tahu tak."

Ilyas ketawa. Dia gembira melihat abangnya. Sebelum dia datang ke sini, dia nekad untuk memujuk abangnya pulang. Tetapi apabila melihat sendiri keadaan abangnya di sini, segala kerisauannya hilang. Dia akan meyakinkan ibu mereka untuk membiarkan sahaja abangnya tinggal di sini buat sementara waktu. 

"Afizi, thank you so much. I pun tak sangka ada orang yang sanggup menjaga abang I ni." Tanpa diduga Ilyas memeluk Afizi. Dia berbisik perlahan. 

"Take care of him..."

Afizi mengangguk perlahan. Irham sedikit cemburu apabila melihat adiknya memeluk Afizi. Dia sendiri belum pernah memeluk Afizi.

"Okay.. Saya nak pergi toilet kejap." Afizi ingin memberi ruang untuk Irham dan Ilyas mengucapkan selamat tinggal. Afizi berlalu dari situ. 

"Bestnya dapat peluk." Ilyas mengusik abangnya sambil ketawa kecil. 

"Kau nak kena cubit lagi ke?" Irham mengangkat tangannya. 

"Relakslah bang. Gurau je lah. Well... jaga diri baik-baik. Don't worry, I'll take care of Mama.. Tahulah Iyas nak pujuk dia," ujar Ilyas. 

"Okay.. Tell her that I love her and I promise I'll go to London in a few months." Irham menarik nafas lega. 

"Okay bang.. Iyas pergi dulu." Ilyas memeluk abangnya. Berat hatinya untuk meninggalkan abangnya tetapi dia tahu yang Afizi akan menjaga dan menggembirakan abangnya. 

xxx

Afizi menguap kecil. Walaupun filem yang ditayangkan mempunyai banyak aksi, entah mengapa jalan ceritanya tidak menarik hatinya langsung. 

Dia lebih menggemari cerita yang mempunyai tema yang berat. Filem-filem yang biasanya tercalon di dalam anugerah Oscar. Dia juga menggemari filem romantik komedi. 

"Mengantuk ke?" bisik Irham perlahan.

"A'ar... Letih sikit. Takpe dah nak habis dah ni. Boleh bertahan lagi," jawab Afizi. 

"Tidurlah dulu. Nanti filem dah habis aku kejut."

"Takpe. Lagipun tak selesa sangat nak tidur," balas Afizi. 

Irham menarik rambut Afizi dengan perlahan dan meletakkan kepala Afizi di bahunya. Afizi tergamam. Tidak tahu mana satu yang lebih memeranjatkannya. Irham meminjamkan bahunya atau cara Irham melakukannya iaitu dengan menarik rambutnya. 

Tak romantik langsung!

xxx

Afizi memasukkan kerusi roda di dalam bonet kereta. Irham sudah ada di tempat duduk sebelah pemandu. Setelah menutup bonet kereta, Afizi bergerak ke arah tempat duduk sebelah pemandu.

"Saya nak pergi bayar parking kejap," ujar Afizi. 

"Okay."

Irham melihat sahaja ke arah Afizi yang sedang berjalan ke kaunter membayar tiket parking. Dia tersenyum kecil. Afizi langsung tidak menolak saat dia meletakkan kepala Afizi di bahunya. Dia yakin Afizi mesti terharu dan terpikat dengannya. 

Mata Irham tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang berjalan dengan laju. Lelaki itu menuju ke arah Afizi. Entah mengapa hatinya menjadi gelisah. Irham melihat ke arah lelaki itu lagi. Ada pisau kecil di dalam tangannya. Dengan segera Irham menjerit.

"Afizi!!! Afizi!!! Lari," jerit Irham. 

Afizi terkejut mendengar jeritan Irham. Dia berpaling ke belakang. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya berlari laju ke arahnya dan menarik beg yang disandangnya. Afizi terkejut namun entah mengapa dia memberanikan diri dan mengejar lelaki itu. 

Afizi berjaya mencapai tali begnya. Namun dia gagal untuk mengimbangi tubuhnya dan terjatuh. Tetapi tangannya masih lagi menggenggam tali beg pemberian Irham dengan erat. Lelaki itu mengheret beg dan dalam masa yang sama turut mengheret Afizi bersamanya. Melihat Afizi yang masih lagi berpegang erat pada tali beg membuatkan lelaki itu ingin mengelar tangan Afizi.

Afizi melepaskan tangannya. Namun lelaki itu tidak pula melarikan diri. Sebaliknya dia menuju ke arah Afizi. Riak mukanya seolah bengang dengan tindakan Afizi yang mengejarnya sebentar tadi. Namun, bunyi hon yang berterusan telah mengejutkan lelaki itu. Dia melihat dua orang pengawal keselamatan berlari ke arahnya. Dengan segera dia melarikan diri. 

xxx

Afizi keluar daripada balai polis setelah selesai membuat laporan. Dia melihat tangannya yang penuh dengan kesan calaran akibat diseret oleh peragut tadi. Tangannya pula tadi hampir dikelar oleh peragut itu. Mujurlah dia sempat melepaskan tangannya dari tali beg itu. 

Afizi menuju ke arah kereta. Irham masih lagi setia menunggu di dalam kereta. Dia mahu menghantar Irham pulang, tetapi Irham bertegas untuk menemaninya ke balai polis. Afizi masuk ke dalam kereta. 

Mujurlah kunci kereta berada di dalam poket seluarnya semasa kejadian tadi berlaku. Afizi menghidupkan kereta dan terus berlalu dari situ. Irham hanya mendiamkan diri. 

xxx

Afizi membuka pintu rumah dan menolak masuk Irham.

"Saya balik dulu lah."

"Tidur je kat sini. Dah lewat ni," balas Irham. 

Afizi melihat kesan-kesan calaran yang di tangan dan sikunya. Bimbang juga apa reaksi ibunya apabila melihat keadaannya. 

"Okay. Saya call mak saya sekejap." Afizi mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Ada kesan koyakan di seluarnya.

Afizi menghubungi ibunya dan memberitahu yang dia tidak akan pulang pada malam ini. Sekadar memberi alasan yang kepalanya pening dan dia akan menumpang di rumah rakannya.

Afizi meletakkan telefonnya kembali ke dalam poket seluar. Irham sedang merenungnya tajam. 

"Kenapa kau buat benda bodoh tadi? Kau tak sayang nyawa ke? Kau tak fikir pasal mak dan adik kau ke? Harta benda boleh cari, tapi nyawa tu hanya ada satu je. Kalau guard tak datang tadi, aku tak tahu apa yang akan berlaku. Macam mana aku nak bagi tahu mak kau, kalau something happen kat kau?" Irham meluahkan apa yang terpendam di hatinya sejak kejadian tadi. Dia sangat marah dengan tindakan bodoh Afizi tadi. 

Saat mendengar Irham menyebut nama ibu dan adiknya, airmata Afizi menitis. Dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukannya tadi amat berbahaya. Bagaimana jikalau sesuatu berlaku kepadanya. Ibu dan adiknya bergantung sepenuhnya kepada Afizi. 

Irham tergamam melihat Afizi yang sedang menangis di hadapannya. Rasa kesal mula timbul kerana dia telah meninggikan suaranya sehingga melukakan hati Afizi.

"Dah, pergi mandi dulu. Bersihkan luka tu. Kejap aku ambilkan towel dan pakaian." Irham bergerak ke biliknya. 

xxx

Selesai mandi, Afizi masuk ke dalam bilik Irham. Irham sudah ada di atas katilnya bersama peti kecemasan.

"Sini... Aku nak sapu ubat," arah Irham. 

"Takpe, saya boleh buat sendiri."

"Tak payah. Biar aku buat." Irham bertegas. 

"Baiklah..."

Afizi naik ke atas katil. Dia hanya membiarkan sahaja Irham menyapu ubat untuk mencuci luka yang ada di tangan dan sikunya. Sesekali Afizi mendengus kecil kerana sedikit pedih dengan ubat yang disapu. 

Setelah selesai, Irham meletakkan peti kecemasan itu kembali di atas meja di sisi katilnya.

"Saya keluar dulu. Terima kasih." Afizi bangun dari katil. 

"Tak perlu keluar. Tidur je sini. Lagipun bilik satu lagi tu mesti berselerak lagi." Irham merujuk kepada bilik yang didiami Ilyas. 

"Takpe. Saya boleh tidur kat sofa."

"Tidur je kat sini. Lagipun katil aku ni besar." Kali ini agak tegas suara Irham. 

"Okay." Afizi tewas. Dia agak letih untuk berdebat dengan Irham. 

"Tutuplah lampu kalau kau tak boleh tidur dalam cerah." 

Biasanya Irham hanya membiarkan lampu di dalam bilik tidurnya terpasang akibat pergerakannya yang terbatas. 

"Tak apa. Saya tak kisah." Afizi naik ke atas katil. Hatinya berdebar-debar. 

Afizi berbaring di sisi Irham.

"Aku minta maaf sebab tengking kau tadi." Irham berkata perlahan. 

"Tak apa. Saya minta maaf juga. Saya tak sedar pun apa yang saya buat. Saya tak kisah pun pasal duit dan barang yang ada kat dalam beg tu. Mungkin sebab beg itu amat berharga. Saya minta maaf sangat. Encik beli beg tu mahal-mahal, saya tak jaga dengan elok." Suara Afizi sedikit sebak. 

Irham teringatkan beg yang dihadiahkannya kepada Afizi. Afizi sanggup membahayakan dirinya semata-mata beg pemberian daripadanya. Irham terharu. 

"Afizi..."

Afizi memalingkan kepalanya ke arah Irham. Irham mendekatkan kepalanya ke arah Afizi. 

"Aku sayangkan kau. Aku tak boleh kehilangan kau," bisik Irham perlahan. 

Afizi hanya diam.

Mata mereka saling bertentangan. Buat pertama kalinya, Afizi tahu apa yang harus dilakukannya. Afizi mendekatkan bibirnya dengan bibir Irham. Lalu buat pertama kalinya bibir mereka berdua bertaut. 

xxx

To be continued
F.I

P/S: Sorry lambat update. Agak busy sikit dengan kerja. Banyak benda kena buat. Planning silibus dan banyak lagi lah benda-benda yang memenatkan otak. 

26 ulasan:

  1. How sweet .. Nak gak cmni .. Huhu

    BalasPadam
  2. Arrghh bercium pun akhirnya, lulz.
    Btw, chapter kali ni sangat best. Good Job !

    BalasPadam
  3. wahhhh....sweet nye chapter kali ni...diaorg da brani come out...tinggi imaginasi penulis....5 thumbs up for you....

    BalasPadam
  4. Alah. cepat sambung part 9!!!! huhuhu! tazabar!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sabar jugak... Hehe.. Hopefully by next week dpt siapkan new chapter

      Padam
    2. Hehehe.... baiklah.... :)

      Padam
  5. Omg omg!!!!! Kau ni mmg ske bt cliffhanger tau! Adoii, tak sabar aku nak tnggu smbungannye ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Cliffhanger lah best... Thank you for reading

      Padam
  6. best lah!!! best giler... ada suspen2 bagai.. ohmai.. ala2 drama kejar mengejar sngt.. hihih

    BalasPadam
  7. are u gonna be a script writer??gempak beb!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Script writer? Huhu.. Tak kot.. Cukuplah jadi cikgu Math je.

      Padam
  8. YAYAYYAAA..
    KERENNNN
    paling suka adegan tarik menarik tas
    ya ampun seremm kalau sampai kejadian begitu

    BalasPadam
  9. sgt menarik jalan ceritanya...suka sgt..sy selalu menggu episod seterusnya...sy suka jalan crta yang awk persembhkan..love u

    BalasPadam
  10. Jalan cerita yg sngat best........suka buat suspen.....i like it.....klau buat novel msti laku.......I'll wait for the next chapter.....god luck.....Love U F.I

    BalasPadam
  11. FI cepat ler publish next chapter,dar berabad tunggu ni T_T...tak nak kawan karang baru tau..haha sound very gedik daa!!

    BalasPadam
  12. best lah cerita nii... tak sabar nak baca next chapter... FI cepat lah update next chapter... ;) please.. hihihi ;) sewaktu saya baca cerita ni seolah-olah saya dapat bayangkan mengenai situasi dalam cerita ni :) Btw tak sabar nak baca next chapter & cerita yg sangat menarik dan saya sukakan nya ;)

    BalasPadam